Support My Blog

Friday, August 30, 2024

IKAN BANDARAYA DAN KISAH DI MEDIA

IKAN BANDARAYA
(Hypostomus plecostomus) atau Ikan Pembersih Akuarium merupakan sejenis ikan air tawar tropika yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan dimana ia dari keluarga Loricariidae. Ikan bandaraya dibawa masuk ke Malaysia yang sangat popular untuk dibela dalam akuarium kerana sifat semulajadi ikan tersebut yang mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan dan ikan-ikan yang mati. Ikan bandaraya mudah dibela, dijaga dan dikawal dimana ia tidak memerlukan banyak pengawasan kerana sifatnya yang pasif dan nokturnal (aktif pada waktu malam) sahaja. Memang penulis blog dulu pernah membeli ikan ini panjangnya lebih kurang 8 cm sahaja dengan murah sekitar harga RM 2.00 seekor di Melaka tetapi kemudian ia boleh membesar cepat dan mencapai panjang 50 - 60 cm dalam masa singkat. Jika ia dilihat warna ikan yang gelap ini pada penulis blog tidak begitu cantik apabila membesar (Sila lihat foto diatas). Sebenarnya ikan banadaraya yang besar dilaporkan ia tidak praktikal untuk diletak dan dihias dalam akurium berbanding kolam terbuka. Kajian mendapati dimana ikan bandaraya bercirikan omnivor namun dalam persekitaran liar dilaporkan ikan pemakan alga aktif pada malam hari nokturnal. Ketika waktu siang hari ada sejenis omega iris yang ganjil boleh menyekat banyak sinaran cahaya pada matanya yang sukarkan ia melihat sebaliknya ia biasanya dibuka pada waktu malam. Ikan ini boleh memutar bebola matanya dalam soket mata dimana ia juga boleh dilihat seakan berkedipan. Spesis ikan plecos biasanya bersikap keras kepala dimana ia sangat cepat menyorok apabila terancam atau terasa bahaya. Menyentuh mengenai habitat semulajadi dimana ikan bandaraya atau plecos boleh hidup dengan baik dalam suasana air bersih dalam air tawar tropika. Apa pun air yang mengalir dan mempunyai sumber makanan ikan lasak ini mudah hidup dan membahayakan ikan sedia ada. Berbalik kepada gelaran 'ikan bandaraya' dimana ia diberikan Malaysia dan masyarakat Melayu sebab ia sinonim dengan sifat ikan ini yang suka 'membersihkan' kawasan sekelilingnya dengan memakan alga dan sisa makanan lebihan (seperti dalam akuarium). Aktiviti ini tidak ubah dengan kerja-kerja buruh pembersihan yang membersihkan kawasan persekitran bandaraya diseluruh dunia. Artikel pada malam ini dalm blog "Anim Agro Technology" saya menulis agak panjang iaitu mengenai beberapa laporan dan fakta di media mengenai sejenis  ikan iaitu'Ikan Bandaraya' yang sesuai dijadikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalam media tempatan hmetro.com dilaporkan kisah bagaimana ramai '
Runsing ikan bandaraya makin banyak' amat menarik ditulis semula dan sesuai dikongsikan. Kini ikan  bandaraya atau ikan 'tombot' didakwa menyebabkan nelayan kerugian. Apa pun dilaporkan dimana kemunculan ikan bandaraya atau lebih dikenali sebagai ikan ‘tombot’ dalam kalangan nelayan di Johor Bahru sejak kebelakangan ini menyebabkan mereka kerugian kerana kerap terlekat di jaring. Ikan bandaraya yang biasanya hanya bersaiz kecil namun kini boleh ditemui dengan saiz besar sehingga ada seberat 500 gram. Ketua Pengkalan Nelayan Taman Tampoi Utama, Osman Kassim dakwa kehadiran ikan tombot yang tidak boleh dimakan itu dikesan sejak hampir 10 tahun lalu namun jumlahnya tidak banyak (Sila lihat foto disebelah). Memang malang dimana sejak pembangunan pesat di kawasan berhampiran beberapa tahun kebelakangan ini dan jumlah ikan ini sudah bertambah dengan mendadak. Lebih malang apabila selepas hujan dimana ikan ini akan naik dan melekat di jaring yang mana ia selalunya akan menyebabkan nelayan terpaksa menghabiskan masa membuangnya dari jaring dan tidak boleh mencari ikan lain. Kalau sebelum ini ikan itu hanya ditemui di hulu Sungai Skudai berhampiran pintu loji tadahan air di Skudai, namun sekarang ia boleh ditemui di hilir sungai berhampiran Taman Tampoi Utama. Kalau sebelum ini nelayan boleh menjaring ikan patin, keli, talapia, baung atau terebol namun sejak pembangunan pesat, mereka hanya boleh menjaring patin atau keli. Nelayan sungai kini tidak pasti apa puncanya jumlah ikan lain dilihat berkurangan, sama ada air tercemar akibat pembangunan atau kehadiran ikan tombot ini. Sebelum ini, ikan tombot hanya ditemui di kawasan hulu namun sejak kebelakangan ini ia boleh ditemui di sini. Apa yang pasti, setiap kali selepas hujan jumlah ikan itu yang melekat di jaring lebih banyak dan bersaiz besar. Bagi seorang nelayan, Badrul Hisham (51) dakwa dia sudah menjadi nelayan sejak lebih 40 tahun lalu di sungai berkenaan. Memberitahu sejak dua atau tiga tahun lalu ada ikan tombot terbesar temui seberat hampir 500 gram seekor dan ia melekat di jaring seperti mana ia melekat di akuarium selain sirip tersekat di antara jaring. Selalunya selepas hujan mereka boleh memperoleh hampir 15 kilogram ikan tombot namun tiada ikan lain. Kini jeti yang mempunyai lebih 30 ahli berdaftar tidak tahu punca kehadiran ikan itu kecuali kemungkinan ia dibuang pihak tidak bertanggung jawab. Mereka merayu pihak berkuasa mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah ini kerana ia menjejaskan pendapatan mereka. Sebagai info dimana ikan bandaraya atau Hypostomus plecostomus adalah nama saintifik bagi ikan air tawar tropika yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ikan bandaraya memakan alga dan menjadi spesies ikan yang sangat popular untuk dibela iaitu dalam  akuarium kerana sifat semulajadinya yang mampu kerja-kerja membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki-baki makanan ikan dan ikan yang mati. Nama ikan bandaraya kerana ia sinonim dengan sifat ikan ini yang suka ‘membersihkan’ kawasan sekelilingnya dengan memakan alga dan sisa makanan lebihan.


