KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, December 1, 2013

ASAM GELUGUR - KENALi DIA

ASAM GELUGUR (Garcinia astroviridis) merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di Malaysia daripada keluarga Clusiaceae atau Glutiferae. Buah asam gelugor merupakan buah yang ramai tidak tahu ianya diproses untuk dijadikan kepingan asam gelugor atau asam keping. Tumbuhan saka ini lazimnya tumbuh dalam hutan belantara di Malaysia, Thailand dan Indonesia dan kini telah ditanam sebagai sumber buah untuk dijadikan pelbagai produk lain. Foto diatas merupakan beberpa koleksi asam gelugur yang terdapat dinegara kita dimana ramai yang tidak mengenalinya. Pokok asam gelugor mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan dahan yang melempai kebawah (Sila baca artikel asam gelugor - Sila klik disini). Pada pemerhatian saya, bentuk kanopi adalah berbentuk Kon atau piramid terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Ketinggian pokok mencecah 150 kaki tinggi dengan jarang-jarang dibuat cantasan dewasa (atau dibuat 'topping'). Pokok asam gelugor yang ditanam lazimnya mampu mengeluarkan hasil pertama selepas 7-8 tahun ditanam dan ia mampu berbuah sepanjang tahun. Buah asam gelugor yang matang mengandungi asid citrik, asid malic, asid tatarik dan juga asid askorbik yang tinggi dan berperanan sebagai anti oksidan. Artikel malam ini sambil menonton perlawanan bolasepak separuh akhir Kelantan dengan ATM, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai keunikan dan potensi tanaman asam gelugor dan berkaitan dengan varieti untuk rujukkan anda.


Tanaman asam gelugor merupakan tumbuhan yang amat kurang diserang musuh dan serangga perosak atau penyakit. Ia hidup ditanah subur yang gembur dengan terbuka atau dengan sedikit naungan matahari (Lihat foto sebelah). Penanaman pokok asam gelugor lazimnya menggunakan anakbenih yang disemai daripada biji dari buah yang telah matang. Hasil pemerhatian yang saya buat bersama-sama beberapa pakar teknikal daripada Bahagian Hortikultur Pusat Pertanian Titi Gantung di Perak mendapati, jika diambil biji dari buah yang masak dan disemai, didapati hampir 70% daripadanya akan menjadi pokok jantan. Kita hanya dapat tahu ia pokok asam keoing jantan selepas 8 tahun ditanam apabila mengeluarkan mula mengeluarkan hasil. Buah asam gelugotr jantan memberikan buah yang bersaiz kecil dan tidak boleh dipasarkan seperti buah asam gelugor biasa yang dipotong menjadi asam keping. Teknik penyediaan anak benih bagi pokok asam keping sangat signifikan didalam penanaman pokok.  


Beberapa teknik untuk menghasilkan benih asam gelugor yang baik telah dikenalpasti. Diantara teknik yang saya dapati disyorkan adalah dengan kita menjalankan cantuman baji, cantuman dewasa dan juga penghasilan benih daripada keratan akar. Cara ini akan mempastikan pokok 'true to type' dan mempastikan kita akan mendapat pokok asam gelugor yang dikehendakki selepas 8 tahun penanaman. Cantuman baji dan cantuman dewasa dikatakan kaedah paling praktikal untuk dilakukan (Sila lihat foto sebelah). Pokok penanti dipilih dari pokok yang subur dan mata tunas (sion) dipilih dari pokok induk asam gelugur matang yang telah dikenalpasti kualiti buahnya. Apabila stok pokok penanti sudah cukup saiz, maka lakukan aktiviti mencantum bzji (Cleft budding) dan dijaga sehingga berjayaa. Lazimnya anakbenih sudah cukup umur dan saiz sesuai boleh ditanam dikawasan kosong keliling rumah atau dalam kebun secara monokrop. Ia ditanam dengan jarak 9m x 9 m bergantung kepada cara pengurusan. Semasa penanaman sediakan lubang penanaman dan masukkan baja asas yang sesuai, 


Kini didalam kaedah pengurusan penanaman asam gelugor secara komersil telah diubahsuai. Pokok ini akan dicantas setelah mencecah ktinggian 2-3 meter agar ia mudah untuk diuruskan seperti membaja, mengutip buah atau mengawal musuh dan perosak. Pokok yang rendah ini juga semacam tanaman landskap jika ditanam dikawasn rumah (Lihat foto sebelah). Pokok ini walau menghasilkan buah yang sedikit berbanding dengan pokok yang dibiarkan tumbuh liar tanpa cantasan tetapi mampu memberikan hasil yang berkualiti.  Buah yang matang akan berwarna hijau cerah kekuningan dan dipotong sebelum dijemur untuk dijadikan asam keping. Teknologi pengeringan asam keping menggunakan ALAT PENGERING memberikan kualiti asam keping berkialiti berbanding daripada dijemur dibawah cahaya matahari. Baca artikel bagaimana menyediakan asam keping (Sila Klik Disini). Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada anda.


Buah asam gelugor pokok renek.
ASAM GELUGOR... POKOK SAKA...
BOLEH DITANAM... MENCARI BAKA...
ELAKAN POKOK JANTAN.. MACAMANA...
BACA ARTIKEL... ADA JAWAPANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 513, Hotel D-Hotel,
Bandar Iskandar,
Perak, Malaysia.
(21 Zulhijah 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...