IKAN SEPAT (Trichogaster pectoralis) adalah sejenis ikan air tawar yang hidup dalam kolam, tasik, taliair sawah padi dan juga ada yang diternak secara komersil dibeberapa lokasi di negara kita. Populasi ikan sepat kini tidak begitu banyak seperti zaman dahulu kerana kebanyakan sawah padi sekarang telah menggunakan racun kimia dan mengamalkan sistem tanaman padi cara tabur terus dengan jangkamasa penanaman padi yang pendek menyebabkan ikan sepat berkurangan atau pupus. Jenis ikan sepat siam ada dilapor tersebar luas sehingga ke seluruh negara kerana ia juga ada diusahakan oleh beberapa usahawan tempatan. Proses asas didalam penyebarannya ikan ini juga akan terus berlaku dalam sistem perairan sawah seperti dalam tali air dan juga di kawasan lain seperti di kawasan paya dan bekas lombong. Penulis blog dapati masa kini dimana taburannya semakin berkurangan akibat keadaan persekitaran alam sekeliling iaitu seperti perubahan cuaca, penggunaan racun serangga, pencemaran air, dan ancaman daripada musuh (seperti memerang, ular, burung) serta akibat serangan beberapa jenis penyakit yang memusnahkan kehidupannya. Antara cara mengatasi masalah kekurangan ikan sepat adalah dengan menternaknya di dalam kolam. Bagaimana pun ikan sepat kering (kebanyakannya dari spesis ikan sepat siam) ada dijual dibanyak kedai runcit dan pasaraya dimana ada yang diimport dari luar dimana ikan sepat kering tempatan banyak di Pasar Rabu, Alor Setar, Kedah. Ikan sepat juga mudah dibeli dalam bentuk ikan sepat pekasam yang enak dimakan bersama nasi panas. Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa kisah ikan sepat seperti dilaporkan dalam media tempatan untuk ianya dijadikan bahan bacaan dn rujukkan semua.Portal berita hmetro.com dalam laporan kisah menarik 'Rezeki si pemburu sepat' dari Kuala Terengganu wajar dikongsikan. Kisah ini berlaku pada musim banjir yang melanda negeri Terengganu saban musim monsun dimana ia memang memberi hasil lumayan kepada pemburu ikan sepat juga kerana lazimnya ikan itu mendapat permintaan tinggi ketika musim tengkujuh. Dilaporkan dimana ketika ini harga ikan sepat segar ini adalah diantara RM4.00 dan RM8.00 sekilogram menjadikan ikan sepat dan juga jenis ikan darat lain menjadi menu utama penduduk tempatan di sini. Hasil dari tinjauan Harian Metro ke kawasan banjir di beberapa lokasi daerah ini mendapati ada ramai penduduk setempat sanggup masuk ke dalam parit menahan pukat dan menjala sepat bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan yang sedia menunggu. Bagi individu bernama Fidarus Alias (20 tahun) dimana selalunya pada musim banjir yang melanda kawasan daerah ini membuatkan dia bersama ramai lagi penduduk kampung duduk di rumah dan malas ke pasar untuk membeli ikan laut. Dakwanya dimana sejak hujan melanda beberapa hari lalu maka dia ke kawasan parit kampung dipenuhi air hujan sekali gus menjadi tempat ikan sepat ‘bermain’. Selalunya dia mengambil peluang itu untuk menjala ikan sepat dan haruan bagi meraih pendapatan sampingan keluarganya (Sila lihat foto disebelah). Pada kebiasaannya keluarganya perlu kepasar untuk menghabiskan lebih RM10 untuk membeli barang mentah di pasar, namun kini tidak lagi kerana ramai adik beradik gemarkan ikan darat yang segar. Ikan sepat selalu dimasak lemak, digoreng, masak kicap dan sebagainya dimakan dengan nasi putih. Penulis blog juga suka makan ikan sepat semasa dahulu di tangkap di kampong dalam negeri Johor dengan mencarinya di sawah padi milik keluarga di Sawah Ring, Muar.
