KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, December 8, 2013

IKAN HARUAN - TESTIMONI (Part 2)

IKAN HARUAN (Chana striatus) atau lebih dikenali sebagai 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup didalam air tawar. Satu lagi jenis ikan haruan Besar atau Giant Snakehead (Chana micropeltes) yang juga dipanggil sebagai Giant Mudfish adalah dari kumpulan yang sama. Ikan Toman (Chana melanostoma) juga dari kumpulan ikan haruan yang mudah kita jumpa didalam tasek, sungai, taliair dan kawasan sawah padi. Saya memang suka mengail ikan haruan di Sungai Parit Bengkok depan rumah atau di Kawasan Sawah Ring di Muar, Johor. Kadang2 mengail dimana-mana paya atau lubuk ikan di sekitar kampong semasa muda dahulu bersama rakan-rakan sekampong. Mengail ikan haruan memang sangat menyeronokkan kerana daya tarikan atau sentapan yang kuat pada ikan haruan sungguh hebat!. Jarang-jarang kita semasa memancing ikan haruan yang terlepas semula, ini kerana ikan haruan akan makan habis umpan yang digunakan. Malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" info megenai testimoni ternakan ikan haruan dan maklumat berkaitan dengan ikan haruan untuk pembaca semua berdasarkan pengalaman sendiri, kajian dan rujukan beberapa sumber.


TESTIMONI 3:
Sup haruan kolagen diperkenal
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY


KUALA LUMPUR 10 Julai - Anda mahu kulit muka yang anjal sepanjang masa?. Apa kata anda menambah menu harian dengan mengambil sup ikan haruan kerana ia dikenal pasti mengandungi kolagen yang sangat berguna untuk tujuan tersebut. Pengarah Urusan Bio Haruantech (M) Sdn. Bhd., Mohammad Munir Lukman Hakim memberitahu kolagen yang terhasil daripada ekstrak ikan haruan itu jauh lebih baik berbanding kolagen yang diekstrak daripada tulang lembu dan sumber marin lain di pasaran. Beliau berkata, lebih menarik sup ikan haruan berkolagen itu berjaya dihasilkan tanpa bahan pengawet. "Selain mampu mengekalkan keanjalan kulit, ia juga membantu memulihkan parut luka dengan lebih cepat selain bagus untuk mereka yang mempunyai masalah gastrik," katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia pada Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. MIFB merupakan program kerjasama antara Kumpulan Utusan, Expomal International Sdn. Bhd. (Expomal) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Munir menjelaskan, syarikatnya mengambil khasiat pada cecair lekit (Glycine) ikan haruan sebelum mengekstraknya menjadi kolagen dan dicampur dalam produk sup ikan haruan. Katanya, Glycine haruan juga sangat mujarab dalam membantu pengeluaran semula molekul protein pada sel kulit manusia sekali gus membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Menurutnya, disebabkan itu, ramai pengguna makan sup tersebut terutama ibu-ibu selepas bersalin dan mereka yang menjalani rawatan pembedahan. "Lebih menakjubkan kesan penyembuhan boleh dilihat dengan hanya mengambil tiga paket sup segera ini dalam masa tiga hari," katanya. Katanya, walaupun baru empat bulan di pasaran, sambutan pengguna terhadap produk tersebut sangat memberangsangkan terutama melalui penglibatan syarikat dalam pameran besar seperti MIFB. Menurut beliau, sup haruan berkolagen itu boleh didapati di semua farmasi dan toko-toko jamu di seluruh negara dengan harga RM16 sekotak.


