Hebatnya menanam kantan dilaporkan dalam portal berita hmetro.com yang disesuaikan kisahnya. Kisah bertajuk 'Tanam Kantan Tepi Jalan' adalah wajar dijadikan satu panduan kepada pembaca lain didalam blog ini. Kisah bagaimana seorang usahawantani yang bermula. hanya dengan dua rumpun pokok kantan tetapi kini tanaman diusahakan oleh seorang pensyarah berkembang sehingga 100 rumpun di tepi jalan di Kampung Balun, Slim River, Perak. Bagi pensyarah Kolej Vokasional Slim River, Abdul Baser Tajuri (53 tahun) yang telah mula mengusahakan tanaman itu sejak 2016 dikira sudah berjaya dengan hobinya. Idea untuk menanam pokok kantan timbul berdasarkan pengalamannya yang terpaksa membayar harga yang mahal bagi sebatang bunga kantan ketika musim perayaan. Sejak itu kemudian telah timbul rasa minat untuk menanam sendiri pokok kantan sendiri dan pada mulanya dia hanya menanam dua rumpun pokok. Lama-kelamaan didapati rumpun atau pokok kantan semakin cepat membiak dan membesar menyebabkannya mengambil anak pokok atau dikenali sebagai rizom lalu ditanam semula ke tempat lain. Dia yang memanfaatkan tanah sepanjang 200 meter di tepi jalan untuk menambah pokok kantan an dia selalunya akan menggunakan rizom pokok terdahulu. Penanaman pokok kantan tidak sukar kerana ia hidup lebih subur jika ditanam di kawasan tanah pamah dan mempunyai sistem pengairan yang baik. Biasanya rizom yang dikorek pada rumpun pokok kantan perlu ditanam dengan segera supaya tumbesaran pokok itu tidak terbantut atau mati apabila ditanam semula. Apa pun kawasan yang baharu ditanam dengan rizom pokok berkenaan perlu dinaikkan batas selain dikelilingi tanah bagi tujuan menggalakkan tumbesaran. Rizom pokok yang baharu ditanam juga perlu disiram setiap hari. Bagi memastikan pokok kantan mampu menghasilkan bunga yang lebat maka dia perlu untuk memangkas batang pokok yang tidak efektif setiap dua minggu. Penting dakwanya agar sering melakukan pembajaan yang perlu dilakukan setiap tiga bulan sekali dengan baja organik untuk memastikan tumbesaran pokok berkenaan. Pokok yang hidup subur dalam rumpun berkenaan perlu dibiarkan membesar dengan jarak yang sesuai bagi membolehkan bunga kantan tumbuh pada rumpun itu. Sekiranya pokok pada rumpun dibiarkan terlalu rapat, bunga kantan sukar untuk tumbuh melalui celahan pokok kantan. Biasanya dua kali seminggu dia akan memetik atau memotong bunga kantan pada rumpunnya sambil mencantas pokok yang kurang efektif. Biasanya pokok kantan yang matang boleh mencapai ketinggian antara dua hingga tiga meter akan tetapi semua ini bergantung kepada cara dalam penjagaan tanaman itu. Biasanya tanaman yang diusahakan secara sambilan ini hanya untuk mengisi masa lapang. Aktiviti ini menjadi terapi kepada dirinya selepas seharian bersama pelajar di kolej. Hanya mereka yang menceburi bidang ini yang mengetahuinya kerana apabila melihat pokok kantan yang hidup subur dan memberikan hasil sekali gus memberi ketenangan. Dia yang kini tidak kisah apabila menjual bunga kantan dengan harga yang murah kerana di samping menjual apa salahnya kalau dia bersedekah.
Dalam salah satu portal utama di Malaysia kisah bagaimana 'Bunga kantan beri pendapatan lumayan' yang dilaporkan amat menarik dan sesuai dirujuk. Siapa sangka bermula dengan hanya suka-suka menanam ulam-ulaman dan herba di belakang rumah tetapi akhirnya ia menjadi punca pendapatan sampingan buat seorang pesara tentera di sini. Bagi seorang usahawan Mohd. Jamil Ahmad (56 tahun) yang mula menanam ulam-ulaman dan herba sejak 1990-an sekitar rumahnya yang terletak di Kampung Ekor Lambat, Bota, Perak sesuai dikongsikan. Apa pun setelah bersara daripada anggota tentera dimana beliau mula serius mengusahakan tanaman bunga kantan di sekitar rumahnya pada tahun 2009. Menurutnya terkini pokok bunga kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok herba berwarna merah muda boleh juga digunakan sebagai gubahan hiasan. Tunas bunga itu boleh dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu selain itu ia juga boleh digunakan dalam masakan asam pedas, nasi ulam serta masakan kari. Dia yang pada mulanya cuma menanam bunga kantan untuk sekadar untuk memenuhi masa lapangnya tetapi setelah menyedari bunga kantan mendapat permintaan dan harga tinggi sehingga mampu runcit mencecah RM2.50 sekuntum ketika itu membuatkan dia lebih serius untuk menanamnya. Dia kemudian giat menanam pokok bunga kantan di sekitar rumahnya dan tanah di kampungnya yang difikirkan sesuai untuk menanam pokok herba tersebut. Dia dilapor yang memilih untuk menanam pokok bunga kantan kerana ia tidak memerlukan proses perjagaan yang rapi dan rumit. Pokok bunga kantan ini mudah ditanam kerana serangga jarang mendekati pokok ini dan proses untuk menanamnya juga senang, hanya perlukan air dan sedikit