Support My Blog

Wednesday, August 15, 2018

MANGGIS - PENGURUSAN DISYORKAN

POKOK MANGGIS (Garcinia mangostana) adalah sejenis buah-buahan tropika yang bermusim. Musim manggis di Malaysia lazimny aberlaku pada bulan Jun hingga Ogos setiap tahun namun musim berbuah boleh berubah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan pokok. Manggis tergolong dalam keluarga Guttiferae dan ndimana ia boleh ditanam dengan menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak tanaman 9 meter (m) x 9 m. Oleh itu biasanya pokok manggis klon (yang benih kahwin) boleh mengeluarkan buah manggis pada umur tujuh tahun dan ke atas selepas ditanam. Pokok manggis mudah dibiak dengan menggunakan kaedah cantuman baji dimana kaedah pembiakan ini memerlukan tiga komponen utama seperti anak pokok penanti manggis, pucuk ranting baka terpilih (scion) dan peralatan cantuman. Bagi cantuman baji yang telah berjaya dicantum, ia perlu diberikan naungan/teduhan sehingga anak pokok sesuai ditanam. Pokok manggis yang ditanam diladang Pusat Pertanian Jabatan Pertanian serta di ladang UPM ialah seperti manggis biji, manggis mesta dan manggis tanpa biji. Penelitian penulis log bagi tempoh asas kematangan, buah manggis mengambil masa antara tiga dan empat bulan dari bunga kembang hingga buah masak. Biasanya buah manggis biasanya dimakan segar dan diproses menjadi jus atau jem. Umumnya pokok manggin amat sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 20 C dan 30 C dimanaia juga memerlukan keadaan lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm setahun dan sesuai dengan pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan kawasan dataran banjir. Pada penulis blog masa kini masih tiada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak berubah dari bakanya. Sistem penanaman manggis secara monokrop kini telah menjadi pilihan petani kerana ia mamu memberika pendapatan yang baik kepada pemilik dusun. Artikel malm ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai pengurusan taaman manggis untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Dalam aktiviti pengurusan air pada tanaman manggis amat jarang dibincangkan petani. Pengurusan air sangat perlu bagi tanaman manggis pada peringkat awal di ladang. Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan pokok yang bru diubah, lambat pulih daripada kejutan pemindahan dan seterusnya lambat membesar. Bagi mengatasi masalah ini seaiknya pokok diubah ke ladang pad awal musim hujan (Sila lihat foto disebelah). Sungkupan di keliling pokok digalakkan terutamanya sepanjang musim kemarau. Air yang mencukupi amat perlu pada peringkat pembuangan dan pembesaran buah. Kekurangan air akan menyebabkan pembesaran buah terbantut. Air yang mana berlebihan juga tidak baik kerana pokok akan menjadi lebih cenderung untuk berpucuk. Pokok yang berpucuk pada masa pengeluaran buah akan mewujudkan saingan dalam mendapatkan bahan makanan. Akibatnya keguguran buah boleh berlaku atau buah lambat membesar. Bagi tujuan penanaman diladang komersil sebaiknya sistem pengairan mikro boleh digunakan. Sistem pengairan mikro mempunyai kecekapan yang tinggi melebihi 90% pemberian air dan amat cekap. Pengendaliannya tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak Kadar alir air bagi kepala penyebar mikro adalah diantara 2-60 liter sejam pada tekanan 2-60 psi. Siapa kata tanaman manggis tiada massalah serangan perosak dan penyakt?. Sebenarnya terdapat beberapa jenis serangga dikenali Pelombong Daun (Phyllocnictis citrella) dimana larvanya akan memakan inti daun melalui saluran atau liang-liang yang dibuat. Daun yang diserang menjadi berkilat seolah-olah melecur dan bahagian tepi daun kelihatan pudar dan bergulung. Larva membesar di dalam daun dan menjadi kepompong dalam lipatan daun. Jika tahap kerosakan tinggi, kawalan boleh dibuat dengan menyembur daun-daun yang terlibat dengan racun jenis serap seperti dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif. Ulat Pengorek Buah (Curculio sp.) pula dimana kumbang dewasa bertelur di kulit buah pada peringkat pembesaran buah dan larva membesar di dalam buah. Larva yang hampir jadi kepompong memakan isi buah hingga ke biji dengan membuat lubang hampir dengan tangkal buah. Apabila buah jatuh, larva akan masuk ke dalam dan menjadi kepompong di dalam tanah. (boleh hidup 2-6 minggu sebelum muncul sebagai kumbang dewasa). Sehingga kini belum ada syor kawalan tertentu kecuali dengan membuang buah yang jatuh ke tanah dengan segera.

