Support My Blog

Showing posts with label IKAN HARUAN - TESTIMONI. Show all posts
Showing posts with label IKAN HARUAN - TESTIMONI. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

IKAN HARUAN - TESTIMONI (Part 4)

IKAN HARUAN (Chana striatus) atau lebih dikenali sebagai 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup didalam air tawar. Satu lagi jenis ikan haruan Besar atau Giant Snakehead (Chana micropeltes) yang juga dipanggil sebagai Giant Mudfish adalah dari kumpulan yang sama. Ikan Toman (Chana melanostoma) juga dari kumpulan ikan haruan yang mudah kita jumpa didalam tasek, sungai, taliair dan kawasan sawah padi. Saya memang suka mengail ikan haruan di Sungai Parit Bengkok depan rumah atau di Kawasan Sawah Ring di Muar. Kadang2 mengail dimana-mana paya atau lubuk ikan di sekitar kampong semasa muda dahulu bersama rakan-rakan sekampong. Mengail ikan haruan memang sangat menyeronokkan kerana daya tarikan atau sentapan yang kuat pada ikan haruan sungguh hebat!. Jarang-jarang kita semasa memancing ikan haruan yang terlepas semula, ini kerana ikan haruan akan makan habis umpan yang digunakan. Malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  info megenai testimoni ternakan ikan haruan dan maklumat berkaitan dengan ikan haruan untuk pembaca semua berdasarkan pengalaman sendiri, kajian dan rujukan beberapa sumber.


TESTIMONI 7
Khasiat Ikan Haruan

Tidak kira digoreng, dibakar atau dibuat sup, ikan haruan sememangnya telah lama menjadi lauk hidangan rakyat Malaysia selain menjadi penawar untuk menyembuhkan luka terutama kepada mereka yang baru menjalani pembedahan dan bersalin.  Ikan air tawar jenis karnivor ini, yang merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil Ikan Haruan (Channa striatus)Profesor Abdul Manan Mat Jais, dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata "Ikan berkenaan adalah dalam kategori "Order of Channiformes," "Family Channidae" dan "Genus Channa" dan yang saya sedang kaji ialah Channa Striatus." Beliau berkata terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Toman, bujuk dan haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies. Prof Abdul Manan berkata keunikan haruan dewasa ialah ia menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh.

Ikan haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanyalah sekitar satu kilogram. Prof Abdul Manan berkata beliau memulakan penyelidikan ke atas ikan haruan pada 1985 dan ketika itu beliau terkejut apabila mendapat tahu ikan itu tidak dimasukkan dalam senarai ikan utama Jabatan Perikanan. "Apa yang saya dapati daripada penyelidikan itu ialah ikan haruan merupakan satu sumber protein yang baik, kira-kira 60-70 peratus. Ia mengandungi lemak yang rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada beratnya berbanding dengan ikan air tawar lain serta daging, kambing, ayam dan makanan laut," katanya. Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A. Manakala kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink adalah lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.

Prof Abdul Manan berkata kandungan asid arakidonik yang tinggi, yang dianggap luar biasa, dan dengan ketiadaan bahan seperti eikosapentaenoikasi d dalam haruan adalah satu hasil penemuan yang amat menarik. "Asid Arakidonik adalah petanda bagi prostaglandin. Ia memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula" katanya. Ikan Haruan juga didapati mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia. Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan. "Oleh itu, ikan haruan mengandungi semua keperluan asas biokimia untuk penyembuhan luka," katanya.

MENGURANGKAN SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN
"Penemuan kami menunjukkan bahawa haruan bukan sahaja menggalakkan penyembuhan luka, malahan mengurangkan sakit selepas pembedahan," katanya. Beliau berkata dari ujian kekangan perut, pati haruan didapati bertindak sebagai pautan-pekat bagi menghalang tindakan gerak balas. Lebih menarik lagi, pati haruan dapat meningkatkan keberkesanan morfin.
Prof Abdul Manan berkata penemuan itu memberi platform saintifik kepada rakyat Malaysia, yang memakan ikan haruan untuk satu tempoh masa selepas pembedahan, dapat menghindarkan kesakitan dan penyembuhan luka. Beliau berkata lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya, dan kandungan kedua-dua asid ini didapati lebih tinggi dalam telur ikan. Telur segar haruan mempunyai jumlah asid arakidonik yang lebih tinggi. Prof Abdul Manan berkata penemuan ini memberi kemungkinan peluang untuk mendapatkan jumlah optimum asid lemak yang diperlukan untuk menyembuh luka dari bahagian lain ikan haruan tanpa perlu mengorbankan ikan itu. "Penemuan awal mengenai khasiat anti bakterianya amat mengagumkan dan kami sedang menumpukan kepada spesies yang boleh dihubungkan dengan penyembuhan ulser perut ke atas haiwan dan manusia," katanya.


