Support My Blog

Friday, August 2, 2024

POKOK KETUM AYAM DAN FAKTA DI MEDIA (PART 1)

DAUN KETUM AYAM
 (Trichanthera gigantea) atau dikenali dengan nama lain sebagai 'mandre de agua' merupakan sejenis tumbuhan yang berasal natif dari Amerika Selatan tetapi ada di Malaysia dimana kini ia dikenalpasti sebagai alternatif sebagai makanan ternakan seperti ayam dan ruminan lain. Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan dan testimoni dimana d
aun ketum ayam didakwa memang ia ada mengandungi bahan protein yang tinggi dimana daun segarnya boleh diberi makan terus kepada ternakan atau diproses dimana ianya didapati boleh mengurangkan kos membeli bahan makanan ternakan dan memberikan apa yandidakwa sebagai menjadikan ternakkan yang lebih sihat. Tumbuhan ini juga mudah ditanam di Malaysia dimana ia mampu hidup subur dengan penjagaan amalan agronomi yang baik dan kurang ada masaalah serangan perosak dan penyakit. Banyak juga laporan dan testimoni dalam akhbat tempatan yang menyatakan beberapa penternak ayam dan ruminan yang sudah mengetahui akan kehebatan tumbuhan ini melakukan aktiviti tanaman dan ternakan sebagai satu kombinasi yang menguntungkan. Ada beberapa kes dimana penternak ayam kampong mereka gembira apabila mereka mendapati daun segar ketum ayam ini yang di tanam dikawasan ternakan mampu mengurangkan kos bahan makanan ternakannya. Mudah menanam tumbuhan ini iaitu dengan mengambil keratan dahan untuk dijadikan anakbenih pokok ketum ayam yang mudah di semai dahulu dalam polibeg dan apabila sesuai amat mudah menanamnya iaitu dikawasan rumah atau di kebun berhampiran. pa pun pada penulis blog mungkin agak keliru antara Pokok Ketum Ayam dengan Pokok Ketum yang memabukan itu. Kajian penulis blog mendapati dimana Ketum Ayam merupakan tanaman yang telah digunakan oleh beberapa negara sebagai makanan ternakan. Nama ''Ketum Ayam'' ini sebenarnya tidak sama atau bukan Pokok Ketum Biasa (Mitragyna speciosa) yang ada unsur kimia iaitu bahan Mitragyne yang mana ianya boleh memabukkan dengan kesan seakan mengambil dadah. Pembaca blog ini semua boleh membaca mengenai Pokok Ketum Biasa dalam tulisan blog saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan sebagainya. Adalah lebih baik kalau tumbuhan ini ditanam dengan skala sesuai untuk diberikan kepada haiwan ternakan untuk menjadi sebagai rujukkan pembaca blog semua. Artikel malam ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai fakta menarik dalam media tempatan berkaitan  sejenis tumbuhan yang dikenali dengan nama 'Ketum ayam' untuk dijadikan bahan makanan ternakan dan sebagai bahan rujukkan.


Dalam hmetro.com ada laporan bertajuk 'Ketum ayam alternatif popular' berkaitan dengan tajuk perbincangan kali ini. Dilaporkan dimana tumbuhan ini mampu menjimatkan sehingga 40 peratus kebergantungan kepada dedak atau palet, menjadikan tanaman ketum ayam sebagai sumber makanan alternatif yang popular dalam kalangan para penternak haiwan ternakan. Daun ketum ayam atau nama saintifiknya Trichanthera gigantea turut dikenali dengan 'mandre de agua' adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan. Apa pun menurut Pengasas Changloon Agro Farm di Changlun, Kedah dikenali sebagai Azuwan Azlan dimana dia mula mengusahakan tanaman renek itu bermula pada 2018 sebagai sumber alternatif kepada ayam ternakan kacukan kampung miliknya. Hasratnya pada mulanya untuk membantu penternak yang begitu terkesan dengan kenaikan harga palet setiap tahun. Situasi harga palet yang kini mahal dilihat ia juga dikatakan mempengaruhi harga ayam tempatan terutama menjelang musim perayaan. Isu ini bagi ramai [enternak melihat ia adalah kos untuk makanan dimana kini ia boleh 'menelan' sehingga 70% dari keuntungan dan menjejaskan pendapatan mereka peroleh semusim. Jadi adalah lebih baik bagi penternak memerlukan sumber makanan ternakan alternatif bagi membantu mengurang kebergantungan kepada dedak atau palet ternakan. menurutnya dia sendiri menternak ayam kampung kacuk dimana pada awalnya diberi makan ketum ayam dan hasil dari pengamatan sendiri mendapati yang ayamnya bukan sahaja lebih sihat malah kualiti daging juga lebih baik. Dia  juga turut melakukan eksperimen atau pemerhatian sendiri mengenai cara pemberian daun ketum ayam kepada ternakan kambing milik bapa saudaranya selain ayam dewasa yang berusia lebih 30 hari. Dakwanya bukan sahaja ayam akan tetapi ternakan kambing dan lembu juga boleh diberi makan ketum ayam (Sila lihat foto disebelah). Biasanya dia juga akan campurkan daun ketum itu dengan napier bersama adunan larutan organik serba guna yang mengandungi bahan Mikrob Berfaedah (EM). Tanaman pokok ketum ayam diusahakan bagi membantu penternak yang mahu mencari makanan alternatif untuk haiwan ternakan masing-masing yang di tanam di kebunnya (Sila lihat foto paling bawah sekali). Dia dapati tumbuhan ketum ayam yang ditanamnya diatas tanah lebih cepat membesar. Setakat ini dia dapati memang tidak mengesan sebarang masalah pada haiwan ternakan seperti kembung perut atau sebagainya. Malah kambing atau lembu ternakan bertambah sihat dan kualiti daging hampir menyamai kualiti organik. Bagaimana pun cabaran mengenai penghasilan sumber daun ketum ayam sebagai makanan ternakan ketika ini ialah hanya boleh dituai segar (fresh leaves) untuk diberi kepada haiwan yang masih diternak. Apa pun apabila penternak memilih untuk memberi haiwan ternakan mereka dengan ketum ayam dimana sebaiknya mereka hanya ada dua pilihan sama ada beli bekalan daun segar kepada penanam ketum ayam atau dengan cara menanam sendiri. 