baja. Tanaman bunga kantan juga kurang dimusnahkan oleh serangga perosak kerana aroma yang terdapat padanya tanaman itu menyebabkan ia kurang musuh tanaman. Paling utama bunga kantan antara produk agro yang mudah dijaga selain senang ditanam di tanah yang lembap tapi tidak berair. iasanya sepokok bunga kantan juga boleh membiak dengan banyak dan ia lebih subur apabila daun yang sudah tua dibuang selain memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Apabila perdu pokok kantan sudah besar maka dia perlu dipecahkan untuk mengelak pelepah pokok bercantum dan perdunya juga akan dipilih mengikut kriteria untuk dijadikan benih. Bunga kantan boleh dijual pada usia enam ke tujuh bulan namun bergantung kepada benih dan hasil keluaran pula tiga kali seminggu dengan mana sekali keluaransekitar 300 hingga 400 kuntum. Kini dia mampu meraih pendapatan sehingga RM2,000 sebulan hasil daripada tuaian bunga kantan dari usahanya. Dakwanya lagi permintaan bunga kantan pada masa kini memang amat menggalakan kerana ia jarang diusahakan secara komersial. Menyentuh aspek pemasaran dakwanya masih tertumpu di sekitar Batu Gajah, Perak Tengah serta Manjung selain dengan cara membekalkannya ke hotel sekitar Bandar Seri Iskdandar sahaja. Ia dijual pada harga RM1 sebatang namun apabila tiba musim kemarau harganya akan melonjak tinggi hingga mencecah RM1.50 sebatang. kalau sebelum ini dia hanya ada menanam bunga kantan yang berwarna putih dan merah namun permintaan jenis ini kurang mendapat sambutan dan kini sepenuhnya hasil keluaran adalah berwarna merah jambu pula. Sehingga kini dia mempunyai dua ekar tanaman itu di lokasi tanah berasingan. Sedia berkongsi pengalaman dengan orang lain bagaimana mengusahakan kebun tanaman bunga kantan dan menggalakan rakannya yang berminat mencuba tanaman berkenaan kerana tidak memerlukan modal besar selain penjagaannya yang amat mudah. Tanaman bunga kantan dakwanya sesuai dibuat secara sambilan kerana ianya tidak memerlukan modal besar sebaliknya memberi keuntungan lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Untuk membantu golongan belia memperoleh pendapatan dia juga membantu anak muda di kampungnya dalam tanaman bunga kantan.
Bunga Kantan merupakan produk yang tidak tahan lama jika tidak digunakan sebaik sahaja dibeli atau diambil dari pohonnya. Penulis blog yang selalu ada membelinya di pasar malam atau pasar besar bukan hanya sebatang akan tetapi bebetapa ikat untuk digunakan dan juga disimpan. Bagaimana pun teknik penyimpanan bunga kantan yang betul adalah penting. Bunga kantan bukan sahaja sering digunakan sebagai bahan masakan untuk menyediakan laksa, asam pedas mahu pun kerabu. Malah mengikut amalan petua orang dulu-dulu penulis blog dapati dimana pokok bunga kantan ini banyak manfaatnya untuk penjagaan kesihatan. Ada dakwaan dimana bunga kantan ini digunakan untuk mengubati sakit telinga dan juga untuk membersihkan luka. Caranya adalah dengan pembaca blog ini merebus buah kantan dalam beberapa minit dan kemudian menitikkannya ke dalam telinga. Bunga kantan juga berkesan untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus batang pokok kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian. Ada banyak lagi keguaan bunga kantan segar atau yang diproes boleh diamalkan bagi pelbagai jenis tujuan. Paling penting adalah bagaimana cara simpan bunga kantan untuk tahan lama. Lazimnya ada banyak stok bunga kantan dekat rumah tapi selalu saja terbuang sebab masih ramai kalangan pembaca blog yang mungkin tidak tahu cara hendak menyimpannya. Mungkin dengan kaedah yang di kongsikan ini boleh dijadikannya panduan semua pembaca blog agar sentiasa dapat bunga kantan lebih segar dan kekal aromanya. Petuanya adalah pastikan hanya membeli bunga kantan yang segar sahaja dan cuba elakkan dari membeli yang sudah layu atau dilihat tidak segar lagi. Kemudian dirumah ia perlu dimasukkan bunga kantan yang segar tersebut ke dalam plastik aiskrim dalam keadaan bersilang bersilang untuk dapat menjimatkan plastik. Seteruanya diisikan air masak dalam plastik yang sudah diisi bunga kantan tadi dimana pastikan paras air menutup bunga kantan tersebut didalam bekas. Seterusnya ia perlu di simpul kemas-kemas dan seterusnya perli disimpan dalam peti sejuk bahagian frozen dan biarkan bunga kantan beku. Cara simpan bunga kantan frozen ini pada penulis blog juga boleh digunakan sebagai cara simpan seperti bahan ulaman daun kesum. Memang selalunya kedua-dua bahan bunga kantan dan daun kesum ini agak selalu digunakan bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SESUAI DITANAM... DIMANA SAHAJA...
DI BERSIHKAN DIJAGA... IA BERBUNGA..
DITUAI SENTIASA... LUMAYAN HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(26 Zulhijjah 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.