KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012!
Sempena tahun 2012 ini saya menucapkan selamat menyambut Tahun 2012 dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan kepada semua pembaca blog ini. Tahun 2011 saya telah menulis sebanyak 348 artikel yang berkaitan dengan teknologi pertanian merupakan tahun yang sangat aktif. Walau pun sasaran penulisan blog untuk tahun 2011 dirancang sebanyak 365 artikel tetapi dek kerana kekangan masa bagaimanapun telah capai 95.3% . Alhamdulillah...


Semenjak menulis artikel berkaitan teknologi pertanian mulai Mei 2009, sebanyak 685 artikel telah ditulis iaitu sebanyak 61 artikekl (2009), 276 artikel (2010) dan 348 artikel (2011). Sehingga malam tadi 31 Dec 2011 jam 12.00 tengahmalam seramai 382,269 orang telah klik atau pun mengujungi blog animhosnan.blogspot.com dengan trend peningkatan yang ketara semanjak tahun 2009 (Lihat geraf diatas). Seramai 323,860 pengunjung adalah dari Malaysia (84.5%) diikuti dengan Indonesia (19,569) dan USA (7,406 orang). Ini diikuti dengan pengunjung dari Singapura, Brunei, India, Jerman, Filipina, Argentina dan yang  ke 10 dari Russia.  Artikel terpopular adalah mengenai 'Racun rumpai' mendapat kunjungan tertinggi (2,421 orang) diikuti dengan tajuk 'Benih Kelapa MATAG' sebanyak 2,169 orang dan 'Tanaman Keladi' sebanyak 1,696 orang. Artikel lain diminati seperti 'Popular fruit clones in Malaysia' dan 'Struktur tumbuhan'


Seramai 268 followers telah mengikuti blog ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa, usahawan, pengajar, penysarah, pegawai kerajaan, aktivis pertanian dan individu yang berminat. Blog ini menerima kunjungan sebanyak purata seramai 850 orang sehari dengan paling ramai 1,346 sehari dan paling sedikit sebanyak 402 pengunjung sehari. Pada tahun 2012 saya berazam dan berdoa untuk sentiasa mempertingkatkan isi kandungan setiap artikel dengan data dan maklumat baru pada tajuk-tajuk sedia ada. Maknanya isi kandungan tersebut akan ditukar dengan info terkini terutama data keluasan tanaman dan teknologi berkaitan. Saya berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan, idea, kelapangan masa, minat dan kesungguhan untuk meneruskan penulisan mengenai blog berkaitan teknologi pertanian pada tahun 2012!...InsyaAllah!


TAHUN BARU 2012...KINI DAH TIBA...
AZAM DIRANCANG...TERUS BERUSAHA...
SEMUGA SIHAT...AMAN SEJAHTERA...
MEMBERIKAN ILMU...KEPADA SEMUA...


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(7 Safar 1433H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...