Antara beberapa jenis penyakit yang menyerang pokok manggia pula seperti Cerana zignoela (Zignoela garcianneae) dimana larvanya akan menyerang dahan dan batang. Tempat diserang akan bengkak dan bercerana. Daun akan layu dan luruh. Pokok manggia akhirnya akan mati. Kawalan dengan cara memusnah pokok yang diserang dengan menebang dan membakar kesemua bahagian pokok untuk mengawal penyakit ini daripada ianya merebak. Penyakit lain adalah Penyakit Cendawan Angin disebabkan oleh Kulat Corticum salmonicolor. Ia lazimnya akan menyerang batang dan dahan pokok. Bahagian yang diserang akan menjadi merah samar dan diselaputi oleh bebenang. Daun-daun dan pucuk di dahan yang diserang akan kecut dan layu dan terus mati. Dikawal dengan memperbaiki sistem pengudaraan di keliling pokok. Cantas dahan yang terlalu rapat. Jika perlu sembur bahagian pokok yang diserang dengan racun kulat iaitu yang berasaskan kuprum. Sementara itu jenis kerosakan adalah apa yang dinamakan sebagai Gamosis. Selain penyakit ini pokok manggis mengeluarkan sejenis gam berwarna kuning yang boleh merosakkan dahan dan buah. Buah yang rosak akan mengeluarkan gam dan ini akan menyebabkan buah menjadi keras dan berasa pahit. Kerosakan ini berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersentuh secara mekanikal. Masalah ini lebih ketara apabila getah kuning terdapat di dalam buah yang telah matang. Gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada kulit buah. Kawalan atau cara mengatasinya adalah dengan menjaga buah atau dahan supaya tidak rosak. Buah yang telah matang perlu dipetik secara manual dan tidak dibiarkan jatuh ke tanah. Kawalan gamosis secara terperinci masih belum diperolehi.

Kawalan Rumpai mesti dijalankan sejak awal pertumbuhan lagi terutama di pangkal pokok bagi mengelakkan persaingan untuk tujuan mendapatkan nutrien dan air. Kawalan rumpai mesti dilakukan dengan kaedah menggunakan sungkupan di pangkal pokok yang terdiri daripada lalang atau rumput kering. Sekiranya perlu, rumpai di keliling pokok manggis boleh dikawal secara manual dengan menggunakan cangkul sementara rumpai yang terdapat di antara barisan boleh dikawal dengan menggunakan mesin pemotong rumput. Tanaman penutup bumi seperti jenis kekacang juga boleh digunakan untuk mengawal rumpai yang dengan sendiri boleh mengawal hakisan tanah serta meningkatkan kesuburan tanah. Bagi pokok manggis yang matang rumpai dikawal dengan menyembur racun rumpai seperti paraquat (1.0 kg/ha) atau glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha). bagi buah manggis perlu ada proses mengadakan  Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH) dalam amalan pertanian baik.  Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada TDMH yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak. Sebagai panduan TDMH bagi racun perosak yang digunakan pada tanaman manggis adalah  Racun Perosak TDMH (bilangan hari) seperti racun yang berasaskan kuprum dan racun Dimethoate. Penggunaan racun sistemik sebaiknya dielakkan semasa pengawasan dusun mereka. 

