Support My Blog

Monday, August 15, 2022

DUA VARIETI NANAS BARU DILANCAR MAHA 2022

DUA VARIETI NANAS BARU
dilancarkan pada 7 Ogos 2022 di Laman Nanas, Pameran MAHA 2022 di Serdang, Selangor amat memberikan kegembiraan ramai penanam nanas dan peminat buah nanas. Dua varieti Nanas tersebut adalah Varieti Nanas Cobek (AC13) dan Varieti Nanas Crystal Honey (AC14). Nanas Crystal Honey sudah lebih 7 tahun ditanam oleh petani yang tertumpu di Melaka dan Negeri Semilan umumnya. Dalam pada itu Nanas Cobek pula hanya popular asalnya di Negeri Kelantan. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada terdapat 15 varieti nanas yang sah didaftarkan didalam Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia. Nanas tersebut adalah Nanas Moris (AC1), NanasSarawak (AC2), Nanas Gandul (AC3), Nanas Maspine (AC4), Nanas Josapine (AC5), Nanas Yankee (AC6), Nanas Moris Gajah (AC7), Nanas N36 (AC8), Nanas MD2 (AC9), NanasView of Sunset (AC10), Nanas Madu Kaca (AC11), Nanas Keningau Diamond (AC12), Nanas Cobek (AC13), Nanas Crystal Honey (AC14) dan Nanas Jambul Mas A18 (AC15). Penulis blog terlibat didalam proses pendaftaran kesemua varieti nanas tersebut dan menemui varieti Nanas Madu Kaca serta Nanas Jambul Mas A18 untuk proses pendaftaran. Kehadiran semua 15 varieti nanas ini telah memeriahkan dan menjadikan industri nanas ini lebih menarik berbanding dengan masa dahulu yang hanya ada beberapa varieti tradisional sahaja seperti nanas moris, nanas gandul dan nanas N36. Kebanyakan nanas varieti baru ini mempunyai potensi amat besar untuk pasaran makan segar dan juga sesuai untuk diproses. Nanas varieti terbaru juga mempunyai ciri unik untuk pasaran segar dan juga pasaran eksport dengan teknologi baru disesuaikan. Saya sudah menulis ratusan artikel mengenai nanas dan varieti nanas serta teknologi pertanian didalam blog ini yang dibaca diantara 9,000 - 15,000 orang sehari. Pelancaran dua varieti nanas baru ini oleh Timbalan Menteri Pertanian membolehkan ramai penanam nanas yang ingin mempelbagaikan varieti nanas mendapatkan benih yang telah disahkan ketulinannya setelah melepasi piawaian dibawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) dibawah kelolaan Jabatan Pertanian Malaysia. Bakal pembeli anakbenih nanas disyorkan periksa dahulu status pembekal anakbenih ini sama ada sudah berdaftar dibawah SPBT yag menjamin anakbenih tersebut adalah tulin dan menepati pencirian sebenar. LPNM dan Jabatan Pertanian Malaysia akan mempastikan anakbenih yang dijual kelak akan mengikuti Spesifikasii Benih Nanas dibawah Standard SIRIM yang mempunyai prosedur pembekalan benih nanas berkualiti. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai kisah pelancaran dua varieti nanas iaitu Nanas Cobek dan Nanas Crystal Honey untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca blog.

Nanas Cobek telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dengan nombor rujukkan AC13. 
NANAS COBEK (Ananas comosus) merupakan satu varieti nanas yang baru diperkenalkan di negara ini terutama di Kelantan oleh usahawan tempatan. Nanas Cobek ini asalnya adaah gelaran kepada perbuatan 'Cubit' apabila setiap mata nanas ini mudah dicubit dan dimakan. Penulis blog yang telah menulis mengenai nanas melebihi 240 artikel di dalam blog ini mendapati nanas ini memang sesuai untuk diperluaskan penanamannya dengan menjadikan beberapa negeri lain selain dari Kelantan sebagai varieti alternatif. Anda boleh membaca artikel tulisan sya yang keluar sebelum ini (Sila klik disini). Ini kerana tanaman nanas sesuai ditanam dikawasan yang mempunyai tanah subur, perparitan baik dan penjagaan amalan agronomi yang sesuai dipraktikkan. Penulis ada beberapa kali membuat ujirasa nanas cobek ini semasa membuat pemeriksaan kebun dahulu. Apa pun terkini Nanas Cobek yang telah viral baru-baru ini merupakan nanas istimewa kerana ia hanya perlu di cubit mengunakan tangan untuk menikmati isinya disamping rasanya yang begitu manis dan berjus. Nanas ini ditanam di Daimler Goxvilla Farm yang mana ia terletak di Kampung Pulau Kerbau di usahakan oleh pengusaha nanas Mohd Ali Daim Ibrahim. Pihak Jabatan Pertanian dan LPNM akan membuat siasatan dan laporan kepada Jawatankuasa Pendaftaran Varieti Tanaman Kebangsaan bagi Nanas Cobek berjaya didaftarkan sebagai varieti nanas AC 13 semasa MAHA 2022 di Laman Nanas. Peminat untuk menanam varieti ini perlu mendapatkan anakbenih tulin dengan menghubungi pejabat LPNM berdekatan. 

