KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang keempat terpenting di Malaysia selapas Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Keluasan tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun terus menurun dengan drasr-tik semanjak tahun 1980'an lagi apabila penanaman kelapa sawit mula menggantikannya. Penulis merujuk kepada laporan keluasan dimana pada tahun 2021 ada seluas 84,228 hektar dengan jumlah penghasilan sebanyak 566,595 metrik tan (Sumber : Booklet keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Kawasan utama penanaman kelapa berada di Negeri Sabah (seluas 17,275 ha) diikuti dengan Johor ( 11,887 ha) dan Selangor (10,329 ha). Bagaimana pun dari segi rekod pengeluaran kelapa dilaporkan dimana negeri Selangot menghasilkan sebanyak 97,419 metrik tan kelapa diikuti dengan Perak (60,426 mt) dan Johor (54,138 mt). Walau pun Sabah mempunyai jumlah keluasan yang tinggi bagaimana rekod menunjukkan jumlah pengeluaran kelapa mereka hanya sebanyak 12,817 metrik. Terdapat benyak faktor yang menyebabkan penghasilan kelapa dianyara negeri-negeri ini jauh perbezaannya. Diantaranya adalah amalan agronomi dan jenis varieti kelapa yang ditanam petani. Di Perak dilaporkan ada estet kelapa yang luas dengan tanaman kelapa Matag di United Plantation yang menaikan penghasilan di negeri tersebut. Bagi Negeri Johor dan Selangor juga program pemulihan tanaman kelapa dengan varieti Matag dilaporkan menyumbang kepada pengeluaran buah kelapa. Di Malaysia varieti kelapa Malayan Tall (CN1) dilaporkan telah mendominasi pokok kelapa sedia ada yang di bangunkan melalui Jabatan Pertanian melalui Program Pemulihan Semula Kawasan kelapa (RPSKK) yang dihentikan pada tahun 1980. Bagaimana pun kebanyakan pokok ini sudah amat tua (senile tree) yang penghasilannya sudah menurun. Kemudian diperkenalkan Kelapa Hibrid Matag yang diperkenalkan sekitar tahun 2006 untuk penanam kelapa dikawasan tumpuan. Varieti lain yang ada di usahakan termasuk MAWA, Kelapa Pandan, Kelapa MRD, Kelapa MYD dan beberapa lagi. Kelapa hibrid MAWA merupakan antara varieti kelapa premium yang terbaik akan tetapi disebakna saiznya yang kecil menyebabkan ia tidak diteruskan pengeuaran benihnya. Dilaporkan MARDI ada membuat kajian biakbaka dengan kebanyakannya adalah biakbaka kelapa hibrid. Penulis blog beberapa kali menghadiri majlis dimana beberapa menteri pertanian pernah diminta untuk dapat melancarkan antara beberapa varieti kelapa MARDI. Akan tetapi sehingga artikel ini ditulis pada Ogos 2022 masih belum ada bekalan benih kelpaa hibrid tersebut untuk dibeli dan ditanam secara komersil seperti semasa ia dilancarkan oleh MARDI ini sejak lama dulu. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa varieti kelapa MARDI yang belum tahu statusnya sebagai bahan rujukkan pembaca semua. Penulis blog memahami dimana proses untuk membuat kajian biakbaka kelapa mengambil masa agak lama sehingga ia boleh dikomersilkan.
