Support My Blog

Monday, August 19, 2024

JENIS-JEINIS SISTEM FERTIGASI?

TEKNOLOGI TANAMAN SECARA FERTIGASI di Malaysia semakin popular dan di minati ramai penanam seperti sayuran komersial. Penulis blog yang sedikit sebanyak tahu dan faham bagaimana teknologi ini berkembang mendapati teknologi  penanaman terutamanya sayuran dan buah-buahan terpilih sudah banyak di kembangkan di kawasan tanaman sayuran tanah tinggi mahu pun di kawasan tanah rendah melalui banyak lawatan dan tinjauab di lakukan. Apa pun pada masa kini dimana industri pertanian semakin selari dengan teknologi dan perkembangan teknologi semasa dimana ada banyak bahan berkaitan teknologi ini yang dibawa masuk dari luar negara mahu pun di cipta sendiri dalam negara. Ada pelbagai alternatif dan inovasi telah dilakukan bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan kualiti hasil pertanian bahan makanan di Malaysia secara komersial untuk pasaran domestik dan eksport. Teknologi fertigasi pada penulis blog kini ia semakin popular di Malaysia dan mula diusahakan oleh pelbagai golongan terutamanya usahawan tani dari golongan orang muda. Fertigasi berasal daripada dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilization' dan 'irrigation' sehingga menjadi 'fertigation'. Dalam sistem ini selalunya teknik pengairan dan pembajaan dilakukan secara serentak menggunakan sistem yang rapi. Pembajaan terhadap tanaman fertigasi lebih efektif dan efisien kerana larutan baja akan dititiskan terus ke zon akar dimana ini akan mempercepatkan proses pertubuhan dan kemudian penghasilan. Pada penulis blog mendapati dimana melalui pengaplikasian sistem fertigasi ini dimana ia bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran dan hasil berkualiti, malah kaedah penanaman dapat dipermudahkan, daya tahan tanaman daripada serangan musuh perosak dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi merupakan satu kaedah penanaman yang terbukti memberi kesan yang lebih baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan. Ia sangat sesuai bagi tanaman sayuran berbuah seperti tomato, timun jepun, cili besar, scili api, peria, labu air, timun tua, petola, kacang panjang, cekur, terung, halia, melon, strawberi, anggur dan lain-lain lagi. Ciri-ciri khas bagi cara penanaman fertigasi osotu sds beberapa elemen yang perlu diberi perhatian khas sekiranya ingin melaksanakan penanaman secara fertigasi. zini adalah bagi mengelakkan timbulnya masalah-masalah yang sukar pada masa akan datang. Apa yang penuli sblog tahu dimana diantaranya ialah dari segi sumber air berkualiti dan sesuai digunakan, cahaya mencukupi dan suhu yang sesuai dari pagi hingga petang, tapak atau kawasan sesuai, mempunyai sumber bekalan elektrik serta yang mesti disediakan adalah semua infrastruktur ada seperti jalan ladang, struktur SPH, struktur para, sistem paip yang lengkap sebagainya hendaknya sentiasa berada dalam keadaan baik. Artikel pada subuh 7 Ramadan 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan apakah dia jenis-jenis sistem fertigasi sesuai dipilih usahawan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 


Selalunya pada masa sama penting memilih dan mengetahui apakah dia Sistem Fertigasi yang sesuai di pilih untuk dilaksanakan di Malaysia. Pada penulis blog dimana secara umumnya ada beberapa jenis-jenis sistem fertigasi tersebut iaitu Fertigasi Tertutup, Fertigasi Terbuka, Fertigasi Gantung dan terkini popular dengan Fertigasi Bantal. Apa pun dari segi asas dimana secara umumnya dimana tanaman fertigasi boleh dilaksanakan dalam dua jenis iaitu Secara Tertutup dan Secara Terbuka. Kedua-dua kaedah ini dilihat ia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu kepada usahawan tani dimana bagi pemilihan kaedah mana yang hendak digunakan bergantung kepada modal dan kos yang terlibat, kawasan yang dipilih serta tanaman yang hendak ditanam. 


