Support My Blog

Monday, September 19, 2016

BUAH POPULAR DI MALAYSIA (Part 7)

INDUSTRI BUAH-BUAHAN di Malaysia merupakan satu sektor tanaman bagi menghasilkan buah-buahan yang di majukan untuk bekalan domestik dan ekspot. Terdapat seluas lebih dari 270,000 hektar tanaman buah-buahan yang diusahakan pada tahun 2015 dengan anggaran kuantiti pengeluaran sebanyak 1.742 juta metrik tan. Buah-buahan yang dimajukan di negara ini mempunyai 23 jenis tetapi tanaman buah Durian (Durio zibethinus) merupakan paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar diikuti Pisang (Musa spp) merupakan jenis buah yang kedua luas diusahakan di Malaysia dengan keluasan 28,640 hektar dan pengeluaran sebanyak 283,220 mterik tan. Rekod statistik dirujuk dari Jabatan Pertanian yang saya lihat juga ada menunjukkan tanaman Rambutan (Nephelium lappaceum) tempat ketiga pentingnya dengan ditanam seluas 24,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan pada tahun 2015. Tempat keempat kepentingan buah-buahan di Malaysia adalah Buah Nenas (Ananas comosus) dengan keluasan 16,210 hektar dan pengeluaran sebanyak 400,070 metrik tan. Keluasan penanaman buah nenas kini menjadi semakin pro-aktif apabila Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) dihidupkan semula. Penanaman nenas varieti MD2 secara komersil dan meluas kini dilakukan dibeberapa negeri terutama Negeri Pahang di Daerah Rompin, Pahang dengan tujuan untuk pasarn domestik dan eksport. Projek dibawah ECERDC di Rompin ini menghasilkan nenas jenama 'ROMPINE' yang keluasan fizikal lebih 1,400 ekar dalam satu kawasan. Pisang yang baru sahaja bangkit setelah masaalah serangan Penyakit Moko (disebebkan oleh bakteria) telah mud diaktifkan penanamannya. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 24 jenis buah-buahan tropika yang popuar di Malaysia. Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan kepada Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015, aktiviti pemerhatian, kajian dan pengalaman penulis sendiri didalam sektor pertanian selama 36 tahun. Artikel 8 siri ini boleh dibaca bersama dengan beberapa siri penulisan lain mengenai buah-buahan di Malaysia.

19. PISANG
Pisang (Musa spp) merupakan tanaman buah-buahan yang diusahakan sebanyak 29,790 hektar pada tahun 2015 dengan kapasiti pengeluaran dianggarkan sebanyak 295,630 metrik tan (Laporan Ststistik Tanaman Jabatan Pertanian 2015). Penulis yang terlibat didalam mendaftarkan varieti pisang di Malaysia mendapati ada 16 varieti pisang yang didaftarkan pada tahun 2013. Dari penelitian penulis mendapati berbagai varieti pisang di tanam di Malaysia tetapi pisang yang paling Popular ialah Pisang Mas (MP3), Pisang Rastali (MP9), Pisang Cavendish (MP14) dan Pisang Berangan (MP4).  Pisang lain yang popular juga di tanam adalah Pisang Tanduk atau Pisang Lang (MP12), Pisang Nangka (MP2) dan juga Pisang Nipah (MP5). Anda boleh baca tulisan saya mengenai semua varieti pisang di Malaysia yang telah didaftarkan dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Kawasan utama tanaman pisang di Malaysia ialah di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Sabah serta Sarawak. Pisang ditanam untuk pasaran segar dan juga diproses. Terdapat dua jenis pisang uang lazimnya di tanam iaitu Pisang Makan Segar dan Pisang Goreng. Selain daripada dimakan segar, pisang juga digoreng dan dibuat kueh tradisional. Pemproses pisang untuk dijadikan KEREPEK PISANG merupakan satu industri yang sangat menguntungkan. Penanaman pisang beberapa tahun kebelakangan ini menghadapi masaalah serangan Penyakit Moko Pisang atau juga Penyakit 'Blood Disease'. Kesan serangan penyakit Moko menyebabkan industri pisang negara terjejas teruk. Kini penanaman pisang disyorkan menggunakan benih kultur tisu yang bebas penyakit, murah, sihat dan praktikal.  


