Sunday, December 25, 2011

TANAM TEBU KUNING

TEBU KUNING (Saccharum officinarum Linn) merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Graminae yang diproses untuk mendapatkan airnya atau ada yang memproses untuk dijadikan gula. Tebu Kuning ditanam di Malaysia di kawasan khas atau sebagai tanaman selingan dalam pokok getah atau kelapa sawit yang baru dibuka. Keluasan tanam tebu di Malaysia direkodkan sebanyak 1,020 hektar dengan penghasilan sebanyak 17,800 metrik tan pada tahun 2010 dimana kawasan utama penanaman tebu kuning di Negeri Johor terutama di Daerah Muar, Johor serta Batu Pahat dan juga di Daerah Kuching Sarawak. Tebu kuning merupakan satu tanaman yang di tanam untuk kegunaan domestik dan juga di ekspot ke Singapura dalam bentuk tebu segar. Artikel tengahari ini saya menulis teknologi penanaman tebu kuning untuk panduan mereka yang ingin mengusahakannya sebagai panduan asas sahaja. Kalau betul-betul berminat boleh memohon kursus di Jabatan Pertanian atau buat latihan 'hands-on' dengan petani atau pengusaha tebu.


Pokok tebu kuning merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai batang beruas tegak tanpa cabang dan tumbuh pada rumpun diatas tanah yang subur. Batang Tebu berbentuk selinder dengan panjang sekitar 1.8 - 3.0 meter dan ruas berukuran sekitar 5'0 - 10.0 cm garispusat. Saya dapati setiap ruas tebu mempunyai mata tunas dan boleh digunakan untuk bahan tanaman. Tebu ditanam menggunakan keratan batang yang mempunyai mata tunas dan disusun dalam longkang barisan tanah. Daun tebu berbentuk memanjang 2-4 meter yang keluar dari bahagian pucuk dengan lebar daun 4-8 cm. Tebu kuning mempunyai akar serabut dipangkal pokok dan berakar cetek. Satu rumpun pokok tebu mempunyai 6 - 12 batang pokok dan jika di uruskan dengan baik dan untuk dapatkan kualiti baik perlu tinggalkan kurang 6 batang setiap rumpun. 


Tanaman tebu kuning sangat sensitif dengan keadaan tanah dan juga memerlukan cahaya matahari yang mencukupi.  Kawasan terlindung dan kurang air kurang sesuai untuk penanaman tebu kuning kerana kawasan kemarau akan menyebabkan saiz tebu kecil dan kurang subur apa lagi kalau kurang baja organik. Tanah rata denga liat berpasir atau kawasan tanah gambut di Muar dan Batu Pahat sangat sesuai ditanam tebu kerana ada sistem pasaran kontrak dan Pusat Pengumpulan Tebu milik swasta dan juga milik FAMA. Penanaman tebi di Daerah Muar sahaja melebihi 300 hektar dimana kebanyakannya ditanam dikawasan tetap secara monokrop atau tanaman selingan dicelah kelapa sawit atau kebun getah (Penanaman semula getah).


Kawasan dibajak dahulu menggunakan bajak piring sebanyak dua kali untuk menggemburkan tanah dan perlu dibuat alor penanaman. Bagi kawasan tanah gambut hanta perlu diracun dahulu dan dibersihkan sebelum dibuat alur penanaman. Benih tebu adalah keratan batang dari pokok tebu kuning yang telah mencapau umur 7-9 bulan (cukup matang) dan dipotong sepanjang 18 - 22 cm dimana perlu dipastikan mempunyai sekurang-kurangnya 3 mata tunas. Keratan tebu untuk benih perlu ditanam segera dan kelewatan penanaman melebihi 3 hari akan menjejaskan pertumbuhan. Lazimnya saya dapati 2,800 - 3,000 batang tebu kuning mampu menghasilkan sebanyak 2,800 - 3,000 kerataan benih tebu. Keratan benih tebu dirawat dengan racun kulat seperti Benomyl atau Dieldrin dengan mencelupkan kedapam larutan racun tersebut.


