Lazimnya tanaman bromeliad akan mekar pada bulan-bulan musim panas bagaimana pun untuk mendapatkan persekitaran seperti ini perlu ada sedikit muslihat teknikal dibuat. Di negara temperate dilaporkan sekiranya meletakkan pasu berisi epal di sebelah bunga bromemliads atau pun meletakkan sebuah bekas seperti periuk dalam beg epal selama 10 hari maka proses pembungaannya akan dipercepatkan. Perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh gas etilena yang dikeluarkan oleh buah epal ini akan merangsang pembentukan tunas bromeliads lebih awal. Dalam keadaan lain penjagaan bromelian rumit apabila dilihat bromeliads sudah pudar dan tidak menarik. Perkara ini berlaku pada waktu tertentu dan sebaiknya setelah menunggu pengeringan lengkap maka sisa-sisa tanaman ini perlu dipotong dengan teliti. Keanehan genus ini adalah dimana ia berbunga hanya berlaku sekali sahaja. Dipasaran dimana salah satu tanaman bromeliads yang mudah didapati adalah Bilbergia. Jenis ini dilaporkan mudah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan walaupun di tempat yang rkurang cahaya matahari dan gelap sedikit. Lazimnya jenin ini akan berbunga berwarna merah jambu, berputar dalam lingkaran dan keluar pada musim sejuk (dari November hingga Januari) untuk dinikmati akan ciri-ciri kecantikannya. Dalam pada itu ada spesia bromeliads iaitu tumbuhan berbunga berasal dari Brazil berasal dari perkataan Latin "Nidus" bermaksa sarang. Jenis ini mempunyai daun kaku membentuk roset yang padat. Batang yang dipendekkan tumbuh dari tengah dan berakhir dengan perbungaan pancang dengan bunga merah besar yang padat. Bunga itu sangat mesra cahaya dimana cara menjaganya juga tidak berbeza dengan penjagaan bromeliads yang lain.
Pemilihan bromeliads jenis seperti Aechmea sesuai dimana ia mempunyai warna berbeza yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Spesis Aechmea berasal dari Amerika Selatan mempunyai bracts seperti puncak yang berlainan dan menarik. Daunnya membentuk roset dan terdapat duri di tepi daun dimana jenis ini dilaporkan hanya berbunga sekali sahaja. Selalunya bagi tujuan pembiakan spesis ini setelah akhir berbunga maka bahagian pucuk muncul di perdu pokok perlu di potong dengan berhati-hati dengan pisau tajam. Jika perlu ia perlu ditutup dengan arang dan berada dalam keadaan sedikit kering. Apabila keluar sulur anak maka ia siap boleh ditanam di tanah lain. Dalam pada itu ada sepesis bromeliad yang mempounyai sistem akar yang kuat. Musuh utama bagi tanaman bromeliad adalah serangga scale insects, serangga labah-labah atau cacing mealy. Biasanya apabila bromeliads ini diserang maka tanaman itu boleh diselamatkan dengan mengumpulkan parasit tersebut secara manual. Kemudian poko tersebut boleh bahagian daunnya dibasuh dengan air sabun. Amalan dengan menambah sedikit alkohol atau menggunakan racun serangga siap kali rawatan juga boleh dijalankan. Antara punca serangan adalah kerana penyiraman yang berlebihan dimana ia menyebabkan jangkitan oleh kulat dan tanaman itu akan membusuk. Pokok bromeliads yang sihat dirawat akan tumbuh dengan baik untuk satu jangka masa lebih lama berbanding dengan pokok yang diserang perosak dan penyakit.
Di Malaysia dimana pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) pernah memperkenalkan nanas hiasan yang boleh dijadikan tanaman landskap menarik dan boleh ditanam di pelbagai tempat. Idea untuk penanaman bromeliads ini telah di cetuskan oleh bekas Ketua Pengarah LPNM iaitu Dato' Mohd Anim Hosnan pada tahun 2018 semasa pameran MAHA 2018 (Sila lihat foto disebelah). Terkini pihak MAFI mempamerkan bromeliads semasa sambutan Pameran 100 Aspirasi Hari Keluarga Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur dari 9 - 12 Disember 2021 sert beberapa majlis rasmi MAFI yang menjadikan bromeliads sebagai hiasan pentas. Menteri Pertanian dakwa nanas hiasan merupakan terma nama tanaman Bromeliad daripada keluarga Bromeliaceae yang terdiri daripada 3,475 spesies. Apa pun industri tanaman nanas hiasan atau nama saintifiknya Ananas comosus ialah spesies daripada keluarga Bromeliaceae yang semakin diminati ramai. Nanas hiasan ialah spesis pokok dalam keluarga nanas iaitu Bromelieceae yang paling popular dan paling banyak ditanam di dunia serta ada spesis yang berbuah yang menjadikannya sebagai tanaman komersial. Nanas hiasan itu tidak boleh dimakan seperti nanas segar spesis MD2, Josapine, Moris dan sebagainya kerana ia hanya untuk hiasan sahaja. Selain dijadikan tanaman landskap untuk laman, nanas hiasan juga boleh dijadikan dekorasi bagi hiasan meja, hiasan dalaman, cenderamata, majlis perkahwinan, sektor perhotelan dan pelancongan. Malaysia mempunyai kelebihan dari segi faktor kedudukan geografi di garisan Khatulistiwa iaitu cuaca panas dan lembab sepanjang tahun selain amat sesuai untuk penanaman dan kesuburan nanas hiasan itu. Ia membolehkan nanas itu ditanam di luar dari bangunan menyebabkan kos penanamannya rendah berbanding negara lain. Dengan kelebihan yang ada maka pengusaha nanas hiasan dijangka mampu meraih pendapatan lumayan kerana harganya yang tinggi setanding dengan orkid serta tumbuhan perhiasan dan bunga yang lain. Bagi nanas hiasan dan ornamental, ia dilihat mampu melonjakkan nilai eksport Malaysia sebanyak lima peratus iaitu RM17.6 juta berbanding RM16.78 pada 2018 dan dijangka akan terus meningkat sehingga tahun 2022 semsa artikel ini dituis. Tanaman bromeliads mampu hidup antara satu hingga tiga tahun bergantung kepada spesies pokok menjadikannya ekonomik dari segi teknologi pemeliharaan pokok hiasan. Sama seperti nanas segar, pokok nanas hiasan yang matang akan menghasilkan bunga dan seterusnya menghasilkan sulur (anak) dalam tempoh tiga ke empat bulan. LPNM akan terus sentiasa mengambil langkah pendekatan untuk tujuan ianya dipromosikan dan diperkenalkan tanaman hiasan Bromeliad melalui pameran yang akan dilaksanakan. Bagi memulakan industri tersebit kerjasama daripada semua pihak pelu dalam membangunkan industri bromeliads negara. Artikel ini juga dibahagikan kepada 2 segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BENIH DIBELI... DALAM PASU DIA...
PERLU DISIRAM... DAN JUGA DIBAJA...
AMALAN AGRONOMI... INFO DITERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Jamadilawal 144H).
Posted from:
Langit Rimba Eco Resort,
Pantai, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.