Artikel: Pisang - Penyakit MOKO (Klik disini)
Artikel: Banana in Malaysia (Klik disini)
Artikel: Proses Jantung Pisang (Klik disini)
Artikel: Balut Tandan Pisang (Klik disini)
Artikel: Pisang Embun (Klik disini)
Artikel: Pisang Salai (Klik disini)
Artikel: Pisang Tanduk (Klik disini)
Artikel: Pisang Kaki (Klik disini)
Artikel: Pisang - Jenis Perosak (Klik disini)
Artikel: Pisang - Varieti di Malaysis Part 1 (Klik didini)
Artikel: Pisang - Varieti di Malaysia Part 2 (Klik disini)
Artikel: Pisang - Varieti di Malaysia Part 3 (Klik disini)
Artikel: Pisang - Varieti di Malaysia Part 4 (Klik disini)
Artikel: Pisang - Pisang Nipah (Klik disini)
Artikel: Banana - (Click here)


20. PITAYA
Pitaya (Hylocereus undatus) atau disebut juga 'Buah Naga' merupakan tanaman buah-buahan yang mula dikomersilkan sekitar 10 tahun dahulu. Tanaman pitaya mula dikomersilkan di Johor dan Perak sebelum ianya ditanam dinegeri-negeri lain. Anak benih daripada keratan pokok selalunya akan di tanam diatas sokongan tiang kayu atau tiang simen dengan ketinggian 3-5 kaki dari paras tanah. Terdapat dua varieti pitaya yang popular iaitu Varieti Pitaya Isi Merah dan Varieti Pitaya Isi Putih. Varietu Pitaya Kuning jarang ditanam dinegara kita kerana ia kurang sesuai dan jarang diminati pengguna. Di Malaysia terdapat seluas 2,510 hektar tanaman pitaya direkodkan pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 9,790 metrik tan tetapi kini keluasan tanaman tersebut telah menurun kepada sekitar 850 hektar sahaja (Laporan Ststistik Tanaman Jabatan Pertanian 2015). Industri tanaman pitaya sedang mengalami masaalah serangan penyakit serius masa kini dan keluasan terus menurun setiap bulan. Penyakit yang dikenali dengan Ervinia ini telah memusnahkan industi tanaman pitaya dengan teruknya sehingga beberapa kaedah kawalan berjaya mengatasinya. Ramai usahawan asal yang 'gulung tikar' menanam pitaya apabila berlaku serangan Reput Batang yang teruk. Pada masa dulu tiga kawasan utama yang telah direkodkan dengan tanaman pitaya di Daerah Kluang Johor (206 ha), Daerah Mersing Johor (156 ha) dan Daerah Jelebu N Sembilan (155 ha). Kini di kawasan Daerah Sepang, Selangor dan Alor Gajah, Melaka serta beberapa daerah di Perak dan Pahang ada menanam pitaya secara aktif. Penulis dapati harga ladang pitaya kini stabil diantara RM2.50 - RM4.00 sekilogram bergantung kepada varieti pitaya dan juga keadaan semasa. Kini penanam pitaya kebanyakannya mengamalkan perladangan organik untuk mendapatkan harga lebih baik dan kawalan penyakit Reput Batang oleh patogen Ervinia. 


 Artikel: PITAYA LANGKAWI (KLIK DISINI)
Article : MEMPROSES BUAH PITAYA (Klik disini)
Article : PITAYA- Penyediaaan Benih (Sila klik disini)
Article : PITAYA - Cashflow Pitaya (Sila klik disini)


21. PULASAN
Pulasan (Nephelium mutabile) adalah sejenis buah-buahan yang dari dahulu dikategorikan sebagai Jenis Buah Nadir kerana ianya kurang dikomersilkan. Pulasan pada masa ini ditanam secara komersil dengan terdapat seluas 1,410 hektar dengan anggaran penghasilan sebanyak 4,930 metrik tan pada tahun 2015 (Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015). Antara varieti atau klon pulasan yang popular tidak lain tidak bukan ialah  Varieti Ah Hock (Hock 94). Klon lain ialah seperti Varieti P28 (Pulasan Temerloh). Bagaimana pun penelitian penulis hanya varieti Hock 94 yang pokok induknya didaftarkan dan berasal dari Muar, Johor sahaja yang popular ditanam dan dikomersilkan. Kawasan utama pengeluaran pulasan di Malaysia ialah Daerah Hulu Langat Selangor (314 ha), Daerah Dungun Terengganu (242 ha) dan Daerah Muar Johor (146 ha). Penanaman pulasan asasnya memerlukan amalan agronomi yang betul kerana jika tidak cukup sistem pengairan semasa pembentukkan buah akan menyebabkan buah pulasan tidak ada isi. Pokok pulasan kini ditanam sebagai tanaman monokrop dibeberapa kebun yang penulis pernah melawat dan dijual dengan harga ladang diantara RM4.00 - RM6.00 sekilogram. Hasil Pulasan kebanyakannya dijual untuk pasaran domestik dalam bentuk segar.

Article : Pulasan (Sila Klik disini)
Article : Varieti Pulasan di Malaysia (Sila klik disini) 
Article : Buah Pulasan (Sila klik disini)
Article : Dusun Kg Dingin (Sila klik disini)


MUSIM BUAH... BANYAK JUALANNYA...
PISANG SEGAR...BANYAK JENISNYA...
PITAYA MERAH...MANIS RASANYA...
PULASAN PULA... MERAH WARNANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Ward 303, Hospital Pantai,
Jalan Istana, Persimpanhan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 JamadilAkhir 1434H)
Ditulis semula pada 10 Zulhijjah 1437H
Rawatan akibat kemalangan Jalanraya pada 14/9/2016.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...