Penulis blog merujuk kepada laporan blog MARDI bertarikh 20 Jun 2017 bertajuk 'Perlu Varieti Baharu Kelapa' yang menarik untuk dikongsikan. Rakan kerja penulis blog Hj Ahmad Ngalim (kini sudah bersara) dilihat menunjukkan pokok kelapa varieti 'Marena' yang ditanam di Stesyen MARDI Hilir Perak. Penulis blog juga ada beberapa kali melawat stesyen ini senasa bertugas dahulu. Dilaporkan berdasarkan faktor semasa memang agak sedih melihat kepada pembangunan industri kelapa kita ketika ini kerana pengeluarannya tidak dapat memenuhi permintaan. Pada peringkat huluan pula dilaporkan pengeluaran buah kelapa agak terhad manakala penanam yang mempunyai azam membangunkan industri kelapa berdepan dengan masalah ketidakcukupan benih yang dihasilkan. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Hortikulktur, Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Hilir Perak, Haji Ahmad Ngalim nyatakan beberapa isu membelenggu industri kelapa tempatan antaranya pokok sedia ada sudah tua dan sukar untuk dituai selain masalah kekurangan tenaga buruh terutama untuk menuai. Masalah lain antaranya termasuklah keluasan penanaman berkurangan meskipun pengeluaran meningkat tetapi belum cukup penuhi permintaan industri tempatan dan terpaksa mengimport terutama dari Indonesia. Beliau dakwa isu yang lebih penting adalah wujudnya keperluan mengeluarkan varieti baharu kelapa yang kualiti tinggi. Pergantungan berterusan terhadap kelapa Matag tidak dapat menjamin industri ini akan dapat berkembang. Kelapa Matag merupakan sejenis varieti hibrid yang popular ketika ini yang dihasilkan menerusi kacukan dua induk kelapa berbeza iaitu Tagnanan sebagai induk jantan dengan Malayan Red Dwaft (MRD) atau Malayan Yellow Dwaft (MYD) sebagai induk betina. Nama ‘Matag’ pula adalah singkatan gabungan antara ‘Ma’ (Malayan) dan ‘Tag’ (Tagnanan) dari Filipina bagi menggambarkan kelapa hibrid hasil kacukan dua varieti berbeza. Baka Matag kini sudah memenuhi 30 peratus kawasan bertanam kelapa dan kini ada kesukaran mendapat baka tersebut berlaku disebabkan minat kepada baka tersebut terlalu tinggi. Kepelbagaian genetik perlu diwujudkan iaitu dengan menghasilkan pelbagai varieti dan sekiranya ada serangan penyakit besar-besaran atau serangga, masih ada pilihan bagi penanam. Bagi mendepani isu kesukaran mendapatkan baka Matag, pihaknya telah menjalankan penyelidikan pembaikbakaan beberapa varieti baharu kelapa dan yang sedang dijalankan sekarang. MARDI di stesyen ini sedang menjalankan kajian ini dan sekiranya tidak ada masalah, varieti ini boleh diumumkan paling awal tahun hadapan. Beberapa varieti kelapa hibrid MARDI yang berpotensi untuk diguna pakai sebagai bahan tanaman pilihan selain Matag kini dalam penilaian.
Berikut adalah beberapa varieti kelapa MARDI yang baru yang sedang didalam proses pendaftaran di Jabatan Pertanian Malaysia iaitu CARENI, CARECA, MYLECA dan MYLAG (tiada adalah varieti MARLECA dan MARENA) yang mana ia berkemungkinan akan menjadi pilihan kepada bakal penanam kelapa di Malaysia akan datang. Peringkat asal tahu nama varieti kelapa tersebut pada masa ini sudah mencukupi. MARDI telah berjaya membangunkan enam jenis varieti kelapa hibrid sehingga tahun 2019. Enam jenis varieti ini diberi nama Careca, Careni, Marleca, Myleca, Marena dan Mylag. Apa pun penyelidikan dan pembangunan dalam menghasilkan varieti ini menunjukkan varieti ini berupaya menghasilkan bilangan buah yang tinggi sehingga 35,000 biji/ha setahun. Kelebihan varieti ini di peringkat lapangan penyelidikan menunjukkan daya tahan rintangan penyakit dan pokoknya yang lambat tinggi yang pastinya memudahkan urusan mengutip hasil. Buat masa ini pengeluaran varieti ini belum diserahkan kepada mana-mana agensi pengembangan. Hanya MARDI sahaja yang mengeluarkan benih hibrid ini yang mana benihbenih ini telah pun dijual kepada syarikat-syarikat perladangan dan individu perusahaan tanaman kelapa.
(1) Varieti Kelapa CARECA
(2) Varieti Kelapa CARENI
Kelapa hibrid ini diberi nama CARECA iaitu gabungan diantara dua varieti kelapa. Penyelidikan biakbaka ini sudah lama dijalankan dan kini dipercayai adalah diperingkat pendaftaran dengan Jabatan Pertanian Malaysia iaitu dibawah Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (Akta 634). Ia adalah suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan hak pembiak baka bagi varieti baru tumbuhan, dan pengiktirafan serta perlindungan ke atas sumbangan yang dibuat oleh petani, masyarakat tempatan dan pribumi terhadap pengujudan varieti baru tumbuhan; untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan dalam pembiakbakaan varieti baru tumbuhan dalam sektor awam dan swasta; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya. Tidak ada maklumat lanjut khusus mengenai pencirian varieti ini diberikan semasa artikel ini ditulis.
