Support My Blog

Monday, August 20, 2018

PRODUK RUMPAI LAUT - KENALI DIA

MALAYSIA merupakan antara negara didunia yang menjadi penyumbang utama kepada pengeluaran rumpai laut merah spesis Kappaphycus spp dan Eucheuma sp. didunia. Penulis blog yang hadir dalam Program 'Seaweed Splash' yang telah diadakan di Semporna, Sabah pada 31 Mac 2018 telah berpeluang melihat bagaimana industri rumpai laut ini telah bekembang sebagai satu lagi industri baru di negara kita. Penghasilan rumpai laut yang diberikan tumpuan oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan adanya banyak program pembangunannnya dimana ia telah berjaya memertabatkan rumpai laut ini sebagai industri bernilai tinggi. Pada masa ini dua spesis rumpai laut yang dikultur secara komersil adalah dari jenis Kappaphychus alvarezii (yang juga dikenali dengan nama Euchema cottoni) dan juga spesis Euchema spinosum (dimana ia diberikan nama dagangan sebagai Euchema denticulatum). Negeri Sabah merupakan kawasan utama penanaman rumpai laut dinegara ini iaitu ditumpukan di Segi Terumbu Karang di DaerahSemporna yang mempunyai kesesuaian dari segi persekitaran, topologi dan juga cuaca. Bagaimana pun terdapat juga aktiviti pengkulturan rumpai laut pada skala kecil yang dilakukan di Pulau Pangkor, Perak serta di Pulau Langkawi di Kedah. Terkini industri ini telah juga berkembang ke Sarawak dengan pengujudan zon Industri Tanaman Rumpai Laut dinegeri tersebut. Industri ini yang melibatkan sekitar 1,300 pengusaha dimana dilaporkan telah menghasilkan lebih 200 tan rumpai laut setahhun. Memang bagi saya agak kurang kenal akan industri rumpai laut kerana ia hanya terdapat dibeberapa negara sahaja yang mampu menjadikan sebagai satu industri penting seperti di Indonesia, Filipina, Jepun dan sebagainya. Industri rumpai laut di negara kita mendapat perhataian kerajaan melalui projek HIP (High Impact Project) dibawah NKEA yang mana ianya telah memperkenalkanindustri ini di negara kita dengan lebih baik. Artikel subuh ini saya menulis dari aras 13 Hotel Promenade, Tawau, Sabah dalam "Anim Agro Technology" mengenai industri rumpai laut dan potensinya untuk dijadikan sumber kekeyaan baru negara.


Rumpai Laut merupakan salah satu sumber HIDROKOLOID daripada biopolimer marin atau laut. Terdapat 3 jenis rumpai laut dan hasil koloid yang boleh diekstrak daripada rumpai laut iaitu AGAR, ALGINAL dan juga KARAGENAN. Penulis blog yang telah berkunjung ke Booth PameranJabatan Perikanan menerima penerangan yang agak jelas mengenai perkara ini. Penggunaan rumpai laut dan hasil koloid telah tersebar luas diseluruh dunia termasuk di negara Eropah dan Benua Amerika sejak sekian lama. Hidrokoloid pula apa yang penulis blog telah difahamkan adalah bahan semulajadi yang mempunyai molekul yang besar dan mudah larut didalam air bagi menghasilkan larutan yang pekat. Agar, Karagenan dan Alginat pula merupakan bahan karbohiderat yang larut dalam air bagi membentuk larutan pemekat mengikut pelbagai tahap kekerasan gel dan boleh digunakan sebagai bahan pemekat dalam makanan atau pun penstabil makanan. Makanan segar dari rumpai laut pula selalu juga digunakan sebagai makanan sama ada dalam bentuk agar atau makanan pencuci mulut seperti salad atau pun ia boleh dioleh semula sebagai minuman berkhasiat. Memang banyak produk berasaskan rumpai laut dipamerkan dalam Seaweed Splash yang dipromosikan kepada orang ramai.