Dalam media sama kisah bagaimana 'Pembunuh bawah air' sudah pun ia dikenalpasti dan menarik dikongsikan. Menurut pegawai Jabatan Perikanan Malaysia membawa ikan bandaraya atau dikenali namanya sainsnya Hypostomus plecostomus yang berjaya ditangkap di Sungai Keyoh, Bukit Jalil berikutan lambakan ikan tersebut yang boleh merosakan habitat dan ekosistem didalam sungai tersebut. Ikan perosak ekosistem sungai itu memiliki daya survival yang tinggi dan mampu hidup dalam air kotor dengan memakan hidupan yang ada di dasar sungai sekali gus mengancam ekosistem. Itu sifat ikan bandar raya yang dilarang dibuang ke dalam perairan umum seperti sungai kerana spesies terbabit juga didakwa memakan telur ikan lain. Kemunculan spesies ikan bandar raya yang kini membiak secara berleluasa di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil, dekat sini, dikhuatiri akan merosakkan ekosistem sungai itu. Ikan bandaraya atau nama saintifiknya Hypostomus plecostomus kebiasaannya bersaiz kecil, namun kini boleh ditemui dengan saiz besar sehingga seberat lebih 600 gram (g). Situasi itu turut menjejaskan sumber tangkapan orang ramai yang menjadikan sungai berkenaan sebagai 'lubuk' rezeki ikan tilapia dan puyu sejak beberapa tahun lalu. Bagi seorang lagi peminat ikan air tawar, Mohd Nur Badri (44) dakwa dia aktif menjala di sungai berkenaan sejak setahun lalu dan mula menyedari kehadiran ikan bandaraya kira-kira dua bulan lalu apabila ikan tilapia dan puyu dilihat semakin kurang. Kalau pada kebiasaannya dia mampu memperolehi antara dua hingga tiga kilogram ikan sungai itu setiap kali menjala, namun kini hanya mendapat 10 hingga 15 ekor saja iaitu tidak sampai dua kilogram. Sungai Kuyoh memang banyak tilapia dan puyu, malah turut menjadi port kaki pancing juga. Dulu memang jarang jumpa ikan bandaraya, kalau ada sedikit sangat dan saiz juga kecil. Tetapi sekarang boleh kata beberapa sungai di sini (Bukit Jalil) sudah banyak ikan bandaraya, malah ikannya juga lebih besar. Terbaru dia menjala di Sungai Kuyoh dapat 14 ekor ikan bandar raya dalam sekali tebaran, kalau puyu dan tilapia dapatlah seekor dua (Sila lihat foto disebelah). Dia selalu menjala ikan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta mendapati ikan bandar raya semakin banyak membiak di beberapa sungai, malah pemancing juga kerap dapat ikan itu dengan umpan dedak dan roti. Dilaporkan selain Sungai Kuyoh dan Sungai Midah di Bukit Jalil dimana ikan bandar raya juga ada di Sungai Gombak dan Sungai Klang; Sungai Langat, Dengkil; Sungai Air Keroh, Selayang serta Sungai Damansara dan Sungai Renggam, Shah Alam. Spesies ikan bandar raya yang ditemui adalah bersaiz besar dan di Sungai Kuyoh saja, saya dapat yang bersaiz 50 cm seberat kira-kira 600g hingga 1.2 kilogram, malah paling besar pernah dapat di Sungai Gombak iaitu 53 cm. Ikan bandar raya membawa masalah kerana merosakkan ekosistem sungai dan paling membimbangkan apabila hidupan air akan berkurangan sekali gus dikhuatiri pupus.