MAKANAN TAMBAHAN KESIHATAN BERASASKAN HARUAN
"Isinya yang putih, pejal dan tidak bertulang sudah pasti menjadikan haruan satu bentuk makanan serta makanan tambahan yang menjanjikan," kata Prof Abdul Manan. Beliau berkata ikan haruan mempunyai potensi untuk industri makanan kesihatan kerana ia boleh dijadikan bebola ikan, sosej, salami atau filet. "Saya berharap untuk melihat haruan sebagai ikan yang boleh diguna secara meluas dalam kehidupan seharian kita dan secara komersial. Kita sepatutnya dengan bangga meletakkan haruan pada paras yang setidak-tidaknya sama dengan salmon atau trout," kata Prof Abdul Manan dan menambah kata beliau sedang melihat kemungkinan untuk memperkenalkan haruan sebagai satu komponen klinikal. Prof Abdul Manan memenangi pingat gangsa Anugerah Mindex-Innotex untuk produk penjagaan kulit berasaskan haruan pada 1996 dan satu lagi pingat gangsa daripada Institut BioSains UPM pada 2004.


PERMINTAAN TINGGI
Manakala Ketua Eksekutif Cheroh Aquatic Sdn Bhd, Wan Jusoh Zakaria, dari Raub mengakui khasiat ikan haruan memang diketahui umum dan ia mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk berbanding bujuk dan toman. Beliau mengakui hanya haruan jenis biasa bersaiz antara 300 dan 500 gram dan yang hidup di habitat semula jadi paling digemari orang ramai. Wan Jusoh berkata pasaran ikan atau benih ikan haruan terutama di kalangan penternak dari dahulu hingga sekarang amat menggalakkan hingga kadang-kadang tidak mencukupi. Bagaimanapun tidak ramai pengusaha yang berjaya menternak ikan haruan secara komersial kerana ia memerlukan kepakaran yang tersendiri tentang ikan itu. Selangor merupakan pengeluar terbesar ikan haruan secara komersial dengan Rawang banyak menghasilkannya," katanya. Wan Jusoh juga mengakui bahawa permintaan tempatan untuk ikan haruan mencapai jumlah puncak yang baru seperti yang dapat dilihat dengan permintaan yang memberangsangkan untuk filet haruan oleh masyarakat Malaysia. 

IKAN HARUAN... HEBAT NAMANYA...
BERWARNA HITAM...ADA CORAKNYA...
DIBAKAR TANAH...RESEPI ISTIMEWA...
LAPORAN AKHBAR...ADA GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 21551, Awana Genting Golf Resort,
Genting Highland Resort, 
KM 13, Genting Highland,
Pahang, Malaysia.
(18 Muharam 1435H)

Monday, December 9, 2013

IKAN HARUAN - TESTIMONI (Part 3)


IKAN HARUAN (Chana striatus) atau lebih dikenali sebagai 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup didalam air tawar. Satu lagi jenis ikan haruan Besar atau Giant Snakehead (Chana micropeltes) yang juga dipanggil sebagai Giant Mudfish adalah dari kumpulan yang sama. Ikan Toman (Chana melanostoma) juga dari kumpulan ikan haruan yang mudah kita jumpa didalam tasek, sungai, taliair dan kawasan sawah padi. Saya memang suka mengail ikan haruan di Sungai Parit Bengkok depan rumah atau di Kawasan Sawah Ring di Muar. Kadang2 mengail dimana-mana paya atau lubuk ikan di sekitar kampong semasa muda dahulu bersama rakan-rakan sekampong. Mengail ikan haruan memang sangat menyeronokkan kerana daya tarikan atau sentapan yang kuat pada ikan haruan sungguh hebat!. Jarang-jarang kita semasa memancing ikan haruan yang terlepas semula, ini kerana ikan haruan akan makan habis umpan yang digunakan. Malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  info megenai testimoni ternakan ikan haruan dan maklumat berkaitan dengan ikan haruan untuk pembaca semua berdasarkan pengalaman sendiri, kajian dan rujukan beberapa sumber.



