Support My Blog

Wednesday, August 17, 2022

SISA NANAS - APA POTENSINYA?

TANAMAN NANAS
(Ananas cosmosus) merupakan sejenis tanaman yang kini semakin popular di Malaysia apabila industri ini mampu menyumbang pendapatan baik kepada pengusahanya. Tanaman nanas kini lebih diminati kerana ada beberapa variety premium yang diperkenalkan termasuk Nanas MD2 (AC19), Nanas Josapine (AC5), Nanas Cobek (AC13), Nanas Crystal Honey (AC14) dan yang terbaru adalan Nanas Jambul Mas A18 (AC15). Bagaimana pun dilaporkan dimana nanas tradisional seperti Nanas Moris, Nanas Gandul dan Nanas N36 masih ditanam dimana kebanyakannya ia adalah adalah untuk pasaran domestik atau di kalengkan. Pada tahun 2021 seluas 14,072 hektar tanaman nanas telah ditanam dan menghasilkan sebanyak 325,028 metrik tan nanas segar (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Kawasan utama penanaman nanas direkodkan di Negeri Johor dengan keluasan 7,610 hektar menghasilkan sebanyak 212,130 metrik tan diikuti dengan Negeri 
Sarawak (2,522 hektar) dan Selangor (597 hektar). Negeri Pahang bagaimana pun ianya dijangka akan menjadi salah satu negeri pengeluaran nanas dalam masa akan datang. Saya ada menulis beratus-ratus artikel mengenai nanas didalam blog 'Anim Agro Technology' dan Blog 'Anim Agriculture Technology' untuk dibaca. Pada penulis blog nanas merupakan sejenis tumbuhan tropika yang banyak ditanam di Malaysia khususnya di negeri Johor yang semakin popular. Industri tanaman nanas negara telah dapat berkembang pesat ke negeri-negeri lain seperti Selangor, Pahang, Sarawak, Perak, Sabah dan Kedah. Apa pun dalam penelitian penulis blog peranan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang memajukan industri ini dilihat ketara apabila bajet besar dilaksanakan dalam RMK ke 11. Dahulu kebanyakan buah nanas ditanam dan dituai untuk dihantar kekilang mengetin buah nanas untuk pasaran eksport. Terdapat sebanyak 10 buah kilang beropersai masa dulu dimana kebanyakannya berada di Johor. Bagaimana pun kini hanya ada sebuah sahaja kilang mengetin nanas bersaiz besar dan beberapa kilang kecil IKS yang memproses buah nanas. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 7,132 mengenai potensi untuk memproses sisa nanas sebagai satu info untuk dijadikan bahan rujukkn semua pembaca.

Pada penulis blog kini semakin ramai yang berminat untuk menanam nanas terutama bagi nanas makan segar degan beberapa varieti nanas premium yang diperkenalkan. Faktor perkembangan positif penanaman nanas adalah kerana terdapat banyak bentuk bantuan yang telah disalurkan pihak kerajaan melalui LPNM dan Jabatan Pertanian bagi tujuan meningkatkan hasil pengeluaran nanas. Nanas juga telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada 5 jenis sumber kekayaan negara dalam sektor pertanian di samping beberapa komoditi lain termasuk durian, tenusu, kelapa dan jagung bijian. Pada penulis blog di Malaysia potensi industri tanaman nanas adalah di bawah kelolaan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang bertanggungjawab memantau pembangunan dan aktiviti pengeluaran nanas untuk pasaran domestik dan juga potensi pasaran antarabangsa amat besar. Terdapat pelbagai jenis nanas ditanam di seluruh dunia dan menurut data daripada LPNM dimana terdapat tiga jenis nanas yang biasa ditanam sejak zaman dulu (awal 1950'an) terdiri dari Nanas Moris, Nanas Sarawak dan Nanas Gandol. Namun pada masa ini dengan adanya varieti hibrid nanas premium iaitu ‘Nanas varieti MD2’ sudah dijadikan sebagai nanas yang paling popular ditanam di Malaysia. Penulis blog yang menerajui LPNM selama 2 tahun mendapati nanas MD2 mendapat permintaan tinggi daripada pasaran dunia khususnya China dan permintaan domestik dalam negara. Banyak aktiviti promosi buah nanas MD2 dilakukan di luar negara termasuk di China, Jepun, Korea, Negara Timur Tengah dan sebagainya didalam mengembangkan potensi eksport nanas dari Malaysia. Eksport nanas negara telah meningkat dua kali ganda pada tahun 2020 dengan anggaran sebanyak RM320 juta setahun dimana perkara ini adalah disebabkan pasaran nanas negara berjaya dalam menembusi pasaran China dan juga kebolehan industri dalam meningkatkan kapasiti penanaman dan pemprosesan. Ia merupakan satu kejayaan besar yang boleh menyumbang kepada Keluaran Dalam Negri Kasar (KDNK) sekali gus meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha tanaman nanas. Sehingga ke hari ini pun dilaporkan bahawa pengeluaran nanas sudah meluas ditanam untuk pasaran domestik dimana kira-kira 32.37 tan nanas mampu dihasilkan bagi setiap hektar.