Tanaman ini mudah kerana ia ditanam menerusi keratan batang dan biasanya dengan penggalak akar, ia boleh disemai serta kerja menanam boleh dimulakan. Aspek penjagaan juga mudah iaitu hanya memerlukan baja daun dan siraman air yang mencukupi. Jika kebetulan musim hujan, kerja menanam lebih mudah. Apa pun pada kebiasaan pokok ketum ayam yang ditanam sedia dituai seawal usia tiga bulan dengan tempoh menuai berjarak iaitu dua minggu sekali. Pada usia pokok ketum ayam tiga bulan sebenarnya penternak sudah boleh menuai dan memberi makan kepada haiwan ternakan mereka. Mereka boleh menuai dua minggu sekali. Bagaimanapun disyorkan apabila usia pokok menjengah usia enam hingga tujuh bulan, ia boleh tuai lebih kerap iaitu sehari sekali, tetapi lebih baik jika anda mula menanam secara plot dan menuai mengikut giliran dalam memastikan bekalan daun yang stabil serta pokok juga sihat. Dia kini menanam mengikut sistem plot dan melakukan semaian 1,000 pokok setiap bulan bagi memastikan akan kelangsungan bekalan dalam nurseri miliknya. Kapasiti setiap bulan dia mampu bekalkan bagi tanaman ketum ayam ialah 5,000 hingga 10,000 pokok dimana sementara permintaan setiap bulan sekitar 2,000 hingga ke 3,000 pokok. Dalam kes untuk penghasilan daun ketika ini sekitar 800 kilogram sebulan dan dia juga turut membekalkan keratan batang untuk benih tanaman kepada petani yang berhasrat untuk mampu menanam. Dia kini melihat penerimaannya baik dan pernah mendapat permintaan sehingga ke Sabah serta Sarawak yang mahu memperkenalkan sumber makanan ternakan alternatif kepada haiwan ternakan masing-masing. Mengenai perancangan masa depan dalam pembangunan produk itu, kata Azuwan, dia berharap dapat kerjasama daripada pihak berkaitan seperti universiti dan pertubuhan tertentu dalam merealisasikan ia dalam bentuk palet. Makanan ternakan berasaskan ketum ayam ini hanya dapat dilakukan segar dan itu satu kekangan buat penternak. Dia amat berharap ada pihak sudi menjalin kerjasama terutama universiti tempatan untuk proses ke dalam bentuk palet. Selain dapat kekalkan nutrisi terbaik iaitu sumber protein dalam kandungan daun terbabit untuk haiwan, ia juga diharap dapat dikomersialkan dan menjadi penyelesaian kepada masalah penternak yang selama ini terpaksa menanggung bebanan harga palet tidak menentu.


Akhbar sama laporkan 'Bagi ayam dan kambing makan ketum' apabila isu harga dedak ternakan yang naik mendadak mencetuskan idea bagi seorang penternak dengan menjadikan pokok ketum ayam sebagai ganti makanan ternakan
. Dilaporkan dimana bagi seorang pesara kerajaan Jamalludin Mohd Isa (59) yang menetap di Kampung Kuala Pah di Jelebu, Negeri Sembilan ada memberitahu yang dia menternak 250 ekor ayam kacukan kampung dan 115 ekor itik nila selain 14 ekor kambing di belakang rumahnya. Kalau dulua dia ada  berdepan masalah utama apabila kos bahan makanan untuk ternakan meningkat mendadak sejak awal tahun ini. Dahulu dia ada membeli dedak berharga RM154 bagi satu guni seberat 50 kilogram (kg) dan juga membeli bahan dedak jagung berharga RM73 bagi satu guni 40 kg. Bahan makanan ini memang dibeli bagi kegunaan makanan ternakan dimana dulau memang dia memerlukan 10 guni dedak dan empat guni jagung setiap bulan dengan kos yang agak tinggi baginya. Justeru itu dia mula berfikir dan berusaha bagaimana bagi mengurangkan kebergantungan kepada dedak mahal ini dimana dia kemudian bergiat menanam pokok ketum ayam sebagai makanan alternatif bagi ternakannya. Dakwanya dimana ketika ini sebanyak 20 batang pokok ketum ayam ditanam tidak mencukupi berikutan ia sangat digemari haiwan ternakan terutama kambing. Diakwanya lagi dimana daun ketum ayam lebih berkhasiat dan mempunyai protein lebih tinggi berbanding rumput napier malah pokok berkenaan mudah hidup. Apa pun hasil pemerhatian terhadap ayam yang diberi makan daun berkenaan dia kini mendapati ia lebih sihat sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kepada dedak. Tambahnya dimana jika daun ketum ayam ini dilihat yang ia sesuai diberi kepada ternakan ruminan yang memerlukan makanan berkhasiat untuk pembesaran sperti kambung dan lembu. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KETUM AYAM... MUDAH TANAMNYA...
MENCARI BENIH... PASTIKAN JENISNYA...
DAUN DI KUTIP... MAKANAN AYAM JADINYA...
TERNAKAN SIHAT... UNTUNG BERGGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(24 Muharam 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...