Support My Blog

Wednesday, December 14, 2011

HAKISAN TANAH


Hakisan Tanah merupakan satu proses pemechan ketulan-ketulan tanah dipermukaan atas tanah atau bumi dan dipindahkan ke tempat lain oleh beberapa agen hakisan seperti air atau angin yang bergerak dan lain-lain penyebab. Proses hakisan tanah perlu dikawal agar kadar kehilangan lapisan tanah atas yang subur dapat bertahan lama untuk kehidupan akar tumbuhan. Semasa belajar di universiti dahulu telah di beritahu Lecturer bahawa sebenarnya 'Air' merupakan agen paling signifikan dan utama dalam proses hakisan tanah di Malaysia dan dikategorikan  sangat berbahaya jika tidak dikawal berbanding angin. Air bukan sahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan akan juga menghanyutkan butiran tanah terutamanya tanah atas yang subur meninggalkan tanah bawah dan batuan. Kehilangan lapisan atas permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai hakisan tanah untuk pengetahuan umum dan bacaan teknikal.

Di Malaysia pernah di laporkan mengenai runtuhnya kondominium 'Highland Tower' di Kuala Lumpur dahulu yang mengegarkan negara. Sebenarnya hakisan tanah juga merupakan salah satu tragedi alam yang berkaitan dengan kegelongsoran atau keruntuhan tanah dan boleh menyebabkan kematian seperti kes diatas. Hakisan tanah merupakan kejadian alam termasuk sebahagian besar pergerakan tanah seperti batu jatuh, kegagalan tebing dalam cerun dan aliran sungai menjadi cetek dan kotor serta kemusnahan harta benda. Hakisan tanah yang berlaku di Malaysia mungkin akibat kurangnya kawalan dan pematuhan dalam membuka kawasan-kawasan baru untuk tujuan pertanian, perumahan dan juga infrastruktur seperti Jalanraya, Lebuhraya, Railway dan sebagainya. Hakisan Tanah di tebing sungai dan pantai ditepi laut juga merupakan satu kesan jangkapanjang yang perlu dikawal dengan sempurna.

Di beberapa negara lain didunia terdapat berbagai faktur yang menyebabkan kejadian hakisan. Dikawasan gurun yang kurang air seperti di Sahara, Asia Barat dan Australia lazimnya tiupan angin kencang mampu menghakis tanah. Pernah kita lihat di TV bagaimana berlaku 'ribut pasir' dikawasan tersebut yang juga merupakan satu proses hakisan tanah. Dikawasan curam dan gunong pula sering kita diberitahu yang tarikan graviti bertindak pada cerun curam juga merupakan punca utama tanah runtuh. Faktur lain yang membantu proses hakisan tanah seperti Kesan Hakisan Aliran Air Sungai, Glasier atau Ombak Laut yang menghasilkan kerosakan. Di negara sejuk cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat menjadi masaalah dalam pengurusan hakisan. Tragedi gempa bumi juga menghasilkan gegaran dan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh terutama di kawasan pergunungan. Laporan juga menunjukkan letusan gunong berapi seperti di Indonesia dan Filipina menghasilkan mendakan abu, hujan lebat dan aliran sampah yang juga hakisan. Saya pernah melihat di Filipina ketika letupan gunung berapi Pinatubo pada awal 1990'an melihat sendiri sungai yang dipenohi dengan mendakan lumpur dan hakisan tebing sungai.

Terdapat dua bentuk hakisan yang lazim dikatakan iaitu Hakisan Geologi dan Hakisan Tercepat. Haksian Geologi terjadi dengan sendiri yang disebabkan oleh keadaan semulajadi yang mana prosesnya adalah perlahan dan kuantiti tanah yang terhakis adalah sedikit.  Hakisan Tercepat berlaku daripada aktiviti pembangunan tanah untuk tujuan pembangunan terutama jika dibuat dikawasan curam. Pembukaan projek pertanian dan perumahan serta pelancongan di kawasan Lojing, Cameroon Highland, Kundasang dan Borneo Highland serta Genting Highland terdedah kepada masaalah hakisan jika tidak dikawal. Walaubagaimana pun pengawalan hakisan adalah sangat perlu.

Jenis Hakisan Tanah    
1. Hakian Serata
2. Hakisan Alur
3. Hakisan Gaung
4. Hakisan Tebing Sungai
5. Tanah Runtuh
 
Antara kawalan mudah untuk hakisan ialah dengan menanam Tanaman Penutup Bumi. Tanah yang ditutupi oleh rumput atau kekacang kurang kurang dilarikan kerana tanah tersebut dicengkam oleh akar rumput. Jenis rumput tutup bumi yang sesuai untuk tanaman ini ialah rumput Brachiaria humidecola iaitu sejenis rumput perennial, agressif serta menjalar dan ianya mudah tumbuh di kebanyakan jenis tanah. Rumput ini juga sesuai dikawasan yang berpaya dan lembab (water logged atau wet area). Jenis rumput ini mudah kita kenali dari bentuk daun yang tajam di bahagian hujung jika dibandingkan dengan daun Rumput  Brachiaria decumbens. Jenis rumput ini mudah ditanam secara keratan dengan jarak antara 1m - 3 m. Penanaman secara biji benih memakan masa yang agak lama untuk bercambah dibandingkan dengan tempoh yang diperlukan oleh jenis rumput yang lain seperti  B. decumbens, Panicum maximum, dan Setaria sphacelata (anceps) cv. kazungula. Tanaman bercampur kekacang adalah sukar oleh kerana stolon rumput yang begitu agressif  didapati menghalang pertumbuhan lain-lain jenis rumput. Ini merupakan suatu kebaikan yang juga digunakan bagi tujuan mengatasi masalah hakisan tanah. 


Tanah di kawasan yang berhutan ternyata masih kekal kesuburannya disebabkan oleh kurangnya kejadian hakisan. Lindungan yang diberikan oleh daun-daun pokok dapat mengelakkan tanah daripada ditimpa terus oleh air hujan. Daun yang gugur atau tumbuhan yang mati dapat menambahkan bahan organik di dalam tanah dan memperbaiki lagi teksturnya. Tanah yang gembur dapat menyerap air dan mengurangkan larian permukaan serta hakisan. Bagaimanapun akibat aktiviti pembalakan yang kurang terkawal dan penebangan hutan akan menyebabkan berlaku larian tanah menyebabkan sungai menjadi berkeladak dan cetek (Lihat foto diatas). Air menjadi tercemar dan hidupan ikan dalam air akan mati menyebabkan masaalah bekalan air minuman kepada penduduk kampong dan sumber air untuk dirawat. Kesedaran orang ramai mengenai hakisan tanah perlu diterapkan sentiasa untuk kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang. Bersambung. . .
HAKISAN TANAH...KESANYA NYATA....
KESAN NEGATIF....KAWALAN BERKALA...
PUNCA HAKISAN...AIR DAN UDARA....
TANAMAN PENUTUP BUMI...BOLEH JUGA...

By,
M Anem
Agriculture Experts,
Room 815, Imperial International Hotel,
Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
(17 Muharam 1433)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...