KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, December 18, 2013

RUMPUT ISRAEL - MAKANAN ARNAB

RUMPUT ISRAEL (Asystacia gigantica Linn) merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan, belukar dan ladang kelapa sawit serta tanaman lain di negara kita. Rumput ini dianggap sebagai rumput perosak utama di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di kawasan nusantara kerana ia cepat tumbuh dan memenuhi ruang dan banyak mengambil nutrien daripada dalam tanah. Kaedah pembiakan rumput israel cepat dimana buahnya yang cukup matang akan 'meletup' dan mencampakkan biji benihnya seberapa jauh dan ianya amat mudah tumbuh. Ia cepat tumbuh dikawasan tanah mineral, tanah gambut, tanah berpasir malahan dikawasan tanah bekas lombong yang sesuai. Rumput ini juga mampu untuk merayap dan menjalar kepada pokok yang tumbuh menegak dan mampu nelitupinya jika tidak dikawal. Rumput Israel menghasilkan bunga bersaiz kecil berwarna putih (Lihat foto dibawah) yang amat disukai oleh Lebah madu (Apis cerana) atau Lebah Impot (Apis mellifera) serta rama-rama dan semut untuk mengutip nektar manisannya. Daunnya nipis seperti kangkung, dengan urat daunnya yang berselang seli tetapi ada yang bertemu urat. Batangnya lembut berwarna hitam dan berair. Habitatnya menjalar dan menguasai tumbuh-tumbuhan yang berada di sekitarnya. Rumput ini juga boleh diberikan kepada haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Dibidang penternakan ini dapat dijadikan makanan binatang ternak terutamanya lembu, kambing dan biri-biri. Selain itu ia juga boleh dijadi ubat-ubatan dalam pengubatan tradisional. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi menggunakan rumput israel untuk dijadikan makanan arnab.

Terdapat beberapa negara mundur yang menggunakan rumput Israel sebagai sayuran seperti di Afrika (Jenis agak berlainan dengan yang ada di Malaysia iaitu Asystasia micrantha). Selain itu tumbuhan ini juga di percayai dapat mengubati penyakit Lelah atau Asthma. Rumput ini juga sesuai dijadikan bahan makanan untuk ternakan Lembu, Kambing dan yang terkini Arnab. Rumput ini di potong dan di bawa kekandang lembu atau kambing untuk dimakan. Kandungan bahan selulos dan protin yang tinggi didalamnya akan membuatkan ianya sesuai untuk maknan ternakan ruminan. Arnab merupakan ternakan paling suka makan rumput Israel dan sesuai sebagai makanan tambahan selain daripada makanan 'pellet' yang di beli dari kilang. Ramai penternak arnab bertanya kepada saya bagaimana hendak menanam rumput Israel ini untuk makanan arnab. Rumput Israel juga digunakan sebagai pokok hiasan atau ornamental oleh pengemar-pengemar landskap dan taman-taman. Bunganya yang putih atau ungu jika di gabung dan disusun akan menghasilkan permandangan yang cantik. Rumput Israel juga sesuai untuk dijadikan sebagai penahan hakisan terutama di kawasan tepi parit, sungai atau lebuhraya yang sesuai. Walau pun ianya tidak dikategorikan sebaik rumput penahan hakisan khusus tetapi fungsinya untuk menghalang hakisan adalah signifikan. Saya juga mendapati ada sesetangah ladang sawit menggunakan rumput Israel sebagai tanaman penutup bumi secara semulajadi. Kawasan keliling Pokok Sawit atau Getah di bersihkan dan diantara barisan dibiarkan rumput Israel hidup sebagai penutup bumi.

Rumput Israel mudah di tanam dan jika ada pihak yang hendak menanam atau membiakan rumput Israel bagi tujuan makanan arnab contohnya boleh menanam rumpai tersebut. Pastikan kawasan yang hendak di tanam dengan rumput Israel berdekatan dengan kandang ternakan arnab. Tanah tersebut sama ada tanah mineral atau gambut sepatutnya mendapat caha matahari atau pun jika ada sedikit lindungan 40-60% memadai. Bersihkan kawasan dari sebarang tumbuhan lain dan sebaikan tanah digemburkan. Berikan baja organan di atas tanah dan ambil pokok sedia ada bersama-sama tanahnya untuk ditanam. Penggunaan biji benih rumput Israel yang matang boleh digunakan dengan mengutip dan menabur diatas tanah. Menanam rumput ini pada musim lembab atau ada hujan mempercepatkan pertumbuhannya. Peringkat awal kerja membuang rumput2 lain dijalankan dan kita perlu membiarkan Asystasia sahaja yang tumbuh dan sentiasa potong batang atau daunnya untuk di beri sebagai makanan arnab. Untuk membuat aktiviti ratoon rumput israel, bubuh baja organan dengan kadar 4-6 mt/ha dan Urea. Kebanyakan petani menganggap rumput Israel sebagai musuh mereka dan ia memang perlu dihapuskan. Kini terdapat golongan yang mula memenafaatkan rumput Israel iaitu Penternak Lebah Madu dan juga Penternak Arnab. Kajian dan penelitian saya terhadap rumput Israel ini mendapati ia perlu diteruskan untuk mempastikan ianya tidak mengancam industri pertanian negara dan memberikan alternatif untuk pengunaan tumbuhan ini. Penggunaan rumput Israel sebagai makanan arnab kini merupakan salah satu pilihan yang boleh diaplikasikan. Siapa tahu mungkin satu hari nanti rumput ini akan dijadikan sebagi salah satu daripada makanan kesihatan dalam bentuk cecair, pil, kapsul atau teh jika banyak kajian dijalankan. InsyaAllah.

Arnab sedang makan rumput israel.
RUMPUT ASISTASIA... ISRAEL NAMANYA...
CEPAT MEMBIAK...BIJI MELETUP JAUHNYA...
KURANGKAN HASIL.... ITULAH AKIBATNYA...
ARNAB MAKAN....CARA MENGATASINYA...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...