KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 17, 2013

KELULUT - LAPORAN AKHBAR

KELULUT (Trigona spp) merupakan sejenis serangga dari keluaarga APIDAE yang terdapat di negera kita dan diseluruh dunia sebagai sejenis lebah yang menhgasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Serangga kelulut ini bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Pokok Kelulut (Urena lobata) pula merupakan sejenis tumbuhan jenis herba yang mudah didapati dikawasan tanah terbiar dimana antara khasiat buah kelulut untuk perubatan sakit gigi, rabuan ubat periok dan juga untuk permainan. Serangga Kelulut juga di panggil sebagai Stingless Bee mempunyai 33 spesis di Malaysia dimana sebanyak 21 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia dan bakinya hanya ada di Sabah dan Sarawak. Tidak ramai usahawan di negara kita yang mempunyai teknologi untuk menternak kelulut kerana ianya masih dianggap sebagai serangga liar yang hidup dalam habitat semulajadi. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan akhbar industri menternak Kelulut dan maklumat berkaitan dengannya.


LAPORAN AKHBAR 1:
Madu lebah raja segala ubat


Delo Monis menunjukkan botol berisi madu lebah yang diperoleh 
dari kawasan hutan sekitar Padawan, Kuching.

KUCHING 28 Feb. 2013
- Selaras dengan perkembangan ilmu sains, dunia perubatan turut mengalami perubahan.  
Bagaimanapun, ilmu perubatan tradisional masih diamalkan dan salah satu daripadanya ialah penggunaan madu lebah.
Madu lebah dan perubatan mempunyai sejarah yang panjang, sejak dahulu lagi manusia menggunakannya sama ada diminum begitu sahaja atau dicampur dengan bahan lain.
Daripada sudut saintifik, madu lebah kaya dengan karbohidrat yang dikumpul daripada nektar bunga di mana komponen utamanya terdiri daripada fruktosa dan glukosa serta bahan-bahan kimia yang lain.  Walaupun digunakan secara meluas, masih ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar yang terdapat dalam madu asli.  Menurut Dr. Susan Percival daripada Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, thiamin, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Bagi Profesor Psikologi Universiti Of Virginia, Dr. Paul Gold, manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukosa, sejenis gula yang terdapat dalam madu lebah.  Dalam situasi yang berbeza katanya, madu lebah juga berperanan sebagai anti-oksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit kronik seperti kanser.  Jelasnya, madu lebah umpama raja segala ubat kerana mampu menyembuhkan pelbagai penyakit tidak kira luaran mahupun dalaman.   Justeru, madu lebah disarankan sebagai makanan tambahan yang penting memandangkan khasiatnya tidak ternilai khususnya dalam persekitaran semasa masyarakat yang semakin terdedah dengan pelbagai penyakit.  Untuk mendapatkan pandangan mengenai penggunaan madu lebah oleh masyarakat tempatan, Utusan Malaysia baru-baru ini menemui seorang pengamal perubatan tradisional di Kampung Bawang, Padawan, dekat sini, Miah Aheng, 55. Menurut Miah Aheng yang berketurunan Bidayuh, kehebatan madu lebah bukan saja boleh dinilai daripada aspek keenakan dan aroma yang memikat bahkan memiliki kuasa penyembuh yang hebat.

Dalam perubatan tradisional, madu lebah dipercayai mampu mengubat luka terbakar mahupun luka yang terbuka dengan mengusap madu bagi mempercepatkan penyembuhan, mengurangkan rasa sakit serta melawan jangkitan kuman. Selain itu, jelasnya, madu lebah boleh dijadikan sebagai ubat batuk, sakit tekak, selesema, gastrik dan demam panas dengan hanya meminumnya.  Beliau juga mengatakan meminum teh bersama madu mampu mengurangkan keletihan badan kerana madu mampu menambah tenaga.  Madu juga sesuai untuk bayi yang baharu tumbuh gigi kerana dapat menggelakkan bengkak pada gusi. Anak Miah, Nomi Delo, 21, yang turut mendalami ilmu perubatan tradisional berkata madu lebah boleh digunakan sebagai bahan kecantikan wanita.  Katanya, antara kaedah menggunakan madu lebah untuk tujuan kecantikan ialah dengan menyapunya pada muka selama beberapa minit sebelum dicuci.