Dalam pada itu industri nanas banyak memberikan apa yang dikatakan sebagai 'Sisa Pepejal' yang didefinasikan sebagai sisa berjisim daripada tanaman nanas. Sisa Pepejal pula adalah dapatan atau pun hasilan daripada pemprosesan nanas atau selepas aktiviti penuaian tanaman nanas. Penulis blog sering melihat bagaimana pada kebiasaannya nanas akan diproses bagi tujuan penghasilan jem, jus, kordial, cuka dan bahan perasa makanan. Antara produk kesukaan penulis blog adalah 'Minuman Pinacolama' iaitu minuman jus campuran diantara pati nanas MD2 dengan air kelapa Matag yang diperkenalkan semasa MAHA 2018 di MAEPS, Serdang (Sila lihat foto disebelah). Minuman Pinacolama ini sangat berkhasiat dan sesuai dijadikan produk Malaysia yang berpotensi. Proses penghasilan produk nanas ini biasanya akan menghasilkan sisa pepejal berjisim atau selalu dipanggil sebagai 'hampas' yang terdiri daripada bahagian empulur, kulit, jambul dan juga batang nanas. Penjanaan sisa buangan daripada industri pertanian nanas yang semakin berkembang di Malaysia apa pun kemuidan akan dilihat akan mengganggu keseimbangan alam sekitar dan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Selepas sahaja aktiviti penuaian buah nanas lazimnya dilihat ada sisa nanas dimana ia selalunya akan dibakar atau dibiarkan di atas tanah sehingga mereput. Sisa buangan nanas yang semakin bertambah juga akan memberi impak negatif kepada masalah kesihatan dan kelestarian alam sekitar. Ini kerana sisa nanas mengambil masa yang agak lama untuk dilupuskan dan akan menarik perhatian serangga perosak dimana jika tidak di rawat ia seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya. Kejadian ini ada dilihat dibeberapa kilang IKS yang membuat produk berasaskan nanas dimana khidmat nasehat sering diberikan kepada para usahawan ini untuk diatasi.

Sehubungan dengan itu perlu ada aktiviti 'penciptaan produk' berasaskan sisa nanas yang mana kelak akan mampu memelihara alam sekitar seiring dengan peningkatan kegiatan pertanian penanaman nanas itu sendiri dan juga industri pemprosesan nanas. Potensi bagi inovasi seperti ini memang akan memberikan kesan yang positif bukan sahaja dari segi keberuntungan sektor ekonomi dan kebersihan alam sekitar malah dapat mengekalkan pemuliharaan tanaman nanas. Aspek penyelidikan (R&D) juga akan mempastikan berlaku keberuntungan melalui impak penemuan terkini tentang khasiat yang diperoleh daripada sisa buangan nanas seperti bahagian batang, kulit, empulur dan jambul. Pada penulis blog kalangan para pembaca mungkin ada yang telah mengetahui bahawa nanas mempunyai pelbagai khasiat termasuk vitamin C, serat dan juga sejenis Enzim Proteolitik atau Enzim Pencernaan yang dikenali sebagai Bromelin. Lazimnya Bromelin dijumpai dalam kuantiti yang tinggi dalam buah nanas namun begitu kandungan yang tinggi dan sederhana juga ada dalam bahagian batang, empulur kulit dan daun nanas. Justeru itu potensi didalam usaha memberi nilai tambah kepada sisa-sisa nanas itu sendiri boleh dilakukan dengan lebih sistematik. Dilaporkan dimana bahan bromelin merupakan salah satu proteolitik enzim yang berupaya untuk menguraikan struktur kompleks protein kepada struktur yang ringkas. Produk Enzim Bromelin memiliki beberapa fungsi antaranya sebagai bahan Anti-edematosa (mencegah pembengkakan akibat gangguan organ), Anti-trombotik (didalam mencegah penggumpalan darah) dan Anti-inflamasi (bagi mencegah keradangan). Dipasaran sudah ada banyak produk bromelin untuk didapatkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun bagi mengeluarkan produk ini secara komersil perlu ada penglibatan banyak pihak.

