KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, December 12, 2013

NANGKA - BISNES NANGKA MADU

NANGKA (Artocarpus heterophyllus) adalah sejenis buah-buahan popular dari keluarga MORACEAE yang di tanam di Malaysia untuk di makan segar dan dii proses. Terdapat seluas 3,962 hektar tanaman nangka pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 27,459 metrik tan (Sumber Laporan statistik Jabatan Pertanian 2010). Negeri Pahang merupakan negeri yang paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 669 hektar diikuti dengan Negeri Johor (515 hektar) dan Sarawak (481 hektar) pada tahun 2010. Daerah Temerloh di Pahang merupakan daerah paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 225 hektar diikuti Daerah Kota Tinggi di Johor (192 hektar) dan Daerah Bera di Pahang (181 hektar). Tanaman nangka kini diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal (monocrop) atau tanaman campuran dengan buah-buahan lain. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat dengan pembaca teknologi tanaman nangka berasaskan kepada pembacaan, pengalaman dan kajian persendirian mengenai tanaman nangka. Buah nangka yang matang akan dipetik dengan memotong tangkai buah dan di kumpulkan. Buah yang matang akan mengeluarkan bau wangi dan kulitnya agak licin dengan warna kulit agak hijau kekuningan. Buah yang matang di belah dua dan di keluarkan isinya untuk dimakan segar atau di simpan dalam suhu sejuk sebelum dipasarkan. Kita boleh buang getah nangka dengan kertas atau kain dan getah yang melekat ditangan tersebut boleh dibuang dengan minyak masak atau petrol. Buah nangka masih muda sangat diminati untuk dijadikan sayuran dimana lazimnya nangka muda (yang diambil untuk penakaian) perlu di potong berbentuk kiub dan di makan sebagai ulam (selepas dicelur) atau di masak lemak dan sebagainya. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai testimoni yang menyokong industri nangka di Malaysia seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan.

Teknologi terkini memproses nangka masak adalah menggoreng nangka yang hampir masak (indeks 4-5) untuk digoreng dengan teknologi Vacuum Fry. Teknologi ini adalah satu teknologi dimana cara penggorengan dijalankan dalam keadaan suhu terkawal dalam tekanan tinggi dimana bau serta rasa asli nangka dapat dikekalkan selepas digoreng. Nangka vacuum fry dijual dengan harga RM 4.00 - RM 6.00 setiap 120-200 gram dan boleh di ekspot keluar negara (Sila lihat foto sebelah). Thailand, Indonesia, India dan Vietnam antara negara yang banyak menghasilkan produk proses nangka gorengan vacuum fryPenghasilan varieti baru buah nangka perlu dijalankan untuk menambahkan koleksi varieti berdaftar tempatan sedia ada. Varieti baru perlu di sesuaikan untuk pasaran domestik serta ia sebaiknya juga sesuai untuk diproses dan tahan daripada serangan penyakit. Saya berpengalaman memberi khidmat nasehat teknikal dan memberi ceramah mengenai tanaman nangka kepada pengusaha dan pegawai pengembangan. Dalam saya membuat lawatan di kebun nangka yang luas di Jemaluang Mersing dan Kahang di Kluang, ada antara mereka mendakwa agak sukar untuk menjual buah nangka segar dengan kuantiti banyak (1-2 metrik tan) satu konsaimen. Mereka mendakwa masih ramai pengguna masih anggap makan nangka akan kembung perut sebab angin. Saya berharap banyak teknologi baru dapat disesuaikan dengan cara makan nangka, promosi pasaran dan pemprosesan nangka pada masa akan datang mampu memajukan industri tanaman nangka negara. 