(1) FERTIGASI TERTUTUP

Sistem Fertigasi Tertutup boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan Struktur Pelindung Hujan berserta Jaring Kalis Serangga. SPH adalah struktur bumbung yang melindungi tanaman yang ditanam di bawahnya daripada hujan lebat dan pancaran cahaya matahari yang terik (Sila lihat foto disebelah). Kebiasaannya, bahagian bumbung SPH diperbuat dengan menggunakan bahan plastik yang mempunyai lapisan perlindungan UV. Rangkanya diperbuat daripada batang atau paip besi, kayu, plastik, ataupun bahan lain yang kukuh dimana ada pelbagai rekabentuk atau design yang mana semuanya melibatkan kos , kelebihan dan kekurangan yang berlainan. Saiznya juga adalah pelbagai, mengikut kesesuaian tapak pertanian dan juga kos. Kadangkala SPH juga dipasangkan dengan jaring kalis serangga sebagai dinding bagi mengawal serangan serangga perosak. SPH berfungsi untuk melindungi tanaman daripada sinaran UV cahaya matahari yang berlebihan bagi mengelakkan tanaman daripada terlalu cepat layu dan untuk mengelakkan larutan baja menjadi cair apabila bercampur dengan air hujan. Apabila larutan baja cecaair sebagai unsur nutrisi yang diberikan kepada tanaman dimana ia menjadi tidak mencukupi dan boleh menyebabkan tanaman mudah diserang penyakit yang diakibatkan oleh kulat seperti hawar pucuk dan antraknos juga menyerang tanaman selepas hujan. Selain  itu juga, dapat memastikan semburan racun perosak yang diberikan kepada tanaman tidak terbilas. Sebaiknya dimana sekiranya terbilas maka ia akan menyebabkan keberkesanan racun tidak tercapai. Walau bagaimanapun dalam teknologi ini penulis blog dapati dimana didalam dunia pertanian secara fertigasi iaitu penggunaan SPH bukanlah satu kemestian kerana kos pembinaan SPH adalah tinggi dan terdapat beberapa kelemahan lain seperti pemasangan yang lama, melambatkan tempoh pulangan modal dan kos untuk penyelenggaraan yang tinggi sekiranya berlaku kerosakan serta menghalang agen pendebungaan secara semula jadi yang boleh menyebabkan hasil berkurang. Antara jenis tanaman yang popular ditanam dengan menggunakan kaedah ini seperti Buah Melon (pelbagai varieti premium), Cili Padi (Jenis Cili Bara), Timun Jepun, Tomato, Salad dan beberapa lagi yang bernilai tinggi dipasaran. 


(2) FERTIGASI TERBUKA 

Sistem Fertigasi Terbuka merupakan sistem penanaman tanaman yang dilakukan yang berada di kawasan yang bersesuaian tanpa memerlukan pembinaan Struktur Pelindung Hujan (SPH). Ianya adalah satu teknik alternatif dalam penanaman yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan tanah yang rendah dan penyakit yang berpunca dari tanah yang sering menyerang tanaman. Pendebungaan dapat dilakukan oleh agen semula jadi dan lebih berkesan dalam meningkatkan hasil yang diperoleh serta lebih menjimatkan kos kerana tidak perlu membina Struktur Pelindung Hujan (SPH). Sebaiknya sistem ini di atas tanah rata dimana di bawahnya di bubuh Lapisan Sesuai (Floor Mat) bagi melindungi gangguan oleh rumpai, soil borne patogen dan juga memudahkan aktiviti pengurusan tanaman. Ada banyak lapisan floor mat yang boleh digunakan sebagai lantai tersebut. Kaedah fertigasi terbuka mampu mengeluarkan hasil yang optimum walaupun dalam kawasan yang terhad kerana pokok boleh ditanam dengan lebih padat. Kelebihan kaedah fertigasi secara terbuka adalah mudah dan senang dikawal yang mana hanya perlu memastikan benih tanaman yang baik, tanah semaian yang bermutu, sistem pengairan sempurna dan semburan racun serangga yang sesuai mengikut keperluan tanaman. Dengan pengurusan tanaman yang baik selalunya apa yang penulis blog tinjau dimana  sistem penanaman secara fertigasi terbuka terbukti berkesan dalam meningkatkan hasil tanaman berkali ganda berbanding dengan penanaman secara konvensional sekali gus dapat meningkatkan pendapatan. Antara jensi tanaman yang selalu menggunakan sistem ini adalah tanaman Cili Besar, cili padi, Terung Mini, Terung Bulat, Terung Ungu, Serai dan beberapa jenis tanaman lain. 


