KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, August 2, 2018

AISKRIM DI MALAYSIA - APA HEBATNYA!

AISKRIM MALAYSIA merupakan satu produk makanan yang enak dimakan, murah dan mudah disediakan. Cuaca panas di Malaysia sepanjang tahun membolehkan aiskrim sesuai dimakan sepanjang tahun. Makanan aiskrim ini amat banyak dijual terutama kepada murid-murid di sekolah khususnya sekolah rendah. Terdapat berbagai perisa, warna dan kreativiti aiskrim Malaysia ini daripada perisa biasa kepada perisa buah-buahan, agar-agar, kacang hijau dan sebagainya. Terdapat banyak jenis aiskrim lain bertaraf komersil yang dikeluarkan oleh syarikat antaabangsa dan tempatan dan dijual dipasaraya. Jenama seperti aiskrim Magnolia, Nestle, Wall's dan beberapa lagi. Aiskrim Konvensional adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya) dan ia digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi  suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen. Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. Aiskrim Malaysia diberikan nama kerana masa masa dulu tidk ada peti ais (refrigerator) dirumah-rumah kerana tiada bekalan letrik dikawasan luarbandar. Ais krim Malaysia mula dibuat bila telah ada bekalan letrik dan peti ais dan ianya dijual dengan harga RM0.05 - RM0.10 satu batang sekitar tahun 1970'an di kampong saya. Memang aiskrim Malaysia dahulu mendominasi penjualan aiskrim dikampong-kampong sebelum airkrim moden ini memasukki pasaran. Artikel subuh ini sambil mendengar kicauan burung dari tingkat 3, Hostel Anggerik, INTAN Bukit Kiara saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai aiskrim Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Pada penulis blog, memakan aiskrim selalu dilakukan selepas makan tengahari sebagai pencuci mulut. Lazimnya aiskrim jenama seperti Wall's dan Nestle menjadi pilihan dan ia disimpan dalam peti sejuk dirumah (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya kita boleh membuat sendiri aiskrim moden ini dirumah denga menggunakan bahan yang mudah didapati dan alatan yang simpel sahaja. Aiskrim moden komersil dibuat daripada campuran bahan iaitu seperti 10-16% lemak susu, 9-12% susu pejal tanpa lemak (bahan ini juga dikenali dengan serum pejal yang mana ia lazimnya mengandung protein seperti kasein dan protein wei dan karbohidrat seperti laktosa yang ada dalam susu). Bahan lain adalah 12-16% pemanis yang biasanya adalah dari gabungan sukrosa atau pemanis sirap perasa jagung berdasarkan-glukosa, 0.2-0.5% penstabil dan pengemulsi, misalnya agar atau carrageenan yang diambil dari rumpai laut serta 55%-64% air yang berasal dari susu padat atau bahan lainnya. Bahan-bahan ini akan membentuk bahagian pepejal aiskrim yang kecil pada produk akhir dimana yang selebihnya merupakan udara yang dimasukkan sewaktu proses pemutaran bahan-bahan ini. Aiskrim moden yang mempunyai harga yang murah diperolehi daripada bahan-bahan yang murah serta kemasukan udara yang lebih banyak sehingga 50% isipadu produk akhir. Aiskrim datang dalam pelbagai jenis perisa, seringklainya dengan bahan tambahan seperti kepingan coklat, kekacang, buah-buahan dan gula-gula kecil. Antara perisa aiskrim yang kerap dijual di pasar-pasar adalah perisa vanila, coklat, strawberi, and Neapolitan (gabungan ketiga-tiga perisa tersebut).

Salah satu jenis aiskrim Malaysia yang penulis blog suka adalah Aiskrim Vanilla. Artikel kali ini dipaparkan resepi Aiskrim Vanilla dengan bahan yang digunakan adalah seperti 2 cawan susu full cream dutch lady, 2 cawan coffee mate dan juga 1-2 sudu besar gula (optional). Cara untuk membuat aiskrim ini adalah dengan mengisar (blend) semua bahan-bahan di atas sampai ianya nampak berbuih. Kemudian ianya perlu di sejukkan dalam freezer selama 2-3 jam. Keluarkan campuran ini dan ia perlu dikisar sekali lagi dan seterusnya disejukkan sampai beku. Bila sudah menjadi beku ianya sesuai dan sedia untuk di makan. Bagaimana pun rasanya lebih mudah untuk dibuat sendiri dirumah. Antara jenis aiskrim Malaysia yang popular adalah Aiskrim Perisa Asam Boi. Bahan-bahan digunakan adalah seperti air Panas, Gula, Perisa Asam Masin, Asam Boi dan pembungkus plastik aiskrim. Cara-cara membuatnya adalah dengan melarutkan gula dengan air panas (ada yang hendak membuat air gula dahulu pun boleh). Kemudian dimasukkan perisa asam boi yang masin dengan satu atau dua biji bergantung kepada citarasa mengikut selera. Kemudian dibiarkan sejuk. Seterusnya dimasukkan asam kecut tau asam boi ke dalam plastik aiskrim dan masukkan air bancuhan air asam yang dah sejuk kedalam plastik tadi. Bila cukup maka diikat sehingga ketat dan diletakkan dalam peti sejuk semalaman. 

