Support My Blog

Monday, August 13, 2018

BENIH UDANG GALAH - CARA PROSES

UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan juga sekali-sekala mendiami habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik dan muara. Udang Galah boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik iaitu dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam. Kita beruntukng kerana di Malaysia merupakan antara negara pertama yang menemui cara-cara untuk menternak udang galah pada era 1960-an. Ini menyebabkan banyak negara asing memberi nama timangan kepada udang galah sebagai "Udang Malaysia". Namun kini penghasilan udang galah di Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain seperti Bangladesh, Vietnam, Thailand, China, Indonesia dan Taiwan. Pengeluar udang galah terbesar di dunia adalah negara China diikuti oleh negara Bangladesh. Negara seperti Vietnam, Thailand, Taiwan dan Indonesia juga menghasilkan udang galah lebih banyak daripada Malaysia. Benih udang galah, permakanan dan serangan penyakit terhadap udang galah yang diternak menjadi satu ancaman dalam industri ini yang mana merupakan industri yang mampu memberikan pulangan tinggi. Artikel subuh Sabtu ini selepas solat subuh saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pemprosesan benih udang galah seperti mana diberitahu kepada penulis blog.

Proses benih udang galah walaupun ia berdepan pelbagai rintangan dan cabaran tetapi kini dua sahabat karib mengusahakan satu-satunya kolam ternakan udang galah di Terengganu yang turut mempunyai pusat pembenihan udang galah di atas bukit di Kampung Kua, Kuala Berang, Terengganu. Mereka adalah Encik  Mohd Rahmat Saimi berusia 32 tahun dimana selepas dua tahun mengusahakan penternakan udang galah dengan benihnya dibeli daripada pembekal di Manjung, Perak dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kini dia dan rakan kongsinya iaitu Syed Mohd Imran Syed Ahmad berusia 24 tahun telah beralih melakukan pembenihan sendiri untuk mendapatkan benih udang bagi penternakan. Akhir tahun lalu dia bersama Syed Mohd Imran membelanjakan modal sendiri sebanyak RM25,000 untuk membina pusat pembenihan seluas 15 meter panjang dan lima meter lebar selain mempunyai kelengkapan pembenihan antaranya tangki gentian kaca, gas oksigen dan akuarium (Sila lihat foto disebelah). Pada mereka ternakan udang galah diusahakan sejak 2016 ini mempunyai 28 kolam, namun buat masa ini hanya 12 kolam yang aktif dan mengeluarkan hasil antara 45 hingga 48 kilogram udang setiap kolam, manakala putaran pengeluaran hasil ialah dua kali setahun. Pengeluaran benih udang galah merupakan satu bidangusaha yang tidak ramai diceburi oleh golongan usahawan muda terutama dikalangan bumiputra. 


Kini dengan adanya pusat pembenihan sendiri mereka kini tidak perlu lagi mendapatkan benih daripada pihak luar kerana setiap kolam memerlukan 2,500 - 3,000 benih udang yang mendapat permintaannya paling tinggi khususnya dalam pengusaha kolam pancing di sekitar Terengganu (Sila lihat foto disebelah). Mohd Rahmat mrndakwa dimana pusat untuk pembenihan udang galah yang diwujudkan bersama rakan pada penghujung tahun lalu kini mempunyai 70,000 benih udang galah yang sudah menetas dan berada di dalam tangki asuhan. Benih udang galah ini dimasukkan ke dalam kolam ternakan kami di atas bukit berhampiran kampung ini pada bulan April. Benih Induk udang galah kini diperolehi daripada individu yang biasa menjalankan aktiviti membubu udang di Sungai Nerus, Kuala Nerus dan dengan adanya pusat ini saya bersama rakan dapat menjimatkan kos membeli benih, selain dapat menternak udang dalam kuantiti lebih banyak, Biasanya  udang galah terbabit diternak secara konvensional tanpa menggunakan alat pengudaraan dan ketahanan udang daripada serangan penyakit mendorong dia dan rakan memperluaskan perusahaan yang dijalankan ini. Kawasan kolam yang terletak kira-kira empat kilometer dari laluan utama dan berada di atas bukit membolehkan setiap kolam dibekalkan dengan air bukit pada setiap masa. Aktiviti menuai hasil juga lebih mudah apabila saluran dibuka bagi mengeringkan kolam untuk tujuan penuaian hasil.


Beliau nyatakan dimana kolam bersaiz 12 meter panjang dan lapan meter lebar itu mampu memuatkan 3,000 anak udang galah yang diperoleh hasil bantuan Jabatan Perikanan Daerah Hulu Terengganu dan Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar, Glemi Lemi, Jabatan Perikanan, Jelebu, Negeri Sembilan (Sila lihat foto disebelah). Kos permulaan agak tinggi iaitu RM20,000 kerana perlu untuk menyewa jengkaut untuk membina kolam di kawasan bukit itu, namun usaha yang dilakukan amat memuaskan hati apabila udang yang diternak dapat dijual selain daripada permintaannya tinggi. Kolam ini tidak memerlukan penjagaan khusus kerana kami hanya membiarkan saja udang di dalam kolam selain tidak menggunakan sebarang peralatan moden yang memerlukan pengawasan sepanjang masa. Mereka juga yakin usaha ini dapat menyuntik semangat rakan sekampung dan belia lain untuk turut sama menceburi bidang ternakan udang galah dan kami sedia membantu memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat,” katanya. Jabatan Perikanan Terengganu ketika meninjau kolam ternakan dan pusat pembenihan udang galah itu nyatakan dimana  pihaknya menyambut baik usaha kedua sahabat itu kerana mereka adalah satu-satunya penternak udang galah di negeri ini. Jabatan Perikanan akan terus membantu pengusaha berkenaan yang mana sebelum ini sudah ada pegawai daripada pusat penyelidik daripada Negeri Sembilan yang datang membantu kedua penternak ini. Semuga tulisan artikel subuuh ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini dan dapat memanafaatkannya. Wasallam!!...
BENIH UDANG GALAH... HALUSNYA...
SUKAR MENDAPAT... KENA BELI SAJA...
PENGELUAR BENIH... USAHAWAN MUDA...
MEMANG BERJAYA ... DILAPOR SEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1301, Dexule Suite,
Hotel Alora, Alor Setaar,
Kedah, Malaysia.
(15 Syaaban 1437H).
Published from:
Hostel Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur, WP, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...