Support My Blog

Tuesday, August 2, 2022

KISAH PRODUK BAJA BARU DAN HARGA

Baja NPK sering disebut dikalangan akticvis pertanian yang terlibat dengan sektor tanaman. Perkataan NPK merupakan satu perkara penting dalam pembajaan tanaman kepada mereka yang belajar dalam bidang pertanian. Hanya mereka yang biasa berkebun atau mempunyai kerja berkaitan dengan sektor tanaman dan pertanian sahaja merupakan kumpulan yang tahu akan maksud NPK. Pada orang ramai yang masih aktif berkebun menggunakan baja yang biasanya ada tertera tulisan NPK pada bungkusannya seperti N:15 P:15 K:15 atau pun baja N:12 P:12 K:17:2 (Lihat foto pada bungkusan baja diatas). Tetapi mungkin juga ramai orang kebanyakan yang tidak mengetahui apa maksud NPK dan nombor yang tertera disebelahnya. Penulis blog yang telah berkecimpung dalam sektor pertanian lebih 40 tahun dan sering memberi ceramah teknikal kepada agen-agen pengembangan pertanian sudah memang amat biasa dengan perkataan NPK dan nombor-nombor yang tertera. NPK sebenarnya singkatan abjad yang bermaksud sebagai Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (Potasium) dan nombor-nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan kandungan setiap bahan itu didalam sebatian baja tersebut. Sebagai contoh jika dipaparkan pada bungkusan nbaja N:12 P:12 K:17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus sebanyak 12% dan Kalium (Potasium) sebanyak 17%. Apa pun penulis blog dapati ia memang amat penting bagi pemain industri pertanian memahami asas kepada formulasi didalam proses pembuatan baja dan tahu keperluan formulasi NPK bagaimana yang dijual kemudian akan dibeli untuk tanaman mereka. Kadar angka NPK ini lazimnya diformulasi mengikut keperluan jenis tanaman, peringkat umur tanaman, musim tanaman, jenis tanah, kaedah pengurusan, fsktor cuaca atau keadaan faktur lain. Artikel pada subuh Khamis ini saya suka menulis dalam blog "Anim Agro Tecgnology" mengenai apa kisah produk baja baru dan kenaikan harga baja seperti dilaporkan media tempatan untuk dirujuk.

Dalam portal hmetro.com dengan artikel yang bertajuk 'Bekal nutrien lengkap, lebih effisien' sesuai dijadikan satu bahan teknikal untuk dkongsikan. Apa pun lazimnya penggunaan 
baja dalam tanaman dilihat begitu penting kerana ia memberi khasiat tambahan untuk proses tumbesaran tanaman itu sendiri. Malah selalunya penggunaan baja untuk sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting bagi membolehkan pengusaha tanaman mendapatkan hasil yang lebih cepat serta bermutu. Namun begitu sering timbul juga cabaran dalam persekitaran semasa apabila terdapat baja yang boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran terutama penggunaan baja kimia yang tidak mengikut sukatan yang betul. Tidak sekadar itu dimana apa yang lebih memburukkan keadaan apabila berlaku perubahan iklim seperti hujan lebat berterusan mengakibatkan bahan kimia itu larut resap lebih cepat ke dalam tanah dan berpotensi mencemarkan kawasan yang menjadi sumber air. MARDI baru-baru ini telah dilapor menjalankan kajian untuk menghasilkan 'baja mesra alam' yang bukan saja bersifat lestari malah lebih meningkatkan pengeluaran serta menjimatkan kos. Hasil kajian sejak Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) iaitu selama lima tahun dimana pihak MARDI menerusi penjana teknologinya iaitu saintis dikenali Theeba Manickam telah berjaya menghasilkan baja mesra alam yang dikenali sebagai Organo Plus (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya kini dimana kebanyakan baja konvensional sedia ada di pasaran telah pun memfokuskan kepada makronutrien nitrogen (N), fosforus (P) dab kalium (K) yang kurang cekap untuk diserap tanaman. Perkara itu akan mempengaruhi pembaziran nutrien akibat larut resap dan meningkatkan kos pengeluaran sekali gus mencemarkan alam sekitar.

Produk Baja OrganoPlus adalah formulasi terkini hasil kajian penyelidik di MARDI yang menggabungkan komponen nutrien iaitu daripada bahan mineral dengan komponen organik dan semula jadi iaitu 'kompos biochar' serta pemangkin. Dilaporkan juga dimana baja ini adalah 'baja hibrid' iaitu gabungan elemen organik dan mineral dan dapat membekalkan nutrien lengkap secara lebih efisien bagi pengeluaran hasil tanaman yang tinggi dan mampan. Di samping membekalkan nutrien yang penting untuk dapat pengeluaran hasil tanaman, OrganoPlus juga mempunyai elemen perapi tanah dan pemangkin penyerapan nutrien yang penting bagi membantu mengurangkan kadar larut resap untuk pembajaan yang efisien serta mesra alam. Baja ini juga adalah sesuai untuk semua jenis tanah dan pelbagai tanaman buah seperti cili dan tomato. Selain itu, ia juga sesuai untuk tanaman bungaan dan buah-buahan yang penting mengikut keperluan tanaman itu sendiri dan mampu untuk petani menghasilkan sayur lebih berkualiti. Baja tersebut telah diuji keberkesanannya ke atas didakwa berlaku peningkatan hasil tanaman daripada 12 - 18 peratus dengan kadar dalam pengurangan baja sebanyak 5 -10 peratus berbanding baja komersial lain. Apa pun kajian dijalankan ke atas pelbagai jenis sayur-sayuran dan bunga-bungaan di atas pelbagai jenis tanah antaranya dikawasan tanah tinggi Cameron Highlands, Tanah gambut dan Tanah bermasalah iaitu tanah bris dimana ia sesuai untuk tanaman berdaun. Menerusi penggunaan berterusan Baja OrganoPlus, ia terbukti mampu meningkatkan kandungan bahan organik di dalam tanah bagi memastikan tanah kekal sihat dan subur. Baja OrganoPlus yang belum dikomesialkan ketika ini dilapor membantu mengurangkan pencemaran bahan kimia di dalam tanah. Baja ini adalah gabungan antara mineral dan organik kerana dengan organik saja baja berkenaan mempunyai NPK yang rendah dan tidak sesuai untuk semua tanaman. Apabila ada petani yang menggunakan baja hibrid seperti ini ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis tanaman yang diusahakan. Antara perkara paling penting ialah pelepasan bahan kimianya lebih baik dan mesra alam kerana terdapat bahan organik dan pemangkin nutrien yang melepaskan secara efisien kepada tanaman. Maknanya kini sudah 30 peratus pengurangan larut resap nutrien ke dalam tanah berbanding baja sedia ada. Penulis blog belum pernah melihat produk ini dipasaran semasa artikel ditulis.

