Support My Blog

Monday, August 26, 2024

KELAPA MUDA TIDAK BERMINYAK

Peribahasa yang unik 'KELAPA MUDA TIDAK BERMINYAK' mungkin ramai pembaca blog ini yang mungkin tidak pernah mendengarnya atau pun jarang-jarang jumpa. Apa pun pada penuis bog peribahasa ini menarik kerana keperhatinan orang duu-dulu menggunakan kiasan dari tanaman dan buah kelapa (Cocos nucifera) dari keluarga Arecaceae sebagai peribagasa yang menepati kajian sains. Peribahasa ini menggunaan istilah KELAPA MUDA iaitu kelapa yang hasilnya di tuai dalam 7-8 bulan selepas penbentukkan buah. Hanya KELAPA TUA yang berumur lebih 12 bulan akan gugur atau dipetik dan selalunya mengandungi santan kelapa dan boleh di jadikan kelapa kering untuk di buat Minyak Masak. Apa pun tanaman kelapa ada digunakan sebagai kiasan dimana tanaman kelapa memang merupakan sejenis tanaman tradisional di kalangan masyarakt lokalsebagai 'tanaman seribu guna'. Apa pun merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka peribahasa ini membawa maksud 'Orang muda yang belum cukup kemahiran sebagaimana orang tua' didalam kehidupan seharian. Antara contoh ayat yang mudah di fahami seperti ;Pihak kepimpilan parti politik tertentu masih belum berani menyerahkan segala kepimpinan partinya kerana mereka masih muda dan belum banyak pengalaman bagaikan Kelapa Muda Tidak Bersantan'. Disini dikaitkan soal umur ahli parti tertentu yang jika sudah melepasi had umur mestilah keluar parti. Apa pun didalam konteks Malaysia ramai mengetahui ada beberpa parti politik mempunyai hierarki yang berlapis-lapis dan feudal yang mana ia diterajui oleh orang-orang tua. Rata-rata kepimpinan utama atau pusat telahpun melebihi umur 60 tahun dan ke atas. Apa pun agak jarang sekali kepemimpinan utama diterajui oleh orang muda yang berumur sekurang-kurangnya 45 tahun dan ke bawah. Jika ada pun mungkin seorang dua sebagai syarat hendak menunjukkan parti tersebut mengangkat suara orang muda. Kini sudah menjadi kebiasaan atau budaya orang muda mesti berada dalam kepemimpinan muda berbanding utama atau pusat. Antara sebabnya dimana orang muda harus menghormati dan memberi muka kepada orang-orang tua yang dianggap lebih pandai berbanding orang muda. Dalam sektor pertanian dimana isu para petani ramai dikalangan orangtua dan amat sedikit orang muda yang terlibat dalam sektor ini masa ini. Isu ini sama dalam isu politik dimana di Dewan Rakyat iaitu pada 3 Julai 2019 telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) yang mana ia menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun. Apa pun situasi itu sekali gus memberi ruang kepada golongan remaja untuk mengasah bakat kepimpinan mereka dan mencari pengalaman sebanyak mungkin menerusi ruang yang ditinggalkan abang serta kakak senior berusia 31 tahun ke atas. Menarik peribahasa ini di bincangkan dalam sektor teknikal pertanian. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai peribahasa 'Kelapa Muda Tidak Berminyak' secara teknikal pertanian untuk dijadikan bahan rujukan semua.