Pegawai Perikanan ada menunjukkan hasil tangkapan ikan bandaraya atau dikenali atau namanya Hypostomus plecostomus yang berjaya ditangkap di Sungai Keyoh, Bukit Jalil berikutan lambakan ikan tersebut yang boleh merosakan habitat dan ekosistem didalam sungai tersebut.  Dilaporkan dimana walau pun ikan ini mempunyai r
upa yang ngeri tapi isinya sedap. Didakwa dimana biarpun ikan bandar raya memiliki 'wajah' menakutkan, namun isinya dikatakan sedap kerana mempunyai keunikan tersendiri. Bagi peminat ikan air tawar Mohd Nur Badri (44) dakwa ramai yang beranggapan ikan itu tidak boleh makan, namun ia bergantung kepada individu terbabit sama ada mempunyai selera atau sebaliknya. Diberitahu dimana rupanya memang tidak seperti ikan lain, malah kulit ikan bandar raya juga lebih tebal hingga agak sukar disiang tetapi isinya sedap juga. Ikan bersaiz besar isinya lebih kenyal, manakala yang bersaiz kecil isinya lembut, malah baunya juga kurang hanyir dan boleh dicuci seperti biasa dengan air. Dakwanya lagi rupa saja ngeri akan tetapi rasanya sedap terutama jika dimasak sambal. Saya juga sudah lebih 20 kali makan ikan itu yang dimasak kari, burger, sambal dan pekasam. Dagingnya berwarna kemerahan," katanya yang juga pencipta kandungan di YouTube. Memang tidak dinafikan ada juga individu yang geli dan tidak lalu makan ikan bandar raya kerana ikan disifatkan 'pencuci' itu juga memakan lumut, malah ada mendakwa ia akan makan bangkai dan logam. Bagaimanapun ikan itu memakan alga saja dan sebenarnya tidak makan benda lain berdasarkan maklumat daripada kenalannya yang juga penyelidik. Setakat ini semua baik dan tiada apa-apa kesan selepas makan ikan itu. Kini pembiakan populasi ikan ini memang tak bagus untuk ekosistem sungai kita, lebih-lebih lagi jumlahnya terlalu banyak. Dia selalu berkongsi aktiviti memancing dan menjala ikan di akaun YouTube miliknya, Dunia Badol sejak hampir tiga tahun lalu. Dia yang memang minat aktiviti menjala yang mana ikan itu untuk makan sendiri dan dibuat pekasam untuk dijual. Saya mula aktif menjala sejak 15 tahun lalu dan ketika itu ikan bandar raya memang jarang ditemui.


