PENYAKIT LAYU BAKTERIA TANAMAN PISANG (Musa spp) atau lebih di kenali dengan Penyakit Moko merupakan sejenis penyakit yang telah menyebabkan kerugian besar oleh petani di Malaysia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali dengan nama Ralstonia solanacerum yang terdapat pada tanah dan perumah selama 2-3 tahun. Saya mula mendengar panyakit moko pada tahun 2006 selepas berlakunya banjir besar di Johor dan selepas itu banyak siri ceramah mengenai penyakit ini yang di berikan oleh pakar dari Jabatan Pertanian. Penyakit ini juga dipanggil dengan 'blood disease' di Indonesia yang telah musnahkan industri tanaman pisang dengan teruk di negara tersebut. Artikel subuh ini saya hendak 'refresh' tentang penyakit moko pisang dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan ceramah teknikal dan pengalaman sendiri serta rujukkan pada beberapa artikel lain.
Pokok pisang merupakan satu jenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia semenjak dulu kala untuk pasaran domestik dan ekspot dari pelbagai varieti popular seperti Pisang Embun, Pisang Mas, Pisang Rastali, Pisang Nipah, Pisang Tanduk, Pisang Berangan dan banyak lagi. Seluas lebih 24,400 hektar ditanam di Malaysia setiap tahun tetapi keluasan ini telah menurun pada masa kini kerana berlakunya serangan penyakit Layu Bakteria atau Penyakit Moko Pisang. Serangan serius bermula pada hujung 2006 selepas bencana banjir besar di Johor. Kini kawalan penyekit tersebut masih ditahap 'terkawal' walau pun masih banyak tanaman pisang yang masih diserang.
Bakteria Ralstonia solanacerum merupakan sejenis bakteria yang banyak mempunyai 'tanaman perumah'. Tanaman dari keluarga Solanaceae merupakan perumah utama seperti pokok Tomato, Terung, Kentang, tenbakau dan semestinya pokok pisang. Perumah lain terdiri dari tumbuhan dari keluarha Heliconaceae dan Musaceae (termasukan jenis pisang hiasan dan pisang yang boleh dimakan). Bakteria ini tahan dalah keadaan suhu tinggi diantara 35 - 37 darjah selsius. Bakteria ini juga mampu bertahan berada dalam tanah selama 2-3 tahun dalam keadaan dormant. Kaedah menebang pokok pisang yang terkena serangan penyakit moko dan menanamnya didalam tanah sebenarnya kurang berkesan kerana bakteria akan lebih cepat membiak.
Simptom atau tanda serangan penyakit Layu Bakteria Pisang atau Penyakit Moko ini berbeza antara pokok muda dengan pokok tua. Bagi pokok muda atau pokok yang sedang membesar akan kelihatan daun paling muda akan jadi hijau pucat, kekuningan dan macam 'collapse'. Dalam masa seminggu maka seluruh daun akan 'collapse'. Bagi anak pokok atau sulur akan menjadi hitam, terbantut dan berpintal (twisted). Batang pisang didapati tisu vaskular akan menjadi hitam. Jika jangkiatan dibahagian akar pula daun akan jadi nekrotik, layu dan menjadi kekuningan.
Pokok pisang dewasa yang diserang bahagian 'inner leaf' menjadi kekuningan diikuti dengan pelepah yang patah, layu kemudian mati. Akhirnya semua daun akan layu dan mati. Buah pisang yang diserang pada peringkat awal terencat pertumbuhanannya, masak awal dan reput. Walau pun buah pisang masih mempunyai kulit warna hijau dibahagian luar cantik tetapi apabila buah di potong akan kelihatan menjadi lembik, 'discoloured' dan kehitaman dan reput. Lazimnya akan kelihatan buah pisang masak awal tetapi ianya kemudian didapati telah reput (Lihat foto diatas). Buah pisang yang diserang tidak boleh dimakan atau pun dijual.
