BUNGA LILY (Lili) merupakan sejenis bunga dari tumbuhan daripada genus Lilium yang sangar disukai ramai peminat bunga diseluruh dunia. Dari beberapa rujukkan penulis blog dapatui ada sekitar 110 spesis bunga lili didalam keluarga Liliaceae yang telah dikenalpasti. Bunga ini boleh tumbuh dengan baik dibanyak keadaan dimana dilaporkan antara kawasan didapati bunga ini adalah disebahagian besar benua Eropah serta disebahagiab besar benua Asia. Di Asia ia amat popular di Jepun, India, Indochina, Filipina dan beberapa negara Asia yang lain. Walau pun dari segi habitat asalnya ia tumbuh liar didalam hutan terutama dikawasan pergunungan akan tetapi kini ia sudah ditanam pada skala komersil dan dibanyak negara sebagai satu industri. Bunga lily ini juga dilaporkan boleh tumbuh dibanyak kawasan seperti dikawasan padang rumput, kawasan paya sehingga kepada kawasan yang memunyai jenis tanah walau pun agak kurang subur secara semulajadi. Lazimnya tumbuhan pokok lily ini sejenis tumbuhan tahunan dengan anggaran ketinggiannya diantara 60 - 180 cm. Keunikannya adalah dimana tumbuhan ini biasanya memiliki tangkai yang kukuh dan kebanyakannya akan mempunyai umbisi yang berada didalam tanah. Bagaimana pun dilaporkan dibeberapa bahagian dunia seperti di Amerika Utara ada spesis lily yang mana umbisi ini boleh berkembang menjadi seperti rizom didalam tanah. Daripada beberapa laporn dinyatakan dimana bunga lili yang besar memiliki tiga daun bunga dimana selalunya akan berbau wangi apabila cukup masanya. Dari segi kecantikan dimana ada berbagai warna dari putih, kuning, jingga, merah muda, merah, ungu, warna tembaga sehingga kepad warna hampir hitam dan paling unik terkini dilaporkan sudah ada pula corak bunga liliy yang berbintik-bintik. Bagaimana pun tanaman ini memang dipilih untuk ditnam sebagai tanaman hiasan (ornamental plants) seperti di Keukenhorf Garden di Belanda yang penulis blog perah berkunjung dahulu. Memang ada beribu-ribu tanaman bunga lily yang dipamerkan di Ekspo bertaraf dunia ini yang mendapat kunjungan jutaan pelancong dari seluruh dunia saban tahun (sebelum pandemik covid19). Bagaimana pun saintis mendapati dimana tanaman hiasan ini ternyata juga mempunyai berbagai manfaat untuk kesihatan, terutama pada bagian daunya. Dilaporkan antara manafaat daun lili adalah ia mampu membantu meredakan gejala sakit tekak dan meredakan panas dalam apabila diambil. Ia juga didakwa mampu menambah stamina dan kekuatan otot serta mampu untuk mengatasi masaalah gangguan tidur sama ada masaalah susah hendak tidur atau kerap tertidur. Khasiatnya juga berkait dengan ia mampu membantu menghentikan jika berlaku pendarahan. Dilaporkan juga tumbuhan ini boleh merawat luka serta merawat mata. Artikel subuh 18 Ramadan 1443H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa perkara penting berkaitan bunga lily untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Tumbuhan bunga Lily mempunyai umbi dibahagian bawah tanah. Umbi atau umbisi ini yang berfungsi sebagai bahagian untuk proses pembiakan tumbuhan ini. Apa pun biasanya ukuran umbi lili adalah cukup besar dengan diameter antara 5 - 10 cm dan didapati berada di dalam tanah. Umbi yang tidak bercorak (plain) ini juga umumnya disebut sebagai poision bulb disebbkan di dalamnya terkandung bahan zat beracun. Bentuk umbi bunga ini seakan seperti umbi berbentuk sama seperti bentuk umbi tanaman bawang. Umbi ini tumbuh boleh secara menjalar seperti rizom bagi sesetngah jenis setelah dewasa (Sila lihat foto disebelah). Umbi ini mempunyai banyak tunas dan kuncup yang muncul disekitarnya yang akan tumbuh menjadi anakbenih tumbuhan baru. Umbi yang baik dan matang biasanya boleh dikutip dan dijadikan sebagai bahan tanaman bunga lily ini. Bagaimana pun kini sudah ada benih bunga lily boleh dibeli secara on-line saha seperti dari Lazada dengan jenama Lily Australia Bulb berharga RM20.00/bulb (ditawarkan dengan 74% diskaun menjadi RM7.90/bulb) dimana mudah saha untuk ditanam dapam pasu atau diatas tanah (Sila lihat foto paling bawah). Penulis blog pernah beberapa tahun dulu membeki bulb bunga lily dan bunga tulip secara on-line dan menanam didalam pasu sehingga ia berbunga. Bagaimana pun ia kemudian mati setelah 3 bulan ditanam dalam pasu.