TESTIMONI 6:
Bakar bertanah... cara unik menikmati haruan sawah



Kita biasa mendengar ikan bakar. Tetapi ramai di antara kita jarang mendengar mengenai ikan bakar bertanah. Inilah keistimewaan penduduk Kampung Ujung Batu, Bintong, Perlis, dalam membuat persiapan menjelang Pesta Musim Timur. Mereka memperkenalkan sejenis masakan ikan sawah yang menggunakan ikan haruan dikenali sebagai masakan 'haruan bakar bertanah'. Namanya yang begitu unik dan pelik itu turut menggambarkan kepada para pembaca betapa unik dan peliknya pemakanan orang-orang dahulu, terutamanya daripada beberapa golongan petani di Perlis yang akan memperkenalkannya. Menurut mereka yang ditugaskan untuk menyiapkan makanan itu, haruan bakar bertanah ini ialah ikan haruan yang dibalut dengan tanah kemudian dibakar. Menyingkap cerita di sebaliknya, pada zaman dahulu kehidupan para petani terlalu susah dan tidak ada kemudahan terutama untuk membakar ikan seperti hari ini. "Orang dulu terpaksa menggunakan inisiatif ini untuk membakar ikan-ikan seperti haruan bagi menyedapkan rasa. Selalunya masakan ini dibuat semasa petani menimba telaga," kata salah seorang daripada mereka, Roslin Kassim.

Katanya, ikan haruan yang diambil dari sawah ini akan dibelah dan dibuang perutnya tanpa menanggalkan sisip. Selepas itu ikan tersebut akan dibungkus dengan sehelai daun pisang sebelum dibalut dengan tanah. "Kalau dulu memang tidak dibungkus dengan daun pisang, sebaliknya dibalut terus dengan tanah," tambahnya. Selalunya tanah yang digunakan untuk membalut ini adalah tanah sawah atau tanah yang diambil dari telaga ikan yang sudah ditimba airnya. Roslin berkata, ikan yang siap dibalut dengan tanah akan dibakar dengan bara api menggunakan api atas dan bawah seperti membakar kuih bahulu. menurutnya lagi, untuk mengecam atau mengenal pasti ikan itu masak atau tidak, tanah yang dibalut ke badan ikan tersebut akan merekah. "Kalau dulu kaum petani terus memasukkan tanah itu terus ke dalam bara api tanpa perlu menggunakan api atas atau bawah. Apabila tanah itu pecah-pecah, itu tandanya ikan tersebut telah masak,'' ujarnya. Mereka yang ditemui dan pernah merasanya mengakui ikan haruan yang dibakar tanpa garam dan hanya menggunakan tanah semata-mata itu memang manis dan sedap, tambahan dimakan bersama sambal belacan orang utara. Ternyata, masyarakat yang tinggal jauh di utara tanah air juga banyak menyimpan pelbagai perkara dan peristiwa yang menarik dan istimewa untuk dikongsi bersama dalam kehidupan serba moden ini.


IKAN HARUAN... HEBAT NAMANYA...
BERWARNA HITAM...ADA CORAKNYA...
DIBAKAR TANAH...RESEPI ISTIMEWA...
LAPORAN AKHBAR...ADA GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 21551, Awana Genting Golf Resort,
Genting Highland Resort, 
KM 13, Genting Highland,
Pahang, Malaysia.
(18 Muharam 1435H)

Sunday, December 8, 2013

IKAN HARUAN - TESTIMONI (Part 2)

