KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 17, 2011

LEBAH KERAN

LEBAH KERAN (Apis cerana) adalah sejenis lebah tempatan dari keluarga Apidae yang terdapat di kawasan Asia khususnya Asia Tenggara seperti Malaysia. Serangga ini penting dalam sistem ekologi kerana ia membantu proses pendebungaan tumbuh-tumbuhan dengan akviti lebah yang mengunjungi bunga bagi mendapatkan nektar manisan dan memindahkan debunga kepada bunga yang lain. Ramai dikalangan kita tahu yang Lebah Keran terdapat secara semulajadi di negara kita terutama di kawasan kebun kelapa dan dusun buah-buahan. Walau pun lebah keran ini adalah jenis 'Liar' tetapi kini telah ada teknologi untuk menternak lebah ini bagi pengeluaran madu secara komersial. Penternakan lebah keran terdapat di Johor, Melaka, Selangor, Perak, Terengganu dan Pahang melibatkan lingkungan 50 penternak dan menghasilkan sebanyak 1,500 kilogram madu lebah setahun. Artikel kali ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai Lebah Keran untuk bacaan semua berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang penternak dan pengajar Teknologi Ternakan Lebah Madu di Malaysia dahulu.


Lebah Keran yang terdapat di seluruh dunia merupakan sejenis lebah dari Kumpulan Lebah Asia (Asiatic Bee) atau Kumpulan Lebah Timur (Eastern Bee) iaitu sama kategori dengan Kumpulan Lebah Barat (Western Bee). Kumpulan lebah western atau Lebah Impot adalah seperti Apis melifera yang bersaiz lebih besar dan merupakan jenis lebih madu komersial dikawasan yang ada iklim 4 musim. Terdapat 8 jenis (subspesis) lebah keran didunia dimana pengkelasan ini banyak mengikut lokaliti. bagaiman pun saya dapati hanya 4 spesis sahaja yang popular iaitu:-

1. Apis cerana cerana 
   Terdapat dikawasan Afghanistan, Pakistan, India, China dan  Vietnam 

2. Apis cerana indica 
   Spesis ini terdapat di Malaysia, Indonesia, Filipina, Myanmar,   Sri Lanka dan Bangladesh.

3. Apis cerana japonica - Hanya ada di Jepun

4. Apis cerana skorkovi
   Terdapat di kawasan Himalaya dan Hanya lebah keran jenis    indica dan cerana  yang mennyerupai Apis melifera dari segi    bentuk, warna dan marfologinya.

Lebah Keran (Apis cerana) bersaiz kecil berbanding dengan Lebah Impot  (Apis melifera) dimana saiz kepak lebah keran cuma 7.4 - 9.0 mm sahaja sementara A. melifera lebih besar iaitu 8.0 - 9.7 mm. Cubital Indek adalah kecil bagi Lebah Keran (3.1 - 5.1 mm) sementara lebah impot (1.65 - 2.65 mm) dan Lebah Tualang (6.1 -9.8 mm). Lebah keran lebih  suka membuat sarang dalam ruang yang sempit secara semulajadi seperti di celah-celah pokok kayu, batang kelapa reput dan dalam pondok dikebun atau kadang-kadang di rumah kita. Kini terdapat alat khas yang dibuat dari batang kelapa dipanggil 'GELODOG' yang sesuai digunakan untuk memerangkap koloni lebah keran liar terutama ketika musim panas. lazimnya lebah keran akan berpecah dan akan membentuk banyak koloni dan 'swarming' ketika kedatangan musim panas berpanjangan. Letakkan Gelodog dikawasan banyak populasi lebah keran seperti dibawah pokok kelapa dan dusun buah-buahan.


Haif lebah di Cohong, Jasin
dibawah kelapa pandan.
Pengalaman saya menternak lebah keran di Melaka dan Johor mendapati, kawasan tanaman kelapa (Cocos nucifera) dan Kawasan kebun Belimbing (Avverhoa carambola) serta kawasan ladang nenas amat sesuai untuk menjalankan aktiviti ternakan lebah keran. Selain itu kawasan dusun bercampur juga boleh diletakkan haif lebah keran tetapi perlukan teknik pengurusan yang lebih. Rumput Israel (Asystacia gigantica) dan Bunga Pengantin merupakan sumber nektar dan debunga yang sangat disukai oleh Lebah Keran. Beberapa kawasan hutan dengan pokok Gelam (Malaleuca cajabuti) merupakan sumber terbaik untuk menghasilkan madu yang berkualiti di negara kita. Madu yang dihasilkan dari kawasan pokok gelam sangat berkualiti tinggi untuk dihasilkan. Madu berkualiti tinggi keluaran Australia aalah daripada hutan pokok gelam dinegara tersebut dengan kualiti premium.


Lebah Keran merupakan serangga perumah kepada Kutu Varroa jacobsoni (Lihat foto) yang sangat merbahaya kepada Lebah impot jenis Apis melifera yang memusnahkan jenis lebah tersebut. Walau pun lebah keran agak tahan dengan kutu ini, tetapi ianya menjejaskan kesihatan lebah kalau diserang dan membantukan industri ternakan lebah tempatan. Masaalah lain dalam menternak lebah keran seperti serangan Semut, Kerengga (Oceophylla smaradgina), Burung barek (Melops philipinus), Penyakit 'Sac Brood', serangan Tebuan (Vespa tropica tropica) dan juga burung (Kini Burung Walit juga) dan lain-lain. Mereka yang ingin menternak Lebah Keran perlu mendapatkan kursus khas daripada Jabatan Pertanian dalam Teknologi Ternakan dan Pengurusan Ternakan Lebah.


Lebah Keran mempunyai 3 kumpulan iaiitu Lebah Ratu (Queen Bee), Lebah Pekerja (Workers Bee) dan Lebah Jantan (Male Bee). Hanya satu ekor sahaja Lebah Ratu untuk satu koloni yang berfungsi sebagai Ketua dan bertelur koloni. Lebah Pekerja bertugas keluar mengumpulkan debunga dan nektar, mengawal keselamatan haif atau Koloni, kerja memberi makanan anak lebah dan banyak lagi. Bilangan lebah pekerja paling banyak sehingga 10,000 - 20,000 pada satu koloni yang kuat.  Kemampuan penting lebah pekerja adalah mempunyai sengat (sting) dan venom yang merupakan senjata pertahanan koloni. Lazimnya lebah pekerja akan mati selepas menyengat kerana sengatnya lekat pada mangsa. Lebah jantan besar berwarna gelap ada lingkungan 10-20 ekor satu koloni berfungsi untuk mengawan sahaja dengan lebah ratu.
Bersambung lagi....


LEBAH KERAN....CANTIK WARNANYA...
ASALNYA LIAR...KINI DITERNAK CARANYA...
MENGHASILKAN MADU...MAHAL HARGANYA....
MARI BELAJAR...BANYAK GUNANYA...


Related Articles:
1. Lebah Madu di Johor (Klik disini)
2. Lebah Tualang (Klik disini)
3. Nektar (Klik disini)
4. Madu Lebah (Klik disini)
5. Bee Keeping equipments (Klik disini)
6. Rumput Israel (klik disini)
7. Kelapa (Klik disini)
8. Bisa sengatan serangga (Klik disini)
9. Tebuan (Klik disini)
10. Semut (Klik disini)
11. Kerengga (Klik disini)
12. Akibat Burung Walit (Klik disini)

By,
M Anem
Travel Lodge Resort, Brinchang,
Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(20 Muharam 1433) - updated on 26 Nov 2012

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...