Dikebanyakkan negara 4 iklim lazimnya bunga lili adalah tanaman yang tumbuh pada musim panas. Berdasarkan sejarah penyebarannya dimana bunga lily ini awalnya tumbuh di sepanjang kawasan Asia Barat hingga Mediteranian dan kini ia menjadi tanaman hiasan di setiap rumah. Kemudian bunga lili di kawasan tersebut ditanam secara komersil di kawasan khusus untuk tanaman hiasan. Sejarah menunjukkan dimana kemudian tanaman bunga lily atau bunga bakung ini telah tersebar sehingga ke seluruh Eropah dan bahagian utara Mediteranian serta banyak negara di Asia. Bergantung kepada minat dimana jenis bunga lily yang diusahakan bagi setiap negara adalah spesis yang berlainan mengikut kesesuaian iklim. Apa pun pada awalnya walau pun tanaman ini dikenali sebagai tanaman untuk musim panas bagaimana pun kini bunga lili sebenarnya adalah kumpulan tumbuhan herba yang juga dapat tumbuh secara optimal pada keadaan suhu dingin. Ketinggian kawasan tanah yang paling sesuai untuk proses pertumbuhan bunga lily ini berada diantara 1,000 - 1,200 meter dari paras laut. Suhu yang sesuai pula adalah sekitar 20 Celcius pada siang hari dan pada waktu malam adalah antara 4.5 - 10 Celcius. Tanaman ini juga memerlukan keadaan kadar kemasaman tanah yang seimbang dan keadaan tanah yang agak lembab. Meski begitu bunga lili dikenal sebagai tanaman yang mudah beradaptasi dengan berbagai keadaan jenis keadaan dimana ia akan dapat tumbuh secara liar juga. Bunga lili mudah untuk menyesesuaikan didalam hutan, kawasan dipegunungan atau dipadang rumput dan bahkan ada spesis yang mampu tahan hidup di kawasan berpaya. Menariknya meski pertumbuhan bunga lili paling optima dalam situasi yang bersuhu sejuk ternyata tumbuhan ini juga mampu menghadapi keadaan cuaca kering jika hendak dibanding spesis keluarga tumbuhan bunga keratan lainnya. Selalunya pada keadaan kering dimana pokok bunga lili akan mengalami perubahan warna daun sehingga menjadi kekuningan dan kuntum bunganya akan berguguran. Sementara jika diberikan jumlah air berlebihan maka bahagian daunnya dan bahagian umbi akan mengalami kerosakan. Sebaiknya kawasan tanaman bunga lily adalah dari kawasan tanah subur dan boleh dijaga baik serta dijaga dengan amalan agronomi biasa.