Pokok kelapa menghasilkan buah kelapa setelah proses pendebungaan dimana ia akan menghasilkan buah kelapa muda dan kemudian buah kelapa tua. Di Malaysia kedua-dua jenis kelapa ini akan di tuai sebagai hasil dari tanaman kelapa. Dalam pada itu kualiti air kelapa kini sudah di komersilkan. Selalunya air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Buah kelapa yang tua boleh dikukur atau diparut, isi buah yang diparut ini boleh diperah menjadi santan yang digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan kelapa yang dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Dilaporkan semua sisa yang ditinggalkan dari proses pemerolehan isi buah kelapa selalunya masih ada nilai ekonomi dan tidak di basirkan. Selalunya produk sabut kelapa tua boleh dibuat pelbagai produk asas kelapa seperti ia akan di jadikan tali, tikar, kerusi automobil, alatan dapur, media tanaman, perabit dan banyak lagi produk. Bahagian luar iaitu tempurung kelapa boleh diproses menjadi produk termasuk sebagai ubat nyamuk apabila dibakar, karbon aktif (activated carbon), penapis air dan pelbagai jenis barangan kraftangan. Dalam dunia pertanian produk cocopeat' kini sudah di komersialkan sebagai media tanaman terkenal eterutama untuk isitem tanaman Secara Fertigasi. Pendek kata peranan kelapa tua dalam industri hiliran dan huluan adalah sangat penting dalam industrii tanaman kelapa.


Menarik penulis blog kongsikan info asas mengenai AIR KELAPA TUA (Matured Coconut Water) merupakan jenis cecair yang terdapat dalam buah kelapa tua dimana ia selalunya dibuang sahaja semasa kelapa tersebut dipecahkan untuk di jadikan kopra atau dia,mbil santannya terutama dikawasan tanaman kelapa. Ini kerana selalunya isi putih atau daging kelapa sahaja yang akan dikeluarkan untuk diperah santannya. Ada kalangan mereka yang cuba minum air kelapa tua ini tetapi rasanya kurang enak berbanding dengan ait dari kelapa muda yang lebih manis dan enak. Bagaimana pun dengan teknologi moden masa kini dimana sudah diketahui akan kehebatan dan khasiat air kelapa tua yang hasil dari kajian makmal ia juga cecair isotonik sangat menyihatkan dan dapat dikomersilkan sebagai 'minuman diet sihat'. Hasil analisa makanan dilaporkan dimana kadar gula pada air kelapa tua lebih sedikit daripada air kelapa muda disamping banyak zat-zat mineral lain didalamnya yang sesuai dijadikan minuman kesihatan. Khasiat tersebut dari kelapa tua adalah sangat beragam kandungan mineral dan vitamin didalamnya. Salah satu kelebihannya buah tropika yang satu ini adalah dimana ia mampu mengembalikan cairan dan elektrolit yang hilang yang membantu tubuhbadan terhindar dari dehidrasi. Hasil penelitian penulis bog dulu dimana air kelapa yang mana biasanya berasal dari kelapa muda yang berumur 6 - 9 bulan adalah lebih banyak berbanding dengan isipadu air kelapa dari buah kelapa tua. Dilaporkan kandungan nutrisi Air Kelapa Tua dengan purata kuantiti sebanyak 250 mililiter atau setara dengan 1 cawan minuman didakwa mengandungi sebanyak 44 kalori tenaga dan memang ia juga bebas lemak. Air kelapa tua juga mengandungi sebanyal 10 gram karbohidrat, 0.5 gram protein, 10 gram gula, 64 mg natrium dan 404 mg kalium serta sekitar 24 mg vitamin C. Kandungan vitamin pula memang hebat antaranya Vitamin B1 dan mineral lain seperti Manganese (Mn), Zat besi (Fe), Phosforan (P) dan Zinc (Zn). Kalau secara umum di Malaysia memang amat jarang ada masyarakat tempatan ,ahu minum air kelapa tua berbanding kelapa muda. Rasanya yang kurang manis dan ada sedikit bau minyak ramai yang kurang suka. Sebenarnya air kelapa tua mempunyai banyak nutrisi serta kesan antioksidan serta antiradang, antibakteria dan antivirus yang berguna untuk kesihatan. Kini didalam dunia moden air kelapa tua telah dikumpulkan dan diproses menjadi minuman isotonik yang sangat bernilai dipasaran terutama untuk aktiviti sukan.


