KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 28, 2013

IKAN WADER - CARA MEMANCING

Ikan Wader (Puntius binotatus) adalah sejenis ikan kecil yang banyak terdapat dalam perairan kita terutama dalam air jernih yang mengalir. Ikan ini juga kebanyakannya memiliki ukuran yang kecil namun jika dimasak memiliki rasa yang sangat enak bahkan ramai orang kampong saya sejak dulu telah pun menganggapnya sebagai salah satu ikan air tawar yang paling enak untuk dimakan walaupun banyak durinya. Sesetengah orang kampong dulu sampai mengatakan keenakan ikan wader ini sebagai 'mawar berduri'. Kini apabila telah berhijrah ke Putrajaya memang kurang berpeluang untuk membeli atau memancing ikan wader ini seperti zaman remaja dikampong dulu. Ikan ini sering banyak dijumpai di sungai-sungai yang tidak terlalu dalam atau dipinggir lubuk ikan yang airnya agak jernih. Bagaimana pun saya dapati umumnya ikan ini hanya memiliki ukuran antara sebesar ibujari tangan hingga 4 jari. Ikan Wader merupakan ikan dari suku Cyprinidae dan sering kami jumpai terdiri dari beberapa spesis yang dikenal sebagai wader biasa, wader pari dan wader bintik dua. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology' mengenai teknik memancing ikan wader (Orang kita panggil sebagai jenis 'ikan seluang') untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Laporan saintis mendapati ada ratusan spesis ikan wader yang ada didunia dengan setiap negara memiliki sebutan nama yang berbeza-beza. Ikan ini biasanya hidup secara liar dimana saya dapati jarang mendengar ada usahawan yang mahu menternak secara komersil. Tetapi satu hal yang sangat menarik tentang ikan wader adalah ia menjadi satu kegemaran bagi para pemancing tempatan. Pada saya sebabnnya adalah walaupun sebahagian besar ikan ini berukuran kecil, namun sangat mudah untuk dipancing kerana mereka sering hidup secara berkumpulan dan sangat rakus untuk makan umpan pancing seakan-akan tidak pernah merasa kenyang. Pada artikel kali ini saya akan memberikan beberapa tip-tip 'baik punya' bagi anda yang ingin mencuba memancing ikan wader. Cari lokasi yang terdapat dimana iakan wader ini hidup disungai mahu pun dipinggir lubuh ikan yang airnya jernih untuk memancing. Jika anda tertarik untuk mencubanya, maka silakan membaca langkah-langkah berikut dan amalkan selepas itu. Saya telah memancing ikan ini semenjak berumur 6 tahun lagi kerana depan rumah memang ada anak sungai yang banyak ikan wader sejak dulu lagi.


Cara memancing ikan wader disungai amat mudah bagi mereka yang berpengalaman seperti saya. Mula-mula kena siapkan alatan memancing yang mudah disediakan sendiri. Jenis yang terapong atas paras air sesuai digunakan kerana ikan ini aktif bergerak dibawah permukaan air yang mengalir sekitar 1-2 kaki bawah paras dalam air mengalir. Kalau ada batu ladong dan tenggelam dibawah dasar sungai agak kurang sesuai kerana mengganggu ketika menaikan joran dengan pemberatnya. Sebaiknya gunakan jenis pancing joran panjang dan lembut yang boleh dibeli dikedai. Selalunya saya sering buat sendiri joran tersebut dari batang buloh atau kayu lembut dengan talii gunakan benang jahitan baju dan mata kail dibuat dari dawai atau jarum yang dipanaskan. Kita juga boleh menggunakan joran pancing fiber tetapi dibahagian hujungnya sepanjang dan mudah melengkung. Paling penting adalah menggunakan mata kail atau mata pancing yang mesti berukuran kecil kerana mulut ikan wader adalah kecil. Pastikan matanya tajam dan ikan mudah melekat. Kalau mata kail komersil saiznya hanya mata 8 - 10 sahaja.

