Support My Blog

Tuesday, August 21, 2018

PUDINA - KENALI DIA

DAUN PUDINA (Mentha arvensis) merupakan sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam banyak resepi masakan dan juga diproses untuk dijadikan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Tumbuhan renek berwarna hijau ini adalah daripada keluarga Labiatae yang mudah ditanam dikeliling rumah kepada sesiapa yang berminat. Pudina merupakan tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan masakkan barat. Ia digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya yang harum lazimnya akan menyedapkan makanan serta menaikan selera. Tumbuhan ini sejenis herba yang berkhasiat dan ia amat senang ditemui hidup di tempat lembap. Pokok pudina membiak melalui keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Kepada sesiapa yang suka menanam boleh mengambil keratan batang pudina dan ditanam dalam media sesuai untuk mencubanya. Daun Pudina mempunyai bau yang kuat ketika di lumatkan atau pun dimasukkan dalam masakan. Bau  atau aroma inilah yang menjadikan herba ini terus popular dikalangan tukang masak untuk menggunakannya. Didalam industri minuman juga terdapat jenis minuman dalam tin atau kotak yang mempunyai rasa daun pudina. Daun pudina boleh didapati daripada membelinya di sypermarket, kedai runcit atau boleh ditanam sendiri. Seterusnya artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman dan kehebatan khasiat daun pudina untuk bacaan dan rujukan anda.


Kepada mereka yang suka menanam pudina secara komersil maka perlu cari tanah sesuai. Lazimnya jenis tanah yang berbeza akan mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Terdapat petua yang boleh membantu anda atasi isu ini dengan gunakan tanah yang berbutir atau tanah yang ada saliran baik dan cepat menyerap air dan nutrient (tanah kompos). Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah. Bagi kawasan tanah liat adalah perlu tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati. Cara begini akan dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat adalah sangat lambat menyerap air dan oleh itu kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air. Bagi jenis tanah pasir hanya perlu ditambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air. Akhir sekali untuk kawasan tanah gambut kurang masaalah kerana ia jenis tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam termasik pudina. Tanah ini menyerap air dan simpan, ini membantu tumbuhan menyerapnya.

Penyediaan Batas untuk tanaman pudina adalah disyorkan. Lazimnya dikawasan tanah luas untuk penanaman pudina ia perlu dibajak. Tujuannya adalah untuk aktiviti menggemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 m Lebar, 0.15-0.20 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3 m. Penyediaan semaian dilakukan mengikut jadual. Taburkan biji benih dengan campuran pasir halus (1:1). Tabur selapis pasir halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput keatas batas. Siram batas setiap hari sehingga anak benih kelihatan selepas 3 - 4 minggu. Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan. Buat sulaman dan penjarangan agar pertumbuhan mengikut kadar sepatutnya. Lazimnya proses pembajaan dengan menggunakan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja dibubuh di sekeliling pokok dan digaul kedalam tanah.Baja organik boleh digantikan dengan baja kompos iaitu campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria yang seterusnya menjadi baja semula jadi yang baik.

Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan jika berbanding dengan baja organik. Kaedah membuat baja kompos adalah dengan memasukkan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran ke dalam acuan. Kemudian dimasukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air. Seterusnya kita memang perlu menutupnya dengan lapisan rumput ataupun daun-daun kering. Mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi. Sebaiknya ulang langkahdiatas sehingga acuan penuh (sehingga 2 atau 3 kaki). Jangan lupa melndungi campuran daripada terdedah dengan gunakan bekas-bekas atau pembalut yang sesuai dengan saiz kompos yang di buat. Seterusnya terbalikkan adunan setiap dua minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan. Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil. Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah aktiviti mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.


Penjagaan pokok pudia perlu disiram 2 kali sehari pada peringkat awal pertumbuhan sayuran menggunakan jumlah air banyak diperlukan untuk tumbesaran. bagaimana pun selepas 2-3 minggu aktiviti penyiraman dibuat hanya sekali sehari adalah mencukupi. Tumbuhan yang sihat akan mula dituai apabila ia telah matang. Penuaian dilakukan sama ada dengan cara manusl (tanaman sedikit dikawasan rumah) atau menggunakan jentera khas jika kawasan agak luas. Dalam banyak pembacaan, Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya atau pening kepala serta masaalah daripada kejutan dan boleh mempertingkatkan konsestrasi. dari segi kesan kosmetik, daun pudina didakwa mampu untuk mengekalkan kecantikkan kulit, meredakan sakit tekak, boleh dijadikan ulam, meredakan batuk, demam, selsema, mengurankan tekanan dan boleh dijadikan minuman teh. Kegunaan daun pudina telah lama dibuat sebagai penawar untuk batuk. Ia juga digunakan sebagai teh. Ia biasanya digunakan untuk merawat demam selesema. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit. Daun pudina boleh dimakan sebagai ulam. Minyak yang diperolehi daripada daunnya dikenali sebagai peppermint. Ia sangat berkesan untuk merawat sakit kerongkong dan sebagai perasa dalam masakan atau gula-gula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
DAUN PUDINA...IA HEBAT AROMA...
MUDAH DITANAM...DIMANA-MANA....
PERLU DIJAGA... MATANG TUAINYA...
NASI BERIYANI... ADA DAUN PUDINA...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Cameroon Highland  Vege Park,
Brinchang, Cameroon Highland, 
Pahang, Malaysia.
(30 Syaaban 1435H).]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...