Buah kelapa muda merupakan salah satu buah yang banyak dipasarkan terutama pada musim panas dan juga pada bulan Ramadan. Air kelapa muda yang rasanya agak manis dan beraroma pula mampu memberikan rasa yang segar dapat menghilangkan dahaga atau kehausan terutama semasa berbuka puasa. Terdapat banyak gerai jualan menjual kelapa muda dalam bentuk biji atau yang telah siap diproses untuk terus diminum. Apa pun terkini penulis blog dan pembaca blog hanya menggunakan handphone sahaja dengan aplikasi khas untuk membeli air kelapa segar melalui cara penghantaran GrabFood atau FoodPanda dari rumah. Kaedah ini difikirkan amat mudah dimana kurang daripada 20 minit sahaja maka penghantar minuman air kelapa sudah sampai dirumah. Ia amat memudahkan semasa kes pandemik covid-19 ini yang mana masa itu dikurangkan pergerakan keluar dari rumah. Bagaimana pun kalau ada kesempatan mudah sahaja untuk mendapatkan bekalan kelapa muda dari gerai yang banyak menjual disepanjang jalan di mana-mana sahaja sele[as pasca pandemik covid19 untuk membelinya. Bagi mereka yang ada pokok kelapa sendiri (sama ada pokok kelapa renek atau pokok kelapa tinggi atau pokok kelapa hibrid) memang perlu ada pengetahuan bagaimana cara memilih buah kelapa muda yang paling sesuai dipetik. Apa pun kelapa muda yang elok selalunya mempunyai tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak. Buah kelapa muda yang baik biasanya telah berumur 7 - 8 bulan selepas fasa pembentukkan buah bagaimana pun ia bergantung kepada tahap kesuburan dan umur pokok yang mana ia mempengaruhi kualiti dan saiz buah kelapa ini. Cara memetiknya juga perlu teliti agar buah kelapa dipetik tidak pecah kerana jatuh ketanah dan ianya akan menjejaskan kualitinya. Ada banyak khasiat yang positif dikaitkan dengan air kelapa muda di war-warkan dalam media dan buku teks.


Jika hendak dibandingkan kandungan nutrisi diantara kelapa muda dengan kelapa tua perlukan kajian terperinci. Bagaimana pun hasil daripada rujukkan dibeberapa jurnal penulis blog dapati dimana kandungan nutrisi dari air sama ada daging buah yang sudah tua secara umum lebih tinggi dibanding dengan yang muda. Ini kerana pokok kelapa akan secara terus menerus mengalami kenaikan berat dan ukuran. Kerana itu lazimnya semakin tua umur buah kelapa maka jumlah kandungan air dan dagingnya akan semakin lengkap dan maksima. Biasanya daging isi buah dalam buah kelapa tua adalah lebih tebal, bertekstur kasar disebabkan ianya memang mengandungi banyak serat dan ia memiliki rasa yang lebih baik. Daging buah yang tua juga mengandungi sebanyak 30% minyak semulajadi iaitu lebih banyak dari kelapa muda. Hanya kelapa tua yang sering diproses untuk mendapatkan santan kelapa (Sila lihat foto disebelah). Malaysia mengimport lebih daripada 130 juta biji dari Indonesia setiap tahun untuk diproses di kilang kelapa di Malaysia. Bagi kelapa muda memang isi dagingnyasedikit, teksturnya lebih halus dan lembut dan rasanya pun agak manis. Apa pun sebenarnya kelapa muda dan kelapa tua sama-sama memiliki banyak manfaat kesihatan. Apa pun manfaat kesihatan yang ada terkandung di dalam buah kelapa sebenarnya bergantung kepada jenis keperluan dan kadar metabolisma seseorang. Maka memang penting memahami keperluan tubuh badan sebelum memutuskan untuk mengambil buah kelapa ini. Air kelapa mampu memenuhi keperluan cecair dalam badan. ia akan dapat mengurangkan kes dihidari badan terutama jika diambil sebagi sejenis 'minuman isotonik' yang baik untuk tenaga dan kesihatan. Apa pun sebaiknya khasiat optima diperolehi jika mengambil minuman air kelapa yang masih muda lagi dan di minum dari kelapa segar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERIBAHASA KELAPA.... KELAPA MUDA....
TIDAK BERMINYAK...SEPERTI YANG TUA...
ORANG MUDA.... PENGALAMAN TIADA...
MEMBACA ARTIKEL... MENARIK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...