Support My Blog

Monday, August 22, 2022

KAWALAN PEROSAK BERSEPADU TANAMAN PADI

PENGAWALAN PEROSAK BERSEPADU
(PPB) atau pun dalam bahasa Inggeris sebagai Intergrated Pest Management (IPM) adalah satu kaedah Kawalan Makhluk Perosak dengan menggabungkan (intergrated approach) Kaedah Kawalan seacara Kimia dan Kaedah Kawalan secara Biologi. Kaedah kawalan kimia digunakan secara berhemah dan kaedah secara biologi mementingkan agen biotic secara semulajadi untuk mengurangkan populasi perosak. Konsep IPM adalah untuk memahahi dan mengurus EKOSISTEM dan matlamat kawalan bukan untuk memusnahkan perosak sahaja. Aspek IPM adalah dengan mengenalpasti perosak dan musuh semulaji sedia ada, pemantauan, kaedah didalam membuat keputusan, cara-cara kawalan dan kemahiran khusus petani. Artikel kali ini penulis blog tumpukan kepada tanaman yang ke empat terpenting di Malaysia iaitu Tanaman Padi (Oryza sativa) dimana ia ad
alah tanaman makanan asas yang utama bagi penduduk negara kita. Sebagai dasar dimana kerajaan melalui MAFI telah menetapkan dimana tahap pengeluaran sara diri negara adalah pada 72%. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan RMK ke 11 dimana sudah ada pelbagai usaha yang giat dijalankan semua pihak bagi meningkatkan tahap pengeluaran padi negara pada aras 90% seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Sasaran ini penting bertujuan untuk dicapai bagi akhirnya akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap kemasukan beras import seterusnya menjamin bekalan beras tempatan yang mencukupi. Usaha ke arah peningkatan pengeluaran hasil padi pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran daripada kenaikan harga bahan kimia sehingga keada faktur bencana alam. Pada penulis blog mendapati dimana sering berlaku kes-kes serangan serangga perosak seperti benah perang dan ulat gulung daun, serangan penyakit seperti karah, masalah rumpai dan padi angin serta serangan siput gondang dan tikus yang menjejaskan pengeluaran padi negara. Masaalah lebih rumit pada tahun 2022 apabila berlaku perang Ukraine-Rusia dan isu China - Taiwan meletus yang menyebabkan sektor pertanian terlibat sama. Kos bahan kimia telah meningkat dengan ketara sehingga menjejaskan pendapatan petani. Kebergantungan sepenuhnya pada racun kimia bagi mengawal perosak berpanjangan sebenarnya tidak disyorkan kerana bukan sahaja disebabkan harganya yang kian meningkat malah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan petani. Oleh itu artikel kali ini saya akan membincangkan beberapa pendekatan secara menyeluruh yang memberi penekanan terhadap pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah usaha peningkatan pengeluaran hasil padi. Artikel malam Khamis ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa perkara penting berkaitan dengan teknologi kawalan perosak bersepadu tanaman padi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Teknologi yang berkait dengan kawalan perosak bersepadu berkait dengan kaedah atau pendekatan ini mestilah dijadikan teras utama dalam membentuk satu sistem pengeluaran padi yang mampan. Amalan penggunaan input pada tahap yang maksimum sememangnya sinonim dengan usaha ke arah peningkatan hasil. Walaupun hasil padi dapat ditingkatkan namun dilaporkan pengeluaran hasil tersebut tidak akan dapat bertahan untuk tempoh masa yang panjang. Kemusnahan keseimbangan ekologi dan kepelbagaian biologi akibat penggunaan input berlebihan ini akan mengakibatkan produktiviti sistem di sesebuah kawasan itu menurun. Sistem pengeluaran tanaman yang mampan mempunyai matlamat mengekalkan kestabilan ekologi agar pengeluaran tanaman dapat dikekalkan. Konsep penanaman secara mampan ini adalah sama dengan konsep PPB iaitu pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu yang menganggap sistem agroekologi yang sihat bergantung pada kepelbagaian biologi yang terurus serta seimbang. Kedua-dua konsep ini juga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem pertanian yang mesra alam di samping dapat memberi pulangan yang menguntungkan dari segi ekonomi. Melalui pengamalan konsep pengurusan perosak penulis blog dapati dimana kawalan penyakit dan rumpai secara bersepadu dalam sistem pengeluaran padi yang mampan ini membolehkan aras produktiviti agroekologi tanaman padi dapat dipertingkatkan dan dipertahankan untuk satu tempoh yang panjang. Ada beberapa kaedah dalam amalan kawalan dan pengurusan perosak yang disyorkan. Bagaimana pun memang ujud atau terdapat beberapa kaedah atau cara yang berlainan dalam mengawal rumpai serta perosak dan penyakit di sawah yang perlu difahami semua pihak terlibat. Sebaiknya pada penulis blog untuk kawalan dan pengurusan yang berkesan maka kesemua kaedah ini mestilah diamalkan secara bersepadu bukan setakat di peringkat individu malah di peringkat komuniti pesawah di sesebuah kawasan tanaman padi. 

