mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, August 27, 2018

LAMBAKKAN CILI IMPORT



LAMBAKKAN CILI IMPORT yang telah banyak dilaporkan oleh media tempatan menjadi satu lagi isu terbaru di Malaysia. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Dato Salahuddin Ayub menyatakan demikian dalam sidang media di Putrajaya mengenai langkah-langkah kawalan cili import. Ini bermula dengan perkara isu lambakan cili yang mana ia telah dikeluarkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 Ogos 2018 bertajuk “Lubuk Lambakan Cili?” adalah dirujuk (Sila lihat foto diatas). Pada masa ini kadar penggunaan per kapita cili merah di Malaysia adalah sebanyak 2.3 kg/orang/tahun. Pada tahun 2017 sahaja dari laporan kementerian pertanian jumlah pengeluaran cili merah tempatan sebanyak 27,000 tan metrik dimana jumlah ini hanya mampu menampung 37% daripada permintaan negara. Sehubungan dengan itu biasanya kekurangan atau baki keperluan cili merah atau sebanyak 63% lagi perlu ditampung melalui pengimportan bagi memastikan bekalan cili merah segar dalam pasaran mencukupi. Pengimportan hasil pertanian dari negara luar adalah disyaratkan dengan kawalan melalui Permit Import iaitu instrumen kawalan yang mana ia digunakan oleh Kerajaan bagi mengawasi kualiti, keselamatan, penyakit dan perosak tanaman yang boleh membahayakan pengguna dan sektor pertanian negara.  Dalam hubungan ini terkini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah diarahkan untuk terus aktif menguatkuasakan Permit Import cili merah mulai 1 Mac 2017 bagi mengawal Perosak Lalat Buah Cili (atau pun nama saintifiknya Bactrocera latifrons) dan kawalan penggunaan sisa racun makhluk perosak supaya mematuhi piawaian ASEAN Maximum Residue Levels (ASEAN MRLs). Daripada Januari sehingga Julai 2018, sebanyak 1,092 Permit Import telah dikeluarkan bagi mengimport 31,000 tan metrik cili merah melalui 16 pintu masuk negara yang telah pun ianya diwartakan. Terkini MOA telah menggerakkan satu task force bagi menangani isu berbangkit daripada pengimportan sayur-sayuran dan buah-buahan. Perhatian utama task force bagi isu cili merah adalah untuk memastikan kecekapan kos pengeluaran di sepanjang rantaian nilai supaya cili merah tempatan berdaya saing di dalam pasaran. Task force ini akan turut dianggotai oleh beberapa Kementerian berkaitan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) untuk mengambil tindakan ke atas sebarang pelanggaran yang berlaku dalam pengimportan cili merah di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Akta Makanan 1983, serta di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 sekiranya berlaku kemudaratan kepada industri tempatan akibat dagangan cili merah yang diimport ke dalam Malaysia. Artikel subuh ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenaii isu lambakkan cili merah di negara kita yang perlu dilihat semula kerana ia boleh menjejaskan petani tempatan dan kesihatan pengguna.


Pada 23 Ogos 2018 akhbar Utusan Malaysia ada laporkan tajuk 'Lubuk lambakan cili?' dimana Malaysia jadi lokasi pembuangan sayur import. Foto disebelah menunjukkan longgokkan sayur-sayuran dan cili dari negara luar yang dipasarkan di negara ini. Berita yang dipetik dari Kuala Lumpur ini menyatakan akibat kelonggaran sistem pemantauan dan penguatkuasaan terhadap hasil pertanian eksport negara luar membuatkan Malaysia menjadi lokasi sasaran lokasi pembua­ngan sayur-sayuran khususnya cili yang didakwa telah gagal melepasi piawaian negara lain. Keadaan yang sudah berlarutan sejak se­kian lama itu me­ngundang pelbagai masalah dan paling membimbangkan adalah tahap keselamatan hasil pertanian berkenaan terhadap kesihatan pengguna di negara ini.  Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah nyatakan dimana kebanyakan hasil pertanian tersebut melibatkan tiga negara iaitu Vietnam, Thailand dan China“Mereka cuba untuk mengeks­port hasil pertanian ke pasaran negara lain seperti Singapura dan Jepun, namun disebabkan negara terbabit meletakkan standard dan tahap piawaian yang tinggi, hasil pertanian berkenaan gagal me­nembusi pasaran negara tersebut selain boleh dirampas. “Jadi persoalannya adalah mengapa hasil pertanian negara terbabit berjaya menembusi pasaran kita sehingga menyaksikan lambakan sedangkan pengeluaran hasil pertanian petani tempatan jauh lebih berkualiti berbanding negara ber­kenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Jelas Abdul Razak dimana apa yang  lebih menyedihkan adalah hasil maklumat diterima dimana negara berkenaan menjadikan Malaysia sebagai tempat ‘penghantaran’ hasil pertanian mereka bagi tujuan untuk mereka menstabilkan harga pasaran cili di negara masing-masing.