TESTIMONI 4:
Haruan ubat semburan
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Profesor Saringat Bai@Baie menunjukkan semburan
ikan haruan bagi luka dan terbakar.
GOORGETOWN , 11 OKT. - IKAN haruan secara turun temurun telah digunakan bagi mengubati luka-luka dalaman terutama di kalangan ibu-ibu selepas bersalin. Justeru Universiti Sains Malaysia (USM) menjalankan kajian bagi meluaskan penggunaan ikan haruan. Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Sekolah Sains Farmaseutikal, Profesor Saringat Bai@Baie menunjukkan ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus mengandungi asid amino yang berfaedah dan asid lemak yang dibuktikan berupaya menyembuhkan luka. "Haruan Channa striatus digunakan kerana mudah ditemui di sungai di sini," katanya ketika ditemui semasa Pameran BioMalaysia 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sebelum ini, Saringat telah menformulasikan ekstrak haruan yang sama sebagai krim dan tablet dan produk berkenaan telah pun dikomersialkan. "Kini kajian yang dijalankan menjurus kepada filem nipis bagi membalut dan merawat luka terutama luka kebakaran dan pesakit diabetes," katanya

Saringat berkata, semburan haruan menggunakan semua ciri-ciri ekstrak haruan dan diformulasikan dalam bentuk tulen untuk mengubati luka serta lecur terbakar. Semburan berkenaan mengandungi ekstrak haruan yang boleh meningkatkan proses penyembuhan. Tujuannya adalah untuk menghasilkan semburan aerosol sebagai bahan aktif yang boleh menghasilkan filem sintetik bagi rawatan luka dan melecur. "Masalahnya filem penjagaan luka biasanya terdapat dalam saiz yang tertentu dan dibungkus secara berasingan," katanya. Malah ia juga tidak boleh menutupi saiz luka yang pelbagai selain ia juga mudah dijangkiti apabila dikeluarkan daripada bungkusan. Penyelesaiannya beliau adalah polimer biocompatible dalam produk sedia ada dengan pekatan aerosol dan boleh menghasilkan satu lapisan filem apabila disemburkan pada kawasan yang cedera dan boleh menutupi apa saja saiz luka. "Apa yang menarik produk aerosol akan terus berada dalam keadaan steril kerana tiada bahan asing boleh memasuki bekas berkenaan," katanya. Kajian menunjukkan luka dan lecur boleh diubati lebih cepat menggunakan semburan ekstrak haruan. Malah semburan filem nipis ekstrak haruan telah diuji pada pesakit yang mengalami luka yang sukar sembuh akibat diabetes. "Produk ini sedang dalam proses untuk dikomersialkan dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi," katanya.



TESTIMONI 5:
Pati ikan haruan American Ginseng semakin digemari





KUALA LUMPUR 14 Mac - Pati Ikan haruan American Ginseng cap Polleney kini semakin digemari oleh rakyat Malaysia kerana ia minuman berkhasiat. Pati ini dihasilkan untuk menjadikan penggunanya berasa segar. Ia lazat dan tidak berbau hanyir. Menurut pengedarnya, Huamao Agencies Sdn. Bhd., ia diperbuat dengan cara saintifik daripada ikan haruan yang berasal dari China. Walaupun ia dihasilkan di China, ia mendapat pengiktirafan halal dari Shanghai Islamic Association China. ``Kami dapat menjual kira-kira RM1 juta setahun daripada produk ini,'' katanya. Bagi membolehkan produk ini berzat dan berkhasiat, ia dicampurkan dengan ginseng pergunungan yang dihasilkan di Amerika Syarikat dan ditambah dengan ramuan ubat Cina. Menurutnya, Pati Ikan Haruan American Ginseng ini digunakan secara tradisi untuk tenaga, kesihatan kulit, menguatkan otot, wanita selepas bersalin dan melegakan kesukaran untuk tidur. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Huamao di 10, Jalan Selera 1, Taman Bukit Indah, Kuala Lumpur.



KHASIAT HARUAN...IKAN BERGUNA...
DIJADIKAN SUP.. MUDAH SAHAJA...
UBAT SEMBURAN..INOVASINYA...
CAMPUR GINSENG...HEBATNYA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 21551, Awana Genting Golf Resort,
Genting Highland Resort,
KM 13, Genting Highland,
Pahang, Malaysia.
(18 Muharam 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...