Makanan Aiskrim Goreng merupakan satu hidangan istimewa yang pertama sekali diperkenalkan di Malaysia di pantai Batu Buruk, Terengganu. Ia telah pun dijadikan makanan pencuci mulut yang semakin popular di banyak lokasi termasuk di Asia, USA dan Mexico. Dalam pada itu aiskrim goreng memang menjadi sejenis makanan yang biasa ditemui di Mexican Restaurant direstoran di Amerika Syarikat (dengan jenama seperti El Torito atau Chi Chi's) dalam bentuk pesta dan karnival. Ia dihasilkan dengan mengambil satu pencedok aiskrim keluli tahan beku (dibekukan bawah dari suhu piwaian 0°F tahap dimana aiskrim biasanya disimpan), Ia akan dicelup dalam telur dan kemudiannya digolek masuk emping jagung atau serbuk biskut dimana kemudian secara ringkas akan digoreng di dalam minyak panas yang banyak. Apabila masak kemudian disejukkan aiskrim goreng ini bagi mencegah ia daripada isi aiskrimnya menjadi cair sementara di goreng. Akhirnya ada yang merenjis dengan kayu manis dan gula. Kini aiskrim goreng telah menjadi satu desert yang bersama berkhidmat dalam restoran-restoran yang Cina dan Jepun (Sila lihat foto disebelah). Resipi aiskrim goreng yang disediakan pada restoran-restoran rangkaian ini agak berbeza sedikit kerana ada yang menggunakan tempura dan juga menggunakan kulit yang diperbuat dari emping jagung atau serbuk biskut. Kepada mereka yang ingin buat sendiri aiskrim goreng perlukan bahan seperti roti gardenia, ais krim dan gunakan gelas. Cara memuatnya dengan mengambil roti gardenia sekeping dan kemudian diletakkn ais krim ke atas roti tersebut (ais krim jangan terlalu banyak kerana takut ais krim terkuar). Kemudian ia letakkan lagi roti gardenia di atas ais krim tsebut dan jangan tekan penyek dengan tangan. Ambil gelas dan tekapkan gelas tersebut ke atas roti. Lakukan dengan teliti dan ditekap kuat-kuat supaya roti itu terputus dan bercantum kua.  Kemudian kita boleh mulakan menggoreng roti tersebut dan sedia untuk dimakan.

Dalam akhbar KOSMO penulis blog merujuk laporan akhbar bertajuk ''Siapkan 12,000 batang aiskrim'' sebagai satu testimoni. Ia dimulakan dengan intro iaitu berniaga  aiskrim berperisa dalam plastik berbentuk silinder atau lebih dikenali sebagai aiskrim Malaysia bukanlah impian sebenar Raja Rozlinda Raja Abdullah, 48. Sebaliknya, dia membuat aiskrim itu semata-mata memenuhi permintaan anak-anaknya yang amat menyukai aiskrim. Bermula secara suka-suka tiga tahun lalu, aiskrim Malaysia Raja Rozlinda juga diminati kanak-kanak di sekitar kawasan kediamannya di Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Katanya anak-anaklah yang menjadi tukang promosi dan kanak-kanak lain pun datang membeli dan saya terpaksa buat dalam kuantiti yang banyak supaya dapat dijual, kata ibu kepada empat anak itu. Kini Raja Rozlina menyediakan 11 perisa aiskrim Malaysia. Antaranya termasuklah asam boi, Milo, bandung, strawberi, anggur, oren dan tebu. Namun, anak-anak Raja Rozlinda lebih meminati aiskrim berperisa asam boi dan Milo. Dengan resipi yang ringkas, Rozlinda menggunakan air masak, gula dan perisa bagi menyediakan bancuhan aiskrim Malaysia. Air yang telah diberi perisa dimasukkan ke dalam plastik aiskrim sebelum dibekukan.  Hakikatnya, aiskrim yang pernah popular sekitar tahun 70 dan 80-an itu masih mempunyai penggemarnya hingga kini. Kini selain diminati oleh kanak-kanak di sekitar taman perumahannya, Raja Rozlinda juga mendapat tempahan untuk acara sukan, hari keluarga dan sebagainya. Sejak dua tahun lalu, beliau mendapat tempahan daripada sebuah syarikat korporat yang memesan sehingga 12,000 batang aiskrim Malaysia untuk acara tahunan mereka. Sebagai seorang wanita bekerja, tidak mungkin saya mampu melakukannya bersendirian, jadi saya meminta bantuan ahli keluarga untuk menyiapkan tempahan, kata pegawai tadbir di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak itu yang menyiapkan tempahan tersebut antara empat hari hingga seminggu. Anak bongsu Rozlinda, Putera Muhammad Mukhlis Solihin, 8, asyik mencuba setiap aiskrim air tangan ibunya. Saya suka aiskrim Malaysia. Biasanya saya makan aiskrim ketika cuaca panas, katanya yang akan menggosok gigi selepas makan aiskrim. Dia gemar menikmati aiskrim Milo dan berperisa coklat. Kerja-kerja memasukkan semua bancuhan aiskrim biasanya dibantu oleh anak-anak Raja Rozlinda iaitu Muhammad Irfan Syafiq, 19, Puteri Nur Irdina Syazwani, 16, dan Puteri Nur Liyana Amani, 13. 