Indeks kematangan dan penuaian buah manggis penting difahami oleh petani. Ini kerana pokok manggis ini dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan apabila pokok lebih daripada lapan tahun. Pada permulaan hasil adalah rendah tetapi hasil seterusnya akan meningkat mengikut umur pokok. Manggis biasanya berbuah setahun sekali dimana buah manggis mengambil lebih kurang 13-14 minggu untuk matang. Tanda kematangan ialah apabila ada perubahan pada warna kulit buah. Buah yang belum matang berwarna hijau kekuningan dan akan bertukar menjadi hijau dengan tompok-tompok ungu atau kemerahan pada peringkat matang. Keseluruhan buah akan bertukar kepada warna coklat kemerahan dan seterusnya kehitaman apabila buah cukup masak. Terdapat berbagai-bagai peringkat kematangan dalam satu pokok pada masa yang sama dan untuk memudahkan pengutipan hasil indeks warna yang berikut digunakan sebagai indeks kematangan. Perubahan warna daripada satu indeks warna ke satu indeks warna seterusnya mengambil masa satu hari pada suhu 25 - 30 Celcius. Manggis Indeks 1 buah akan berwarna hiijau kekuningan dengan sedikit kesan merah (Sila lihat foto disebelah). Buah manggis Indeks 2 berwarna hijau kekuningan dengan sedikit kesan kemerahan. Kulit buah apabila dipotong masih lagi mengandungi lateks kuning dan isinya masih melekat kuat pada kulit. Mutu buah yang dipetik pada peringkat ini tidak dapat diterima. Buah manggis Indeks 3 berwarna merah kekuningan dengan tompok-tompok kemerahan sekeliling buah. Kandungan lateks dalam kulit berkurangan sedikit dan bahagian ini masih tidak mudah dipisahkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sedia untuk dihidangkan selepas 3-4 hari diperam pada keadaan ambien. Indeks warna ini adalah peringkat yang paling awal sesuai bagi memetik buah. Indeks 4 dimana keseluruhan kulit buah berwarna kemerahan dengan tompok-tompok merah yang jelas. Lateks masih terdapat dalam kulit manakala isi boleh diasingkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sesuai untuk pasaran eksport. Manggis ideks 5 berwarna coklat kemerahan pada seluruh permukaan kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah boleh dihidangkan tetapi kulitnya yang tebal masih mengandungi lateks. Untuk eksport, buah mestilah dipetik tidak melampaui peringkat ini. Indeks 6 pula berwarna kemerahan pada seluruh permukaan buah. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah sedia untuk hidangan kerana mutu dan citarasanya adalah memuaskan. Isi dan kulit mudah diasingkan manakala kulit sudah tidak mengandungi lateks lagi. Pada kematangan Indeks 7 ia berwarna ungu Gelap atau kehitaman pada seluruh permukaan kulit. Buah pada peringkat ini adalah terlalu masak.