IKAN HARUAN (Chana striatus) atau lebih dikenali sebagai 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup didalam air tawar. Satu lagi jenis ikan haruan Besar atau Giant Snakehead (Chana micropeltes) yang juga dipanggil sebagai Giant Mudfish adalah dari kumpulan yang sama. Ikan Toman (Chana melanostoma) juga dari kumpulan ikan haruan yang mudah kita jumpa didalam tasek, sungai, taliair dan kawasan sawah padi. Saya memang suka mengail ikan haruan di Sungai Parit Bengkok depan rumah atau di Kawasan Sawah Ring di Muar, Johor. Kadang2 mengail dimana-mana paya atau lubuk ikan di sekitar kampong semasa muda dahulu bersama rakan-rakan sekampong. Mengail ikan haruan memang sangat menyeronokkan kerana daya tarikan atau sentapan yang kuat pada ikan haruan sungguh hebat!. Jarang-jarang kita semasa memancing ikan haruan yang terlepas semula, ini kerana ikan haruan akan makan habis umpan yang digunakan. Malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" info megenai testimoni ternakan ikan haruan dan maklumat berkaitan dengan ikan haruan untuk pembaca semua berdasarkan pengalaman sendiri, kajian dan rujukan beberapa sumber.


TESTIMONI 3:
Sup haruan kolagen diperkenal
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY


KUALA LUMPUR 10 Julai - Anda mahu kulit muka yang anjal sepanjang masa?. Apa kata anda menambah menu harian dengan mengambil sup ikan haruan kerana ia dikenal pasti mengandungi kolagen yang sangat berguna untuk tujuan tersebut. Pengarah Urusan Bio Haruantech (M) Sdn. Bhd., Mohammad Munir Lukman Hakim memberitahu kolagen yang terhasil daripada ekstrak ikan haruan itu jauh lebih baik berbanding kolagen yang diekstrak daripada tulang lembu dan sumber marin lain di pasaran. Beliau berkata, lebih menarik sup ikan haruan berkolagen itu berjaya dihasilkan tanpa bahan pengawet. "Selain mampu mengekalkan keanjalan kulit, ia juga membantu memulihkan parut luka dengan lebih cepat selain bagus untuk mereka yang mempunyai masalah gastrik," katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia pada Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. MIFB merupakan program kerjasama antara Kumpulan Utusan, Expomal International Sdn. Bhd. (Expomal) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Munir menjelaskan, syarikatnya mengambil khasiat pada cecair lekit (Glycine) ikan haruan sebelum mengekstraknya menjadi kolagen dan dicampur dalam produk sup ikan haruan. Katanya, Glycine haruan juga sangat mujarab dalam membantu pengeluaran semula molekul protein pada sel kulit manusia sekali gus membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Menurutnya, disebabkan itu, ramai pengguna makan sup tersebut terutama ibu-ibu selepas bersalin dan mereka yang menjalani rawatan pembedahan. "Lebih menakjubkan kesan penyembuhan boleh dilihat dengan hanya mengambil tiga paket sup segera ini dalam masa tiga hari," katanya. Katanya, walaupun baru empat bulan di pasaran, sambutan pengguna terhadap produk tersebut sangat memberangsangkan terutama melalui penglibatan syarikat dalam pameran besar seperti MIFB. Menurut beliau, sup haruan berkolagen itu boleh didapati di semua farmasi dan toko-toko jamu di seluruh negara dengan harga RM16 sekotak.


TESTIMONI 4:
Haruan ubat semburan
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Profesor Saringat Bai@Baie menunjukkan semburan
ikan haruan bagi luka dan terbakar.
GOORGETOWN , 11 OKT. - IKAN haruan secara turun temurun telah digunakan bagi mengubati luka-luka dalaman terutama di kalangan ibu-ibu selepas bersalin. Justeru Universiti Sains Malaysia (USM) menjalankan kajian bagi meluaskan penggunaan ikan haruan. Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Sekolah Sains Farmaseutikal, Profesor Saringat Bai@Baie menunjukkan ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus mengandungi asid amino yang berfaedah dan asid lemak yang dibuktikan berupaya menyembuhkan luka. "Haruan Channa striatus digunakan kerana mudah ditemui di sungai di sini," katanya ketika ditemui semasa Pameran BioMalaysia 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sebelum ini, Saringat telah menformulasikan ekstrak haruan yang sama sebagai krim dan tablet dan produk berkenaan telah pun dikomersialkan. "Kini kajian yang dijalankan menjurus kepada filem nipis bagi membalut dan merawat luka terutama luka kebakaran dan pesakit diabetes," katanya

