Support My Blog

Tuesday, January 31, 2012

Marfologi PADI

PADI (Oryza sativa Linn) merupakan sejenis tumbuhan yang penting di banyak negara didunia sebagai tanaman birijin utama.  Tanaman ini dinamakan sebagai 'PADDY' dalam bahasa Inggeris yang berasal dari perkataan bahasa Melayu semenjak dulu kala. Negara China merupakan negara yang paling luas menanam padi dan menghasilkan beras iaitu merupakan 25% daripada kawasan sesuai dengan pertanian. malaysia mempunyai sawah padi yang ditaman dengan padi seluas 673.745 hektar yang melibatkan seramai 173,000 pesawah padi. Negara kita mempunyai tahap kecukupan beras (SSL) sebanyak 65 - 70% dan bakinya diimpot dari negara jiran. Ramai rakyat Malaysia generasi lama yang kenal dengan tanaman padi tetapi mungkin juga generasi sekarang tidak kenal akan marfologi tumbuhan padi ini. artikel malam ini saya menulis mengenai marfologi biji padi untuk pengetahuan pembaca.


Biji Padi atau Buah Padi adalah bijirin kecil yang dihasilkan oleh pokok padi yang mempunyai kulit berwarna coklat cerah (Lihat foto) apabila matang dan mengandungi isi yang akan menjadi BERAS apabila dibuang kulitnya dan menjadi NASI apabila di masak.  Marfologi biji padi berbeza-beza mengikut varieti padi sama ada padi panjang, sederhana, pendek atau sifat kualiti nasi sama ada melekit atau tidak.  Nasi mengandungi banyak tenaga, garam galian serta vitamin yang dijadikan makanan asasi kebanyakan penduduk Asia Pasifik. Berdasarkan kepada sebaran geografi dan marfologi jenis Oryza spp boleh dibahagikan kepada O. Japonica, O. javanica dan O. Indica. Sila rujuk Jadual 3 dibawah uuntuk mengatahui perbezaan ketiga-tiga jenis padi tersebut.




Anakbenih Padi adalah asas untuk menanam padi semenjak dulu kala. Komponen utama anak benih adalah RADIKEL dan KOLOEOPTIL (Rujuk rajah sebelah). Lazimnya anakbenih padi akan menghasilkan radikel yang keluar apabila biji padi bercambah. Radikel ini hidup tidak lama berasaskan simpanan makanan dalam biji padi dan akan digantikan dengan akar adventitius yang lebih banyak cabang. Banyak akan keluar akar-akar lain dalam tanah semasa anakbenih padi membesar. Akar Padi akan menyerap bahan nutrien dalam tanah semasa proses pembesaran pokok.  anakbenih ini akan membentuk bahagian akar, batang dan bahagian daun. Akar padi mulanya berwarna putih tetapi oleh kerana terdapat banyak zat besi dalam tanah maka akhirnya akar akan bertukar warna menjadi kuning kemerahan  atau perang menunjukkan bahawa akar tersebut adalah akar yang sihat. Peranan akar berbeza bagi setiap varieti dari segi jumlah, kedalaman dan ketahannya terhadap persekitaran seperti kemarau atau faktur lain.


Batang Padi terdiri daripada bahagian buku dan ruas dimana dibahagian buku terdapat lai, ligul , upeh, daun , aurikel dan bulir. Pemerhatian saya mendapati pemanjangan ruas berlaku semasa proses pembesaran. Dalam keadaan dimana air dalam kadang-kadang berlaku akar akan keluar dari bukuruas yang dipanggil sebagai Akar Bukuruas (nodal root). Ciri marfologi inii terdapat pada padi jenis terapong yang mampu menyerap zat makanan daripada air. Padi jenis ini banyak ditanam di Bangladesh, Myanmar dan juga sebahagian lagi di India. Saya sempat melawat padi jenis terapong ini ketika melawat Myanmar pada tahun 2009 dimana kedalaman paras air lebih dari 8 kaki dan aktiviti menuai menggunakan sampan. Bagi jenis padi huma lazimnya batang pokok hidup lama sehingga setengah tahun berbanding dengan padi sawah moden yang mempunyai jangkahayat  sekitar 110 - 125 hari sahaja. 


Bahagian Daun Padi mempunyai 2 komponen iaitu LAI DAUN dan UPIH DAUN. Upih daun terdiri daripada ligul dan aurikel sementara lai daun bahagian permukaan berwarna hijau dimana kedua-duanya menjalankan proses fotosintesis. Lai daun mempunyai urat daun dibahagian tengah yang selari sepanjang daun. Jumlah daun dalam perdu merangkumi daun yang terdapat pada batang utama dan anak padi. Kajian menunjukkan jumlah daun paling banyak adalah pada peringkat beranak maksimuk (maximum tillering stage) dan akan berkurang selepas peringkat tersebut.  Jumlah hasil padi banyak ditentukan oleh kesuburan pokok iaitu jumlah anak padi dan bilangangan daun padi yang ujud.  Amalan agronomi penanaman padi perlu dijalankan untuk mendapatkan hasil padi optima melalui program 'Rice Check'.  Semuga artikel ini membantu pembaca mengenali mengenai marfologi tumbuhann yang namanya PADI.


SAWAH PADI...ADA TUMBUHAN PADI....
KELUARGA GRAMINAE....TIDAK TINGGI....
PADI BUANG KULIT...BERASLAH JADI....
BERAS DI TANAK..TENTU JADI NASI....


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH
(6 RabiulAwal 1433H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...