Support My Blog

Thursday, August 16, 2018

AYAM PERCIK - ENAKNYA!!!

AYAM PERCIK (Percik chicken) merupakan satu lagi jenis hidangan makanan yang sangat popular di Malaysia. Apa yang penulis blog suka adalah masakkan ayam percik yang terdapat di Kelantan kerana memang enak selain daripada ayam percik di pasar malam di Melaka. Kemahiran orang yang menyediakan ayam percik menjadikan ia adalah hidangan kulinari yang boleh diketengahkan dinegara kita. Memasak ayam perik tidak susah dan hanya perlukan sedikit ilmu kemahirn memasak, pengalaman dan juga peralatan yang mudah sahaja. Terdapat banyak resepi untuk menyediakan ayam percik bergantung kepada kehendak orang yang hendak memakannya. Pada penulis blog, ayam percik akar adalah yang paing disukai selain daripada masakan ayam goreng percik berkuah dan ayam percik Kelantan yang sememangnya tersohor. Hidangan ayam percik ini mudah didapati di restoren-restoren, pasar malam dan juga beberapa outlet makanan lain. Apa yang penting dalam hidangan ayam percik adalah bahan ayam daging segar dan ramuannya serta kuah yang disediaknnya. Harga aym percik ini amat berpatutan sama ada ia bersaiz kecil atau pun bersaia besar. Ayam percik sesuai dimakan bersama nasi putih atau pun diratah terus begitu sahaja. Ada beberapa rangkaian mrestoren makanan segera yang menjual produk ayam percik sebagai satu pilihan kepada pelanggan yang meminatinya. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' mengenai makanan ayam percik untuk dikongsi bersama pembaca semua. 


Bagi resepi pertama yang penulis blog suka adalah ''Ayam Goreng Percik Berkuah'' iaitu sejenis resepi yang mudah disediakan, enak dan sesuai untuk hidangan keluarga (Sila anda lihat foto disebelah). Bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi ini adalah 1 ekor ayam (dipotong sederhana) dan ia mesti dilumurkan kunyit, garam dan digoreng (jangan terlampau garing). Bahan lain memasak sebagai ramuan adalah terdiri daripada 6 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup. Bagi membuat kuahnya diperlukan bahan 2 batang serai (dititik), 15 tangkai cili kering (dikisar), 1 biji kelapa (diambil santannya), Asam keping (4-5 keping), gula dan garam secukup rasa. Sebaiknya pilih jenis ayam segar yang tidak terlalu muda kerana ia menjejaskan kualiti ayam percik. Cara menyediakan dan memasak ayam goreng percik berkuah adalah dimana semestinya ayan tersebut digoreng terlebih dahulu sehingga garing. Kemudian diangkat dan ditoskan dan diketepikan. Proses seterusnya adalah menyediakan kuah ayam percik iaitu dengan menumiskan bahan ramuan seperti bawang, serai, halia, kunyit dan sebagainya hingga wangi. Masukkan 2 sudu besar cili kisar, serai dan tumiskan hingga naik minyak. Apabila wangi makan dimasukkan santan, ayam goreng dan asam keping dan dikacau sehingga masak. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa (Sila lihat foto disebelah).  Masakkan dengan api yang perlahan sehingga kuah pekat dan hidangkan. Makanan ini sesuai dimakan dengan nasi putih atau pun dimakan terus begitu sahaja.


Apa yang menarik penulis blog juga resei masakan Ayam Percik Kuah Merah Kelantan yang enak. Mungkin dikalangan kita jarang mendengar kaum wanita hendak masak ayam percik setiap hari melainkan ada majlis tertentu atau menyambut bulan puasa. Ada dilaporkan dimana ada sebuah kedai ayam percik tersohor di Kelantan cuma beroperasi 3 - 4 jam setiap hari. Ini kerana jualan ayam perciknya habis purata 100 ekor dalam tempoh tersebut. Bagi menyediakan ayam percik kuah merah bahan-bahan yang diperlukan adalah seekor ayam segar dan diperap dengan bahan tumbuk, 4 ulas bawang merah kecik, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dan sedikit garam dan dilumur mesra dan disimpan selama sejam. Bagi menyediakan bahan kuah adalah 1/2 kotak santan wajib pekat (200 ml - baki lagi 1/2 kotak masuk kemudian (jika ayam besar guna santan lebih lagi), 2 batang serai, 1 inci halia, 1/2 inci lengkuas (optional) dan 5 tangkai cili kering rebus buang biji.  Keperluan lain adalah 1 cawan air (cawan besar 250ml), 2 keping asam keping saiz sederhana, 4 sudu gula dan 1 sudu garam atau kiub ayam ikut cita rasa sendiri. Cara masak dengan mengisar semua bahan ramuan dan memanaskan kuali dengan api sedangserta di kacau perlahan-lahan. Bila kuah sudh hampir mendidih maka baru dimasukkan ayam tersebut. Kemudian diangkat dan simbahkan kuah percik kepada ayam tersebut. Masak 5 minit kemudian balikkan ayam masak lagi 5 minit. Proses ni akan hasilkan jus ayam dimana ia akan diserap menghasilkan lebih rasa percik. Jangan lupa simbah-simbah dan selalu menggolekkan ayam dengan perlahan supaya ia tidak melekat pada kuali.  Selepas 10 minit rebus dalam kuah maka diangkat ayam guna sepit. Bubuh atas tray atau dulang dan pastikan ayam bersalut percik. Sebaiknya dilapik dengan daun pisang. Masakkan ayam dengan membakar didalam oven yang telah preheated 230°C selama 30 minit.  Kemudian baki 1/2 kotak santan masuk kedalam kuah percik tadi dan masak hingga berkrim. Pastikan tambah bahan perisa agar kuahnya enak dengan ada rasa masam, masin, manis, pedas yang seimbang baru jadi. Texture ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy.  