Jarak penanaman dan susunan penanaman bergantung kepada keadaan tanah, tanaman monokrop atau selingan dan dalam alur atau atas batas. Jarak biasa digunakan adalah 2 meter antara x 0.3 meter dalam baris dengan kepadatan tanam tebu kuning sebanyak 17,000 - 18,000 pokok sehektar. Pastikan menanam tebu dalam alur dalam keadaan berbaring dan kemudian timbus dengan tanah. Kawalan rumpai boleh dijalankan secara manual atau menyembur racun pracambah (seperti Altrazine dengan kadar 4 liter/ha) selepas menanam sehingga berumur 6 bulan berikutnya. Kegagalan mengawal rumput dari peringkat awal akan menjejaskan pertumbuhan tebu kerana persaingan dari segi ruang, cahaya matahari dan juga makanan.


Pembajaan tanaman tebu kuning perlu dirancang dengan sempurna. Baja NPK 15:15:15 sebanyak 250 kg sehektar diberikan semasa menanam kemudian kadar yang sama diberikan selepas pokok berumur 3 bulan. Baja urea sebanyak 125 kg/ha juga ditabur ketika pokok berumur 3 bulan. Urea akan membantu pembentukkan daun agar lebih cepat dan banyak. Selepas 5 bulan baja NPK 15:15:15 sebanyak 300 kg/ha diberikan lagi diikuti dengan baja organik jika keadaan tanah kurang subur. Bagi mempastikan pokok subur buat kerja menimbus pangkal perdu pokok tebu kuning dengan cangkul pada umur pokok 3-5 bulan. Jika ada pokok yang mula rebah perlu dipasangkan tiang kayu dan rumpun tebu perlu diikat supaya tumbuh menegak untuk menjamin kualitinya. Tebu yang rebah dan bengkok akan jatuh kualiti dan grednya.


Masaalah penanaman tebu adalah serangan Ulat Pengorek Batang Tebu (Ostrinia salentiales) merosakkan batang tebu dengan larvanya merosakan dan membuat lubang dalam batang tebu (Lihat foto sebelah). Kesannya menyebakan tebu tidak boleh dijual dan kawalan dengan membuang pokok diserang dan membakarnya. Semburan racun serangga jenis Endosulfan (Thiodan) membantu mengurangkan serangan ulat ini. Amalan menggunakan Furadan 3G pada peringkat awal penanaman boleh mengelakan serangan ulat ini (PHI Furadan melebihi 3 bulan) dan penggunaan Furadan pada tanaman hampir menuai adalah dilarang.  Serangan penyakit 'Bulir Hitam' dikawal dengan merendam benih tebu kuning dalam air panas 50 darjah selsius yang dicampur Benomyl (Benlate) selama 2 jam.  Musnahkan pokok tebu yang diserang penyekit bulir hitam.


Tebu Kuning lazimnya sesuai dituai selepas 8 - 9 bulan selepas ditanam apabila pokok setinggi hampir 2.5 -3.0 meter dari paras tanah. Cara menuai tebu ada yang di buat sebanyak 3 peringkat dalam masa 2 tahun dan ada juga petani yang menuai sekali gus bergantung kepada sistem pemasaran dan harga tawaran yang ada. Batang tebu yang matang di potong menggunakan parang tajam di pangkal pokok dan direbahkan sebelum di potong bahagian pucuknya untuk membuang daun dan dibersihkan. Batang tebu sepanjang 8 - 9 kaki di susun dan diikan dalam bilangan 10-15 batang satu ikatan. Bagi tujuan jualan terus akan dihantar kepada pemborong atau dinaikan ke lori untuk dihantar kepada pembeli. Tebu untuk ekspot ke Singapura akan dibawa ke Pusat Memproses dimana kulit tebu akan dikikis, pergelangan ruas tebu di kikis dan di poorong sepanjang 10 -12 inci sebelum dimasukkan kekotak dan dihantar ke Singapura. Air Tebu mendapat permintaan baik terutama pada musim paanas di Pasar Tani, Bazaar Ramadan dan Gerai Air Tebu ditepi jalan. 


