Support My Blog

Monday, January 23, 2012

INDEK KEMATANGAN BELIMBING

BELIMBING (Averrhoa carambola) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Oxalidaceae yang ditanam di negara kita untuk pasaran domestik dan pasaran ekspot. Keluasan tanaman belimbing di Malaysia meningkat dari 760 hektar pada tahun 2000 kepada 1,356 hektar pada tahun 2011 dengan penghasilan sebanyak 14,570 metrik tan. Kawasan utama pengeluaran Belimbing adalah Negeri Selangor, Perak dan Johor. Terdapat 3 varieti belimbing yang popular ditanam di negara kita iaitu Varieti B2, Varieti B10 dan Varieti B17. Kawasan di Gombak , Selangor dan Mantin serta Balakong dahulu merupakan kawasan utama pengeluaran belimbing. Penanaman belimbing di jalankan secara monokrop dan komersil oleh syarikat swasta dan juga pekebun kecil melibatkan kos tenaga yang banyak untuk kerja membungkus buah. Artikel lepas waktu maghrib ini saya sempat menulis dalam 'Anim Agro technology' mengenai bagaimana untuk mengetahui indeks kematangan buah belimbing untuk dijadikan panduan semua.


Indeks kematangan Buah Belimbing penting untuk petani, peraih dan pemborong serta peruncit memahaminya dari peringkat awal. Kualiti buah belimbing selepas aktiviti menuai banyak menentukan harga dan kadar kerosakan semasa pengendalian lepas tuai. Pengalaman saya dalam sektor pertanian dengan menjalankan projek tanaman belimbing di Projek-projek TKPM membantu saya memahami indeks kematangan belimbing di ladang. Terdapat 7 skala yang digunakan untuk menentukan INDEKS KEMATANGAN BUAH BELIMBING iaitu dari Skala Indeks 1 hingga Skala Indeks 7.  Program membalut putik buah belimbing perlu ditandakan mengikut kod tertentu supaya ketika memetik buah hanya buah yang dikehendakki mengikut indeks sahaja.


Berikut ada 7 Indeks kematangan buah belimbing untuk pengetahuan pembaca semua :-


a. Indeks Kematangan 1 : Buah Sangat Muda 


b. Indeks Kematangan 2 : Buah Muda




b. Indeks Kematangan 3 : Masak Muda


b. Indeks Kematangan 4 : Sederhana Masak


b. Indeks Kematangan 5 : Masak
b. Indeks Kematangan 6 : Masak Ranum




b. Indeks Kematangan 7 : Terlalu masak






Pasaran untuk domestik dan untuk ekspot adalah berbeza indeks kematangan untuk dituai. Sila rujuk kepada Jabatan Pertanian dan FAMA untuk mendapatkan risalah mengenai indeks kematangan buah belimbing dengan lebih jelas lagi.


BUAH BELIMBING...5-SEGI BENTUKNYA...
INDEKS MATANG...ADA 7 SEMUANYA...
PETIK YANG MUDA...EKSPOT GUNANYA...
PETIK INDEK 5-6...DOMESTIK PASARANNYA..


By,
M Anem
Sri Kembangan dan Balakong,
Selangor, 
Malaysia.
(29 Safar 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...