Support My Blog

Thursday, September 15, 2016

BUAH POPULAR DI MALAYSIA (Part 3)

TANAMAN BUAH-BUAHAN di Malaysia merupakan salah satu industri yang di majukan untuk bekalan domestik dan untuk pasaran ekspot. Rekod Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan terdapat seluas lebih dari 270,000 hektar tanaman buah-buahan yang diusahakan pada tahun 2015 dengan anggaran kuantiti pengeluaran sebanyak 1.742 juta metrik tan. Daripada jumlah tersebut tanaman yang paling popular dan luas adalah buah Durian (Durio zibethinus) iaitu 100,615 hektar diikuti Pisang (Musa spp).  Tanaman Pisang merupakan jenis buah yang kedua terluas diusahakan di Malaysia dengan keluasan 28,640 hektar dan pengeluaran sebanyak 283,220 mterik tan. Kebanyakan pisang yang ditanam dari jenis pisang segar untuk dimakan dan juga pisang untuk di proses. Rekod Jabatan Pertanian juga menunjukkan tanaman Rambutan (Nephelium lappaceum) tempat ketiga dengan ditanam seluas 24,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan pada tahun 2012. Tempat keempat ialah Buah Nenas (Ananas comosus) dengan keluasan 16,210 hektar dan pengeluaran sebanyak 400,070 metrik tan. Malaydis mempunyai tanah subur, air yang mencukupi dan sinaran matahari sepanjang tahun membolehkan industri buah-buahan dimajukan dengan cara komersil. Terdapat jenis buah tidak bermusim yang sesuai ditanam sepanjang tahun dan juga buah bermusim.  Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai 23 jenis buah-buahan tropika yang  popuar ditanam di Malaysia. Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan kepada Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015, aktiviti pemerhatian penulis dan ptinjauan sendiri didalam sektor pertanian selama 36 tahun.



7. JAMBU AIR
Jambu Air (Euginia aquea sinonim dengan Syngium samarangense) merupakan sejenis buah yang ditanam daripada keluarga Myrtaceae. Jambu air sesuai untuk pasaran segar dimana terdapat beberapa varieti atau klon popular. Pada masa ini terdapat 6 varieti yang telah didaftarkan di Malaysia E1 (Tiada maklumat), E2 (Tiada maklumat), E3 Varieti Kristal Madu), E4 (Varieti Hijau Panjang), E5 (Varieti Jambu Air Epal) dan E6 (Varieti Asahan). Bagaimana pun kini hanya dua varieti yang popular ditanam petani iaitu Jambu Air Madu Merah (E3) dan juga Jambu Air Asahan (E6). Keluasan tanaman jambu air di Malaysia belum ada catitan rasmi tetapi anggaran penulis lingkungan 60-70 hektar. Kawasan yang ada menanam jambu air seperti di Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Di Johor terdapat jambu air berwarna hijau yang di dakwa sebagai 'Jambu Air Johor' yang banyak di tanam di Daerah Muar dan Daerah Kluang. Anda jangan keliru dengan membeli jambu air merah di Tempat Rehat PLUS di Tapah kerana sebahagian besar jambu air tersebut adalah diimpot darii negara jiran iaitu Thailand. Seorang penanam jambu air yang telah beberapa kali memenangi hadiah didalam Pertandingan Hasil-hasil Pertanian MAHA International, En Jason Liew berjaya mendaftarkan varieti jambu beliau dengan E6. Sila baca maklumat mengenai jambu air beliau pada artikel yang saya tulis lama dulu (Sila Klik disini). Beliau menanam jambu air jenis baru dikebunnya di Asahan, Melaka dengan jayanya. 

* Artikel : Jambu Air Merah ( KLIK DISINI)
* Artikel : JAMBU AIR JOHOR (KLIK DISINI)
* Artikel : Cashflow Buah-buahan (KLIK DISINI)



8. JAMBU BATU
Jambu Batu (Psidium guava) atau 'GUAVA' merupakan jenis buah-buahan segar untuk pasaran segar dan juga di proses. Bagi Varieti atau Klon Jambu batu Tanpa Biji, hanya sedikit yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam iaitu Varieti GU15 walau terdapat beberapa klon lain di jual di nurseri. Bagi Varieti atau Klon Jambu batu Berbiji, varieti yang disyorkan dan popular ditanam ialah Varieti GU8 (Kampuchea) , Varieti GU9 dan Varieti GU 10. Varieti Jambu Batu Lohan atau Jambu Batu Giant (GU11) merupakan varieti baru yang paling banyak permintaan oleh petani untuk menanamnya kerana memberikan kualiti hasil yang banyak dan buah yang premium (Sila baca artikel tersebut - Sila Klik disini). Terdapat seluas 1,440 hektar tanaman jambu batu di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 18,880 mt pada tahun 2015 (Laporan Statistik Tanaman jabatan Pertanian 2015). Laporan statistik menunjukkan kawasan pengeluaran utama jambu batu di Malaysia adalah di Daerah Muar Johor (213 ha) , Daerah Batang Padang Perak (185 ha) dan Daerah Segamat Johor (68 ha). Pengusaha tanaman tebu perlu berhati-hati dengan masaalah serangan nematod dan lalat buah.


* Artikel : JAMBU AIR GIANT (Klik disini)
* Artikel : Cashflow Jambu Batu (Klik disini)


9.  LONGAN
Tanaman buah Longan (Dimocarpus longan) di negara kita merupakan satu jenis buah yang baru diperkenalkan terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Tanaman longan merupakan tanaman yang perlukan pengurusan khas dimana kesesuaian amalan agronomi perlu difahami oleh petani. Pada masa ada 4 jenis varieti yang telah di tanam di Malaysia iaitu Edaw, Chompoo, Biew Khiew dan Klon Diamond/Belian dimana ia banyak berasal dari thailand atau China. Pemerhatian saya mendapati hanya 2 varieti yang disyorkan ialah Klon Edaw dan Klon Belian. Tanaman longan di Malaysia merupakan komoditi baru dan Malaysia merupakan negara pengimpot buah longan segar dan longan proses yang terbesar dari Thailand bernilai lebih 7,650 metrik tan dengan nilai lebih RM 12.4 juta pada tahun 2007. Seluas 60 - 80 hektar tanaman longan di tanam di Malaysia terutama di Johor, Melaka, Selangor, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Saya ada melawat projek tanaman Longan di ChiangMai dan Vietnam pada tahun 2009 dan 2010 dan boleh dibaca artikel berkaitan (Klik disini dan Klik disini).

* Artikel : Longan Technology in Thailand (Klik disini)

* Artikel : Longan in Malaysia (Klik disini)

Ladang Longan di Chiang Mai University, Thailand
BUAH TEMPATAN...MUDAH BELINYA...
JAMBU AIR...MERAH WARNANYA...
JAMBU BATU LOHAN... SEDAPNYA...
LONGAN PULA...DITTANAM DI MANA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Stesyrn Pertanian Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia
(28 JamadilAwal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...