Pengalaman saya semenjak dahulu memancing ikan wader depan rumah adalah menggunakan umpan cacing sahaja. Cacing tanah mudah diperolehi dengan menggali kawasan dimana ada populasi cacing dlam tanah gambut. Bagaimana pun kini anda boleh gunakan umpan seperti roti basah yang digaul dengan sedikit air, kemudian ditumbuk pula dengan daun ubikayu muda hingga halus dan agak melekit. Umpan jenis lainnya adalah bahan dari tepung  gandum digaul air sedikit dan garam atau bahan penyedap rasa (Ajinomoto) dimana setelah menjadi adunan dan digoreng. Cara menggoreng tepong ini perli dipastikan   jangan sampai terlalu berminyak dan jangan terlalu matang (Overcook). Umpan terakhir yang boleh digunakan untuk memancing ikan wader adalah adalah tauhu. Tahu yang dipotong-potong kecil disangkut pada mata kail yang digunakan berwarna keputihan menarik minat ikan wader untuk menyambarnya dalam air. Teknik memancing wader di Indonesia apa yang saya lihat, mereka menyiapkan seikat daun ubikayu muda yang difungsikan untuk menarik ikan agar mahu bergerombol datang ketempat mereka memancing.  Jika sudah berada dilokasi untuk memancing mereka perlu mencari tempat yang airnya jernih dan agak dalam dan ada kelihatan banyak ikan wader. Seterusnya masukan seikat daun ubikayu muda (ketela) tersebut kedalam air. 

Anda boleh melalukannya dengan cara mengikat daun ketela tersebut dengan tali dan diikatkan pada sebuah batu yang cukup besar, Cara begini bertujuan agar daun ketela tidak terseret arus air. Melalui daun ketela yang direndam tersebut, kemungkinan besar ikan wader akan secara berkumpulan datang untuk memakannya. Masukan mata pancing anda kedalam air dan jangan sampai kedudukan mata pancing naik ke atas. Ini kerana jika terlalu dalam memasukkannya hingga ke dasar sungai ikan wader tidak akan menyambarnya. Sebaiknya kedudukan tali dan mata pancing dalan keadaan lurus atau horizontal mengikut arus. Ikan wader tergulung sebagai jenis ikan yang sangat agresif sehingga mampu menarik joran dengan rentapan yang kuat membawa lari umpan kita. Pengalaman saya, dalam masa 2 saat sahaja ikan wader ini akan rembat matakail dan kuat ditariknya. Dengan teknik betul, maka kita perlu naikan joran pada arah bertentangan ia bawa lari mata kail agar matakail akan tersangkut pada mulutnya. Kalau pemancing kurang cekap, ia mudah melepaskan diri daripada matakail daripada melekat pada ikan wader. Teknik ini hanya boleh dipelajari melalui latihan dan pengalaman pemancing berpengalaman sahaja dan amat menyeronokkan.


Pada umumnya teknik memancing ikan wader dalam sungai mengalir sama sahaja tetapi didalam lubuk yang air kurang deras ada perbezaanya dimana kita lebih baik menggunakan teknik apungan. Ini termasuk dilokasi jika arus ditempat memancing yang airnya tenang. Pilih tempat dipinggir lubuk ikan yang cukup dalam didekat tumbuhan-tumbuhan air. Ikan wader lebih suka ditempat seperti ini dan mereka jarang berada dikawasan tengah lubuk ikan. Pengalaman saya mendapati untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan wader yang lebih besar (Biasanya ikan wader dirawa ukurannya lebih besar dari pada yang biasa hidup disungai), kita boleh gunakan umpan lumut sawah yang di campur dengan sedikit garam dan pati kanji. Caranya gunakan bekas kecil kemudian campur lumut sawah dengan sedikit air, sedikit garam dan pati kanji. Jika sudah masukan mata pancing kedalam bekas tersebut dan digaul dengan mengisar sehingga lumut melekit untuk ditampalkan pada mata pancing dan menggumpal. Untuk bahan umpan wader, anda juga boleh menggunakan umpan seperti ketika memancing di sungai disebabkan umpan utama bagi ikan wader adalah roti, cacing dan tahu.  Ketika anda memancing, tunggu hingga apungan turun kebawah bagi mempastikan ikan wader sangat rakus dan agresif. Kemudian ketika ikan makan dan saling berebut-rebut diantara meraka dan matakail dibawa lari. Apabila apungan bergerak sedikit-sedikit saja dan berulang-ulang lebih baik biarkan saja tunggu hingga turun sedikit. Rembatan yang betul akan menghasilkan tangkapan yang memuaskan. Selamat memancing ikan wader dilokasi pilihan anda. Wasallam!

MEMANCING WADER...SERONOKNYA....
UMPAN CACING... ROTI DISAMBARNYA...
RENTAPAN AGRESIF...BETUL ANGKATNYA...
IKAN MELOMPAT...GORENG ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Kg Prtii Bengkok,
Gersik, Mur/Ledang,
Johor, Malaysia.
(22 Safar 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...