Support My Blog

Saturday, September 17, 2016

BUAH POPULAR DI MALAYSIA (Part 5)

BUAH-BUAHAN DI MALAYSIA merupakan satu sektor tanaman bagi menghasilkan buah-buahan yang di majukan untuk bekalan domestik dan ekspot. Industri buah-buahan masih menjadi salah satu cabang sektor pengeluaran makanan negara selain daripada padi, sayur-sayuran dan tanaman perladangan lain. Terdapat seluas lebih daripada 270,000 hektar tanaman buah-buahan yang diusahakan pada tahun 2015 dengan anggaran kuantiti pengeluaran sebanyak 1.742 juta metrik tan. Tanaman buah Durian (Durio zibethinus) merupakan paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar diikuti Pisang (Musa spp) merupakan jenis buah yang kedua luas diusahakan di Malaysia dengan keluasan 28,640 hektar dan pengeluaran sebanyak 283,220 mterik tan. Rekod yang saya rujuk dari Jabatan Pertanian juga menunjukkan bahawa tanaman Rambutan (Nephelium lappaceum) tempat ketiga dengan ditanam seluas 24,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan pada tahun 2015. Kajian juga menunjukkan buah yang mendudukki tempat keempat ialah Buah Nenas (Ananas comosus) dengan keluasan 16,210 hektar dan pengeluaran sebanyak 400,070 metrik tan. Beberapa jenis buah dari Malaysia pernah dan masih dominan dalam pasaran eksport seepeti Nenas, Betik, Belimbing dan juga  buah siap proses. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 23 jenis buah-buahan tropika yang popuar di Malaysia. Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan kepada Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015, pelbagai aktiviti pemerhatian, kajian dan pengalaman penulis sendiri didalam sektor pertanian selama 36 tahun.



10. LIMAU BALI
Limau bali atau Pomelo (Citrus grandis) merupakan tanaman jenis limau yang agak popular ditanam di Malaysia dengan terdapat seluas 1,895 hektar diusahakan dengan pengeluaran sebanyak 8,830 hektar pada 2015 (Laporan Agro-Makanan MOA 2015). Kawasan utama tanaman limau besar adalah di Daerah Segamat Johor (313 ha - Kawasan Jementah) diikuti Daerah Kuala Kangsar Perak (200 ha) dan Daerah Kinta Perak (110 ha). Varieti limau bali paling popular semenjak beberpa tahun ini adlah Varieti PO51 (Isi putih atau Limau Rompin), Varieti PO 52 (Isi Merah atau LimauTambun) dan varieti Varieti PO 53 (Isi putih atau Limau Melomas). Buah limau bali pada masa ini kebanyakannya adalah untuk kegunaan dimakan segar dan hanya sebahagian kecil sahaja yang diproses untuk dijadikan minuman jua atau kordial. Tanaman limau bali mudah ditanam dan berbuah sepanjang tahun dan mudah diuruskan berbanding dengan jenis limau manis dan limau mandarin. Sila baca artikel limau bali dalam artikel yang saya tulis (Sila anda Klik dibawah ini).

Article: Limau Bali (Klik disini)
Article: Kursus Pengeluaran Benih (Klik disini) 
Article: Citrus Greening DIsease  (Klik disini) 
Article: Khasiat Limau Bali  (Klik disini)




11.  LIMAU MANIS
Limau manis atau Limau Langkat (Citrus suhuensis) tidak banyak pilihan Varieti atau klon yang popular cuma Klon M33 yang didaftarkan dengan National Listing Jabatan Pertanian sahaja. walau pun ada varieti tempatan yang lain popular, ianya hanya sesuai dan ditanam hanya diperingkat tempatan sahaja. Keseluruhan keluasan tanaman limau manis di catitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia cuma 3,940 hektar dengan hasil sebanyak 17,970 metrik tan pada 2015. Apa yang saya semak, hanya sedikit sahaja varieti M33 yang ditanam masa ini kerana banyak telah diserang dengan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD). Daerah Asajaya di Sarawak merupakan kawasan utama tanaman limau langkat di Malaysia dengan keluasan 294 hektar pada tahun 2015 diikuti dengan Daerah Simunjan Sarawak (288 ha) dan Daerah Beaufort Sabah (230 ha). Negeri Terengganu pernah cuba memajukan projek 'Citrus Valley' di Daerah Dungun Terengganu yang luasnya beribu ekar tetapi projek tersebut telah gagal kerana banyak masaalah serangan penyakit. Kini kawasan tersebut telah dimajukan dengan kelapa sawit. Industri tanaman limau manis mempunyai potensi yang tinggi kerana permintaan untuk buah limau manis amat besar diseluruh dunia. Malaysia memerlukan anakbenih yang tahan serangan penyakit dan kepakaran khusus untuk negara dapat membangunkan tanaman limau manis. Negara jiran seperti Indonesia dilaporkan mempunyai teknologi yang baik dalam pengeluaran limau manis.

