Lebah Keran yang terdapat di seluruh dunia merupakan sejenis lebah dari Kumpulan Lebah Asia (Asiatic Bee) atau Kumpulan Lebah Timur (Eastern Bee) iaitu sama kategori dengan Kumpulan Lebah Barat (Western Bee). Kumpulan lebah western atau Lebah Impot adalah seperti Apis melifera yang bersaiz lebih besar dan merupakan jenis lebih madu komersial dikawasan yang ada iklim 4 musim. Terdapat 8 jenis (subspesis) lebah keran didunia dimana pengkelasan ini banyak mengikut lokaliti. bagaiman pun saya dapati hanya 4 spesis sahaja yang popular iaitu:-
1. Apis cerana cerana
Terdapat dikawasan Afghanistan, Pakistan, India, China dan Vietnam
2. Apis cerana indica
Spesis ini terdapat di Malaysia, Indonesia, Filipina, Myanmar, Sri Lanka dan Bangladesh.
3. Apis cerana japonica - Hanya ada di Jepun
4. Apis cerana skorkovi -
Terdapat di kawasan Himalaya dan Hanya lebah keran jenis indica dan cerana yang mennyerupai Apis melifera dari segi bentuk, warna dan marfologinya.
Haif lebah di Cohong, Jasin dibawah kelapa pandan. |
Lebah Keran merupakan serangga perumah kepada Kutu Varroa jacobsoni (Lihat foto) yang sangat merbahaya kepada Lebah impot jenis Apis melifera yang memusnahkan jenis lebah tersebut. Walau pun lebah keran agak tahan dengan kutu ini, tetapi ianya menjejaskan kesihatan lebah kalau diserang dan membantukan industri ternakan lebah tempatan. Masaalah lain dalam menternak lebah keran seperti serangan Semut, Kerengga (Oceophylla smaradgina), Burung barek (Melops philipinus), Penyakit 'Sac Brood', serangan Tebuan (Vespa tropica tropica) dan juga burung (Kini Burung Walit juga) dan lain-lain. Mereka yang ingin menternak Lebah Keran perlu mendapatkan kursus khas daripada Jabatan Pertanian dalam Teknologi Ternakan dan Pengurusan Ternakan Lebah.
Lebah Keran mempunyai 3 kumpulan iaiitu Lebah Ratu (Queen Bee), Lebah Pekerja (Workers Bee) dan Lebah Jantan (Male Bee). Hanya satu ekor sahaja Lebah Ratu untuk satu koloni yang berfungsi sebagai Ketua dan bertelur koloni. Lebah Pekerja bertugas keluar mengumpulkan debunga dan nektar, mengawal keselamatan haif atau Koloni, kerja memberi makanan anak lebah dan banyak lagi. Bilangan lebah pekerja paling banyak sehingga 10,000 - 20,000 pada satu koloni yang kuat. Kemampuan penting lebah pekerja adalah mempunyai sengat (sting) dan venom yang merupakan senjata pertahanan koloni. Lazimnya lebah pekerja akan mati selepas menyengat kerana sengatnya lekat pada mangsa. Lebah jantan besar berwarna gelap ada lingkungan 10-20 ekor satu koloni berfungsi untuk mengawan sahaja dengan lebah ratu.
Bersambung lagi....
LEBAH KERAN....CANTIK WARNANYA...
ASALNYA LIAR...KINI DITERNAK CARANYA...
MENGHASILKAN MADU...MAHAL HARGANYA....
MARI BELAJAR...BANYAK GUNANYA...
Related Articles:
1. Lebah Madu di Johor (Klik disini)
2. Lebah Tualang (Klik disini)
3. Nektar (Klik disini)
4. Madu Lebah (Klik disini)
5. Bee Keeping equipments (Klik disini)
6. Rumput Israel (klik disini)
7. Kelapa (Klik disini)
8. Bisa sengatan serangga (Klik disini)
9. Tebuan (Klik disini)
10. Semut (Klik disini)
11. Kerengga (Klik disini)
12. Akibat Burung Walit (Klik disini)
By,
M Anem
Travel Lodge Resort, Brinchang,
Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(20 Muharam 1433) -
updated on 26 Nov 2012
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.