Akhbar sama melaporkan kisah 'Sauk Sepat Siam Ditepi Jalan' dimana telah dilaporkan ia ibarat satu pesta apabila orang ramai memenuhi bahu jalan untuk menyauk sepat siam yang ‘mabuk’ sebab ia telah dibawa arus banjir (bah) di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran dengan Kompleks Pertanian Taman Inderapura, Kuantan, Pahang (Sila lihat foto disebelah). Apabila musim hujan dan air banyak maka laluan kalbat untuk air melimpasi jalanraya ini akan mengalirkan air deras dibawahnya. Pesta itu turut menarik kehadiran ramai pengguna jalan raya yang akan berhenti untuk melihat sehinggakan menyebabkan kesesakan lalu-lintas. Kawasn ini adalah laluan utama dari Kuantan ke Pekan dan berhampiran dengan Pusat Pertanian Jabatan Pertanian Inderapura, Kuantan. Dilaporkan dimana bagi Salleh Muhammad (50 tahun) yang mendakwa dimana dia berada ke kawasan itu untuk sajian sauk ikan sepat bagi dijadikan lauk makanan keluarganya sejak lama dahulu. Dia yang mendapat tahu daripada rakan yang memaklumkan ada pesta tangkap ikan sepat siam sejak hari pertama banjir (Isnin) lagi dimana di terus datang membawa sauk sekali. Dilaporkan memang ada banyak ikan air tawar apabila dalam masa tidak sejam 10 ekor berjaya disauk. Dia gembira keran akan tangkapan ikan sepat segar ini boleh digunakan untuk sajian keluarga dan kalau lebih didapati ia akan dijual kepada pengunjung yang ramai melihtnya. Dia yang menetap di Taman Inderapura mendakwa memang sudah menjadi kebiasaan baginya mencari ikan air tawar apabila tiba musim bah. Lazimnya apabila musim banjir maka air sungai menjadi lebih dalam. Air melimpah ke jalan dan ikan tu pun ngikut sama ke darat. Sementara itu seorang lagi rakannya iaitu Mohd Daud (30 tahun) mendakwa paras banjir musim ini adalah lebih tinggi menyebabkan ikan menjadi ‘mabuk’ air sehingga mudah ditangkap. Biasanya terdapat juga macam-macam jenis ikan air tawar lain boleh jumpa akan tetapi paling banyak adalah jenis sepat siam diikuti dengan spesis ikan puyu.
Kisah seterusnya juga menarik bagi saya tulis untuk dikongsikan dari portal berita sinarharian.com.my dimana 'Musim Tengkujuh Pekasam Pak Su Laris' yang dilaporkan dari Pasir Putih, Kelantan. Dilaporkan pada musim tengkujuh dimana ternyata memberi limpahan rezeki kepada pengusaha ikan pekasam iaitu Hanafi Yaakob apabila hasil jualannya meningkat sehingga RM3,000 sebulan berbanding hari-hari biasa. Dia yang telah mengusahakan perniagaan tersebut sejak lebih 20 tahun lalu nyatakan sebagai warga emas berusia 78 tahun itu berkata yang pendapatannya meningkat disebabkan mendapat lebih banyak bekalan ikan darat ketika musim tengkujuh. Apabila berlaku limpahan air sungai yang membanjiri petak-petak sawah maka dilaporkan ia sebenarnya telah memberi peluang kepada nelayan sungai mendapat lebih banyak ikan darat dan dia akan membeli daripada mereka untuk diproses menjadi ikan pekasam. Antara jenis ikan yang dijadikan pekasam ialah lampam, lambak, loma, selat, sepat, puyu, haruan, tilapia dan patin. Dia mengusahakan ikan pekasam ini di Kampung Tasek Pauh, Pasir Putih dengan jayanya. Dia yang lebih mesra dengan panggilan sebagai 'Paksu Nafi' memberitahu dimana tempoh yang diambil untuk menghasilkan ikan pekasam adalah dua hingga tiga minggu bergantung kepada saiz serta jenis ikan sebelum dijual kepada pelanggan. Dia juga yang mendapat bimbingan serta bantuan daripada beberapa agensi terutama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Jabatan Perikanan dan FAMA terutama untuk teknik memasarkan ikan pekasam tersebut. Kini pasarannya adalah kepada penduduk tempatan selain ada juga tempahan daripada pemborong di Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka. Satu paket ikan pekasam seberat 250 gram ini dijual dengan harga RM5 dimana ia enak digoreng bersama hirisan bawang serta cili. Penulis bog pun pernah ujirasa produk ini dengan mendapatkannya dan memasaknya dirumah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MUSIM BANJIR... RAMAI TANGKAPNYA...
DI JADIKAN LAUK... PEKASAM JUGA...
IKAN SEPAT KERING... MAHAL HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.