KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, December 26, 2013

DURIAN - KELAWAR KECIL

KELAWAR KECIL (Macroglosus minimus) merupakan sejenis kelawar kecil berlidah panjang yang terdapat dinegara kita dimana ia merupakan haowan yang aktif diwaktu malam dan melakukan proses pendebungaan durian (Durio zibethinus). Haiwan ini telah pun dikenalpasti mampu membantu proses pendebungaan bunga durian pada malam hari. Mungkin ramai diantara petani dan pekebun kita dikampong sana yang tidak pernah melihat haiwan ini (Sila lihat foto diatas) kerana ianya cuma aktif dimalam hari dan sainya juga agak kecil. Kalau kita betul-betul hendak melihatnya boleh ditangkap dengan memasang jaring atau pukat dikawasan pokok durian yang sedang berbunga untuk dibuat kajian atau pemerhatian. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali dengan nama lain sebagai Long Toungued Nectar Bat atau Nothern Blossom Bat atau Dagger Toothed Long nosed Fruit Bat dan Lesser Long Tongued Fruit Bat. Spesis ini merupakan spesis yang paling kecil dalam keluarga Pteropodidae dalam kumpulan Megabat. Ia lazimnya berukuran sekitar 60 - 85 cm dengan lazimnya berwarna coklat kemerahan atau sedikit gelap dibelakangnya tetapi agak cerah keputihan dibahagian perut. Populasi haiwan ini banyak dikawasan Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Borneo dan sehingga ke Australia Utara. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai haiwan pendebunga beberapa jenis buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan bahan bacaan anda.


Kelawar Kecil Berlidah Panjang ini hidup secara berkumpulan kecil atau individu dalam kawasan habitat semulajadi dalam hutan atau kawasan perkebunan. Ia makan nektar dan juga debunga menggunakan lidahnya yang panjang masuk kedalam bunga. Antara tumbuhan yang sering dikunjungi kelawai ini adalah seperti pokok pisang (Lihat foto ia menyedut nektar pada jantung pisang disebelah), pokok bakau (mangroves tree) dan banyak tanaman lain dalam keluarga Myrtaceae, Bamboceae, Bignociaceae, Leguminoceae, Musaceae dan Soneraticeae di negara kita. Ia memang banyak didapati dikawasan hutan bakau dimana mampu hidup sehingga ketinggian 1,000 meter dari aras laut. Haiwan jenis ini dilaporkan sebanyak 14% daripada keseluruhan populasi semua jenis kelawar dalam negara dan sangat signifikan dalam mendebungakan banyak jenis tanam termasuk bunga durian. Kelawar ini mempunyai jantina Kelawar jantas yang mempunyai Organ Testis dan Kelawar Betina yang mempunyai organ Polyestrus yang matang dalam masa 140 - 160 hari untuk mengawan. Tempoh mengandung selama 120 hari (10 hari perbezaan) dengan waktu menyusu selama 60-70 hari bagi anak kelawar dengan sebanyak 2-3 ekor anak sekali beranak. Unikinya haiwan ini mampu membiak sepanjang tahun tanpa henti bergantung kepada kecukupan makanan disekelilingnya. 


Bunga durian adalah nokturnal dan anthesis (berkembang) bermula pada waktu senja, mencapai kemuncak pada tengah malam dan berakhir pada waktu subuh. Debunga akan kehilangan upaya untuk bersenyawa menjelang keesokan harinya. Manakala stigma mencapai tahap puncak penerimaan debunga pada waktu malam sehinggalah awal pagi, kemudian menurun dengan mendadak ketika lewat pagi dan tengahari. Dalam keadaan semulajadi, durian didebungakan oleh agen pendebungaan nokturnal seperti Kelawar Kecil (Econycterus spalee dan Macroglossus minimus), Lebah Tualang (Apis dorsata) dan beberapa spesis semut. Sejurus selepas pendebungaan, seluruh struktur bunga akan gugur kecuali ovari dan filamen. Seterusnya ovari akan membesar manakala filamen menjadi kering dan buah akan terbentuk. Sebaliknya jika pendebungaan tidak berjaya, bunga akan gugur 7 hingga 10 hari selepas berkembang. Buah durian matang 90-130 hari selepas anthesis.

KELAWAR KECIL...IA PENDEBUNGA...
JARANG DILIHAT...KECIL SAIZNYA...
POKOK DURIAN...ADA PERANANNYA...
KENALI DIA... TERIMAKASIH PADANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(19 Safar 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...