Article: Dusun Kg Dingin (Klik disini)
Article: Limau Purut (Klik disini)
Article: Limau Gedang (Klik disini)
Article: Limau Mandarin (Klik disini)
Article: Limau Lemon (Klik disini)
Article: Limau Nipis (Klik disini)
Article: Limau Kasturi (Klik disini)
Article: Citrus Greening DIsease (Klik disini)



12.  MANGGIS dan MESTA
Manggis dan Mesta (Garcinia mangostana) merupakan sejenis buah tempatan dimana kini varieti MESTA adalah dilaporkan popular. Terdapat dua varieti manggis yang didaftar dengan Jabatan Pertania iaitu Varieti bernombor GA1 dan varieti Nombor GA2. Ia merujuk kepada jenis buah manggis tempatan. Kalau dahulu penulis hanya dengan mengenai buah manggis sahaja tetapi kini penulis telah banyak menulis artikel yang berkaitan buah mesta semenjak bertugas di Negeri Pahang. Lebih daripada 10 artikel telah ditulis mengenai mesta yang amat jarang sekali dilaporkan di Malaysia (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. mengenai buah Mesta   Di Negeri Pahang terdapat sejenis manggis yang di panggil dengan Mesta terutama di kawasan Pahang Barat dan Pahang Tengah dan saya telah menulis artikel mengenai buah mesta ini (Sila Klik disini). Mesta dipercayai lebih cepat berhasil dan kualliti buah lebih sedap daripada manggis walaupun saiznya agak kecil sedikit. Keluasan tanaman manggis di Malaysia sebanyak 7,685 hektar pada tahun 2015 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 29,520 metrik tan. Rekod tersebut juga ada juga menunjukkan Daerah Batang Padang di Negeri Perak merupakan kawasan paling luas menanam manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu Langat Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat Johor (288ha). Penanaman mesta yang paling luas masa kini adalah di Pahang Tengah dan Pahang Barat seperti di Temerloh, Maran dan Bera serta daerah berada disekitarnya. Mesta dijual dengan harga ladang RM8.00 untuk gred A dan RM6.00 sekilogram untuk gred B. Satu kilogram buah mesta gred A mempunyai antara 8-12 biji. Sila anda baca banyak artikel yang saya tulis untuk tanaman manggis dan mesta.

Artikel : Manggis (Sila Klik disini)
Artikel : Manggis  (Sila klik disini)
Artikel : Manggis Cara menanam Part 1 (Sila klik disini)
Artikel : Manggis Cara Menanam Part 2 (Sila klik disini)
Artikel : Varieti Manggis di Malaysia  (Sila klik disini)
Artikel : Gamosis pada Manggis   (Sila klik disini)
Artikel : Nama Lain Buah Manggis   (Sila klik disini)
Artikel : Manggis Potensi Ekonomik  (Sila klik disini)


Penulis memetik Buah MESTA di Maran, Pahang
BUAH TEMPATAN... BERMUSIM ADA..
LIMAU BALI... BESAR BUAHNYA...
LIMAU MANIS...SUKAR TANAMNYA...
MANGGIS PULA... ENAK RASANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Dusun Mesta Komersil, 
Kg Chenor, Temerloh,
Pahang, Malaysia.
(28 JamadilAwal 1434H)
Terimakasin kepada semua yang mendoakan keselamatan kami sekeluarga
selepas mengalami kemalangan jalanraya pada 14/9/2016 di Tangkak, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...