KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, December 29, 2013

BIAWAK

BIAWAK adalah sejenis haiwan dari kumpulan Reptilia dari keluarga Varanidae yang sering dijumpai dikawasan negara kita dan beberapa negara lain. Terdapat 3 jenis biawak di Malaysia yang lazim kita jumpa iaitu BIAWAK AIR (Varanus salvator), BIAWAK KUDUNG (Varanus dumenrilii) dan BIAWAK SERUNAI (Varanus rudicollis). Apakan kepentingan haiwan ini dalam ekosistem kita dan dalam sektor pertanian?. Apa yang saya pasti dikampong saya di Gersik, Muar yang ada anak sungai disebelah rumah, terdapat banyak ekor biawak air yang menghuni kawasan tersebut. Sering berlaku adalah kejadian biawak makan anak ayam dan makan telur ayam yang di pelihara di kawasan rumah. Selalunya apabila musang atau biawak datang kekawasan rumah maka ayam-ayam akan mengeluarkan bunyi yang ganjil (seakan ketakutan) dan pastinya musuh sedang datang mendekati mereka. Dengan senapang patah yang ada, lazimnya arwah bapa akan menembak musang atau biawak yang menyerang haiwan ternakan. Kadang-kadang ada sekumpulan kaum India dari kawasan estet yang datang kekampong untuk memburu biawak air yang banyak berkeliaran dikawasan kampong untuk dijadikan makanan (agaknya). Jika mereka berjaya menangkap biawak tersebut, kaki biawak akan dilipat keatas badannya dan diikat dengan kuat. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai haiwan biawak yang terdapat dikawasan keliling kita untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Biawak Air (Varanus salvator) adalah sejenis biawak bersaiz besar dimana ia mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang walau pun jarang dijumpai disekitar kampong saya. Laporan mendapati saiz purata biawak air apabila cukup matang mampu mencapai ukuran sekitar 2.5 meter (8 kaki) panjang daripada kepala sehingga hujung ekor. Laporan menunjukkan berat maksima biawak air mampu mencecah lebih 90 kg walau pun majoriti berat sekitar 40 kh sahaja. Badan biawak jenis ini kelihatan berotot dengan bahagian ekor panjang yang kuat serta berfungsi sebagai 'pengerak' seperti dayung didalam air. Biawak air merupakan salah satu spesis biawak yang biasa didapati di Asia seperti Malaysia dan juga ujud di Sri Lanka, India, Indochina dan beberpa buah Pulau di Indonesia. Kebanyakan habitat biawak air adalah berhampiran dengan air seperti kawasan paya, ada sungai dan kolam. Kawasan berpaya dengan anak sungai yang mengalir merupakan kawasan yang disukai oleh biawak kerana mempunyai sumber makanan yang banyak. Biawak yang merupakan haiwan pemangsa (Predator) makan haiwan hidup seperti anak ikan, serangga, ayam dan sebagainya dan juga amat menyukai bangkai haiwan. Kukunya yang tajam dan kuat dibahagian kaki serta giginya yang kuat dan tajam membolehkan ia memburu mangsanya. 


Biawak Air mampu bergerak dengan cekap diatas tanah dan juga didalam air. Ketika diatas daratan, dua pasang kakinya mampu berlari dengan laju kehadapan (saya tidak pernah melihat biawak berundur kebelakang). Walau pun badannya berat dan ekornya panjang, ia mampu berlari sehingga tahap kelajuan 20 km sejam dan akan bersembunyi didalam semak atau masuk kedalam air. Pergerakan buawak didalam air juga pantas dengan menggunakan bahagian ekor untuk berenang. Ekornya yang bergerak dengan lenturan badan membolehkan biawan ini mampu memburu ikan dalam air. Selalunya biawak akan berenang dipermukaan air dengan kepala dan hidungnya diatas paras air untuk bernafas. Matanya mempunyai kelopak yang boleh dibuka dan ditutup ketika didaratan atau dalam air. Siapa boleh jawap sama ada biawak air ini beranak atau bertelur?.... Adakah biawak ini jenis haiwan dua alam?... Bagaimanakah rasa daging biawak?. Adakah biawak boleh dipelihara atau diternak seperti menternak kura-kura?. Apakah kelebihan biawak dalam habitat alam?. Adakah biawak mempunyai khasiat khusus dalam perubatan seperti Dhab?. Anda kena fikir persoalan-persoalan ini. 


Terdapat laporan yang menyatakan bahawa biawak air adalah haiwan yang takut dengan manusia. bagaimana pun haiwan ini mampu menjadi garang apabila diganggu kawasan teritori kediamannya. Lazimnya biawak air akan menggunakan ekor untuk melibas, kuku untuk mencakar atau gigi pada rahang mereka ketika berlawan. Semasa dalam air ketika berenang, lazimnya ia akan menggunakan ridip yang boleh diangkat pada ekor mereka untuk mengambil mengarah dalam air. Biawak air merupakan haiwan pemangsa (maging) dengan kapasiti untuk memakan pelbagai jenis makanan. Laporan saintifik menunjukkan ia memakan ikan, katak, tikus, burung, ketam, ular dan sebagainya yang terdapat disekitar habitat mereka. Dikawasan lain pula ia didapati mampu makan anak penyu dan kadang-kadang  termasuk anak buaya dan telor buaya. Seperti dikisahkan diatas ia sering memakan bangkai. Populasi biawak masa kini semakin berkurangan. Anda pasti setuju kalau saya katakan antara punca kematian yang utama biawak adalah di langgar kenderaan diatas jalanraya (Lihat foto sebelah). Apa juga alasannya kita perlu dimaklumkan bahawa semua biawak merupakan spesis haiwan yang dilindungi. Wasallam!.

IA BIAWAK.... HAIWAN PEMANGSA....
IA BERJALAN... BERENANG JUGA...
MAKAN BANGKAI... TELUR JUGA...
ADA ORANG... MAKAN AMAT SUKA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Kg Pt Bengkok, Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia
(13 Safar 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...