Teknologi IPM ini ada beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan oleh komuniti pesawah dengan kerjasama daripada agensi pengembangan terutama Jabatan Pertanian dan IADA serta libatkan juga  institusi penyelidikan tempatan serta pihak-pihak berkepentingan lain. Penggunaan varieti padi rintang dimana ia adalah asas penting dan memainkan peranan utama untuk menghalang serangan perosak dan penyakit. Pada masa ini varieti padi yang paling di tanam adalah seperti MR220CL, MR219, MR297 dan beberapa lagi. Apa pun lazimnya gabungan beberapa gen berlainan kerintangan dalam satu varieti dan juga penanaman varieti yang berbeza gen kerintangannya di kawasan penanaman padi akan dapat mengurangkan tekanan populasi perosak dan penyakit seterusnya menurunkan lagi kadar penggunaan racun kimia. Ini sejajar dengan konsep penanaman secara mampan dan konsep pengurusan perosak bersepadu bagi tanaman padi. Banyak juga kes-kes serangan penyakit karah yang mana ia pada penulis blog adalah juga merupakan ancaman yang serius kepada pesawah di hampir kesemua kawasan jelapang padi negara kerana lebih 90% jenis varieti yang ditanam ialah MR 219 dan MR 220 dan kedua-dua varieti ini telah menurun tahap kerintangannya. Antara varieti padi sesuai sebagai varieti gantian yang rintang terhadap penyakit karah adalah seperti MR 232, MR 253 dan MR 263 adalah disyorkan. Pemeliharaan dan pemuliharaan kawalan semula jadi. Dalam amalan agronomi dimana penggunaan varieti padi tertentu ini adalah salah satu daripada komponen dalam kawalan biologi secara semula jadi. Dalam ekosistem sawah padi dimana memang terdapat pelbagai organisma berfaedah (Beneficial Microorganism)  yang telah sedia ada yang memainkan peranan secara semula jadi sebagai agen kawalan kepada perosak dan penyakit yang menyerang tanaman. Penulis blog yang banyak belajar dan kalangan pesawah perlu memastikan dimana  keseimbangan dan interaksi semula jadi antara elemen-elemen yang berbeza dalam ekosistem sawah padi termasuk amalan penggunaan racun kimia hendaklah dikurangkan atau sebaiknya diamalkan secara wajar. Amalan ini amat penting dalam menyediakan ruang untuk organisma bermanfaat ini terutamanya pelbagai spesies musuh semula jadi kepada perosak untuk meningkatkan populasi seterusnya mengawal populasi perosak daripada berkembang.

Kaedah IPM seterusnya adalah dikaitkan dengan kawalan menggunakan Agen biologi. Kaedah ini merujuk kepada kawalan biologi gunaan atau kawalan menggunakan agen semula jadi yang memerlukan penglibatan manusia secara langsung. Pada penulis blog yang beberapa kali membuat tinjauan teknologi ini mendapati dimana ianya adalah merujuk kepada penggunaan musuh semula jadi yang berperanan mengawal aras populasi perosak dan penyakit supaya berada di bawah aras ambang ekonomi. Kaedah kawalan biologi biasanya boleh dilaksanakan melalui beberapa cara iaitu Cara Kawalan Biologi klasikal, Augmentasi, Kaedah Menggunakan Inokulan Khusus, Klepasan Inundatif ataupun secara Konservasi. Telah diketahui umum dimana diantara jenis agen kawalan biologi adalah seperti termasuk penggunaan Agen Parasitoid dimana ia adalah merupakan kumpulan serangga yang bersifat spesifik yang bertelur pada atau berhampiran dengan telur, larva atau pupa perumah (serangga perosak). Penulis blog melihat dimana antaranya adalah seperti spesies Trichogramma, Telenomus dan Tetrastichus yang mana ia merupakan parasitoid kepada telur ulat pengorek batang padi. Seeterusnya teknologi menggunakan Organisma Pemangsa (Predetor). Pemangsa ini juga merupakan organisma yang menyerang dan makan organisma perosak. Dalam kes ini dilaporkan serangga seperti Labah-labah (Lycosa spp.), Kumbang kura-kura (Micraspis sp. dan Harmonia sp.) dan Kepinding Mirid (Cyrtorhinus lividipennis) yang merupakan pemangsa kepada benah perang. Pada penulis blog penggunaan Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba) atau BJP pula merupakan pemangsa kepada tikus sawah yang sangat efektif dan sudah menjadi kebiasaan masa kini. 

