Support My Blog

Friday, August 26, 2022

TANAM BUAH MALAYSIA DI AUSTRALIA?

USAHA MENANAM
pokok buah-buahan yang popular di Malaysia di Queensland Utara, Australia merupakan satu kisah yang menarik untuk dikongsikan dan dilaporkan dalam sebuah portal berita dan dalam facebook milik petani tersebut. Buah Durian yang dihasilkan daripada pokok durian (Durio zibethinus Murr) merupakan sejenis buah yang sangat popular di rantau ini sehinggakan ia digelar 'Raja Segala Buah' atau dalam bahasa Inggeris sebgaai 'King Of Fruit'. Bagaimana pun banyak kisah dipaparkan dimana tidak ramai 'Orang Putih' dan mereka dari luar negara yang suka dengan buah durian yang katanya berbau busuk atau 'stink fruit'. Dalam youtube banyak video dimana orang asing ini diminta ujirasa makan buah durian dimana rata-rata ramai yang tidak suka dengan aroma atau baunya serta rasanya. Hanya sebahagian kecil sahaja mereka yang suka makan buah durian. Bagaimana pun negara Thailand sebagai pengeksport buah durian terbesar dunia telah berjaya mengeluarkan buah durian yang dipetik matang dan kurang bau untuk dipasarkan terutama ke China dan berpuluh negara lain diseluruh dunia. Kisah menarik yang dilakukan oleh seorang petani dari Australia dikenali sebagai Blair Lambert (31 tahun) berjaya menanam beberapa jenis pokok buah seperti durian yang terdapat di Malaysia untuk ianya dapat diperkenalkan kepada penduduk tempatan disana di kawasan Queensland Utara (Sila lihat foto diatas). Kita pernah dengar dimana Australia adalah sebuah negara yag hebat dengan hasil buah-buahan temperate untuk kegunaan domestik dan juga pasaran eksport. Dia yang sering datang ke Asia Tenggara termasuk ke Malaysia memang sangat suka dengan buah jenis tropika seperti buah durian, cempedak, betik dan juga buah rambutan. Dia yang sangat suka makan buah durian (fall in love) terutamanya dan bercita-cita memulakan tanaman tersebut di tempat asalnya iaitu Queensland Utara. Sebagai salah seorang pelopor tanaman ini di Australia, dia berharap lebih ramai orang Australia dan diseluruh dunia kelak akan meminati makan buah durian yang mempunyai bau yang kuat dan rasanya yang unik. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya tulis semula laporan dalam bahasa Inggeris dari MSN mengenai bagaimana Blair Lambert mengusahakan tanaman buah tropika di Australia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah ini bermula didalam usaha Blair Lambert untuk menanam durian apabila dia berkunjung ke Malaysia dan beberapa negara jiran. Belau yang asalnya telah melalui laluan hidup mencabar dan sukar apabila dia pernah menagih dadah, gagal dalam alam pendidikan (high school and university drop out) dan dibuang kerja semasa umur mudanya. Kemudian dalam 5 tahun dimana kegidupannya berubah setelah makan banyak makanan berkhasiat khususnya yang berasaskan buah-buahan. Dia mendapati buah-buahan tropika daripada Asia Tenggara antara buah yang terbaik an disukainya. Dakwanya dimana buah tropika telah mengubah gaya hidupnya dimana dia memang asalnya tidak percaya mengenainya kerana memang dia tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Semasa berada di Malaysia kerana mengikuti 'Durian Tour' dia tidak percaya dimana buah durian yang kuat baunya dan enak menjadi buah kegemarannya yang paling disukai. Apabila membelah buah durian dia sangat teruja walau pun asalnya kuit buah yang  berduri ini dilihat agak menakutkan rupanya. Dia cuba mengenali pokok durian dan berusaha untuk menanamnya di Australia selepas itu. Dia masih ingat bagaimana pada kali pertama berdekatan dengan buah durian dengan bau yang kuat ingin melarikan dari buah tersebut sebaliknya apabila sudah makan isinya dia terkejut dengan rasa uniknya. Dakwanya rasa buah durian yang dimakan lidahnya sudah dapat kenalpasti akan keenakannya yang manis bersama baunya adalah sesuai dengan citarasa sebenar yang dia suka. Memang sukar untuk mendapatkan buah durian segar di Australia sama ada di Suoermarket atau premis jualan buah-buhahan dimana dia juga melihat perkara ini sebagai 'peluang' terbaiknya. Dia bersama rakannya bernama Riley Hickon telah bercadang mejadikan buah durian agar lebih ramai pengguna di Australia melalui pelbagai cara sesuai pendekatannya (Sila lihat foto disebelah). Keduanya yang meminat buah-buahan tropika ini ingin menjadikan buah duria untuk ditanam dan di cuba pemasarannya di Queensland Utara.
 .
Mereka percaya bukan mudah untuk menjadikan buah durian sebagai buah yang akan disukai oleh rakyat Australia. Satu cara menimbulkan minat untuk ujirasa makan durian adalah dengan membuat ujirasa berberapa kali buah tersebut. Ramai kalangan mereka kali pertama makan durian sudah 'tidak mahu cium baunya' dan menghindarkannya. Mereka berdua juga mendakwa setelah beberapa kali ujirasa isi durian barulah boleh menerima fakta bahawa memang buah durian ini layak digelar sebagai 'King of Fruit' kerana aroma, rasa dan harganya yang mamang agak mahal terutama jenis durian preium seperti Durian Musang King.  Bagi jenis durian Duri Hitam, Durian Tembaga dan beberapa lagi. mereka berusaha memecahkan tradisi anggapan mengenai menanam durian di Queensland Utara setelah tubuhnya syarikat dinamakan 'The Ripe Time'. Ladang mereka yang menanam beberapa jenis buah-buahan popular seperti Durian, Nangka, Cempedak, manggis, betik, Rambutan serta beberapa buah lain dilaporkan antara yang pertama di kawasan tersebut. Kawasan ladang seluas 0.5 kilometer persegi ini telah ditanam dengan lebih 50 jenis buah-buahan terutama bagi manggis dan rambutan serta durian sebanyak lebih 3,000 pokok semuanya. Walau pun kejayaan dalam percubaan ini masih belum pasti dimana Brian Lambert percaya akan datang dimana tanaman duriannya akan mampu dipecahkan sebagai penanam buah berjaya di Queensland Utara. 