Pada penulis blog ayam percik merupakan juadah tradisional Melayu yang mempunyai identiti tersendiri. Ia menggunakan pelbagai bahan masakan Melayu asli. Sebenarnya ayam percik membawa maksud yang ayam itu akan dipercikkan dengan kuah percik semasa ia dibakar atas pemanggang arang (Sila lihat foto disebelah). Selalunya ada percikan kuah yang dilakukan sepanjang proses membakar ayam itu, membuatkan rempah-rempah meresap dalam ayam dan memberikan rasa yang enak bersama aroma asap salai. Menu ini merupakan juadah yang sering penulis blog beli dan makan apabila kampung kerana suka makan ayam percik. Ada peminat ayam percik yang menyediakan ayam percik saya akan memasak ayam itu bersama kuahnya sehingga separuh masak, kemudian barulah ayam itu dibakar sehingga masak dan garing. Ini membuatkan ayam lebih cepat masak. Bagi mudah menyediakan ayam percik boleh membakarnya dalam ketuhar kerana ia lebih moden dan cepat. Kalau yang suka membakar menggunakan arang kita perlu sabr untuk meluangkan sedikit masa membuat bara dan perlu ditunggu kerana kalau tidak nanti hangus pula ayam itu nanti. Memang tidak dapat dinafikan menggunakan cara tradisional membakar menggunakan arang memang cara terbaik kerana keenakan ayam percik akan lebih terasa kerana arang itu. Jika anda ke Kelantan anda akan dapati kuah ayam percik di sana berwarna putih kerana resipi tradisionalnya tidak menggunakan cili kering dan cuma santan dan bahan-bahan lain sahaja yang dipekatkan. Kuah percik perlu likat dan rasa lemak daripada santan segar yang digunakan. Sebaiknya anda boleh menggunakan santan segar kerana jika menggunakan santan segar tekstur akan sedikit pecah minyak dan berkilat.


Dalam sebuah akhbar tempatan bertajuk ''Ayam Percik Norashik semtias laris''. Usahawan ayam percik dikenali dengan nama Norashik sentiasa sibuk dengan membakar ayam percik yang mendapat sambutan pelanggan setiap kali bulan Ramadan di Kilometer 2.4, Jalan Bakri di Muar. Biasanya bulan Ramadan akan memberi rezeki yang melimpah ruah kepada seorang peniaga ayam percik apabila juadah itu laris setiap kali dijual sepanjang bulan puasa sejak tujuh tahun lalu (Sila lihat fot disebelah_. Norashik yang popular dengan ayam percik Seri Maharani nyatakan bila ayam percik itu turut dijual sepanjang masa, namun ia lebih laris pada bulan Ramadan hingga mendapat nama julukan 'Rashid Ayam Percik.' Gerainya di Jalan Bakri menjadi tumpuan penggemar makanan itu seawal pukul 4.30 petang setiap hari hingga beliau terpaksa menambah mesin pemprosesan ayam percik kepada dua buah berbanding hanya sebuah mesin pada hari-hari biasa bagi menampung permintaan ramai. Lazimnya setiap mesin mempunyai tiga hingga empat batang pemanggang ayam percik dan setiap batang itu pula mampu membakar antara sembilan hingga 10 ekor ayam percik setiap setengah jam. Beliau pada bulan Ramadan mampu menjual sehingga 150 ekor ayam sehari. 'Setiap ekor ayam percik Seri Maharani dijual pada harga antara RM13 dan RM14 mengikut saiz. Ayam percik Norashik itu terkenal dengan keistimewaannya kerana bukan sahaja lazat, malah aroma rempah yang disediakan membuatkan pembeli sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan makanan tersebut. Beliau telah lama mengusahakan perniagaan ayam percik itu bersama abang dan sepupunya, manakala sebuah lagi gerai milik Norashik yang beroperasi di Parit Setongkat di sini dikendalikan oleh adiknya. Kini selain berniaga ayam percik, Norashik turut menerima tempahan untuk majlis kenduri kahwin di sekitar daerah ini Muar dan Batu Pahat, selain menjangkau ke negeri Melaka. leh itu pelanggan ayam percik Norashik sepanjang Ramadan ini juga datang dari luar daerah Muar. Semuga artikel anim agro technolohy ini memberi info berguna kepada anda pembaca semua. 
AYAM PERCIK... MAKANAN ENAKNYA....
AYAM DIMASAK... KUAH DICUARHNYA...
MUDAH DISEDIAKAN... TAHU CARANYA... 

By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik Sendikit 6, Asrama Anggeri,
INTAN Bukit Kiara,
WP, Kuala Lumpur.
(14 Ogos 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...