TANAH BERMASAALAH di negara kita merupakan salah satu isu dalam pembangunan pertanian yang perlukan perhatian khusus. Kawasan ini tidak seperti tanah mineral biasa yang mudah dibangunkan menggunakan amalan teknologi dan pengurusan pertanian baik sandard yang mudah. Terdapat lebih dari 2.5 juta hektar kawasan tanah bermasaalah di Malaysia. Tanah bermasaalah terdiri dari 5 jenis iaitu TANAH ASID SULFAT, TANAGH GAMBUT, TANAH BEKAS LOMBONG, TANAH BRIS dan TANAH MASIN. Kebanyakan tanah bermasaalah ini memerlukan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk dibangunkan dan hanya beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang sesuai dikawasan tanah bermasaalah ini. Subuh ini saya menulis mengenai tanah bermasaalah untuk bacaan anda berdasarkan daripada pengalaman penulis dan maklumat dari beberapa sumber teknikal dari Jabatan Pertanian.
1) TANAH ASID SULFAT
Tanah Asid Sulfat merupakan jenis tanah yang sangat masam atau tanah berasid dengan pH kurang dari 3.5 dan mengandungi nutrien yang rendah. Tanah ini kebanyakannya terdapat dipersisir pantai di negara kita dan memerlukan penelitian khas. Tanah jenis ini mempunyai kadar kelarutan bahan Aluminium dan Feram yang tinggi. Selalunya tanah jenis ini mempunyai kadar paras air yang tinggi dan keadaan ini menghalang sistem pertumbuhan akar pokok. Kedudukannya yang sering dijumpai dipesisir pantai banyak dipengaruhi oleh fenomena air masin atau air payau yang pasang surut mengikut waktu. Kawasan tanah ini sering ditenggelami air dan apabila dibuat parit atau sistem saliran maka tanah akan terdedah dimana berlaku proses pengoksidanan dan Hidrolisis menyebabkan tanah akan menjadi masam.
Sebagai contoh tanah Sisi Sedu yang mempunyai kemasaman pH kurang dari 3.5 lazimnya mempunyai struktur tanah berwarna kekuningan (Kod Warna : 2.5Y 8/3 dibahagian atas dan dibahagian lapisan bawahnya adalah dari tekstur lempong laut yang berwarna kelabu atau dipanggil sebagai Horizon C. Dalam pengurusan tanah asid sulfat paling penting adalah pengurusan paras air dalam tanah. Parit ladang yang dibina perlu mempunyai sistem kawalam paras air seperti kedalaman dan pintu air bagi mengurangkan kadar pengoksidan (oxidation process) dalam tanah. Kaedah memberikan Kapor juga berkesan untuk meningkatkan keasidan tanah. Jenis tanaman beraksr cetek sahaja yang sesuai diusahakan diatas tanah ini seperti sayur-sayuran, nenas, tembakau, tanaman kotan seperti jagung dan sebagainya. Pembinaan Batas Tanaman membantu penggunaan tanah jenis ini. Ban juga sesuai dibina. Pilih tanaman yang toleran kepada tanah jenis ini untuk dimajukan.
2) TANAH GAMBUT
Tanah Gambut adalah sejenis tanah mengandungi bahan organik tinggi dan lazimnya adalah pada kedudukan tanah yang sangat rendah. Tanah gambut selalunya mempunyai sistem saliran yang sangat buruk dengan keasidan tanah sekitar pH 4.5 sahaja. Tanah gambut sentiasa menyusut dengan berlakunya proses pereputan terutama pada jenis gambut yang belum matang. Tanah gambut adalah lembut dan mempunyai tahap pemegangan akar pokok yang sangat lemah. Kesuburan tanah gambut adalah rendah kerana kandungan nutrien mikro yang sedikit. Jika kawasan tanah gambut ini disalirkan atau dikeringkan menyebabkan massalah 'irreversible drying'. Masaalah paling kritikal mengenai tanah gambut adalah kerana ianya mudah terbakar di musim panas dan amat sukar untuk dipadamkan kerana sifat 'api dalam tanah' yang dalam. Hanya menaikan paras air tanah yang paling berkesan untuk memadamkan kebakaran di tanah gambut.
