KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, December 30, 2013

MYGAP - PENGENALAN

Pengenalan
MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices) telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 28 Ogos 2013. MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). MyGAP adalah skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan. MyGAP dilaksanakan berdasarkan piawaian Malaysian Standard (MS). MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice digunakan untuk modul sektor tanaman dan MS 1998:2007 Good Aquaculture Practice (GaqP) – Aquaculture Farm – General Guidelines serta MS 2467:2012 – Code of Practice for Seaweed Cultivation untuk modul sektor akuakultur. Manakala MS 2027:2006 Good Animal Husbandry Practice untuk sektor ternakan. Good Agricultural Practice (GAP) atau Amalan Pertanian Baik adalah amalan pertanian yang menekankan aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat dan berkualiti. MyGAP adalah inisiatif Economic Transformation Program (ETP) di bawah Strategic Reform Intiatives – Competition, Standard and Liberalisation (SRI-CSL) yang merupakan enabler kepada National Key Economic Area – Agriculture (NKEA - Pertanian). Bagi mendapatkan Garispanduan MyGAP anda boleh melayari lamanweb berikut.
http://www.moa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=51eed63b-c48b-46a2-8e6b-78937a406983&groupId=41803


Faedah Pensijilan MyGAP
  • Menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu membngunkan industri pertanian negara yang mesra alam dan lestari. 
  • Memudahkan laluan pasaran eksport memandangkan GAP telah dikenali di seluruh dunia. 
  • Memudahkan pelaksanaan pensijilan berasaskan Amalan Pertanian Baik dengan adanya satu skim pensijilan
  • Menjamin keselamatan serta kebajikan pekerja
  • Menggalakkan dan memudahkan penerimaan pengguna terhadap produk tanaman, ternakan dan akuakultur di bawah satu pensijilan
  • GAP lebih komersil dan tidak mengelirukan pengguna dan pengusaha berbanding SALM, SPLAM dan SALT
  • Memudahkan dan mengurangkan kos promosi memandangkan pengguna telah mengetahui secara meluas berkaitan produk GAP

Hala tuju


  • Meningkatkan bilangan ladang yang mendapat pensijilan MyGAP bagi menggalakkan pengeluaran produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan untuk kegunaan domestik dan pasaran eksport
  • Meningkatkan kesedaran dan permintaan pengguna terhadap produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan serta mempunyai logo MyGAP
  • Meningkatkan daya saing produk pertanian Malaysia di peringkat antarabangsa
  • Penandaarasan dengan skim pensijilan GAP antarabangsa seperti ASEAN GAP dan GlobalGAP
Diharap membantu kita semua didalam memahami mengenai MyGAP. Wasallam!.

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Putrajaya
Malaysia
(30 Safar 1435H)
- Dipetik daripada website MOA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...