Media lain laporkan ''
Komited buat 'pemutihan'' ikan pendatang' ada juga dilaporkan. Ikan bandar raya atau lebih dikenali 'plecos' adalah spesies ikan pendatang yang boleh ditemui di habitat air tawar seluruh dunia termasuk Malaysia. Menurut Pengarah Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Pn Suhanah Kassiron dakwa ikan itu berasal dari Amerika Selatan dan mula diperkenalkan di negara ini sekitar 1970-an kepada peminat ikan hiasan air tawar. Ikan ini terkenal dengan panggilan ikan bandar raya kerana tabiatnya gemar membersih dan memakan alga yang melekat pada kaca akuarium serta sisa makanan haiwan lain yang terjatuh. Ikan ini mempunyai ciri omnivor atau ikan pemakan alga. Ia mempunyai kadar pembiakan yang pantas, jangka hayat sepanjang lima tahun dan daya tahan tinggi terhadap persekitaran yang tercemar. Ia juga mampu untuk membesar sehingga 50 sentimeter (cm) dan ditambah pula dengan perisainya yang sukar ditembusi oleh haiwan pemangsa membolehkannya membiak dengan bebas dan mendominasi banyak sungai seperti Sungai Gombak, Sungai Langat (Selangor), Sungai Perai (Pulau Pinang) dan Sungai Skudai (Johor). Dilaporkan ikan Plecos dan spesies asing lain yang bersifat dominan mampu bertahan dalam keadaan air yang tercemar. Populasi mereka tidak mudah pupus malah mengurangkan bilangan ikan air tawar lain yang ada di perairan umum. Kini pihaknya mengambil tindakan segera mengenai kemunculan spesies itu di Sungai Kuyoh dengan mengadakan Program Inventori dan Pemantauan Ikan Asing selama dua hari bermula kelmarin. Ada seramai tujuh pegawai Pejabat Perikanan Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Ibu Pejabat Jabatan Perikanan turun ke lapangan untuk mengumpul maklumat dan data spesies ikan larangan di kawasan sekitar Sungai Kuyoh.


Dalam akhbar KOSMO pula dilaporkan '
Makruh makan ikan bandaraya jika tidak dikuarantin' juga wajar untuk ia dikongsikan. Ikan bandaraya atau nama spesis Plecostomus (Pleco) memang ia makruh dimakan jika tiada kuarantin jelas ilmuan agama iaitu Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portal soal jawab agamanya. Apa pun Zulkifli berkata dimana ikan itu tidak haram dimakan namun ia perlu dikuarantin dan memberinya makanan bersih dalam satu tempoh sebelum memakannya. Selepas kuarantin dalam beberapa tempoh tertentu maka hukumnya tidak lagi menjadi makruh. Ikan bandaraya tanpa dikuarantin adalah makruh dan tidak haram kerana kenajisan itu adalah perkara yang mendatang (bukan kekal pada zat), yang mana paling banyak pun, hanya akan mengakibatkan perubahan pada dagingnya. Memang tiada tempoh tertentu bagi proses pengkuarantinan dan tempoh memberinya makanan yang bersih, namun adat setempat mengatakan sehingga ada perubahan pada daging dan hilang busuk. Pada masa sama, katanya, orang awam perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NREC) bagi memastikan ikan itu selamat dimakan, tidak berbahaya atau beracun.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
IKAN BAHAYA... IKAN BANDARAYA...
BANYAK DILAPORKAN.. DI MEDIA...
MENGANGGU HABITAT...CARANYA...
MAKRUH DIMAKAN... KATA ULAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Zulkaedah 1444H).
Posted from:
Room 845, Hotel King Wood,
No 12, Lorong Lanang 4, 
Sibu, Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...