(3) FERTIGASI GANTUNG 

Sistem Fertigasi Gantung (Hanged Fertigation) merupakan satu teknologi penanaman berasaskan kepada tanaman tanpa tanah yang digantung. Teknologi fertigasi gantung dikatakan mampu menjimatkan kos sehingga 50% jika hendak dibandingkan dengan cara penanaman secara fertigasi biasa. Fertigasi gantung ini sangat sesuai diaplikasikan di kawasan tanah yang sering dilanda masalah seperti kawasan tanah yang rendah dan mudah dinaiki air serta tanah yang kurang subur termasuk tanah bris kerana ia akan menyelamatkan tanaman jika berlaku banjir dan jaminan hasil yang lebih baik. Teknik fertigasi gantung adalah salah satu cara penanaman menggunakan beg semaian yang diikat dengan tali dan digantung pada sistem para (berasaskan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong). Sistem para perlu dipasang dengan kukuh untuk menampung beg semaian yang diisi dengan media tanaman seperti coco peat (sabut kelapa) atau peat moss serta paip untuk pengairan dan pembajaan. Tanaman yang sesuai untuk teknik ini adalah jenis sayur-sayuran berbuah termasuk timun, terung, cili, peria, kacang panjang dan petola. Sistem fertigasi gantung dikatakan dapat memberi pulangan maksimum di mana jangka hayat tanaman lebih panjang (kerana kurang serangan penyakit berpunca dari tanah dan keseluruhan pokok mendapat cahaya matahari), seterusnya menjanjikan peningkatan hasil hingga 30 peratus. Sistem fertigasi gantung didapati lebih menguntungkan dan lebih Antara kelebihan fertigasi gantung adalah dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil. Kerja merumpai menjadi lebih mudah kerana rumpai kurang tumbuh, boleh menggunakan mesin dengan mudah, tanaman lebih subur dan kurang penyakit. Selain itu, penggunaan racun dapat dikurangkan, semburan racun serangga dan kulat dapat dilakukan dengan cekap serta efisien menggunakan jentera penyembur yang sesuai. Hasil pula dapat dipungut dengan mudah dan cepat kerana kedudukan beg semaian yang lebih tinggi serta jangka hayat tanaman lebih lama. Sila baca tulisan saya mengenai fertigasi gantung dengan pautan (Sila klik disini). Teknologi ini apa pun sebenarnya ia merupakan satu teknologi yang semakin popular dikalangan penanam sayur terutama dikawasan yang mudah dilanda banjir. Ini kerana ia terbukti mampu mengatasi masaalah banjir, cepat berhasil, kurang serangan penyakit dan perosak serta menjamin pengeluaran terutama di musim tengkujuh. Kini teknologi fertigasi semakin giat diusahakan oleh pengusaha ladang dan pengeluar buah-buahan dan sayuran. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan jumlah berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelakkan serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Sebenarnya 'fertigasi' berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilization' dan 'irrigation'. Sistem Fertigasi iaiah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro, Aeroponik dan sebagainya. Definasi 'Fertigasi' pada saya hanyalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Sistem fertigasi sudah mencapai inovasi apabila kerajaan cuba mentransformasikan Pertanian Ke arah Pertanian Lebih Moden.


