Support My Blog

Friday, January 27, 2012

PASCATUAI MANGGA

MANGGA (Mangifera indica Linn) adalah sejenis buah tropika yang popular di dunia dimana buah mangga menyumbangkan sebanyak 40% dari kategori buah-buahan tropika. Kebanyakkan buah mangga di hasilkan bagi tujuan pasaran segar atau untuk diproses. Seluas 9,540 hektar tanaman jenis mangga ditanam di Malaysia pada tahun 2011 dengan pengeluaran hasil sekitar 25,400 metrik tan. Aktiviti Amalan Pertanian Baik (APB) diperingkat ladang perlu dilaksanakan dengan baik sebelum peringkat menuai hasil. Program pembajaan, kawalan serangga perosak dan penyakit, kawalan rumpai , cantasan pokok dan sistem pengairan diperlukan bagi memberikan pertumbuhan pokok yang sempurna. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses untuk pengendalian lepastuai buah mangga sebagai satu rujukan dan pengetahuan pembaca semua.


Buah mangga yang dipetik mengikut indeks kematangan buah yang disyorkan mengikut varoeti atau klon yang lazimnya berbeza-beza. Penuaian dijalankan dengan memungut buah mangga yang cukup matang bersama pembalut yang telah ditanda. Pastikan potong tangkai buah dengan gunting atau galah yang mempunyai karung untuk mengelakan buah mangga jatuh kebawah. Buah yang jatuh dari pokok akan menjadi rosak dan kualiti mangga terjejas. Kumpulkan buah mangga kedalam bakul yang masih mempunyai kertas pembalut.Susun dengan lapisan yang tidak terlalu banyak bersama pembalut untuk elakkan kesan pertindihan yang menjejaskan buah. Bakul yang telah penuh dibawa kepusat pengumpulan hasil untuk dibasuh atau dilap agar bersih. 


Buangkan kertas pembalut buah sebelum proses mencuci buah. Buah mangga perlu bebas dari lelehan getah mangga, kulat atau lain-lain kekotoran dibasuh dalam tangki yang mengandungi air bersih suam antara 50 - 52 darjah selsius selama 5 minit. Buah yang belum cukup matamg lazimnya akan timbul apabila dimasukkan dalam tangki dan buah yang matang akan tenggelam. Gunakan kain atau span untuk membersihkan kulit buah agar tidak cedera. Buah yang telah bersih perlu dikeringkan menggunakan kaedah biasa atau angin atau lap dengan kain berih yang kering. Seterusnya mangga perlu digredkan mengikut gred yang disyorkan. Bagi mangga chok anan Gred A adalah buah beratnya lebih 250 gram/biji, Gred B (200 - 250 gram/biji) dan Gred C (Kurang dari 200 gram sebiji). Buah yang terlalu besar tau terlalu kecil dikumpulkan dalam bekas lain untuk pasaran khusus.


Mangga jenis chok anan perlu diperam untuk mangga yang dipetik pada indeks 2 dan indeks 3. Buah yang masak pada indeks 4 atau 5 tidak perlu menjalani proses pemeraman kerana boleh terus dipasarkan atau di makan. Pemeraman dibuat dengan menggunakan bakul plastik yang dilapik dengan susunan kertas suratkhabar dikeliling bakul atas, bawah dan tepi sehingga rapat. Masukan buah dan kalsium karbid (dibalut dalam kertas suratkhabar) dibawah dan bahagian tengah bakul. Susunan buah pula tudak perlu terlalu penoh atau terlalu padat dan simpan selama 70 jam. Selepas 70 jam buka penutup kertas bahagian atas bakul dan dedahkan buah tersebut. Buah yang telah didedahkan dikeringkan dan disusun selapis dalam bakul plastik diletakkan dalam setor penyimpanan pada suhu 20 - 22 darjah celsius secara bertingkat-tingkat.   Buah akan masak dalam masa 4-5 hari dimana buah akan menjadi kuning cantik untuk dipasarkan dengan warna yang cantik dan seragam. Harga jualan mangga chok anan sekitar RM 3.00 - RM 5.00 sekilogram bergantung kepada kualiti, musim, jenis premis jualan (Tepi jalan, Pasaraya, Hypermarket) dan faktur lain berkaitan.


BUAH MANGGA...PEMERAMAN DILAKUKAN.....
GUNAKAN KARBID....KELILING TUTUPKAN....
DISUSUN IKUT SAIZ....BUAH DIGREDKAN....
WARNA KUNING EMAS...DAYA TARIKAN....


By,
M Anem
Room 116, Seri Malaysia Hotel ,
Kangar, 
Perlis, 
Malaysia.
(3 Rabiulawal 1433H)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...