Meminum madu mampu mengelakkan masalah keputihan dan haid dalam badan seseorang wanita dan juga dipercayai sebagai pemangkin awet muda jika diambil secara berterusan," katanya. Walaupun madu lebah mempunyai pelbagai khasiat, proses mendapatkannya amat rumit dan mencabar bagi individu yang kurang mahir.  Seorang pencari madu lebah yang juga suami Miah, Delo Monis, 68, berkata beliau perlu menghidupkan unggun api untuk mendapatkan asap bagi menghalau lebah dari sarang.  "Kebiasaannya saya mendapat bekalan madu lebah asli daripada kawasan hutan di kawasan kami," kata Delo.  Dalam pada itu, sarang lebah yang beliau temui biasanya terdapat di pokok getah yang batangnya berlubang serta sudah mati.  Katanya, setelah lebah-lebah meninggalkan sarang, barulah beliau  mengambilnya. Bagaimanapun, tidak semua yang meninggalkan sarang, saya sudah biasa disengat oleh saki baki lebah.  Sarang itu akan dibawa pulang dan dipicit untuk mendapatkan madu manakala sarang yang muda akan dimakan. Beliau telah memberitahu sarang lebah muda mempunyai rasa berlemak seakan-akan susu.

LAPORAN AKHBAR 2:
Khasiat madu lebah kelulut

Norlezah Baharom menyedut madu kelulut dari sarang dengan mengunakan 
mesin penyedut di ladang di Lanchang, Pahang

Kelulut adalah serangga yang mana ramai tidak berapa kenal. Ada yang menganggap dan percaya lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa. Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI telah pun berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesis lebah tersebut. Apa yang saya faham, Lebah Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat dimana ini menjadikan serangga tersebut memang agak mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa (Apis cerana).  Saya pernah berbual dengan Norlezah Baharom yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut. Dakwanya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa. "Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini. "Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat Pegawai Pertanian, beliau telah mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya.

Dakwanya lagi dengan menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu.  Oleh itu Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah beliau menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius.  Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005.  Norlezah telah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat Jabatan Pertanian dan MARDI. Permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak 'menang tangan'. Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.  Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.  Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia. Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu. Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.  Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak. Saya juga mendapati yang artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya. Kajian juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Laporan awal menunjukkan kandungan Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.  Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah. Pada masa ini didapati kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik. Lazimnya pada peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran. Kini permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah. Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.

LAPORAN AKHBAR 3:
Madu kelulut jana pendapatan

MOHD. Shafie Apdal bersama Zulkifli Zambri (kanan) menunjukkan tanda bagus dengan 
memegang Madu Lebah Kelulut sambil diperhatikan Ibrahim Muhamad (kiri) dan 
Zainal Abidin Osman (tengah) pada majlis MoU antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar 
dan Wilayah dengan Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. di Putrajaya, semalam. 

PUTRAJAYA 31 Julai 2013 - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerokai projek ekonomi baharu iaitu madu lebah kelulut yang mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan pendapatan penduduk kawasan luar bandar. Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, projek berkenaan diyakini mampu memberi pulangan lumayan kerana boleh dilaksanakan dengan cepat, kos yang rendah serta pulangan pendapatan cepat.  Beliau berkata, untuk permulaan, projek madu lebah kelulut akan dilaksanakan di 18 buah kampung di seluruh negara melalui Program Desa Lestari sebagai pengenalan sebelum kementerian tersebut memperluaskan projek berkenaan di kawasan lain.  "Jika berjaya, kementerian tidak menolak kemungkinan turut memperkenalkan projek ini kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Felcra Berhad (Felcra) untuk dijadikan punca ekonomi sampingan kepada peneroka.  "Bagi memastikan projek ini berjaya kementerian telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. iaitu syarikat bumiputera yang menerajui ternakan lebah kelulut di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) berhubung projek tersebut antara kementeriannya yang diwakili oleh Ketua Setiausaha, Datuk Ibrahim Muhamad dengan Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Zulkifli Zambri. Yang hadir sama, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Penasihat KKLW, Datuk Zainal Abidin Osman.  Menurut Mohd. Shafie, berdasarkan kepada permintaan madu yang tinggi sama ada di pasaran tempatan dan luar negara, kementerian yakin ia merupakan peluang yang amat baik kepada penduduk luar bandar untuk mempelopori industri ini.  Selain itu, katanya, melalui kerjasama dengan Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. diharapkan kampung-kampung yang terpilih dapat menjana ekonomi yang tinggi serta memberi tambahan pendapatan serta pekerjaan kepada penduduk sekitar.

"Saya yakin projek ini akan memberi pulangan yang lumayan, anda bayangkan jika penduduk yang terpilih membela 100 sarang lebah kelulut, mereka akan mendapat pulangan kira-kira RM35,000 sebulan dan harga semasa madu lebah kelulut ialah RM120 sekilogram," katanya.  Sementara itu katanya, lebah Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.  "Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. "Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi," katanya. Begotulah hebatnya beberapa laporan akhbar mengenai lebah kelulut dan madu kelulut untuk dijadikan bahan rujukkan.



Kelulut dalam SPH di TKPM Besut, Terengganu.
LEBAH KELULUT... TRIGONA SPP NAMANYA....
TIDAK MENYENGAT... KECIL SAIZNYA...
HASILKAN MADU... KHASIAT TINGGINYA...
MEMBANTU BUNGA... PENDEBUNGAANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Swasta,
Bukit Katil, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(28 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...