Bagaimana pun diantara hasil-hasil inovasi yang unik dari sisa buangan nanas ini adalah seperti penghasilan 'Agen Pelembut Daging' yang boleh dihasilkan daripada ekstrak bromelain. Bromelin yang diekstrak dari bahagian empulur atau batang nanas diinovasikan sebagai agen pelembut daging kerana sifat bromelin itu sendiri yang mampu untuk menguraikan struktur protein pada daging seterusnya memberikan kesan lembut daging. Hasil inovasi lain dari sisa nanas adalah seperti penghasilan benang serat daun nanas yang dilaporkan boleh digunakan dalam penghasilan Produk Tekstil berkualiti tinggi termasuk dalam penghasilan pakaian dan motif songket pada pakaian yang boleh menjadi pengganti kepada benang emas. Hasil inovasi ini dilihat sebagai sumber pendapatan baharu bagi usahawan tanaman nanas terutama mereka yang berminat di Malaysia. Di samping itu apa yang penulis blog paling suka apabila sisa nanas juga kini sudah berjaya dijadikan sebagai 'Produk Bahan Media Bongkah Cendawan' untuk tanaman cendawan seperti cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulminarius), cendawan telinga kera, cendawan kukur dan cendawan jerami padi. Sisi nanas juga dilaporkan memang boleh mengurangkan kebergantungan kepada media cendawan yang sedia ada iaitu serbuk kayu. Sisa nanas turut diinovasikan dalam pembuatan sehingga menjadi 'Produk Baja Organik' yang mana ia sesuai untuk meningkatkan kandungan mikrob efektif yang baik untuk tanaman bagi menghasilkan hasil yang mampu diberikan persijilan Produk Makanan Organik. Dalam industri makanan biasanya ada sisa nanas khususnya yang ada pada bahagian tengah (empulur) buah nanas dimana dilaporkan ianya turut diinovasikan dalam aktiviti pembuatan kicap, keju halal dan juga produk pembuatan pasta. Penulis blog juga dapati dimana hasil dari bahan daripada sisa nanas juga berpotensi untuk digunakan semula sebagai bahan dalam pembuatan produk lain termasuk produk kertas, kosmetik, biogas dan juga bioetanol. Dalam pada itu penulis blog pernah ke Kuantan dimana melihat antara hasil kajian inovasi sisa nanas oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu mereka berjaya untuk hasilkan bahan pencuci botol susu dan aksesori bayi, bahan pencuci fabrik dan alatan di hospital, agen pelembut daging, dan bongkah cendawan tiram menggunakan substrat sisa nanas. Kebanyakan dari hasil kajian ini telah dipatenkan dan akan dikomersialkan dalam masa terdekat. Apa pun memang kini sudah terdapat pelbagai inovasi hebat yang boleh diketengahkan dari sisa nanas yang boleh memberi tambah nilai kepada sisa nanas itu sendiri. Diantara kisah hebat adalah bagaimana sisa nanas boleh dijadikan dron yang boleh dibaca artikel tulisan saya dengan pautan berikut (Sila klik disini).  Setelah membaca artikel ini penulis blog percaya dimana potensi tetap ada dan menggunakan sisa nanas ini memang boleh memelihara alam sekitar dan sebagai sumber pendapatan tambahan kepada pengusaha tanaman nanas di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SISA DARI NANAS... BANYAK DI JANA...
BOLEH DIPROSES... PELBAGAI GUNA...
ADA BROMELIN... DIBUAT DRON JUGA...
POTENSI BANYAK... PRODUK PUN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Muharram 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...