KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 31, 2013

TAHUN BARU 2014


Selamat Tahun Baru 2014!

Syukur Alhamdulillah artikel ini dapat ditulis pada hari terakhir 2013 dengan foto yang berwarna-warni diatas melambangkan keceriaan bakal akan berlaku pada tahun 2014, InsyAllah!. Sepanjang tahun 2013 ini saya berjaya menerbitkan sebanyak 366 artikel berkaitan teknologi pertanian dan yang berkaitan dengannya. Artikel pada 1 Januari 2013 bertajuk 'Harga Racun Serangga' iaitu maklumat berkaitan dengan trend perubahan harga bahan input tersebut selama 5 tahun yang saya buat analisis daripada tahun 2008 sehingga tahun 2012 (Lihat foto dibawah). Artikel terakhir diposting pada 30 Disember 2013 bertajuk 'MyGAP - Pengenalan' yang mempaparkan mengenai penjelasan berkaitan sistem persijilan komprenhsif untuk produk tanaman, ternakan dan akuakultur di Malaysia. Sehingga hari ini blog 'Anim Agro Technology' telah menerima kunjungan pageview seramai 2,511,106 dengan purata sekitar 88,000 - 110,000 pageviews sebulan. Seramai 785 orang members telah mendaftar dalam lamanweb ini. Blog yang mula diaktifkan semenjak Mei 2007 ini kini mempunyai sebanyak 1,436 artikel yang telah diterbitkan dan banyak lagi yang akan diterbitkan pada masa akan datang. 


Sehingga kini penulis menerima banyak komen dari pembaca dimana ada yang dijawab dan banyak komen yang tidak memerlukan jawapan. Artikel bertajuk 'Racun Rumpai' (Sila klik disini) yang telah saya terbitkan pada 4 September 2009 merupakan paling banyak dibaca melibatkan seramai 12,524 pembaca diikuti dengan artikel 'Ikan Haruan' (Sila klik disini) dan artikel 'Benih Kelapa Matag' (Sila klik disini). Semua artikel ditulis adalah berkaitan teknologi pertanian iaitu salah satu daripada lamanweb yang menjadi rujukkan kepada ramai para petani, usahawan, pegawai pengembangan, penyelidik, guru, pensyarah, koporat dan paling ramai dikalangan mahasiswa dan pelajar sekolah. Penggunaan Bahasa Malaysia yang mudah disertakan dengan foto menyebabkan ia mampu menjelaskan lagi penulisan yang dibuat. Blog ini juga memudahkan saya membuat rujukkan semasa memberi ceramah pertanian atau menyediakan kertas teknikal pertanian jika diperlukan. Semuga kemampuan saya untuk memberikan sati artikel setiap hari untuk semua pembaca blog teknologi pertanian ini akan dapat dilaksanakan tahun 2014 esok hari!.


TAHUN 2014... IA SUDAH TIBA...
TAHUN 2013... DITINGGAL HIBA...
366 ARTIKEL...DIHANTAR JUGA...
HARAPAN SAYA...2014 ADA IDEA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(31 Disember 2013)
- Malam ini detik 12 malam 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...