Menyentuh tentang harga bellau mengakui sejak dua dekad lalu aiskrim Malaysia dijual sekitar 0.5 sen atau 0.10 sen sebatang tetapi kini harga aiskrim tersebut meningkat sehingga 0.40 sen sebatang, manakala aiskrim perisa Milo dan bandung pada harga 0.50 sen sebatang (Sila lihat foto disebelah)Menjadi pencuci mulut ketika waktu berkualiti bersama keluarga, suami Raja Rozlinda, Ruze Ismail, 49, berkata, menikmati aiskrim Malaysia turut mengimbau memori mereka sekitar tahun 70-an. Diangkat sebagai makanan paling popular dan diminati oleh penduduk seluruh dunia, aiskrim menjadi pilihan bagi individu atau kumpulan sasaran perniagaan. Kini, majlis-majlis seperti kenduri perkahwinan, hari jadi, ulang tahun sesebuah syarikat, perjumpaan dan sebagainya mula menempah aiskrim sebagai sebahagian daripada menu pencuci mulut. Akhbar juga melaporkan cecair aiskrim ini dia sediakan mengikut tempahan. Biasanya dia akan tiba dua jam awal sebelum majlis. Cecair tadi saya akan masuk ke dalam mesin ais untuk diproses menjadi krim. Dalam masa setengah jam, airkrim sedia dihidang kepada tetamu. Ia adalah bertekstur lembut dan berkrim, aiskrim perisa vanila dan coklat yang dihidangkan usahawan bernama Hakim menjadi rebutan kanak-kanak yang menunggu lama. Hakim berkecimpung secara sambilan dalam perniagaan aiskrim selepas melihat potensi perniagaan itu daripada rakannya. Asalanya dia tiada modal untuk membeli mesin, tetapi sangat berminat. Jadi saya mencari tawaran yang sesuai dengan bajet ketika itu. Kini  selepas setahun maka jadual tempahan aiskrimnya penuh sehingga bulan Julai. Kini, dia memiliki empat buah mesin membuat aiskrim. Dia berniaga pada hujung minggu bergantung pada tempahan. Pernah ada yang telah menempah 300 aiskrim pada majlis hari jadi dimana dia menawarkan harga yang berpatutan dan rasanya enak. HAKIM sentiasa memastikan mesin aiskrim bersih dan cermat supaya pengendaliannya lancar. Selain aiskrim kon yang dijual pada harga RM1 satu, Suka AisKrim juga telah menyediakan aiskrim roti pada harga RM1.50 satu dan aiskrim cawan, RM2 satu. Selain aiskrim tempatan, pelbagai jenama aiskrim mewah membanjiri pasaran. Antaranya termasuklah Baskin Robins, Tutti Frutti, New Zeland Natural, Haagen Dazs dan aiskrim separa mewah daripada rangkaian restoran makanan segera seperti McFlurry, Walls dan Nestle. Ada jenama Stickhouse iaitu aiskrim dari Itali membawa konsep aiskrim yang berbeza. Ia bukan aiskrim biasa tetapi gelato. Aiskrim gelato dibuat tanpa memberi ruang kepada udara. Tanpa udara menjadikan gelato berdensiti padat, kaya berperisa dan mengekalkan kandungan semula jadinya.  Jenis Aiskrim Stickhouse menggunakan bahan semula jadi tanpa pewarna tiruan, pengawet, mempunyai kandungan seperti inulin dan ekstrak sayuran. Menurut Sau Keong, dengan penampilan berbeza, ais tersebut dicucuk pada batang. Ia dijual pada harga antara RM4.90 hingga RM8.90 sebatang. Stickhouse menawarkan aiskrim berperisa sorbet, yogurt dan premium. Kios Stickhouse boleh didapati di pusat beli-belah terpilih seperti di Sunway Pyramid. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN SEJUK... AISKRIM NAMANYA...
JENIS MODEN.. ADA ASIKRIM MALAYSIA...
BUAT SENDIRI... JIKA ANDA BERSEDIA...
PENCUCI MULUT...MEMANG HEBATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 4, Anggerik Hostel,
INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur,
WP, Malaysia.
(21 Zulkaedah 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...