Aktiviti memetik buah manggis amat kritikal kerana buah manggis yang jatuh ketanah akan rosak. Proses menuai hasil lazimnya tidak dapat dibuat serentak kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat. Kebiasannya buah dipetik setiap dua atau tiga hari dengan memilih buah yang sudah sedia dipetik sahaja. Buah perlu dipetik dengan cermat dan elakkan dari jatuh terhempas ke tanah bagi mengatasi gamosis. Buah boleh dipetik dengan tangan, penggunaan tangga digalakkan bagi pokok yang tinggi. Galah yang mempunyai cangkuk dan perangkap jaring dihujung juga sesuai untuk digunakan. Aktiviti pengendalian ini dilakukan di ladang dimana buah-buah yang dipetik perlu dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta dialas dengan span atau kain bagi mengelak dari kecederaan secara mekanikal seperti hentakan, himpitan dan gegaran. Bakul-bakul yang berisi buah perlu dihantar dengan cepat ke rumah pembungkusan untuk mengelakkan kerosakan dan penurunan mutu. Dalam pada itu dilakukan pengendalian di Pusat Pembungkusan dimana di rumah pembungkusan, buah dipilih. Buah yang buruk, terlalu muda, terlalu kecil dan sampah sarap dibuang sebelum proses seterusnya. Bagi penyediaan buah untuk tujuan eksport ke negara tertentu, pengasingan mengikut indeks warna yang dikehendaki boleh dilakukan di peringkat ini. Buah dimasukkan ke dalam tangki air bersih bagi membuangkan sampah sarap dan kotoran yang terlekat pada buah tanpa mencederakannya. Span atau kain boleh digunakan semasa membasuh. Air perlu diganti dengan yang bersih dari semasa ke semasa. Buah kemudiannya di susun di atas rak-rak atau meja bertingkat bagi mengeringkan air pada permukaan kulit. Kipas boleh juga digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan. Penggredan dibuat dengan melakukan mengikut gred dan mengikut saiz. Penggredan dengan tangan boleh dilakukan dengan berasaskan penentuan gred. Buah manggis biasanya akan mempunyai berat sebiji buah 100 gm atau lebih iaitu lebih kurang 8.10 biji/kg. Pembungkusan dilakukan dimana buah disusun dengan teratur dan padat di dalam kotak. Lapisan pengalas digunakan bagi mengurangkan geseran, himpitan diantara buah dengan permukaan kotak. Reka bentuk kotak berbeza mengikut jenis pasaran, sistem pengendalian, kehendak pengguna dan muatannya selain mengambil kira kekuatan mekanikal, kemudahan untuk dikendalikan, lubang perudaraan yang mencukupi dan kemudian mengaturnya di atas kenderaan dan di bilik penyimpanan. Oleh itu proses penyimpanan bagi pasaran segar dimana penggunaan bilik sejuk pada suhu 5 Celcius dan kelembapan relatif 85% adalah kaedah yang sesuai untuk penyimpanan manggis. Dalam keadaan ini, buah manggis boleh disimpan sehingga 4 minggu. Jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk mengangkut buah manggis ke destinasi pasaran adalah tertakluk kepada jarak perjalanan, jangka masa penyimpanan buah dan kos yang terlibat.

Dalam akhbar tempatan ada dilaporkan beberapa perkara kehebtan buah manggis. Manggis ialah sejenis pokok buah-buahan tropika yang berasal dari Malaysia. Kebanyakan ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di India, Sri Lanka, Australia, Brazil dan Amerika Tengah. Pada pengalaman penulis blog musim manggis seiring dengan musim durian iaitu musim pertama antara bulan Februari hingga Ogos dan musim kedua Oktober hingga Disember. Manggis dibiak menggunakan biji benih dan ada juga secara cantuman. Penanaman melalui biji benih memerlukan masa lima hingga lapan tahun untuk berbuah. Manakala pembiakan secara cantuman mula berbuah dalam masa empat tahun. Manggis memiliki batang yang tegak lurus, rendang dengan ranting atau dahan yang banyak serta daun yang lebat. Bahagian batang pokok mengeluarkan resin atau getah yang berwarna kuning pekat.  Kulit buah manggis agak keras dengan diameter empat hingga 6 sentimeter. Isi buah manggis berwarna putih dan isinya berulas-ulas iaitu enam hingga tujuh ulas bergantung kepada saiz dan kematangan. Buah manggis enak dimakan segar dan isinya boleh dibuat jem dan minuman kesihatan atau jus. Kulit pokok atau kulit buah manggis yang akan dikeringkan, direbus dan airnya diminum bagi mengubati cirit-birit. Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah akar, daun, kulit pokok dan kulit buah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!..
POKOK MANGGIS... BUAHNYA BERHARGA...
BUAH MASAK ... DIPETIK BERJAGA-JAGA...
ENAK DAN MANIS... IATULAH RASANYA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAMKAN ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hotel Anggerik, Intan Bukit Kiara,
Kuala Lumpur, Malaysia.
(8 Ogos 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...