Thursday, December 22, 2011

SABIT

SABIT atau PENYABIT  merupakan sejenis alat seperti pisau yang bengkok diperbuat daripada besi yang digunakan bagi memotong rumput atau dahan kayu. Mata pisau sabit yang membengkok mempunyai pemegang yang biasanya dibuat daripada bahan kayu. Panjang kayu pemegang ini bergantung kepada cara menggunakan sabit sama untuk memotong rumput dengan mencangkung atau memotong rumput dengan berdiri. Pada awal 1960-1970'an saya memang selalu melihat butuh PWD (kini JKR) memotong rumput di tepi jalanraya menggunakan sabit rumput yang mempunyai pemegang yang panjang. Mereka akan menghayun sabit 360 darjah (full swing) seperti bermain golf memotong rumput. Artikel malam ini saya menulis satu alatan tradisional lama iaitu SABIT untuk pengetahuan pembaca blog ini.


Dalam industri penanaman padi peranan sabit dahulu memang sangat kritikal untuk kerja-kerja memotong batang padi. Sabit Padi diperbuat dari mata misau bengkok dengan ada mata seperti mata gergaji dan tangkai daripada kayu. Batang padi digengam dan dipotong dibawahnya serta dikumpulkan dalam satu susunan. Kemudian rumpun batang padi yang diikat dibanting diatas 'Pembanting Padi' yang akan meleraikan biji padi dengan tangkai padi. Kerja memotong padi menggunakan sabit ini kini telah pun jarang digunakan kerana bagi kawasan jelapang padi penggunaan Jentuai Padi (Combine Harvester) telah mengabil alih tugas tersebut. Sabit Padi masih digunakan untuk kawasan sawah yang bersaiz kecil, kawasan pendalaman dan juga menuai padi bunit atau padi huma.


Penternak Lembu dan Kambing menggunakan sabit rumput untuk memotong rumput bagi makanan ternakan dalam kandang. Rumput dari jenis Rumput Napier, Rumput Kerbau, Rumput Selaput Tunggul dan berbagai jenis rumput lagi dipotong dengan sabit, diikat dan dibawa ke kandang ternakan. Rumput segar ini membekalkan nutrien kepada ruminan disamping makanan tambahan lain seperti pelet makanan haiwan. Sabit yang digunakan untuk memotong rumpu bagi ternakan ruminan berbagai bentuk dan saiz. Ada yang panjang dan ada yang bersaiz pendek dengan tangkai yang panjang. 


Teknologi memetik buah kelapa sawit dan membuang pelepah daun (pruning) sehingga kini masih menggunakan sabit untuk memotong tandan buah kelapa sawit bagi pokok yang tinggi melebihi pemotong buah. Pokok muda yang buahnya masih rendah menggunakan 'penyodok tajam' untuk memotong pelepah dan tandan buah. Sabit Kelapa Sawit agak lebar matanya dan tebal serta sangat tajam. Sabit ini diikat kukuh pada galah yang panjang (sehingga lebih 50 kaki) sama ada menggunakan buluh atau paling sesuai galah diperbuat dari Aluminium Ringan. Aluminium ini boleh di sesuaikan pemasangannya yang terdiri dari sistem yang boleh dibuka-pasang agar mudah dibawa keladang sawit. Kemahiran pemotong buah menggunakan sabit sangat penting untuk mempastikan tandan buah dipootong dengan cepat dan selamat tanpa minimpa pemotong buah. Sabit Kelapa Sawit sangat 'signifikan' didalam industri tanaman kelapa sawit.


Sabit juga digunakan didalam aktiviti memetik buah-buahan tempatan dan juga buah kelapa (terutamanya kelapa muda). Buah seperti rambutan, jering, petai, pulasan, mempelam, pulasan dan sebagainya kadang-kadang di petik menggunakan sabit. Ada alat pemotong buah yang selalu digunakan untuk memetik buah rambutan iaitu gunting pemangkas yang bergalah panjang. Penggunaan sabit di Malaysia memang masih perlu dalam bidang pertanian. Sabit dibuat oleh tukang-tukang besi tempatan yang kebanyakannya untuk pasaran tempatan sahaja. Harga sebilah sabit bergantung kepada saiz, jenis dan kesukaran membuatnya. Besi dari rantai mesin gergaji atau 'Spring Lori' merupakan jenis besi yang paling baik untuk dibuat sabit kerana ketahanannya, ketajamannya dan kelenturannya. Semuga artikel ini memberikan sedikit ilmu kepada pembaca.


NAMANYA SABIT...JENIS ALATAN LAMA...
INDUSTRI SAWIT...MEMANG BERGUNA...
BUATAN TEMPATAN...BUATAN CHINA...
HARGANYA MURAH...PAKAINYA LAMA...


By,
M Anem
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(26 Muharam 1433H)
    







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...