Saringat berkata, semburan haruan menggunakan semua ciri-ciri ekstrak haruan dan diformulasikan dalam bentuk tulen untuk mengubati luka serta lecur terbakar. Semburan berkenaan mengandungi ekstrak haruan yang boleh meningkatkan proses penyembuhan. Tujuannya adalah untuk menghasilkan semburan aerosol sebagai bahan aktif yang boleh menghasilkan filem sintetik bagi rawatan luka dan melecur. "Masalahnya filem penjagaan luka biasanya terdapat dalam saiz yang tertentu dan dibungkus secara berasingan," katanya. Malah ia juga tidak boleh menutupi saiz luka yang pelbagai selain ia juga mudah dijangkiti apabila dikeluarkan daripada bungkusan. Penyelesaiannya beliau adalah polimer biocompatible dalam produk sedia ada dengan pekatan aerosol dan boleh menghasilkan satu lapisan filem apabila disemburkan pada kawasan yang cedera dan boleh menutupi apa saja saiz luka. "Apa yang menarik produk aerosol akan terus berada dalam keadaan steril kerana tiada bahan asing boleh memasuki bekas berkenaan," katanya. Kajian menunjukkan luka dan lecur boleh diubati lebih cepat menggunakan semburan ekstrak haruan. Malah semburan filem nipis ekstrak haruan telah diuji pada pesakit yang mengalami luka yang sukar sembuh akibat diabetes. "Produk ini sedang dalam proses untuk dikomersialkan dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi," katanya.



TESTIMONI 5:
Pati ikan haruan American Ginseng semakin digemari





KUALA LUMPUR 14 Mac - Pati Ikan haruan American Ginseng cap Polleney kini semakin digemari oleh rakyat Malaysia kerana ia minuman berkhasiat. Pati ini dihasilkan untuk menjadikan penggunanya berasa segar. Ia lazat dan tidak berbau hanyir. Menurut pengedarnya, Huamao Agencies Sdn. Bhd., ia diperbuat dengan cara saintifik daripada ikan haruan yang berasal dari China. Walaupun ia dihasilkan di China, ia mendapat pengiktirafan halal dari Shanghai Islamic Association China. ``Kami dapat menjual kira-kira RM1 juta setahun daripada produk ini,'' katanya. Bagi membolehkan produk ini berzat dan berkhasiat, ia dicampurkan dengan ginseng pergunungan yang dihasilkan di Amerika Syarikat dan ditambah dengan ramuan ubat Cina. Menurutnya, Pati Ikan Haruan American Ginseng ini digunakan secara tradisi untuk tenaga, kesihatan kulit, menguatkan otot, wanita selepas bersalin dan melegakan kesukaran untuk tidur. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Huamao di 10, Jalan Selera 1, Taman Bukit Indah, Kuala Lumpur.



KHASIAT HARUAN...IKAN BERGUNA...
DIJADIKAN SUP.. MUDAH SAHAJA...
UBAT SEMBURAN..INOVASINYA...
CAMPUR GINSENG...HEBATNYA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 21551, Awana Genting Golf Resort,
Genting Highland Resort,
KM 13, Genting Highland,
Pahang, Malaysia.
(18 Muharam 1435H)

Thursday, December 5, 2013

IKAN HARUAN - TESTIMONI (Part 1)

IKAN HARUAN (Chana striatus) atau lebih dikenali sebagai 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup didalam air tawar. Satu lagi jenis ikan haruan Besar atau Giant Snakehead (Chana micropeltes) yang juga dipanggil sebagai Giant Mudfish adalah dari kumpulan yang sama. Ikan Toman (Chana melanostoma) juga dari kumpulan ikan haruan yang mudah kita jumpa didalam tasek, sungai, taliair dan kawasan sawah padi. Saya memang suka mengail ikan haruan di Sungai Parit Bengkok depan rumah atau di Kawasan Sawah Ring di Muar. Kadang2 mengail dimana-mana paya atau lubuk ikan di sekitar kampong semasa muda dahulu bersama rakan-rakan sekampong. Mengail ikan haruan memang sangat menyeronokkan kerana daya tarikan atau sentapan yang kuat pada ikan haruan sungguh hebat!. Jarang-jarang kita semasa memancing ikan haruan yang terlepas semula, ini kerana ikan haruan akan makan habis umpan yang digunakan. Malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" info megenai testimoni ternakan ikan haruan dan maklumat berkaitan dengan ikan haruan untuk pembaca semua berdasarkan pengalaman sendiri, kajian dan rujukan beberapa sumber.