LAPORAN AKHBAR 

Bisnes nangka madu
Oleh - MASZUREEN HADZMAN

Proses pemilihan nangka dilakukan dengan teliti
bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan.
TEMERLOH 11 Okt - SEPERTI kebanyakan pengusaha lain yang bermula sekadar hobi, tidak terkecuali bagi Abdul Halek yang berminat menceburi bidang pertanian dan seterusnya memberi dorongan kepadanya untuk terus membabitkan diri dalam sektor itu.  Oleh kerana ladang yang berada di kawasan berisiko mudah dilanda banjir, bukan mudah bagi Abdul Halek untuk menjaga dan memastikan projek tanaman nangka varieti CJ3 yang diusahakan di atas tanah seluas tujuh hektar (ha) itu berjaya. Namun, cabaran itu tidak pernah mematahkan semangatnya, malah dia dianggap sebagai pemangkin untuknya supaya berusaha lebih gigih.  Berkat usaha yang tidak kenal putus asa, bekas kontraktor itu kini mampu berbangga dengan pencapaian muncul pengeluar utama buah berkenaan di TKPM Bera. Tambahan pula, ladang yang telah berjaya mengeluarkan hasil selama empat tahun ini turut berjaya memasarkan hasilnya ke seluruh daerah Bera dan Pahang.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Bera, Noor Iliana Anour, 33, berkata bahawa projek TKPM ini adalah untuk membangunkan kawasan yang kekal bagi pengeluaran buah buahan dan sayur sayuran. Jelasnya, fokus utama yang akan diberikan melalui program ini adalah penglibatan sektor swasta yang bertindak sebagai syarikat peneraju dan usahawan tani yang berminat dalam pengeluaran bahan makanan yang selamat dan berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Seramai 13 peserta dipilih bagi membangunkan TKPM ini yang mendapat tanah yang diperuntukkan daripada pihak kerajaan negeri di samping mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan dari segi infrastruktur. "Pemilihan peserta yang memenuhi kriteria akan dipilih bagi memastikan peserta yang benar-benar layak sahaja menyertai projek tersebut. "Kami hanya menyediakan kemudahan dan infrastruktur untuk peningkatan kualiti projek sedia ada," katanya ketika sesi taklimat dan lawatan Agrochallenge ke tapak projek TKPM, di Bera baru-baru ini. Jelasnya lagi, projek yang dibangunkan sejak 2006 itu mempunyai keluasan keseluruhan sebanyak 80 ha yang mana 50 ha diperuntukkan untuk tanaman nangka, mangga (10 ha) manakala 12 ha untuk tanaman sayur-sayuran. Selain itu, setiap peserta turut dikenakan bayaran sewa sebanyak RM100 setiap satu ekar selama setahun. Melihat kepada permintaan nangka madu yang yang meningkat secara mendadak terutama nangka madu jenis Mastura dan CJ33, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Abu Hanipah Majid berkata pihaknya memerlukan lebih ramai lagi pengusaha untuk diketengahkan bagi menampung permintaan yang semakin tinggi. "Nangka madu semakin mendapat permintaan yang tinggi, jadi kita perlukan lebih ramai pengusaha bagi meningkatkan pengeluaran. Jelasnya, dengan adanya penyelidikan berkenaan teknik pembungkusan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi menjamin kualiti produk terpelihara, pengusaha sepatutnya tidak perlu bimbang untuk mengeluarkan hasil dalam jumlah yang besar. "Eksport nangka madu sedang berkembang dan mengorak langkahnya untuk ke pasaran luar negara. "Kami telah bersedia untuk memasarkan nangka madu ini ke Hong Kong dan Macau," katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat kepada peserta Agrochallenge di lokasi projek nangka di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Nangka madu bakal menjadi produk pertanian terbaharu negara yang berpotensi untuk menembusi pasaran luar. Melihat potensi itu, pihaknya juga telah membantu ahli-ahli PPK Temerloh untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan membekalkan anak benih nangka madu untuk digantikan tanaman pokok machang, dimana tidak mendapat pasaran. Jelasnya, pokok yang lama akan ditebang dan digantikan dengan pokok nangka yang mana tanaman nangka ini boleh menghasilkan pendapatan sekurangnya RM300 sehingga RM400 sebulan. "Saya menggalakkan lebih ramai pengusaha ladang terutamanya kawasan Temerloh untuk menanam pokok nangka. "Kita akan bekalkan setiap ahli sebanyak lima anak pokok untuk ditanam di samping saya ada memohon peruntukkan sebanyak RM100 ribu anak pokok untuk diberikan kepada pengusaha yang berminat.

Ladang nangka di TKPM Lanchang.
BUAH NANGKA... KUNING TERANG ISINYA...
NEGERI PAHANG...KAWASAN UTAMA...
TEKAM YELLOW... BAIK KUALITINYA...
DIPROSES SEGAR... BAIK HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Bera dan TKPM Lanchang,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(6 Muharam 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...