Dalam portal berita utusan.com menarik kisah  dimana'Baja kimia fertigasi naik 120 peratus' iaitu pada Jun 2022 untuk dikongsikan. 
Berita dari Kuantan, Pahang tersebut melaporkan kira-kira 400 pekebun sayur fertigasi di Cameron Highlands dekat sini cukup terbeban ekoran kenaikan harga baja kimia yang ketika ini mencecah hingga 120 peratus. Situasi kenaikan baja kimia itu berlarutan selama dua tahun, sekali gus menyebabkan sayur seperti tomato, lada benggala, terung, tomato ceri, timun Jepun, strawberi dan cili berkurangan sehingga 35 peratus. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pekebun sayur fertigasi Cameron Highlands, Lau Weong Soow berkata, kenaikan 100 hingga 120 peratus itu membabitkan enam baja kimia fertigasi. Menurutnya, enam baja kimia tersebut adalah daripada jenis calcium nitrate, potasium nitrat, magnesium sulphate, monopotasium fosfat, potassium sulfat dan juga ammonium nitrat. Kepentingan Baja NPK yang disesuaikan untuk fertigasi ini adalah signifikan. Kini berlaku kadar kenaikan antara RM3,700 ke RM12,000 satu metrik tan. Sebagai contoh dimana Calcium nitrate sebelum ini RM1,500 akan tetapi ia kini dijual pada harga RM3,700 satu tan metrik. Paling tinggi mencatatkan kenaikan Monopotassium fosfat dimana sebelum ini berharga RM5,000 dan telah naik 120 peratus kepada RM12,000 satu tan metrik . Kos input terlalu tinggi menjadikan apakah nasib peniaga dan petani yang menanam sayur secara fertigasi. Mungkibkah mereka perlu menjual sayur mahal kerana harga sayur tetap perlu ikut pasaran semasa dan juga permintaan dakwa beliau. Weong Soow berkata dimana permasalahan tersebut telah pun diadukan kepada pihak berkaitan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Pertanian namun seolah-olah ianya hanya dipandang sepi. Apa kita harapkan pihak berkenaan mencari penyelesaian tentang kenaikan mendadak baja kimia tersebut, sekurang-kurangnya kawal harga supaya ia tidak terlalu tinggi dan membebankan. Sama ada diberikan peruntukan khas, bantuan, itu terpulang. Tetapi kita perlu penyelesaian supaya isu kenaikan baja kimia fertigasi ini tidak terus membebankan pekebun sayur fertigasi di Cameron Highlands. Bagi Setiausaha Pertubuhan Pekebun-pekebun Sayur Cameron Highlands iaitu Chay Ee Mong pula berkata dimana kenaikan harga baja itu cukup membebankan golongan pekebun kerana input bagi menghasilkan projek pertanian seperti sayur-sayuran lebih mahal daripada produk dikeluarkan. Ramai petani merungut ekoran kenaikan baja kimia terbabit. Ada menyatakan, jika tidak tahan mereka tidak tanam sayur lagi kerana kosnya terlalu tinggi sebaliknya menukar kepada pertanian yang melibatkan jangka masa panjang seperti kelapa sawit. Beliau berkata, kebimbangan utama ketika ini adalah bekalan sayur menggunakan sistem fertigasi akan terjejas sekali gus berkurangan dalam pasaran negara. Ini kerana ia bukan sahaja harga baja kimia fertigasi terlalu mahal, malah rantaian bekalannya juga semakin berkurangan ekoran sekatan di negara asal seperti China dan juga Russia. Jadi pekebun bimbang dan tidak pasti sama ada bekalan baja ini ada kekal atau terus berkurangan, jadi bertindak mengurangkan tanaman sayur fertigasi. Dakwanya dimana dalam masa dua ke tiga bulan akan datang, bekalan sayur fertigasi akan terjejas dimana petani bimbang untuk tanam banyak sayur seperti tomato, lada benggala, terung, tomato ceri, timun Jepun dan cili. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
INPUT BAJA NPK ... SUDAH NAIK HARGA...
ADA PRODUK BARU... DIPASARAN TIADA...
PETANI SUKAR... BAGAIMANA BELINYA...
BAJA MAHAL...JUAL SAYUR MACAM BIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulhijjan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...