Kawalan penyakit moko adalah amat sukar kerana bakteria dapat bertahan dalam banyak perumah dan mampu hidup lama didalam kawasan sekitar. Kaedah terbaik adalah dengan melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB) seperti menggunakan anak benih yang tahan dan bebas penyakit. Sentiasa membuat pengawasan dan pengesanan awal dikebun dan segera musnahkan pokok yang dijangkiti dengan sistematik. Amalkan kuarantin dikawasan kebun dengan mengelakan melawat kawasan kebun opisang yang telah dijangkiti dan laksanakan amalan tanaman giliran dengan tanaman lain setiap 2 tahun.
Kaedah lain kawalan ialah dengan sentiasa membuat kawalan rumpai dikebun dan juga kawalan cacing nematod. Kajian juga mendapati dengan tidak menggunakan 'surfece irrigation' mengurangkan kemungkinan serangan penyakit moko. Bakteria mudah membiak dalam keadaan tanah lebab dan terendam oleh itu perlu disediakan sistem saliran ladang yang sempurna di kebun pisang. Kaedah pembasmian peralatan ladang yang selalu digunakan dengan laruten Formaldehyde selama 10 minit seperti parang, cangkul, kereta sorong, alatan lain untuk membunuh bakteria. Pokok dan batang pisang yang diserang perlu dicincang dan kemudian dibakar sehingga habis. Semburan racun rumpai dikawasan kebun sehingga bersih.
Penyakit moko merupakan ancaman paling serius dalam industri penanaman pisang di Malaysia dan juga diIndonesia. menurut Dr. Heryanto ketua Badan Penyelidik Buah-buahan Indonesia, serangan penyakit ini kini menyerang seluruh kawasan Asia Tenggara dengan begitu cepat dan perlu dibendung segera. Pisang Nipah atau Pisang Kapok merupakan varieti yang paling mudah diserang kerana mempunyai jantung pisang yang menghasilkan nektar paling manis dan banyak. Serangga yang menghampiri jantung pisang merupakan satu vektor penyebaran bakteria Ralstonia solanacerum kepokok lain dengan cepat. Penyakit Moko perlu dikawal dengan segera agar industri pisang negara akan terus kukuh pada masa akan datang.
PENYAKIT MOKO....POKOK AKAN MATI....
AGEN BAKTERIA...MENYERANG TAK HENTI...
AMALAN APB...MUNGKIN PERLU DIKAJI...
INSDUSTRI PISANG...MASIHKAH BERPOTENSI?...
Related Articles:
1. Daun Pisang (Klik disini)
2. Balut Tandan Pisang (Klik disini)
3. Pisang Tanduk (Klik disini)
4. Banana (Click here)
5. Banana in Malaysia (Click here)
By,
M Anem
New Pacific Hotel,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia
(23 Muharam 1433)
Pokok pisang merupakan satu jenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia semenjak dulu kala untuk pasaran domestik dan ekspot dari pelbagai varieti popular seperti Pisang Embun, Pisang Mas, Pisang Rastali, Pisang Nipah, Pisang Tanduk, Pisang Berangan dan banyak lagi. Seluas lebih 24,400 hektar ditanam di Malaysia setiap tahun tetapi keluasan ini telah menurun pada masa kini kerana berlakunya serangan penyakit Layu Bakteria atau Penyakit Moko Pisang. Serangan serius bermula pada hujung 2006 selepas bencana banjir besar di Johor. Kini kawalan penyekit tersebut masih ditahap 'terkawal' walau pun masih banyak tanaman pisang yang masih diserang.