Terdapat 3 jenis bahan organik pada tanah gambut iaitu FIBRIK, HEMIK dan SAPRIK. Bahan organik Fibrik dimana sebahagian besar atau 2/3 bahan atau fiber dalam tanah gambut masih belum reput. Tanah Gambut Hemik dimana 1/3 hingga 2/3 bahan fiber masih belum reput sementara tanah gambut Saprik pula dimana hanya 1/3 sahaja bahan fiber yang belum reput. Bagi kawasan tanah gambut yang telah dibangunkan biasanya lapisan-lapisan profilenya (pedon) adalah atas dari jenis Saprik, bahagian tengan jenis hemik dan bahagian bawah jenis gambut Fibrik.
Pengurusan tanah gambut paling utama adalah penggunaan Kapor untu mengurangkan kemasaman tanah. Kapor yang digunakan perlu dari jenis kapor yang mudah terurai. Pembinaan sistem saliran atau parit ladang dikawasan tanah gambut agak unik. Ini kerana parit ladang mudah tertimbus kembali akibat tanah gambut yang mudah peroi dan pembinaan parit perlu dibuat bertingkat (bertangga - lebar dibahagian tas). Ketika membuat aktiviti menanam perlu ditanam agak dalam atau konsep menanam lubang dalam lubang kerana paras tanah gambut menurusn setiap tahun. Jika menanam sama paras dengan tanah menyebabkan akar pokok akan tergantung diatas tanah. Kaedah memampatkan atau padatkan tanah gambut boleh dijalankan dengan jentera berantai iaitu satu kaedah fizikal walau pun petani biasa jarang jalankan. Tanaman yang sesuai untuk tanah gambut dari jenis berakar cetek, cepat dituai dan tahan dari keasidan dan kekurangan air dimusim panas.
3) TANAH BEKAS LOMBONG
Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah jenis mengandungi komponen pasir yang sangat tinggi iaitu melebihi 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah sangat tinggi. Tanah jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini.
Pengurusan tanah ini dilakukan dengan kaedah pembajaan dan penggunaan Baja Organik yang banyak. Baja organik mampu meningkatkan kelembapan tanah dan membekalkan unsur makanan kepada tanaman. Kawasan tanah jenis ini perlukan bekalan air yang konsisten dengan pemasangan sistem pengairan yang sempurna melalui sistem pengairan renjis, sistem pengairan titis, mist dan sebagainya. Pastikan sistem saliran tanah jenis ini juga sempurna. Cara memberi baja kepada pokok disesuaaikan agar lebih kerap dilakukan kerana masaalah kadar larut resap yang tinggi. Penggunaan sistem sungkupan diatas tanah sesuai digunakan seperti penggunaan plastik silvershine, rumpai kering, jerami padi, lalang dan sebagainya. Penambahan tanah atas adalah disyorkan dilaksanakan. Pemilihan jenis tanaman sesuai untuk tanah jenis ini penting seperti tanaman jangkapendek, sayur-sayuran, mangga, nenas dan sebagainya termasuk tembikai.
4) TANAH BRIS
Maklumat sama seperti tanah Bekas Lombong.
5) TANAH MASIN
Maklumat sama sepert tanah asid sulfat.
TANAH BERMASAALAH...PERLU DIUSAHAKAN...
PERLU ADA MODAL...TANAMAN DISESUAIKAN...
KAEDAH PENGURUSAN...MEMANG MERUMITKAN....
KALAU DIUSAHAKAN...MAKANAN DIHASILKAN...
By,
M Anem
Taman Herba, Gopeng,
Perak, Malaysia.
(6 Safar 1433)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.