TESTIMONI 1:
Haruan bodoh bernilai tinggi
Oleh NAS NORZIELA NASBAH
IKAN ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh,
ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan biasa.
MELAKA 11 Jan. - Setiap kali mendengar nama ikan ketutu pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut. Mungkin ada antara anak muda kini yang langsung tidak mengetahui kewujudan ikan itu yang nama saintifiknya ialahmarbled goby. Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat. Namun begitu di sebalik bentuk fizikalnya yang 'menggerunkan', ketutu merupakan salah satu ikan ternakan yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran. Menyedari perkara ini, Aquaculture Technology Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menternak ikan ketutu dan sejak beroperasi tiga tahun lalu, syarikat tersebut tersenarai sebagai salah satu syarikat yang mempunyai kolam ternakan ikan ketutu terbesar di negeri ini.

Memiliki sebanyak tujuh buah kolam utama yang terletak di Tiang Dua, Jasin di sini, Aquaculture Technology merupakan anak angkat kepada Jabatan Perikanan negeri telah menternak lebih daripada 1,000 ekor ikan tersebut. Pengusahanya, Ng Swee Lui berkata, sejak bergiat dalam ternakan ikan ketutu, perusahaan tersebut terbukti mendapat permintaan tinggi bukan sahaja untuk pasaran dalam negara malah luar negara. Setakat ini, katanya, ketutu ternakannya sudah berjaya menembusi pasaran Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun dan beberapa negara Eropah. ''Saya memulakan bidang ternakan ini sejak tiga tahun lalu dan di kawasan ini sahaja mengandungi tujuh buah kolam yang dibina dengan perbelanjaan sendiri berjumlah RM1.2 juta. ''Selain itu, saya turut memiliki 30 buah kolam ternakan ikan ketutu dan beberapa jenis ikan hiasan di sekitar Alor Gajah," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.


Kata Swee Lui, baru-baru ini pihaknya menerima permintaan dari luar negara yang mengharapkan bekalan sebanyak empat tan ketutu sebulan, namun malangnya pihaknya hanya mampu membekalkan dua tan sebulan. Menurutnya lagi, ikan ketutu senang diternak kerana sifat semula jadinya yang 'pendiam' pada waktu siang namun aktif pada waktu malam. ''Ikan ini mampu membesar sehingga 50 sentimeter dan mencapai berat sehingga dua kilogram dalam masa dua tahun," katanya. Beliau berkata, ikan ketutu boleh mula dijual selepas ia mencapai usia setahun dan harga pasarannya kini untuk setiap kilogram adalah sekitar RM80 hingga RM95. ''Di restoran, ia biasa dijual pada harga mencecah RM120 sekilogram dan kulitnya yang kehitaman serta berwarna sedikit coklat amat enak bagi masakan stim. ''Ia menjadi makanan utama bagi mereka yang menggemari makanan laut dan sehingga kini ikan ketutu mempunyai pasaran yang tinggi jika dijual di restoran makanan laut," katanya. Menceritakan pengalamannya sepanjang menternak ikan ketutu Swee Lui berkata, selain memerlukan modal yang tinggi, ikan berkenaan juga tidak terlepas daripada masalah seperti serangan penyakit. "Jika ada sesiapa yang berminat, perlu mendalami pengetahuan mengenai ikan ini sebelum memulakan ternakan. "Bukan mudah untuk menternak spesies ikan ini dan masalah yang besar ialah apabila ikan diserang penyakit. ''Saya banyak belajar daripada kesilapan sebelum berada pada tahap ini," katanya.