Bagi varieti Nanas Crystal Honey (Dalam Bahasa Melayu maksudnya adalah Nanas Kristal Madu) didaftarkan dengan nombor AC14.
Nanas Crystal Honey ini adalah varieti yang mempunyai saiz sederhana dengan ada jambul yang ketara saiznya. Nanas Crystal Honey sesuai ditanam diatas tanah gambur tetapi mampu untuk menghasilkan buah lebih berkualiti (lebih manis dan sedap) jika ianya ditanam ditanah mineral. Jarak penanaman adalah 1 kaki x 2 kaki dalam kawasan tanah mineral. Buah nanas ini mula masak selepas 2 bulan ditanam dengan kerja-kerja menghormon dijadualkan mengikut program jadual jualan. Hormon jenis Ethephon (Ethrel) dibeli daripada kedai yang berhampiran (Sama dengan jenis ethrel yang disapu pada klit pokok getah) dan disembur rata pada pokok matang. Semburan hormon sering dilakukan pada hari petang dan akan diulang jika berlaku sebarang masaalah aruhan bunga. Buah nanas yan matang akan dipetik dengan memotong gunakan parang dan dikumpulkan dipusat tuaian untuk digredkan. Buah ini dijual degan harga ladang RM3.50 /kg untuk gred B dan RM4.00 sekilogram untuk gred A. Bagi buah Gred AA pula ia dijual dengan harga premium iaitu sekitar RM4.00 sekilogram. Lazimnya peraih akan datang sendiri kekebunnya untuk mengambil buah nanas. Buahnya sederhana besar dengan purata berat 1.3 kg sebiji mempunyai warna isi kuning keputihan dan ekstur yang sederhana. Saya ada menulis artikel mengenai tanaman nanas Crystal Honey dengan antaranya boleh dicapai dengan pautan (Sila klik disini). Mungkin ramai dikalangan pengguna yang kurang mahir untuk mengetahui pencirian varieti nanas ini jika meraka hanya tahu membeli dan memakannya sahaja. Isinya manis sekitar 13 - 15 darjah Brixs dan sesuai untuk dimakan segar atau pun diproses menjadii jus dan paceri serta produk hiliran yang lain. Buah ini aga tahan lama untuk dihantat kelokasi pemasaran agak jauh. Kebanyakan lokasi tanaman nanas ini secara komersil terletak di Melaka Utara dan Negeri Sembilan.

Laporan Bernama dan beberapa media lain menyatakan dimana 'MAHA 2022 - Pengunjung boleh merasai sendiri suasana di ladang nanas'. Laman Agro Nanas (Laman Nanas) pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-  pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kini memberikan pengalaman kepada semua pengunjung untuk merasai sendiri suasana di ladang nanas.
Laman ini adalah antara satu daripada usaha untuk LPNM menerapkan ilmu pertanian nanas kepada pengunjung sekali gus dapat memangkin minat masyarakat terhadap industri itu. KAwasan ini menyediakan satu kawasan penanaman seluas dua ekar (0.8 hektar) yang mana ia melibatkan penanaman lebih tujuh jenis nanas yang terdapat di dalam negara antaranya Josapine, MD2 dan Yankee. Semua pengunjung dapat melihat sendiri perbezaan umur pokok nanas dan plot nurseri yang disediakan juga dapat memberikan maklumat kepada pengunjung berkenaan jenis-jenis sulur nanas yang dijadikan sebagai sumber benih untuk penanaman nanas. Bagi 2022 telah menonjolkan inovasi terbaharu berkenaan teknik penanaman nanas pada waktu malam (Pineapple Night Farming) bagi memberi pendedahan mengenai kepelbagaian kaedah pengurusan tanaman buah itu yang secara lazimnya dilaksanakan pada waktu siang. Kaedah teknologi itu yang menggunakan tenaga solar merupakan salah satu usaha transformasi LPNM dalam mengoptimumkan sumber tenaga boleh diperbaharui. Tahun 2022 ini juga dilancarkan dua Daftar Varieti baharu iaitu Nanas Cobek (AC13) dan Nanas Crystal Honey (AC14) yang dapat memberikan alternatif lebih luas kepada para pengusaha untuk memilih jenis nanas yang ditanam, berikutan permintaan nanas segar yang semakin meningkat di dalam negara. Dilaporkan dalam jualan Nanas Cobek dan Crystal Honey pada ketika ini mampu mencapai harga ladang antara RM3 hingga RM4 sekilo manakala harga runcit pula mampu mencapai sehingga RM6 sekilo bergantung kepada kualiti buah. LPNM sebagai pengelola laman itu turut menyasarkan seramai lebih dari 100,000 orang pengunjung sepanjang 11 hari MAHA berlangsung dan sebanyak RM1.5 juta dalam nilai dagangan. Laman Nanas akan menampilkan sebanyak 12 pempamer dan jualan terdiri daripada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah kelolaan LPNM melibatkan jualan makanan berasaskan nanas dan jualan bukan makanan. Antara aktiviti lain yang disediakan ialah Pineapple Hunt, teka berat buah, pertandingan memasak, perkongsian kisah kejayaan usahawan LPNM, demo masakan selebriti serta Cef LPNM dan pelbagai lagi program menarik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PAMERAN MAHA... DILAMAN NANAS....
DUA VARIETI BARU... SUDAH 'PANAS'....
NANAS COBEK... CRYSTAL HONEY ADA...
DI MANA BENIHNYA... PETANI TANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Muharram 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...