Dalam keterangan mengenai karagenan dan produk-produk yang berasaskan kepada rumpai laut, penulis blog menerima penerangan yang panjang lebar. Pada masa ini majoriti bekalan karagenan dunia adalah dihasilkan dari kawasan asia Tenggara. Antara negara yang banyak mengusahakan tanaman rumpai laut seperti Flipina dan Indonesia yang berskala komersil dengan pasaran eksport yang besar. Dalam pada itu antara ciri-ciri karagenan penting termasuk sifat emulsikasi (emulcification) dan juga pembentukkan gel (Gel formation). Secara amnya rumpai laut ini merupakan tumbuhan yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E serta memainkan peranan yang penting dalam pelbagai industri termasuk didalam industri tekstil, cat, perubatan dan sebagainya. Kini dikenapasti sumber utama didalam rumpai laut yang menjadikannya istimewa adalah dan bernilai komersil ialah bahan Fikoloid iaitu Karagenan, alginat dan agar-agar. Karagenan yang mana ia diekstrak dari Rumpai Laut Merah (Chondrus sp., Eucheeuma sp dan Kappaphychus sp) adalah sangat penting didalam industri makanan dan kosmetik. Sementara itu sumber alginat diekstrak daripada daripada jenis Rumpai Laut Perang (Sargassum sp., Ascophyllum sp, Laminaria sp dan Macroocytis sp) adalah bernilai. Sumber agar-agar pula lazimnya akan diekstrak daripada Rumpai Laut Merah iaitu Garcinia sp, Gelidium sp, Gelidiella sp dan juga Pierocladia sp. Rumpai Laut Sabah sebenarnya mengandungi bahan mineral, asid amino dan Beta-karotena serta protin yang tinggi. Kandungan ini juga membolehkan dalam membantu mengekalkan kolagen didalam kulit kita. Rumpai laut juga kaya dengan vitamin dan bahan antioksidan yang dapat membuang toksin dan bahan radikal bebas serta mampu meningkatkan metabolisma. Sekain itu rumpai laut mampu untuk merangsang sel kulit baru dan menyembuhkan luka. Ada kajian menunjukkan dimana makanan rumpai laut boleh mengurangkan masaalah kulit seperti ekzema dan psoriasis dan memang banyak lagi kegunaanya. Industri rumpai laut di perairan Semporna Sabah mendapat perhatian kerajaan dengan menjadikannya sebagai industri berimpak tinggi (High Impact Project).


Dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Kebaikan rumpai laut Sabah" yang ditulis oleh wartawan Meran Abu Bakar membincangkan akan kebaikan rumpai laut Sabah. Rumpai laut Sabah kini telah menjadi pilihan pengusaha produk kecantikan sebagai bahan utama di dalam produk keluaran mereka. Bagi masyarakat Sabah, kebaikan rumpai laut sudah lama diketahui dan dijadikan sebagai bahan makanan dan kecantikan semula jadi.  Rumpai laut Sabah merupakan sumber kolagen asli yang murah dan berkesan. Banyak kebaikan kolagen di antaranya ialah mampu membuang toksin dan bahan radikal bebas, meningkatkan metabolisme, merangsang penghasilan sel kulit baru, menyembuhkan luka, mengurangkan masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis dan sebagainya. Menyedari pelbagai kebaikan yang terdapat di dalam rumpai laut dua sahabat iaitu Ibrahim Mohd. Zakal, 33, dan Azizul Mohd. Hassan, 35, memanfaatkan rumpai laut dalam produk kecantikan wajah keluaran mereka yang diberi nama DeDaun. Telah setahun berada di pasaran produk DeDaun yang mengandungi kolagen asli yang terdapat banyak di dalam rumpai laut. Sesuai untuk semua jenis kulit, DeDaun boleh digunakan oleh semua peringkat usia iaitu daripada remaja hingga mereka yang telah matang baik untuk wanita mahupun lelaki. Menurut Ibrahim, DeDaun terdiri daripada lima jenis produk, iaitu gel pembersih, krim Booster CC Cream SPF 35 iaitu krim siang hari dan masker malam. CC Cream SPF 35 adalah produk berasaskan air dan sesuai untuk wanita Asia. Ia tidak melekit dan pengguna boleh menyapukan bedak asas setelah menyapukan CC krim ini ke wajah. Penggunaan di siang hari boleh dilakukan dengan menggunakan pencuci muka, krim rawatan dan setelah itu CC krim. Selain itu, ia didakwa dapat menghilangkan masaalah jeragat, melembap dan juga boleh menghindari kulit daripada nampak kusam. Bagi penjagaan malam pula, gunakan pencuci muka dan kemudian sapukan booster. Apabila anda bangun keesokan harinya, cuci muka dan anda dapat merasakan kulit menjadi tegang dan anjal. Anda akan dapat melihat kesan yang lebih maksimum jika digunakan secara berterusan. Keistimewaan booster produk DeDaun ialah selain membantu menegang dan didalam kesan menganjalkan kulit, ia membantu memudarkan parut hitam pada kulit. Ia juga boleh disapu pada luka dan luka cepat kering kerana kandungan rumpai laut dan lidah buaya yang terdapat di dalamnya," kata Ibrahim, yang menyediakan dua jenis set bagi dibeli oleh pelanggan, iaitu set untuk dibawa semasa melancong dan set eksklusif. Mendapat standard pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan juga kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia kini terdapat produk dalam bentuk set untuk dibawa melancong terdiri daripada lima jenis produk seberat 10ml pada harga RM55 setiap set. Manakala set eksklusif yang terdiri daripada lima jenis produk dalam saiz yang besar sedikit dijual pada harga RM126Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology yang membuat rujukkan. Wasallam!!.
RUMPAI LAUT... INDUSTRI BARU NEGARA...
TEKNOLOGI MODEN... PELBAGAI CARA...
BANYAK KHASIAT... KAYA VITAMIN SEMUA... 
MEMBACA ARTIKEL... DIRUJUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1313, Hotel Promenade,
Tawau, Sabah,
Malaysia.
(14 Rejab 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...