UBI REBUS merupakan sejenis makanan daripada Ubi Kayu (Manihot esculenta) yang ditanam sebagai tanaman kontan dari keluarga Euphobiaceae. Hidangan ubi rebus merupakan makanan asasi di beberapa penduduk dunia terutama mereka dari golongan Orang Asli (Natives) di Asia dan Afrika atau mereka yang tinggal jauh dipendalaman. Mereka menjadikan ubi kayu sebagai makanan ruji kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan makanan lain dan mudah untuk mendapatkan bekalan ubi mentah. Di kalangan masyarakat Malaysia Ubi Rebus dahulu merupakan sejenis makanan trdisional yang dimakan menggantikan nasi, keledek dan lain-lain makanan harian. Tidak semua ubi kayu sesuai untuk direbus kerana speis ubi kayu yang lembut, tidak pahit dan ada aroma yang baik sahaja sesuai untuk direbus dan di makan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Ubi Rebus untuk saya berkongsi pengetahuan dengan pembaca semua.
Apakah jenis ubi kayu yang sesuai untuk dijadikan ubi rebus bagi tujuan dimakan? Di negara kita ubi Kayu jenis Black Twig (Tangkai Hitam) dan White Twig (Tangkai putih) tempatan sesuai untuk direbus dan di makan. Jenis ubi yang beracun, Ubi Gajah, Ubi Ornamental atau hiasan, Ubi Kayu 'Ganyot' kurang sesuai untuk direbus. Pokok ubi kayu yang berumur lebih 7-8 bulan keatas boleh dituai dengan mencabut secara manual atau menggunakan alat pencabut pokok ubi (Inovasi mencabut ubi menggunakan rantai dan mesin mencabut ubi. Ubi segar perlu direbus dengan segera untuk menjamin kualitinya. Lebih lama ubi dibiarkan akan menyebabkan berlakunya proses penapaian dan penurunan kualiti.
Ubi yang dipetik perlu di bersihkan dari tanah dan di potong sepanjang 7-12 cm panjang dan buangkan kulitnya. Basuh dengan bersih dan masukkan kedalam periok yang mengandungi air bersih dan letakkan diatas api. Masukkan sedikit garam sebagai bahan perasa. Memasak ubi memerlukan masa 15-25 minit sehingga ubi rebus lembut. Toskan air dan biarkan ubi agak sejuk sedikit untuk dihidangkan.
Ubi rebus paling sedap dimakan bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal tumis udang. Ada juga yang suka makan ubi rebus dengan ikan kering goreng (Ikan sungai atau ikan laut) dan paling mudah makan ubi kayu dengan gula merah atau gula pasir. Kalau ubi kayu dihidangkan diatas daun pisang akan menambahkan lagi aroma pada ubi kayu yang sangat menyelerakan.
Ubi kayu yang telah direbus juga boleh di proses untuk menjadia produk makanan lain. Ubi kayu yang sejuk boleh dihiris-hiris nipis-nipis menggunakan pisau tajam dan kemudian hirisan tersebut dijemur sehingga kering. Kerepek Ubi Rebus atau seriping ubi ini perlu di goreng dengan minyak panas dan hasilnya amat enak lebih-lebih lagi kalau disira dengan sambal berperisa pedas atau disira dengan gula pasir. Makanan ini dahulu sangat popular dikalangan masyarakat jawa dan dihidangkan ketika hari raya atau dalam majlis jamuan.
TANAM UBI KAYU...PASTI ADA HASILNYA...
RESEPI UBI REBUS...RAMAI SUKAKANNYA....
ENAK DIMAKAN ..ADA SAMBAL TUMISNYA...
RASANYA ENAK....HIDANGAN ISTIMEWA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Horticulture Division,
Aras 10, Wisma Tani,
Putrajaya,
Malaysia
(16 Muharam 1433)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.