Tujuan mereka berbuat demikian bagi memastikan harga hasil pertanian di negara mereka tidak jatuh menjunam, sebab itu mereka hantar ke sini. “Ini bermakna petani mereka bernasib baik atau erti kata lain dilindungi sedangkan petani kita yang merana. Senario ini bukan dakwaan semata-mata kerana perkara ini turut tersebar dalam media sosial petani di Thailand dan Vietnam,” ujarnya. Beliau memberitahu diantara kesan buruknya adalah ia akan menjejaskan rantaian ekonomi petani tempatan dan harga yang tidak menentu dalam pasaran negara. Lambakan itu akan menjejaskan pendapatan petani tempatan dimana untuk jangka masa panjang boleh ianya memusnahkan hasil keluaran negara. Kalau keadaan ini berterusan dan ketika itu produktiviti tempatan berkurangan sekali gus kita akan terus bergantung dengan bahan import. Ini amat berbahaya kerana apabila keadaan itu terjadi maka pengeksport akan memonopoli harga komoditi berikutan kita terpaksa bergantung dengan hasil eksport, harga boleh melonjak lebih mahal dan kerajaan juga mungkin tidak mampu mengawalnya lagi. Sehubungan itu dakwaan Abdul Razak berharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan drastik sekali gus mengawal lambakan hasil pertanian eksport luar negara daripada masuk secara bebas ke dalam negara ini.


CILI MERAH (Capsicum annuum) adalah sejenis cili dari keluarga Solanaceae yang merupakan sayur jenis berbuah popular dan luas penanamannya di Malaysia setiap tahun. Seluas 2,850 hektar cili merah ditanam setiap tahun dinegara kita dengan anggaran pengeluaran sebanyak 32,600 mt yang bernilai sekitar RM 206.6 juta. Cili Merah atau Cili Besar ini adalah jenis tanaman sayur tanah rendah yang ditanam secara komersil monokrop terutama di Johor, Perak, Selangor dan Pahang (Sila anda melihat foto disebelah). Terdapat beberapa varieti cili merah yang popular ditanam oleh petani dimana ia sesuai untuk pasaran segar. Bagi semua varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan kes serangan-serangan serangga. Penanaman cili merupakan antara komoditi yang paling berisiko tetapi ia juga adalah komoditi sayuran buah yang paling menguntungkan jika penghasilan tinggi dan menerima harga pasaran yang baik. Harga cili diladang serendah RM 2.50 sekilogram boleh mencecah kepada RM 18.00 dipasaran runcit terutama semasa musim tengkujuh sekitar bulan November sehingga Januari setiap tahun. Apakah varieti cili merah yang anda tahu sangat popular di tanam di Malaysia?. Kebanyakan kita akan nyatakan Cili Kulai. Bagaimana pun varieti cili kulai sebenarnya terdiri daripada banyak sub-varieti kerana cili ini belum banyak yang didaftarkan dengan Senarai Pendaftaran Varieti (National Listing). Tinjauan penulis blog mendapati antara beberapa varieti cili merah komersil yang sesuai ditanam adalah seperti Varieti MC 11, MC 12, MC 4, MC 5 dan juga Varieti Kulai. Penulis blog dapati cili merah lain seperti varieti Cili Ipoh, varieti Minyak Beku, varieti Cili Bangi dan beberapa lagi ada ditanam dan dipasarkan. Kita perlu belajar sedikit pencirian varieti cili merah agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Lazimnya harga cili merah dipasaran agak tinggi untuk dijadikan perbandingan sebelum berlaku isu lambakkan cili merah ini menjadi serius (Sila lihat foto dibawah). Pada tahun 2017 harga cili jenis Kulai dijual dengan harga RM12.32 sekilogram sementara varieti cili Minyak Beku dijual dengan harga RM11.75 sekilogram. Dibandingkan dimana cili Merah Import dari Vietnam dijual dengan harga RM6.00 sekilogram (kurang separuh daripada harga cili tempatan). Hari ini pada Ogos 2018 harga cili tempatan dijual pada harga RM6.00 - RM7.00 sekilogram sedangkan cili merah import dijual pada harga RM3.00 - RM3.50 sekilogram. Kesan harga rendah cili import ini menyebabkan ramai petani tempatan tidak dapat bersaing. Perlu ada langkah strategik bagi menangani isu ini dengan bijak. Diharap dengan adanya paskan petugas khas MoA mereka akan mengatasi masaalah yang berlaku. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.




CILI MERAH... IA DITANAM SENTIASA...
HAMPIR 3,000 HA... HASIL RM206 JUTA...
CILI IMPORT PULA...MENGACAU HARGA...
PETANI TEMPATAN.... MEREKA SENGSARA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(17 Zulhijjah 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...