Limbert menyatakan dimana dia ingin terus bekerjasama dengan Persatuan Penanam Durian Malaysia agar dapat membekalkan buah durian ke Australia sehingga peningkatan kepada 10 kali ganda pada masa akan datang. Dia yang beberapa kali ke Malaysia mendapati memang ada banyak jenis atau varieti buah durian ada di Malasyia yang mungkin ada yang sesuai dipasarkan di Australia. Bagaimana pun dakwanya memang dia sudah suka dengan varieti Durian Malaysia seperti Musang King (D197), Duri Hitam (D200) dan juga Udang Merah , D24 da D10. Mereka berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada pengusaha durian komersil di Malaysia erana mempunyai pengetahuan dan pengalaman mtentang banyak varieti durian tersebut. Tanaman durian diladang mereka juga di selenggara seperti aspek cantasan, penbajaan, kawalan perosak dan penyakit agar pokoknya tumbuh dengan baik. Walau pun bidang ini baru bagi mereka akan tetapi usaha yang dilakukan memerlukan tahap komitment tinggi. Mereka juga mempunyai perancangan dengan bermula dari ladang dusun buah tropika di Queensland Utara ini untuk mampu pasarkan hasilan buah mereka ke banyak pasaraya seluruh Australia tidak lama lagi. Pada masa ini pokok cempedak dan rambutan sudah mula berbunga dan berbuah (Sila lihat foto disebelah). Mereka percaya walau pun ramai pengguna Australia tidak kenal dengan buah-buahan dari Malaysia ini tetapi mereka yakin meneruskan projek tersebut dengan moto 'Just Do It!'. Ini kerana mereka percaya bahawa buah-buahan tersebut adalah 'superior' berbanding dengan buah-buahan temperate sedia ada. Masa akan menentukan kejayaan mereka untuk dapat memajukan tanman buah-buahan tropika yang popular di Malaysia dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua sekali pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH TROPIKA...KINI DI AUSTRALIA...
MEREKA MENCUBA... TANAM SAHAJA...
BLAIR LAMBERT... DENGAN RAKANNYA...
SEMUGA BERJAYA... JADI CERITA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tama Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(15 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...