(4) FERTIGASI BANTAL 

Sistem Fertigasi Bantal mungkin bunyinya agak pelik kepada mereka yang terlibat dalam penanaman sayuran secara fertigasi. Bagaimana pun semua mungkin setuju dengan terminologi yang penulis berikandimana asas bagi inovasi fertigasi bantal adalah kelihatan seperti sebuah bantal hitam (saiznya memang sama dengan bantal tidur dirumah atau lebih kecil) dan disusun diatas batas yang berasaskan plastik silvershine seakan sebuah tilam tidur. 
Inovasi fertigasi bantal adalah kelihatan seperti sebuah bantal hitam dan disusun di atas batas yang berasaskan plastik silvershine. Sila baca beberapa artikel mengenai fertigasi bantal tulisan saya dengan (Sila Klik Disini). Kaedah penanaman sayuran menggunakan teknik ini yang menjadikannya sebagai satu teknologi penanaman fertigasi yang baharu. Antara kebaikan kaedah penanaman cara fertigasi bantal adalah penghasilan yang tinggi dan keseragaman buah yang amat baik, hasil tanaman yang berkualiti, bersaiz besar dan pokok tahan lama berbanding dengan kaedah fertigasi biasa dan kaedah konvensional. Hal ini kerana akar pokok mampu untuk mengambil nutrien air baja dalam bantal dan juga jauh masuk ke dalam tanah di bawah bantal tersebut. Purata hasil yang diperoleh dengan menggunakan sistem fertigasi bantal amat tinggi. Keperluan asas sistem fertigasi ini hampir sama dengan sistem fertigasi lain kecuali bahagian pangkal pokok yang menggunakan beg plastik saiz besar dibentuk seperti bantal. Plastik besar ini diisikan dengan media tanaman daripada campuran coco peat dengan tanah dan diikat sehingga membentuk bantal. Ia akan diletakkan di atas batas tanaman yang telah dipasangkan lapisan plastik silvershine. Apa yang penting adalah kedudukan bantal tersebut diletakkan di tengah-tengah batas tanaman dengan jarak yang bersesuaian bergantung kepada kedudukan dan kecerunan batas tanaman. Bantal ini diletakkan betulbetul di bawah jajaran tiang junjung yang seterusnya dipasang dengan jaring atau pukat. Setiap lubang penanaman akan diletakkan dua anak benih yang mana sulur pautnya akan naik melalui pukat dan seterusnya memenuhi ruang para trellis. Setiap lubang penanaman disediakan paip kecil yang membekalkan air baja diletakkan di tengah-tengah bantal. Permukaan atas bantal dibuat lubang-lubang kecil untuk membolehkan air hujan masuk ke dalam tanah dan untuk pengudaraan. Lubang penanaman di bahagian atas bantal membolehkan air baja masuk, pembajaan baja organik untuk meningkatkan kesuburan tanah. Fertigasi bantal ini memerlukan kos awal agak tinggi untuk menyediakan infra sistem fertigasi dengan bilangan tangki yang banyak untuk membuat air baja dan disalurkan kepada semua bantal. Kawalan musuh dan penyakit dilakukan dengan kaedah semburan racun serangga secara berjadual. Tanaman tidak perlu dibungkus dan tidak akan dirosakkan oleh serangga perosak. Sekiranya membalut tanaman dan ia memerlukan kos yang tinggi dan masa lama untuk menyiapkannya. Selain daripada itu, kebersihan kawasan tanaman juga perlu dijaga dengan baik di mana kawalan rumpai dilakukan secara berjadual. 


Apa pun sebagai asas untuk mereka yang baru hendak menceburi dalam penanaman secara fertigasi perlu memahami akan beberapa jenis aspek kelebih kaedah ini. Diantara beberapa kelebihan 
Sistem Fertigasi dilaporkan ia didakwa memang boleh mengurangkan kos operasi perkebunan dan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti yang dihasilkan. Sistem ini memang mampu dan boleh menjimatkan masa amalan agronomi di lapangan dan ia mampu untuk mengurangkan penggunaan tenaga buruh berbanding dengan kaedah penanaman konvensional. Memang antara yang penting adalah siste fertigasi dapat ia  meningkatkan kecekapan ladang dengan mempu untuk ianya mengurangkan penggunaan air dan baja kerana di berikan secara tepat melalui sistem fertigasi. Kaedah ini dilaporkan ia memang boleh mengawal kelembapan tanah diman car aini juga membolehkan dan dapat mengelak tanaman daripada ianya dijangkiti penyakit bawaan tanah (soil borne disease). Pada penulis blog yang sudah menulis puluhan artikel menegnai fertigasi dalam blog ini dimana secara ringkasnya sistem fertigasi adalah satu kaedah moden yang lebih praktikal dan mengikut amalan pertanian yang baik dalam aspek transformasi teknologi pertanian ke arah yang lebih maju dan berdaya saing bagi membantu pengeluaran secara berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi. Dalam usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensif modal maka penulis blog percaya dimana dengan penggunaan teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan serta program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SISTEM FERTIGASI... EFEKTIF CARANYA...
KOS AWALAN TINGGI... TIDAK MENGAPA...
HASIL TERJAMIN... BAIK SEGI  KUALITINYA...
PERTANIAN MODEN... SESUAI AMALKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...