Dalam pada itu amalan IPM yang lain termasuk penggunaan apa yang dikenali sebagai Entomopatogen. Konsep ini pada penulis blog merupakan penggunaan kumpulan mikroorganisma yang mengakibatkan jangkitan penyakit kepada serangga perosak sama ada melalui sentuhan ataupun oral. Teknologi ini termasuk penggunaan sejenis kulat dikenali sebagai Beauveria bassiana dan Metarhizium anisopliae yang dilaporkan akan menjangkiti benah perang. Dalam kes lain pengenalan kepada sejenis virus granulosis dan virus nukleopolihedrosis yang mampu menyerang larva ulat gulung daun dan ulat ratus sudah terbukti berkesan. Teknologi IPM melibatkan juga amalan penggunaan jenis Mikrob Antagonis. Mikrob ini juga merupakan mikro- organisma yang menghalang pertumbuhan patogen yang menjangkiti pokok padi. Dilaporkan diantara contohnya adalah seperti penggunaan kulat Trichoderma yang bertindak ke atas kulat Rhizoctonia spp yang menyebabkan penyakit hawar seludang pada tanaman padi. Teknologi IPM juga teknik dalam menggunakan teknologi penggunaan bahan Ekstrak Tumbuhan. Bahan ini dilaporkan akan bertindak sebagai penghalau atau racun semula jadi kepada perosak dan penyakit. Teknologi ini termasuk penggunaan daun pokok Furcraea yang boleh digunakan untuk membunuh Siput Gondang Emas (SGE). Siput SGE ini pernhah dilaporkan mampu memusnahkan hasil padi dengan teruk jika tidak dikawal. Dalam pada itu IPM juga libatkan penggunaan Ekstrak Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dan Daun Semambu dimana cara ini ia mampu bertindak sebagai penghalau serangga perosak yang tertentu.  
Amalan kultura yang wajar boleh mengurangkan infestasi rumpai, serangan serangga perosak, penyakit, siput gondang dan tikus. Antara kaedah amalan kultur yang boleh dilaksanakan adalah seperti melakukan pembersihan kawasan sawah atau memastikan sanitari kawasan terjaga dengan baik, mengamalkan sistem penanaman secara serentak, pengurusan nutrien tanaman dan pembajaan. Apa pun amalan agronomi seperti amalan  mengamalkan pengurusan air yang cekap, melaksanakan aktiviti pemotongan serta pembakaran jerami sekiranya perlu dan memilih kaedah menanam yang bersesuaian dengan situasi sama ada secara mencedung, tabur terus atau tabur dalam air. Kawalan secara fizikal atau mekanikal Sesetengah jenis perosak boleh dikawal menerusi kaedah ini. Sebagai contoh, rumpai dan padi angin dapat dikawal secara manual atau secara penakaian (untuk padi angin). Selain itu, populasi siput gondang boleh dikurangkan melalui aktiviti pengutipan secara manual atau dengan memasang penghadang atau jaring pukat pada salur air masuk dan keluar. 