Adalah lebih baik jika pembaca blog ini mengenali akan beberapa jenis bunga lily atau bunga bakung yang popular. Ini kerana bunga lili dari genus Lilium terbagi menjadi lebih dari 240 marga dan jumlah spesisnya melebihi 3,000 jenis. Jenis ini tersebar di seluruh dunia dan mempunyai ciri-ciri atau karakteristik dan keunikan masing-masing. Saya akan kongsikan beberapa jenis dari bunga bunga lili yang dikenali sebagai sangat indah untuk dinikmati. Pertama adalah jenis Lili Bosnia (Lilium bosniacum) dimana sesuai dengan namanya dilihat spesis ini adalah jenis lili berasal dari negara Bosnia dan Herzegovina. Di habitat aslinya Lili Bosnia dikenal dengan sebutan Zlatni Ijiljan dan Bosanski Ijiljan. Jenis ini mempunyai mahkota bunga berwarna kuning dengan bintik coklat di tengah kelopaknya. Benang sari dan putiknya tumbuh besar berada pada mahkota bunga sehingga pertumbuhan kuntumnya melengkung ke bawah. Bunga ini mempunyai makna sebagai persatuan dan menjadi simbol Kerajaan Bosnia yang terdapat pada bendera dan seragam tentera. Selain itu bunga lili juga dilaporkan memang sering digunakan untuk hiasan batu nisan dan masjid. Jenis kedua adalah Bunga Lili Jingga (Lilium bulbiferum) dimana ia mempunyai daya memkat yang terletak pada bunganya yang berwarna jingga terang seperti matahari fajar. Ukuran kelopak bunga antara 5 - 8 cm dan pada satu pokok dimana ia boleh menghasilkan 6 - 7 kuntum bunga. Jenis lili ini mempunyai bentuk yang mirip dengan terompet (Sila lihat foto disebelah). Jenis ke tiga adalah dinamakan sebagai Bunga Lily Harimau (Lilium lancifolium) dimana bunga lili ini banyak tumbuh di negeri China dan di Jepun. Nama bunga ini diambil dari corak warna pada mahkotanya yang mirip dengan corak kulit harimau bintang. Ukuran mahkotanya sekitar 5 cm dan ada yang mencapai 12 cm. Pada satu pokok tanaman, jumlah kuntum bunga yang dihasilkan bisa mencapai 40 tangkai. Dipasaran kini sudah ada bunga lili plastik berasal dari Korea dengan bentuk mahkota yang sekilas terlihat seperti terbuat plastik. Warna bunganya merah meroon dan berkilat yang berukuran kecil. Beberapa pangillan lain untuk bunga spesis ini adalah seperti Lili Plastik dan juga Lili Karang.
Dalam pada itu jenis bunga Lili Plastik (Lilium pumilum) juga diantara bunga Lili yang mana tersirat makna dan beberapa pandangan pendpat yang berbeza dari setiap warna bunganya. Dikalangan peminat warna bunga ini memang ada maksud dan makna warna-warna lily diantaranya jika ia Lili Merah dikaitkan dengan simbol kemakmuran dan kekayaan. Selain itu juga didakwa dimana warna merahnya juga menjad lambang kepada aspek keberanian, kekuatan, gairah serta kekuatan tenaga yang positif. Berlainan pula dengan warna bunga Lily Oren dimana ia dikenali dengan makna atau maksud yang negatif terutama jika diberikan kepeda seseorang dengan jumlah banyak. Warna oren ini pada bunga lily dianggap sebagai simbol kesombongan, penghinaan dan kebencian. Macam-macam manusia menentukan warna bunga dengan kepercayaan seperti ini untuk strategi pemasaran agaknya. Bagi jenis bunga Lily Kuning pula selalunya dikaitkan dengan benda yang melambangkan perasaan bahagia. Selain itu juga dinyatakan dimana ia dapat dimaksudkan sebagai hubungan persahabatan serta keceriaan yang positif dan baik. Akhir sekali tetunya adalah Lili Bunga Putih yang mana ia adalah paling popular ditanam dibanyak kawasan dunia. Di Malaysia juga amat mudah melihat bunga lili putih dimana-mana dan ia bermaksud dimana warna putih dari bunga lili mencerminkan simbol kesucian, kemurnian, kemuliaan, ketulusan, kehidupan baru serta hubungan baik sesama manusia. Artikel ini ditulis dalam dua segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang mesti dibaca bersama. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK JENISNYA... PELBAGAI WARNA....
ADA DITANAM... DIBANYAK NEGARA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU KENALINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Ramadan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.