KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, September 22, 2016

TANAH TIDAK SUBUR - APA DIA?

TANAH TIDAK SUBUR (Soil infertility) merupakan satu perkara yang agak jarang dibincangkan. Asasnya maksud KESUBURAN TANAH (Fertile Soil) adalah satu perkara asas dalam bidang sains tanah dan sektor pertanian. Tanah yang subur yang ada diseluruh dunia dan diusahakan dengan pelbagai tanaman lazimnya mempunyai kadar kepadatan manusia ramai atau didiami atau penduduk yang padat. Kesuburan tanah berkaitan dengan jenis nutrien yang hadir di dalam tanah, bentuknya dan ketersediaannya untuk diserap oleh akar tumbuhan. Kesuburan tanah berbeza mengikut sumber asal tanah tersebut dari bahan induknya. Bagaimana pun pada jenis tanah yang selalu digunakan untuk tanaman dan pertanian atau aktiviti manusia yang lain biasanya menjadi tanah yang subur terhasil dengan amalan pemuliharaan tanah yang baik. Dalam menjaga kesuburan tanah selalu kebolehan petani untuk mengamalkan pertanian baik bagi sesuatu tanah untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan menentukan tahap kesuburan tanah untuk satu jangkamasa lama. Secara umumnya tanah untuk pertanian boleh dikelaskan kepada dua iaitu TANAH SUBUR dan juga TANAH TIDAK SUBUR. Ini kerana pengurusan tanah amat penting dalam menentukan tahap kesuburan tanaman seterusnya akan memberikan hasil yang banyak, berkualiti dan selamat dimakan. Dalam bidang pertanian, peranan tanah sangatlah penting untuk petani dapat menentukan keberhasilan usaha tanaman. Perkara seperti ini berlaku kerana tanah digunakan sebagai media untuk akar tumbuhan, penyimpan zat atau nutrien, udara, air dan sebagai perrumah kepada banyak mikrob atau mikro- organisma lain yang berfungsi untuk menguraikan sisa tumbuhan menjadi baja. Banyak peranan mikrob dalam tanah yang menguraikan sisa tumbuhan yang telah mati untuk kembali menjadi unsur nutrien yang boleh diambil oleh akar tumbuhan. Dalam tanah selalunya berlaku proses kitaran semulajadi sehingga proses ini memberikan kesuburan tanah. Sisa tumbuhan seperti daun, ranting, akar yang membusuk terurai dengan bantuan mikroorganisma menjadi bahan organik yang akan diserap oleh tanaman untuk proses pertumbuhan. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa ciri tanah yang dikatakan tanah subur sekadar menjadi bahan rujukan anda semua.


Penulis dapati antara beberapa ciri Tanah Tidak Subur ada dibincangkan semasa berkursus berkaitan asas kesuburan tanah. Ketidaksuburan sesuatu tanah yang diakibatkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi suatu tanah yang menyebabkan tanah tidak subur. Memang ada yang menjadi penyebab tanah tandus yang akan merugikan makhluk hidup yang hidup di bumi. Tanah yang tidak subur adalah seperti Tanag Bris, Tanah Gambut, Tanah Bekas Lombong, Tanah Liat Berat dan sebagainya. Tanah gambut sebagai contoh adalah tanah yang tidak subur untuk kebanyakan jenis tanaman makanan (Sila anda lihat foto disebelah). Lazimnya tanah tanah tidak subur hanya ada sedikit tumbuhan atau vegetasi yang akan tumbuh. Jika suatu tanah hanya memiliki sedikit tanaman yang tumbuh diatasnya baik secara kualiti dan kuantitinya itu menandakan bahwa tanah tersebut miskin kurang unsur nutrien atau mungkin juga memiliki unsur nutrien tidak lengkap untuk pertumbuhan akar pokok. Contohnya ada jenis tanah yang hanya mengandungi hanya salah satu unsur nutrien yang mana ia tidak membolehkan akar pokok mendapatkan nutrien asas Makro dan Mikro yang diperlukan tunmbuhan. Tanah yang tidak subur juga sering mememiliki keasidan tanah (Di ukur dalam unit pH) yang tidak neutral/ Ph Tanah sesuai untuk pertanian sekitar pH5.5. Lazimnya jenis tanah yang memilki pH yang terlalu asidik (Kurang dari pH4.0) atau memang tidak sesuai bagi kebanyakkan jenis tanaman. Sebagai contoh jika pH tanah dibawah 6 (Asidik) atau diatas 8 (Alkaline) maka kadar pertumbuhan tanaman diatasnya tidak akan seimbang disebabkan seringkali tanah mengalami keracuan unsur Aluminium (Al) jika tanahnya terlalu asidik dan akan memiliki kadar Ca dan Molibdenum (Mb) tinggi jika terlalu alkaline.


Jenis tanah yang tidak subur juga selalunya memiliki kehidupan organisma (biota) yang bilangannya sedikit. Pada kadar pH tanah yang tidak neutral sama ada terlalu asidik menyebabkan kadar kandungan bahan Aluminium tinggi yang menyababkan keracunan (toxicity) kepada tumbuuhan. Lebih teruk kesannya kerana banyak mikrob yang tidak sesuai hidup dalam keadaan persekitaran yang asidik. Kandungan bahan organik atau humus pada tanah yang tidak subur juga sedikit. Jika ada pun ia hanya mempunyai lapisan yang nipis atau mungkin tiada langsung seperti pada tanah bris. Berkemungkinan kejadian unsur humus yang nipis berlaku disebabkan oleh proses Hakisan Tanah (Soil eroison) atau memang tiada tumbuhan yang hidup diatasnya sebelum ini. Dalam keadaan semulajadi lazimnya bahan organik atau humus terbentuk dari proses pereputan bahan organik seperti daun, ranting, akar yang lama dan mengambil masa lama untuk lengkap proses pereputan tersebut. Tanah yang tidak subur lazimnya mnempunyai tekstur tanah yang keras berbanding dengan tanah subur yang lembut dan peroi. Tanah yang subur lazimnya mempunyai beberapa sistem penyusunan lapisan tanah. Selalunya tanah subur mempunyai LAPISAN HUMUS dilapisan paling atas, LAPISAN TENGAH yang sederhana keras dan LAPISAN BAWAH yang keras teksturnya. Kini beberapa amalan agronomi seperti membajak tanah, memberikan air pengairan dan membaja dengan betul membolehkan tekstur tanah akan menjadi lembut dan subur. Seorang petani yang mempunyai tanah yang tidak subur bagaimana pun boleh membuat sesuatu untuk menyuburkan tanah tersebut. Tanah hanya sebagai media tanaman tetapi yang paling utama adalah amalan agronomi bagaimana untuk menyuburkan tanah walau pun melibatkan kos yang tinggi. Sebagai contoh semasa penulis melawat DINA FARM di Mesir beberapa tahun dahulu mendapati mereka menanam pelbagai jenis sayuran, buah-buahan dan haiwan ternakan diatas tanah padang pasir. Penggunaan teknologi moden mmbolehkan tanah pasir yang tidak subur mampu memberikan makanan kepada manusia. Wasallam!!!..

TANAH TIDAK SUBUR... SEBAB APA...
DIBERIKAN RAWATAN...BANYAK CARA...
ADA PENGAIRAN...PEMBAJAAN JUGA...
BACA ARTIKEL... JAWAPAN DISEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 101, Dynasty Inn,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(9 Dzulhijjah 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...