Simptom atau tanda serangan penyakit Layu Bakteria Pisang atau Penyakit Moko ini berbeza antara pokok muda dengan pokok tua. Bagi pokok muda atau pokok yang sedang membesar akan kelihatan daun paling muda akan jadi hijau pucat, kekuningan dan macam 'collapse'. Dalam masa seminggu maka seluruh daun akan 'collapse'. Bagi anak pokok atau sulur akan menjadi hitam, terbantut dan berpintal (twisted). Batang pisang didapati tisu vaskular akan menjadi hitam. Jika jangkiatan dibahagian akar pula daun akan jadi nekrotik, layu dan menjadi kekuningan.
Pokok pisang dewasa yang diserang bahagian 'inner leaf' menjadi kekuningan diikuti dengan pelepah yang patah, layu kemudian mati. Akhirnya semua daun akan layu dan mati. Buah pisang yang diserang pada peringkat awal terencat pertumbuhanannya, masak awal dan reput. Walau pun buah pisang masih mempunyai kulit warna hijau dibahagian luar cantik tetapi apabila buah di potong akan kelihatan menjadi lembik, 'discoloured' dan kehitaman dan reput. Lazimnya akan kelihatan buah pisang masak awal tetapi ianya kemudian didapati telah reput (Lihat foto diatas). Buah pisang yang diserang tidak boleh dimakan atau pun dijual.
Kawalan penyakit moko adalah amat sukar kerana bakteria dapat bertahan dalam banyak perumah dan mampu hidup lama didalam kawasan sekitar. Kaedah terbaik adalah dengan melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB) seperti menggunakan anak benih yang tahan dan bebas penyakit. Sentiasa membuat pengawasan dan pengesanan awal dikebun dan segera musnahkan pokok yang dijangkiti dengan sistematik. Amalkan kuarantin dikawasan kebun dengan mengelakan melawat kawasan kebun opisang yang telah dijangkiti dan laksanakan amalan tanaman giliran dengan tanaman lain setiap 2 tahun.
Kaedah lain kawalan ialah dengan sentiasa membuat kawalan rumpai dikebun dan juga kawalan cacing nematod. Kajian juga mendapati dengan tidak menggunakan 'surfece irrigation' mengurangkan kemungkinan serangan penyakit moko. Bakteria mudah membiak dalam keadaan tanah lebab dan terendam oleh itu perlu disediakan sistem saliran ladang yang sempurna di kebun pisang. Kaedah pembasmian peralatan ladang yang selalu digunakan dengan laruten Formaldehyde selama 10 minit seperti parang, cangkul, kereta sorong, alatan lain untuk membunuh bakteria. Pokok dan batang pisang yang diserang perlu dicincang dan kemudian dibakar sehingga habis. Semburan racun rumpai dikawasan kebun sehingga bersih.
Penyakit moko merupakan ancaman paling serius dalam industri penanaman pisang di Malaysia dan juga diIndonesia. menurut Dr. Heryanto ketua Badan Penyelidik Buah-buahan Indonesia, serangan penyakit ini kini menyerang seluruh kawasan Asia Tenggara dengan begitu cepat dan perlu dibendung segera. Pisang Nipah atau Pisang Kapok merupakan varieti yang paling mudah diserang kerana mempunyai jantung pisang yang menghasilkan nektar paling manis dan banyak. Serangga yang menghampiri jantung pisang merupakan satu vektor penyebaran bakteria Ralstonia solanacerum kepokok lain dengan cepat. Penyakit Moko perlu dikawal dengan segera agar industri pisang negara akan terus kukuh pada masa akan datang.
PENYAKIT MOKO....POKOK AKAN MATI....
AGEN BAKTERIA...MENYERANG TAK HENTI...
AMALAN APB...MUNGKIN PERLU DIKAJI...
INSDUSTRI PISANG...MASIHKAH BERPOTENSI?...
Related Articles:
1. Daun Pisang (Klik disini)
2. Balut Tandan Pisang (Klik disini)
3. Pisang Tanduk (Klik disini)
4. Banana (Click here)
5. Banana in Malaysia (Click here)
By,
M Anem
New Pacific Hotel,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia
(23 Muharam 1433)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.