Dalam portal berita oleh beberapa media lokal pernah dilaporkan dimana akibat 'Isu EI: Jabatan veterinar larang pemindahan kuda' seperti pernah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya kerana berlaku wabak Equine Influenza di Turf Club Sg Besim Selangor. Dilaporkan dimana Jabatan Perkhidmatan Veterinar melarang pemindahan kuda ke kandang kuda yang lain di seluruh negara berikutan penularan virus Equine Influenza (EI) atau flu kuda. JPV dakwa kes tersebut adalah ekoran penyakit itu cepat merebak, beberapa kelab lumba kuda termasuk Selangor Turf Club (STC), Perak Turf Club (PTC) dan Penang Turf Club diminta memperketatkan kawalan serta memastikan tiada kuda dan alatan dibawa keluar dari kelab berkenaan. Apa pun keputusan ujian sampel yang dijalankan oleh makmal di Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh dan Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) mengesahkan jangkitan itu berpunca daripada EI. Sumber jangkitan mungkin berpunca daripada kemasukan empat ekor kuda yang diimport dari New Zealand melalui Singapura. Penularan penyakit itu dikesan selepas dua ekor kuda yang dipindahkan ke STC, seekor ke PTC dan seekor lagi ke Penang Turf Club yang dikesan mengeluarkan hingus dipercayai 'influenza-like' seperti rajah disebelah. Semua kuda itu tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan semasa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di Stesen Kuarantin Haiwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kini lebih 100 ekor kuda telah berjangkit dengan cepat yang berpunca daripada empat ekor kuda import berkenaan tetapi keadaan masih terkawal. Kami mengambil perhatian serius terhadap masalah ini. JPV juga menasihati pihak yang ingin menganjurkan sebarang aktiviti berkuda menghentikannya sementara waktu dan yakin penyakit berkenaan boleh dikawal dalam masa sebulan setengah. Kenyataan oleh Setiausaha Persatuan Lumba Kuda Malaya, Krishna Kumar dakwa semua perlumbaan kuda di seluruh negara pada telah dibatal sehingga kes jadi normal.
Kisah yang penulis blog suka membaca bertajuk 'Pelihara kuda jadi terapi rakyat Kelantan' yang sinonim dengan minat orang Kelantan. Kisah dimana aktiviti memelihara atau menternak kuda adalah sebahagian daripada tradisi rakyat Kelantan. Ada yang menjadikan hobi itu sebagai 'suka-suka' dan ada yang tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu perniagaan yang boleh menguntungkan. Bagi pemilik kuda kacukan Kelantan dikenali Noorisyam Mahmod (46 tshun) yan kini memiliki kuda adalah satu keistimewaan kerana mampu menjadi terapi minda kepada pemiliknya. Perasaan itu dirasainya selepas beliau memelihara seekor kuda yang diberi nama Sabiq yang dibeli dengan harga RM5,000 pada 10 tahun lepas. Padanya walau pun harganya agak mahal ketika itu tetapi dia memutuskan membeli Sabiq kerana tertarik dengan warna bulunya selain badannya yang tinggi dan tegap. Dia berikannya nama Sabiq yang bermaksud yang paling hadapan dengan harapan 'dia' akan sentiasa di hadapan dalam apa jua pertandingan ketika ditemui wartawan di Kubang Kerian, Kelantan. Dakwanya ada perasaan kasih kepada Sabiq kian menebal dari sehari ke sehari dan kehadiran Sabiq dalam menceriakan hidupnya. Kepenatan kerja sebagai penjawat awam memang dirasakan berkurangan setiap kali dapat membelai Sabiq. Dia seolah memahami percakapan kita dan akan datang menghampiri saya bila namanya dipanggil. Itu satu kepuasan yang menyeronokkan baginya. Bapa kepada empat anak itu dakwa dimana dia menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam setiap hari bersama Sabiq bagi memastikan agar kuda kesayangannya berada dalam keadaan baik dan sihat. Keputusannya membeli Sabiq tepat apabila kuda itu sering menjuarai perlumbaan dan pertandingan kuda cantik di beberapa negeri sejak usianya tiga tahun. Dakwanya kini dia mempunya kenalannya yang bertambah ramai kerana sering menyertai pelbagai pertandingan bersama Sabiq. Apa pun dilihat dimana kebanyakan pemilik kuda mengenali saya dengan panggilan 'Poksan Sabiq'. Bagi saya nama itu satu kombinasi yang sangat menyenangkan kerana mampu ingatkan saya kepada Sabiq sentiasa. Bagi memastikan kelangsungan baka Sabiq, Noorisyam telah melakukan pembiakbakaan kudanya bersama pelbagai jenis kuda betina dan sehingga kini Sabiq telah mempunyai 20 ekor anak. Apa pun Sabiq kini telah direhatkan daripada menyertai sebarang acara perlumbaan berikutan kecederaan yang dialaminya selain faktor usianya yang kini mencecah 10 tahun. Dia berharap agr Sabiq dapat hidup lebih lama kerana kuda ini juga mempunyai baka yang agak ramai namun tidak akan sama sepenuhnya seperti Sabiq. Dia mempunyai hasrat untuk mengembangkan minatnya dengan memelihara lebih banyak kuda selain menyediakan proses pembiakbakaan pada masa hadapan.