TESTIMONI 2:
Sup haruan kolagen untuk kesihatan
NAZRUL AZIM SHARUDDIN


IKAN haruan sememangnya dikenali kaya dengan
pelbagai khasiat untuk kesihatan.
SEJAK turun-temurun, ikan haruan telah terkenal sebagai sumber makanan dengan pelbagai khasiat kesihatan yang tidak dapat disangkal lagi. Mempunyai nama saintifik Channa striatus, hidupan air tawar itu menjadi makanan yang sangat popular terutama dari kalangan penduduk Asia. Antara khasiat kesihatannya adalah seperti mampu menyembuhkan luka, mengurangkan kesakitan selepas pembedahan serta baik untuk ibu bersalin. Kandungan asid amino dan lemak daripada ikan itu pula baik untuk memulihkan parut luka dengan lebih cepat serta sesuai merawat gastrik. Di samping itu, ia turut mengandungi vitamin A yang berupaya meningkatkan daya ingatan, penglihatan, menjadikan kulit lebih halus dan mengandungi bahan anti oksida bagi fungsi melambatkan proses penuaan. Khasiat lainnya adalah seperti asid arasidonik untuk membantu pertumbuhan sel-sel baru serta kolagen bagi pengekalan kulit muda. Di negara kita, sumber makanan itu kebiasaannya diperolehi dalam bentuk produk pati ikan haruan yang banyak terdapat di pasaran. Namun, bagi sesetengah individu, mereka mungkin sukar untuk meminum pati tersebut kerana rasa dan baunya yang kurang digemari. Justeru, bagi memastikan khasiat ikan itu dapat dinikmati dengan cara yang lebih mudah, ia kini dihasilkan dalam bentuk sup segera.

Dikenali sebagai Sup Haruan Kolagen, produk berkenaan telah dihasilkan oleh sebuah syarikat perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan, Bio Haruantech (M) Sdn. Bhd. Menurut Pengarah Urusannya, Mohammad Munir Lukman Hakim, idea menghasilkan sup tersebut timbul setelah mendapati pesakit-pesakit di hospital dan klinik sukar untuk memperolehi ikan haruan. ''Bermula daripada situ, saya mula mengumpul maklumat dan menjalankan kajian bagaimana penghasilan sup ikan haruan. Ia telah mengambil masa selama tiga tahun. ''Selain berkhasiat, sup ini juga mempunyai rasa yang sangat sedap dan sesuai dijadikan makanan harian,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini. Memasuki pasaran pada tahun 2007, produk yang dipaketkan di dalam tin itu pada mulanya kurang mendapat sambutan.

Mencari kaedah penyelesaian, Mohammad Munir kemudiannya meneruskan kajian selama lebih kurang setahun lagi untuk memperbaiki mutu produk tersebut. Akhirnya, beliau telah berjaya menghasilkan sup dalam bentuk serbuk dengan kandungan kolagen yang tinggi dan tidak berbau. Bagi menjamin khasiat sup ini, ia diadun bersama rempah ratus asli yang baik untuk kesihatan seperti kulit kayu manis, lada hitam dan sebagainya. Kandungannya juga semulajadi tanpa menggunakan bahan pengawet atau pewarna selain mempunyai lebih 50 peratus isi ikan. Ini kerana, di dalam isi ikan tersebut terdapat sejenis bahan yang diberi nama Glycine iaitu sebahagian daripada komponen kolagen dalam sel kulit manusia. Bahan ini akan bertindak mempercepatkan percantuman kulit yang terluka dan seterusnya membentuk sel baru. Bercerita mengenai sumber ikan mentah, beliau memperolehinya daripada beberapa kolam ternakan yang diselia di bawah Jabatan Perikanan. ''Sebelum dijadikan ramuan dalam penyediaan sup, ikan-ikan ini akan menjalani ujian DNA dan ujian mikro terlebih dahulu bagi mengenalpasti nutriennya. ''Saya mendapat bimbingan daripada Jabatan Perikanan dan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam proses menjalankan ujian ini,'' jelasnya. Cara penyediaan sup itu amat mudah di mana pengguna hanya perlu melarutkan serbuknya di dalam 200 mililiter air dan ia boleh dimakan terus. Ia dijual dengan harga RM16 sekotak di mana setiap kotak mengandungi tiga paket sup. ''Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Setakat ini kilang kami di Rawang telah mengeluarkan sebanyak 20,000 hingga 30,000 kotak untuk memenuhi permintaan pasaran'' jelasnya. Dari segi pasaran, beliau ketika ini sedang berusaha membawa masuk produknya untuk dijual di pasar raya besar. Pada masa akan datang, beliau turut bercadang meneruskan kajian dalam penghasilan produk sup belut pula untuk khasiat kesihatan lelaki. Wasallam!


IKAN HARUAN... EKSOTIK NILAINYA...
SUKAR DITERNAK...APA TEKNOLOGINYA...
HARGA MAHAL... MENGIKUT GREDNYA...
USAHAWAN BERJAYA...UNTUNG PASTINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 21551, Awana Genting Golf Resort,
Genting Highland Resort,
KM 13, Genting Highland,
Pahang, Malaysia.
(18 Muharam 1435H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...