TANAM TEBU KUNING...AIRNYA MANIS SEKALI....
TEBU DITANAM...BENIH KERATAN DIRAWATI...
LEPAS 9 BULAN...HASIL BOLEH DI TUAI...
KALAU BERMINAT..KURSUS BOLEH DIHADIRI...


Related Articles:
1. Tebu Ekspot (Klik disini)
2. Nenas (Klik disini)
3. Lemba (Klik disini)
4. Baby Corn (Klik disini)
5. Belimbing Buloh (Klik disini)


By,
M Anem
Jalan Istana, Air Keroh,
Bukit Beruang, Melaka, Malaysia.
(29 Muharam 1433H)

14 comments:

  1. salam..boleh bagi saya salinan tentang penjagaan tebu kuning ini?...

    ReplyDelete
  2. Hi Boleh saya mendapat salinan untuk cara penanaman tebu, pemproses air tebu dan gula tebu.

    From:
    MAX
    Kuching Sarawak
    h/p:019-2463644

    ReplyDelete
  3. hai! boleh saya minta salinan tentang tebu kuning ni? untuk kerja kursus sejarah saya. seboleh-bolehnya sebelum 23 April 2013. terima kasih!

    ReplyDelete
  4. Bisnis Online Yang Menjadikan Facebook Sebagai
    Media/Sarana Penghasil Uang Dengan System Terbaru
    Komisi 100% Untuk Anda ,dengan hasil yang luar biasa dan sangat mudah dijalankan,

    dan satu lagi,bagi yang mempunyai blog,blog anda akan bertambah fungsi sebagai mesin penghasil uang anda.

    Klik atau copy paste link berikut:

    http://tinyurl.com/bv5oe2e

    ReplyDelete
  5. Saya Aziz Bin Muji, berminat untuk menanam tebu di kampung saya. Tetapi saya tidak tahu macam mana memulakan, terutamanya mendapatkan bibit yang sesuai untuk pasaran minuman harian. Aziz Muji, Peti Surat 124, 89308 Ranau, Sabah.

    ReplyDelete
  6. ENCIK AZIZ, TUAN BOLEH BERTANYA DENGAN PEJABAT PERTANIAN DAERH RANAU. BENIH TEBU KUNING ADA DIJUAL OLEH PENANAM YANG MAHIR. IKUTI PAKEJ AMALAN TEKNOLOGI YANG BOLEH DIPEROLEHI DENGAN MEMBUAT LAWATAN KEKEBUN PENANAM SEDIA ADA DAN BERTANYA DENGAN PEMBANTU PERTANIAN DI RANAU.

    ReplyDelete
  7. ada tak sapa2 yang jual tebu di kuching sarawak..please reply..urgent..tq

    ReplyDelete
  8. salam , saya nak mintak tolong, saya ade 5 akar tanah di ipoh
    rasa berape modal permulaan untuk 5 akar?

    harap ade orang boleh TOLONG.

    penulis blog ni bagus la aku suke :)

    ReplyDelete
  9. kawasan N9 kat mana nak dptkan benih tebu?

    telefon saya 0126638376

    tq :)

    ReplyDelete
  10. salam..sapa2 mencari bnih atau tebu kwasan utara boleh contact saya. saya dri kawasan sik, kedah... aznan:0145039229

    ReplyDelete
  11. unk kl & selangor, kat mana boleh dapat benih tebu. saya nak beli.

    hj nasir 012-7711 621.

    ReplyDelete
  12. Salam encik. Kami amat berminat utk dapatkan hasil tebu kuning daripada encik. Sila hubungi syarikat kami Agro pluZ Biotech Sdn Bhd di 012 345 4977 ( Encik Win) dengan serta merta.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Saya dah strt buat prjek tebu. Hehe..

    ReplyDelete
  14. Tanaman tebu 1 ekar buat permulaan.info yg sangat membantu. Harap ada next blog berkenaan pasaran hatga Dan cara nak pasarkan tanaman tebu.terima kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA