Support My Blog

Friday, August 10, 2018

CERITA PASAL JERING

JERING (Archidendron jiringa) adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara seperti diIndonesia, Filippina,Thailand adalah dari keluarga Leguminocae. Di Indonesia ia dikenali dengan nama Djengkol (Jawa) dan dimakan sebagai Ulam dengan nasi dan sambal. Nama lain jering adalah seperti tangyin ; tanyeng-pen (Myanmar), niang ; niang-nok ; chaniang (Thailand) dan juga jingkol ; jringkol ; jengkol (Indonesia). Pengarang blog mempunyai pengalaman dalam menanam, menjaga, memetik hasil dan memakan buah jering semenjak kecil lagi kerana di sekeliling rumah saya di Muar, Johor ada sebanyak lebih 10 pokok jering. Jering dipercayai adalah natif atau berasal dari Malaysia dan Indonesia serta ditanam di Thailand, Bangladesh dan Myanmar. Tidak ada laporan rasmi yang penulis blog dapat disemak daripada Jabatan Pertanian mengenai keluasan tanaman jering di Malaysia tetapi pengarang menganggarkan sekitar 40 hektar CHE sahaja. Ia tidak ditanam secara monokrop tetapi apa yang dilihat kebanyakannya adalah sebagaii tanaman campuran didalam dudun buah-buahan atau tanaman sekitar rumah. Sebahagian pokok jering juga tumbuh didalam hutan yang mana hasilnya akan dikutip oleh pihat tertentu mengikut musim. Teknologi tanaman ulaman atau kategori rempah ratus iaitu jering sebagai tanaman ulaman yang popular di Malaysia dan Indonesia berdasarkan kepada kepakaran, pembacaan, pengalaman selama lebih 35 tahun dalam sektor pertanian dan kajian oleh penulis sendiri. Artikel pada malam Sabtu ini saya dapat ilham untuk terus menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa cerita pasal jering untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.

Penulis blog telah membuat rujukkan dari beberapa jurnal dan buku dimana jumpa dan mendapat maklumat klinikal oleh saintis tempatan menyatakan jering mengandungi 3.5% porotin, 0.1% Lemak, 1.7% Karbohiderat, kalsium, Posforus, Iron, Vitamin A, Vitamin B dan juga Vitamin C. Kandungan bahan alkoloid dalam jering akan menyebabkan rangsangan membuang air kecil (Kencing). Jering dikatakan baik untuk pengidap penyakit kencing manis dengan memakannya secara terkawal dan berterusan. Jering didakwa dapat meneutrealkan kandungan gula dalam darah! Tetapi tahankah ahli keluarga dengan bau kencing setiap hari? Ada kajian lain menyatakan jering adalah dari jenis racun sederhana yang mengandungi asid djenkolic dimana ia mampu menyebabkan sakit menyucuk2 perut atau saluran kencing jika makan banyak tidal terkawal tetapi bergantung kepada individu bagaimanapun dakwaan ini belum diuji secara klinkal. Belum ada kes-kes keracunan makanan akibat makan jering dilaporkan sehingga kini.

Dalam akhbar tempatan yang bertajuk ''Jering ubat darah tinggi'' yang ditulis dalam Utusan Malaysia menyatakan apa saja jenis jenis ulam yang diambil ianya adalah tujuan utama tentunya untuk membangkitkan selera makan ketika anda sedang menikmati sajian atau hidangan. Pengambilan ulam sewaktu makan telah sekian lama menjadi amalan bagi masyarakat Melayu yang kemudiannya turut diikuti oleh kaum-kaum lain. Kini terdapat pelbagai jenis ulam segar menjadi pilihan sama ada dari jenis buah, biji dan daun tumbuhan atau herba. Diantara jenis ulam-ulam tradisional itu termasuklah petai, kerdas, daun pegaga, ulam raja, pucuk gajus, kacang botor, pucuk betik dan daun tenggek burung. Dalam pada itu satu lagi ulam yang begitu popular dan menjadi kegemaran ramai sebagai pembangkit selera makan ialah biji JERINGBuah atau biji benih jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja. Ramai juga yang biasa mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api. Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya. Malah ada yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk.

Pokok jering atau nama saintifiknya Pithecellobium jiringa (Jack) Prain dari keluarga Leguminosae, besar dan rendang manakala daunnya berpasangan tanpa berbulu. Bunganya pula berwarna putih dan berjambak manakala buahnya dalam bentuk lenggai panjang tetapi tidak lurus dengan ukuran lazim antara 20 dan 26 sentimeter (cm). Kulit jering tebal dan berwarna coklat tua sementara bijinya bersaiz besar lebih kurang 3 hingga 5sm tetapi leper. Pokok jering biasanya tumbuh di kawasan hutan atau ditanam oleh penduduk kampung (Sila anda lihat foto disebelah). Sebenarnya di sebalik keistimewaan buah jering sebagai ulam, ia juga sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri untuk perubatan dan kesihatan. Kurator Muzium Negara bernama Zainal Abidin Jamaluddin memberitahu dimana ulam jering mempunyai kandungan protein yang agak tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus. Kandungan nutrisi pemakanan lain ialah 84.1 peratus karbohidrat, 52 peratus air, 1 peratus abu, 0.8 peratus lemak dan 3.6 peratus gentian. Buah jering mempunyai nilai perubatan dan khasiat kepada manusia iaitu dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dakwanya.  Jabatan Muzium dan Antikuiti pernah juga menganjurkan Pameran Ulam dan Peram di Muzium Negara, Kuala Lumpur bagi memberikan maklumat seperti ini kepada pengunjung dan orang ramai. 

Dalam akhbar lain bertajuk ''Rezeki semusim jering'' yang dipetik di Terengganu menyatakan dimana jering dijadikan pendapatn tambahan bagi penduduk negara kerana ia adalah adalah salah satu ulam popular dalam hidangan nasi. Bagi masyarakat di Terengganu, jering bukan sekadar ulam untuk dicicah dengan sambal belacan tetapi ia dijadikan makanan ringan ketika waktu santai atau ketika kenduri-kendara. Mungkin bagi sesetengah orang tidak boleh membayangkan iaitu bagaimana jering yang rasanya pedar itu dijadikan makanan ringan. Apa pun seorang warga emas bernama Ali Umar yang berusia 76 tahun mendapati buah jering yang dijadikan makanan ringan direbus terlebih dahulu dan kemudiannya dihidang dengan kelapa parut. Dia yang merupakan peniaga jering rebus memberitahu, makanan itu amat popular di kalangan masyarakat di sini sehingga mendatangkan 'rezeki semusim' kepada peniaga dan peraih. Penjualan jering rebus hanya dijalankan untuk tempoh tiga bulan dalam setahun iaitu ketika musimnya berbuah (Sila lihat foto disebelah). Apa yang selalu dilakukan biasanya dari akhir bulan September hingga Disember dia akan berniaga jering rebus. Aktiviti jualan jering rebus bersama kelapa parut dijual RM2 bagi satu gelas plastik. Kini dia mampu memperoleh RM700 hingga RM900 sehari hasil jualan jering rebus. Biasanya disepnjang sepanjang tiga bulan musim jering berhasil dia dan tujuh pekerjanya akan bermalam di gerai tersebut untuk menyediakan jering rebus. Mereka akan mengopek buah jering pada sebelah malam secara bersama-sama sebelum direbus untuk jualan keesokan harinya. Jering tersebut lerlu direbus selama 12 jam bagi menjadikannya betul-betul empuk dan sedap dimakan. Beliau yang berniaga jering rebus sejak tujuh tahun yang lalu memperoleh bekalan jering dari sekitar negeri ini. Lazimnya bila musim jering berbuah akan ada pembekal akan menghubungi saya dan saya akan pajak sebatang pokok jering untuk bekalan sepanjang ia berbuah. Semuga artikel ini dalam anim agro technology akan memberi info berguna kepada pembaca semua berkaitan cerita pasal jering. Wasallam!!...
CERITA JERING... ADA DIMANA-MANA...
DIBUAT ULAM... BERBAU MULUTNYA....
ADA KHASIAT... DARAH TINGGI UBATNYA...
JERING REBUS... ENAK SEKALI RASANYA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Isana, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(10 Ramadan 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...