Kalau varieti kelapa CARECA didengar macam bunyi 'jantan' tetapi varieti CARENI ini agak lembut sedikit seperti nama 'perempuan' sahaja bunyinya. Kelapa ini juga kini dipercayai adalah diperingkat pendaftaran dengan Jabatan Pertanian Malaysia iaitu dibawah Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (Akta 634). Dalam akta ini antara syarat-syarat bagi tujuan pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka iaitu Seksyen 14. (1) Tertakluk kepada seksyen 15 dan 16, suatu varieti baru tumbuhan hendaklah didaftarkan sebagai suatu varieti baru tumbuhan dan diberikan hak pembiak baka jika varieti tumbuhan itu baru, berlainan, seragam dan stabil. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika varieti tumbuhan itu dibiakkan, atau ditemui dan dibangunkan oleh petani, masyarakat tempatan atau pribumi, varieti tumbuhan itu boleh didaftarkan sebagai suatu varieti baru tumbuhan dan diberi suatu hak pembiak baka jika varieti tumbuhan itu baru, berlainan dan dapat dikenal pasti. Tidak ada maklumat lanjut khusus mengenai pencirian varieti ini diberikan semasa artikel ini ditulis.
Varieti kelapa MYLECA meru[akan satu varieti kelapa hibrid yang juga didalam proses pendaftaran. Kelapa ini juga kini dipercayai adalah diperingkat pendaftaran dengan Jabatan Pertanian Malaysia iaitu dibawah Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (Akta 634). Dalam akta ini dinyatakan dimana sesuatu varieti tumbuhan adalah baru jika pada tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran dan pemberian hak pembiak baka, bahan pembiakan atau tuaian varieti tumbuhan itu belum dijual atau selainnya dilupuskan secara komersial oleh atau dengan persetujuan pembiak baka :- (i) di Malaysia, lebih awal daripada satu tahun sebelum tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka; dan (ii) di negara lain :- (A) lebih awal daripada enam tahun sebelum tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka berkenaan dengan pokok dan tumbuhan menjalar; dan (B) lebih awal daripada empat tahun sebelum tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka berkenaan dengan varieti tumbuhan lain; (b) sesuatu varieti tumbuhan adalah berlainan jika pada tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka varieti tumbuhan itu dapat dibezakan dengan jelas daripada manamana varieti tumbuhan lain, yang kewujudannya merupakan suatu perkara yang diketahui umum; (c) sesuatu varieti tumbuhan adalah seragam jika, tertakluk kepada perubahan yang dapat dijangka daripada sifat tertentu pembiakannya, varieti tumbuhan itu seragam dengan secukupnya dalam ciri-cirinya yang berkaitan; (d) sesuatu varieti tumbuhan adalah stabil jika ciri-cirinya yang berkaitan masih tidak berubah selepas pembiakan berulang kali atau, dalam hal suatu kitaran pembiakan yang tertentu, pada penghujung setiap kitaran tertentu itu. Tidak ada maklumat lanjut khusus mengenai pencirian varieti ini diberikan semasa artikel ini ditulis.
(4) Vrieti Kelapa MYLAG
Kelapa varieti MYLAG merupakan varieti kelapa hibrid yang sudh lama dijalankan kajian biakbaka oleh penyelidik MARDI.
Kelapa ini juga kini dipercayai adalah diperingkat pendaftaran dengan Jabatan Pertanian Malaysia iaitu dibawah Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (Akta 634). Seksyen 27 dalam akta ini menyatakan dimana jika suatu permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka telah diluluskan oleh Lembaga dan pemohon telah diberitahu secara bertulis, pemohon hendaklah, dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga, menyimpan sampel biji benih atau apa-apa bahan pembiakan lain varieti tumbuhan itu dalam kuantiti yang ditentukan oleh Lembaga di suatu pusat yang diluluskan oleh Lembaga. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pambeca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ADA NAMA... VARIETI HIBRID SEMUANYA...
SEMUA PETANI... MENUNGGU DAH LAMA...
APABILA SELESAI... PENANAMAN DIMULA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Muhharam 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.