Serangan Tikus Sawah umpamanya boleh dihalang dengan pemasangan sistem pagar berperangkap di sekeliling petak sawah. Sarang atau lubang tikus juga boleh dimusnahkan secara fizikal. Tikus sawah juga dapat ditangkap dengan perangkap yang boleh diletakkan di atas batas sawah. Kawalan biasa dengan cara menggunakan racun kimia sejak dulu memang kaedah guna racun perosak kimia sememangnya tidak dapat dielakkan, namun jika cara penggunaannya dimana ia berterusan dilaksanakan adalah kurang bijak serta jika ia tidak mengikut teknik yang betul. Dalam pada itu ada juga sistem pemantauan kehadiran perosak atau simptom penyakit yang mana ia hendaklah dilakukan sebelum keputusan untuk menjalankan semburan racun kimia dibuat. Ini penting untuk mengelak daripada berlakunya fenomena yang tidak diingini akibat penggunaan racun kimia secara tidak wajar seperti peningkatan tahap kekebalan perosak akibat aplikasi racun kimia yang sama dan berulang, fenomena resurgen semula perosak, perosak minor menjadi perosak utama dan kemusnahan musuh semula jadi atau organisma bukan sasaran. Perhatian juga harus diberikan bagi menjamin pencemaran terhadap persekitaran adalah minimum. Racun perosak kimia terdiri daripada racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun siput dan racun tikus. Kepentingan mengintegrasikan kaedah kawalan dan pengurusan tanaman bagi menjamin ekosistem sawah padi, perosak, penyakit dan rumpai yang berbeza dari segi biologi dan ekologinya adalah saling berkaitan atau berhubungan antara satu sama lain. Hubungan ini turut dipengaruhi oleh banyak faktor seperti faktor keadaan cuaca, persekitaran dan tanaman padi itu sendiri. Oleh kerana hubungan yang kompleks ini maka adalah digalakkan agar cara kawalan terhadap sesuatu jenis perosak atau kumpulan perosak itu akan memberi kesan terhadap perosak atau kumpulan perosak yang lain. Bagi sesebuah program pengurusan perosak bersepadu tanaman padi yang berkesan, kesan yang timbul akibat kawalan 
perosak yang berasingan dan kesan amalan pengurusan tanaman terhadap pelbagai jenis perosak hendaklah diberi perhatian serta disepadukan supaya kesemua jenis perosak yang berbeza itu dapat dikekalkan populasinya pada tahap yang tidak mendatangkan kerugian pada hasil tanaman. Memang agak sukar dan mustahil untuk menggabungkan amalan pengurusan tanaman dengan kawalan perosak secara menyeluruh. Petani harus membuat keputusan yang tepat dalam merangka kaedah kawalan mana yang bersesuaian mengikut situasi, masa dan jenis perosak supaya pengurusan yang berkesan dapat dibuat dengan mengambil kira kesan kaedah yang digunakan terhadap ekonomi, kesihatan dan keselamatan petani dan kesannya terhadap kesejahteraan persekitaran. Gerak kerja pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu Jadual 1 memberi panduan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil dan diikuti oleh petani dalam sistem pengeluaran padi mampan yang menggabungkan kaedah-kaedah pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu. Cadangan panduan ini adalah berdasarkan hasil kajian penyelidikan yang dilaksanakan oleh MARDI. Kesimpulan Dalam melaksanakan pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu, penggunaan sesuatu kaedah kawalan mestilah bersesuaian dan serasi dengan kaedah lain. Kaedah kawalan yang dilaksanakan seharusnya dapat membantu dan tidak menjejaskan kepentingan kaedah kawalan yang lain. Selain tumpuan terhadap pengurusan perosak, penyakit dan rumpai, pengurusan tanaman yang baik juga dapat membantu meningkatkan ketahanan tanaman. Integrasi antara kaedah kawalan perosak dengan pengurusan tanaman haruslah menjadi keutamaan kepada petani. Pengurusan secara bersepadu berpandukan gerak kerja yang disyorkan sedikit sebanyak akan dapat membantu mengatasi masalah akibat serangan penyakit, serangga perosak, rumpai, siput gondang dan tikus seterusnya menyumbang ke arah peningkatan hasil tuaian. Di samping itu juga pada penulis blog mendapati dimana kebergantungan terhadap penggunaan racun perosak dengan aplikasi IPM dijangka akan dapat mengurangkan kes-kes negatif disawah dan inijuga menjamin tahap pengeluaran hasil yang mampan untuk tempoh masa yang panjang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KAWALAN PEROSAK BERSEPADU... APA...
POPULAR DI KENALI.... NAMA IPM SAJA...
PELBAGAI TEKNIK... SESUAI DIGUNA....
SEMUGA PEMBACA... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Muharram 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...