Kisah lain bertajuk 'Kerbau, kambing, kuda dilarang ‘lepak’ di masjid, balai raya' merupakan satu arahan pihak pengurusan masjid. Kisah bagaimana penternakan haiwan ruminan perlu dikawal selia dalam kandang atau tempat berpagar yang teratur tanpa berkeliaran di kawasan awam. Kisah dari ibupejabat Jabatan Perkhimatan Veterinar di Putrajaya. Dilporkan bukan sahaja berkeliaran di sekitar jalan raya, malah ternakan ruminan di Pahang dilarang keras ‘melepak’ di kawasan masjid, balai raya atau kawasan perumahan. Peringatan tegas itu dimuat naik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerusi laman sosial rasmi agensi tersebut yang memetik notis daripada Pejabat Veterinar Daerah Maran berdasarkan Enakmen Kawalan Kerbau-Lembu 2001 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang sebelum diwartakan akhir tahun tersebut. Definisi Kerbau-Lembu dalam enakmen ini merujuk termasuk kambing dan biri-biri serta kuda selain kerbau dan lembu yang tanpa mengira situasi umur, jantina atau jenis. Rang undang-undang itu dibentangkan oleh kerajaan negeri tersebut bagi mengatasi masalah kepada keselamatan dan kacau ganggu haiwan berkenaan kepada orang awam sejak sekian lama. Larangan tersebut bukan sahaja meliputi mana-mana permukaan jalan sama ada Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), bahkan jarak 20 meter dari bahu jalan terbabit. Tidak ketinggalan, mana-mana lapangan terbuka, tempat letak kereta, kebun bunga, taman atau medan aktiviti rekreasi sama ada terkepung atau tidak. Kawasan larangan ini turut membabitkan semua masjid, balai raya, zon perumahan, tapak pasar tani, perhentian bas dan teksi serta destinasi tarikan pelancong di Pahang. Penternak yang berdegil akan dikenakan tindakan menerusi operasi tangkapan berdasarkan aduan diterima oleh pihak JPV dan diselaraskan bahagian penguatkuasaan PBT,. Ternakan tersebut boleh ditangkap dengan apa cara yang bersesuaian tanpa perlu sebarang peringatan amaran dan akan ditahan selama tempoh 14 hari di tempat paun awam ditetapkan. Kandang ternakan juga boleh diroboh jika dibina di kawasan larangan dan selepas 14 hari tiada tuntutan, haiwan ini akan dilupus sama ada cara sembelih atau dilelong hidup,. Rekod agensi itu menunjukkan di Pahang sepanjang tahun lalu terdapat sejumlah 155,686 ekor lembu, sekali gus menjadikan negeri tersebut sebagai penternakan terbesar di Malaysia. Negeri paling besar di Semenanjung itu turut merekodkan sebanyak 11,511 ekor kerbau, 35,830 ekor kambing, 17, 611 ekor biri-biri dan 196 ekor kuda pada tahun lepas. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 da Part 2 yang peru dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi inf berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TERNAKAN KUDA... ADA DI MALAYSIA...
SEBAGAI HOBI... DAN JUDI LUMBA KUDA...
PELBAGAI KISAH ... DI LAPORKAN MEDIA...
MENJADI RUJUKKAN... SEMUA PEMBACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Muharram 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.